"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Saturday, June 30, 2012

manifesto

bismillah..

membelek titipan akhbar dari bumi anbiya'. Iya, tentang dia seorang presiden bekas didikan madrasah penjara, Dr Mursi.

akhlaknya, buat aku malu sendiri.. kezuhudannya, buat aku menangis dalam hati.. kalimahnya, buat aku menginsafi diri.

Allah.. Allah... Kau hadirkan qudwah saat jiwa merindui sayyidul Wujud!

dan seorang aku, bagai di flash-back kembali setiap apa yang tertanggung.

seorang aku.. teringat manifesto lalu bersaksikan ratusan bebola mata yang akan bangkit memberi hujah di yaumul hisaab.

"sewaktu bersoal jawab dengan anak muridnya tentang apakah yang paling berat di dunia ini, telah berkata al-Imaamul Ghazali r.a. bahawa ia adalah Amanah. umpamanya seseorang itu meletakkan sebelah kakinya ke syurga andai ia menjalankan amanah itu dengan sebaiknya dan sebelah lagi menempah neraka jika yang terjadi adalah sebaliknya. saya bukanlah yang terbaik namun andai kalian merasakan demikian, maka kepada Allah lah saya mohon kekuatan"

ringkas.

mereka kata, aku seolah melantun tazkirah. aku kata, aku tak punya janji palsu untuk di baja. mereka kata, aku lihatnya 'cool' di atas sana. aku kata, aku melawan gelojak rasa dalam jiwa. aku mengingatkan diriku agar tidak lupa. untuk setiap amanah yang tertanggung, walau sekecil micron, itulah 'manifesto'ku buat jiwa.

aku.. aku.. aku.. insan tak sempurna. yang di uji Allah dengan sedikit ketakutan agar aku mahu berpaut pada Tuhan.

hari ini.. separuh rasaku memberontak. melihatkan dia, seorang 'banduan' yang mulia.

kecintaanku Habibullah, kasih sayangku saudara sedarahku, jiran tetanggaku, sahabat seperjuanganku, adik-adik usrahku, teman-teman sekerjaku.. sudahkah tertunai hak mereka yang ternukil haknya oleh Robbul Izzah?


wahai jiwa yang sedang berdukacita,
janganlah engkau terus-terusan menangis kerana bimbangkan azab Tuhan. senyumlah barang sedetik dua kerana kecintaan Tuhan itu maha luas dari kemurkaanNya.

wahai jiwa yang di rundung sesak,
ketahuilah andai engkau membebaskan diri daripada amanah ini, Allah bisa menggantikanmu dengan insan yang lebih baik. namun... namun.. namun... ingatlah juga soal-jawab di hari perhintungan kelak. apakah yang engkau ada untuk 'di jual'kan kepada Yang Esa bagi melepaskan diri dari azab neraka?

"Wahai orang-orang beriman! mahukah kamu aku Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang akan menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasulNya serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui" (As-Saff: 10-11)

wahai jiwaku..

ingatlah kembali 'manifesto'mu di alam ruh dahulu..

ingatlah..

:'(

No comments: