Assalamualaikum.. salam isra' mikraj. selamat berpuasa.. sudah luangkan masa barang sejam dua me-refresh minda dan hati dengan ibrah isra' mikraj? Alhamdulillah..
study week untuk professional exam datang lagi untuk kesekian kalinya. Bila sudah study week tu maknanya peperiksaan makin hampir. Di awalkan pula tu (terkujat) tapi sempat lagi up date blog. istimewanya study week ni sebab dapat balik rumah lama-lama ^_^
'rumah manis rumah', Alhamdullillah.
sebelum tu nak minta maaf pada sahabat sekelas sebab tak dapat turut serta bersama kalian. ramai yang concern bertanya itu ini kenapa 'menghilang'. maaf ya.. saya sedang 'mencari Tuhan' waktu tu..
'I'll take this as a compliment' |
mujur saya tiada di tempat kejadian. kalau tak, saya sorok bawah meja mungkin.
'Ungtunglah Allah masih pelihara aib diri'
kalau tak... tiada siapa nak bersahabat dengan kita. apatah lagi nak 'pilih' kita. kan? (" ,)
sebenarnya tengah berdebar ni sampai tak mampu tengok nota. baru nak hadapi exam dunia, exam akhirat tak tahulah macam mana.
teringat kuliah tafsir surah al-Qiyamah khamis lepas. Allahu Allah.. T.T nak gugur air mata tapi tak jadi sebab ustaz dan muslimin boleh nampak.
Di sana nanti, orang berjuta-million-billion-trillion. Masing-masing tenggelam dalam peluh sendiri mengikut amalannya di dunia. Ada yang setakat buku lali tapi ada juga yang sampai ke paras hidung (peliharalah bagi kami Ya Allah!)
waktu itu, mulut di bungkamkan daripada memberi hujjah. malah anggota lain pula yang bangkit bersuara menjadi saksi atas setiap amal yang kita lakukan.
tangan boleh kata; "aku yang mencuri Ya Allah!"
kaki boleh kata; "aku yang ke tempat maksiat itu Ya Allah!"
hidung boleh kata; "aku menghidu bau masam arak yang mulut teguk Ya Allah!"
dan begitulah gambaran halnya. malu... malu... sehingga luruh kulit wajah rasanya bilamana aib dosa yang kita lakukan di pampang buat tayangan seluruh ummat manusia.
"Ya 'aalimissiri minaa, laa tahtikissitra 'annaa, wa 'aafina wa'fu'annaa, wakunlanaa haithu kunnaa"
'Wahai Tuhan yang mengetahui segala yang tersembunyi dalam diri kami, janganlah Engkau bocorkan dinding rahasia kami, maafkanlah kami, ampunilah kami, jagalah kami di mana sahaja kami berada'
sementara masih di kurnia umur di dunia, marilah sama-sama kita menyemai benih amal untuk akhirat. jangan hanya kita di sibukkan dengan studi kita, dengan dunia kita sendiri sehingga kita tak sempat nak mengaji agama.
fiqh halal haram entah ke mana. tafsir ayatullah kita abai saja. tazkiyyatun nafs langsung tidak peduli. apatah lagi hendak membantu mengislah ummah.
di mana kita saat masyarakat nazak tidak kenal Tuhannya?
Allahhu..
apakah kita pasti umur kita panjang lagi? andai Allah tarik dalam esok lusa, apa mahar kita bawa untuk ke syurga?
[muhasabah selagi punya masa]
buat diriku.. usah bertangguh menyemai amal. jangan bongkak dengan 'hari esok'. bimbang esok mata belum tentu terbuka buat kita, jantung belum pasti sudi nak pam darah duntuk kita dan anggota belum tentu sempurna untuk sujud pada Yang Esa..
1 comment:
peringatan terbaik~~~~
TT_TT
Post a Comment