bismillah..
"I takut dengan dentist sebenarnya tapi bila buat treatment dengan senior korang memang best. tak sakit pun. you guys were soo awesome and baik!"
fuh. kesat peluh.
Ini kes ok. yang tak ok pun ada :)
Ramai kawan-kawan minta pandangan dan tanya soalan berkenaan oral health. mesej, inbox fb, ym, call pun ada. siap lukis diagram lagi nak bagi tau sakit kat mana. Thiqoh (percaya) sungguh beliau dengan ilmu kita.
"wah...! mesti rasa cool kan dapat jawab soalan kitaorang"
adush. 'tahap super basic mampu lah di jawab', kata hati.
banyak sangat yang tak tahu sebenarnya. entah-entah yang kita jawab tu hanya dapat satu daripada sepuluh markah. ikutkan hati, nak saja jawab;
"saya tak grad lagi, saya tak tau, saya tak berani nak jawab. apa kata pergi tanya dokter betul-betul"
hee... :')
"Never say, I don't know"
bila orang bertanyakan sesuatu, cuba juga jawab sebatas ilmu kita sebab ilmu dalam bidang sains kesihatan ini berkembang. Jawapan yang di rasakan betul hari ni belum tentu relevan untuk 30 tahun akan datang. Ia tidak thabbat macam hal aqidah yang tetap dari dulu, kini dan selamanya.
Elakkan guna perkataan "I don't know" atau "saya tak tau" dalam sesuatu yang berkait dalam bidang kita. Tapi taraf penggunaannya berubah jadi harus, sunat atau wajib untuk sesuatu yang bukan bidang kita. [jangan pegi cari hukum ni dalam fiqh manhaji, memang takkan jumpa]
"Tapi kalau dah betul-betul tak tau macam mana?"
kalau betul-betul tak tahu, gunakan teknik komunikasi dan bahasa yang tepat supaya masyarakat tidak meragui keilmuan anda. Ini bukan bab ego atau tak mahu mengaku jahil. tidak. Ini bab skil komunikasi yang umat Islam kena belajar supaya 'tidak tahu' kita itu dalam keadaan terhormat.
silapnya kita bila 'zuhud' tidak bertempat sampai nampak seolahnya kita ni tak tahu apa tahap 'z'.
"entah, saya tak tahu. Doktor tak ajar lagi bab tu"
tak ke bunyinya macam... pelik? kasihan mak cik tu. sudahlah sakit gigi bengkak gusi, kita yang di rasakan ada ilmu ni pula main aci jawab 'entah, entah' macam tu. Ingat, 'tak tahu' bukan ayat escapism tau :)
elak jawab macam tu. lagi-lagi dengan non-muslim. Tunjuk sikit kita ni Muslim Professional yang high class dan ada ilmu. Kita bersaing dengan mereka di padang yang sama. cuma beratnya kita daripada mereka kerana kita bawa nama Islam bersama.
contoh jawapan high-class kalau betul-betul tak tahu;
"I am not sure about the answer yet but surely I will let you know by tomorrow"
lepas tu berusahalah dengan gigih mencari jawapan daripada mana-mana doktor atau seniors atau trusted medical site dengan perantara pak cik google.
atau
"saya kurang pasti jawapannya tapi saya akan salurkan puan pada Dr Hanisah ya, beliau pakar dalam bidang ni"
pinjam ayat 'refer letter' yang doktor selalu buat. Refer letter antara tujuannya adalah untuk mendapatkan tenaga pakar dalam sesuatu kes. salurkan orang yang bertanya kepada seseorang yang anda yakin keilmuannya. kalau kita tak boleh beri jawapan, bantulah dia mencari jawapan.
khas buat sahabat dalam bidang kesihatan, cuba dapatkan general knowledge berkenaan bidang anda yang mungkin bakal di terjah persoalan oleh orang-orang kampung anda.
contohnya, macam mana nak berus gigi dengan betul? macam mana nak pilih berus gigi? kenapa gigi ni sakit bila makan ais krim? dan soalan yang sewaktu dengannya.
selain perasaan
"I don't know"
takda la sia-sia orang kampung rasa anda belajar tinggi-tinggi masuk universiti sekadar nak jawab tak tahu. *peace ya*
selamat beramal (^^ ,)
11 comments:
straight into my heart.thanks for sharing! <3
>dokter-tak-berapa-nak-dokter
Alhadulillah ^^, spread the words <3 <3 <3
fiqh manjahi? (or Fiqh manhaji?)
> anonymous
*manHaJi (typo edited)
jazaka/killah :)
:D
sedas di hati!
seriously anje, angah 'terasa' walaupun angah buat stuDENT :D
suka kuot osem last tu,
"......anda belajar tinggi-tinggi masuk universiti sekadar nak jawab tak tahu. *peace ya*"
> kak afzan
^^, (segan saya kakak senior yg hebat mai singgah sini)
> angah
anje tak reti nak umumkn entri ni, tau tulis pengalaman sendiri ja. osem kn? sedas untuk diri sendiri jugak.. hehe
assalamualaikum.. akak, sye student dent, baru habis cfs...
nk tnye..apply utk jpa tu kita akn buat sendiri or memang automatik akn dpt ???
assalamualaikum akak...
saya bru je habis CFS...
nk tanya... kalo dentist mcm mne nk apply jpa??
automatik or kita kena buat sendiri..??
:)
assalamualaikum akak...
saya bru je habis CFS...
nk tanya... kalo dentist mcm mne nk apply jpa??
automatik or kita kena buat sendiri..??
:)
assalamualaikum akak...
saya bru je habis CFS...
nk tanya... kalo dentist mcm mne nk apply jpa??
automatik or kita kena buat sendiri..??
:)
Post a Comment