"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Sunday, December 2, 2012

StuDent Diary: muslimah bergigi besi

bismillah..

saya pakai gigi besi.

yes, braces  :)

I've been thinking & researching for almost 2 years before I made the decision and finally.. just like a 'click'- It's on my teeth alr!


kenapa pakai braces?

"gigi awak bukan dah ok ke? kenapa pakai braces?"

"student dentist memang kena pakai braces ke?"

ini adalah antara soalan-soalan yang kerap di tanya kepada saya oleh mereka yang ter-perasan saya pakai braces (kalau tak sengih over, orang tak perasan pun). mungkin sebab ramainya sahabat yang ambil bidang dentistry pakai braces dan tak kurang juga orang-orang luar yang mana pemakaian braces ni dah nampak macam 'trend' pula.

secara kasarnya, sebab orang pakai braces ni ada dua sahaja.

1) kecantikan/'trendy'/menunjuk-nunjuk

ulama' telah membincangkan panjang lebar bahawa ianya adalah salah, haram dan di laknat Allah swt kerana termasuk dalam hal yang mengubah ciptaan Allah tanpa asas yang kukuh.

atas inovasi dalam pemakaian braces, ramai pula ikut pakai sebab nampak comel dan kaya (atas kos rawatan yang mahal).


2) rawatan

ummi call saya tadi; "kakcik pakai sebab rawatan kan? bukan saja-saja kan? ummi dah rujuk perbincangan hal ni, haram kalau pakai saja-saja"

:)

risau ummi di buatnya.

InshaAllah, pemakaian saya bertujuan rawatan. itupun selepas saya belajar subjek orthodontics dan tahu serba sedikit pros & cons pemakaian braces dalam kes saya. kalau ikutkan, tak mahu pakai pun sebab functionally and aesthetically pleasant.

cuma komplikasi akan timbul dalam jangka masa panjang sebab saya masih ada gigi susu yang mana akarnya sudah resorb, tinggal sejemput dan bergoyang ('floating on the gum' bak kata Dr). gigi kekal pula berada dalam lelangit, lari dari tempat asal dan terhalang penumbuhannya atas kehadiran bendasing.

plan rawatan:-

i) gunakan braces untuk menjarakkan gigi di bahagian gigi susu (bagi ruang untuk buat surgery, nanti kena gigi bersebelahan)

ii) surgery di bahagian lelangit untuk menarik turun gigi kekal dan membuang odontom (bendasing, mungkin gigi terlebih). suntikan/surgery di bahagian lelangit adalah super-sakit berbanding ruang mulut yang lain. oral surgeon cadangkan di buat under sedation, General Anesthesia (Allah.. harapnya boleh ubah ke Local Anesthesia sahaja)

iii) pemakaian braces untuk tetapkan kedudukan gigi terutama sekali gigi kekal yang baru di tarik dan betulkan occlusion.

iv) pakai retainer seumur hidup untuk mengelakkan relapse (kembali kepada keadaan asal kedudukan gigi)


berapa kos pemakaian braces?

kos pemakaian bergantung dengan kes individu, tempoh pemakaian dan jenis braces yang di gunakan. selalunya dalam RM3000-RM5000.

dalam kes saya, kosnya dalah percuma :) khas buat dental students dan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun. sesiapa tang tinggal di kawasan kuantan, jemputlah bawa adik/anak/saudara untuk rawatan ya.

[kami juga menyediakan rawatan cabutan, tampalan gigi, cuci gigi, buat gigi palsu, crowning, rawatan akar, dan lain-lain<< yang ni kena tanya senior]

best tak pakai braces?

sakit.

untuk lelaki, lagi sakit sebab pain treshold lelaki lebih rendah berbanding perempuan. ada ja yang tak sakit tapi sangat-sangat jarang. bila pakai braces, gigi di paksa bergerak dan pergerakkan ini buatkan rasa sakit. mulanya saya perasan berada dalam golongan istimewa yang tak sakit ataupun boleh tahan sakit ni. namun lepas 24jam, Ya Salam.. Allah ja tahu betapa 'best'nya rasa itu.

dan setiap kali di ketatkan wire sepanjang tempoh rawatan,setiap kali tu akan rasa sakit. tapi setakat ni, saya  masih jadi super srikandi, tak ambil ubat tahan sakit.

kaffarah dosa, Alhamdulillah...

penjagaan gigi

bila pakai braces, kebersihan gigi kena extra jaga sebab bakteria mudah terkumpul di celah-celah braket lalu merosakkan gigi.

makanan

apa yang di makan pun kena jaga sebab kalau makan makanan keras, bracket boleh pecah dan mengganggu proses rawatan. katakan tidak kepada daging yang liat, buah-buahan (epal, pear, etc)

sakit makin terasa waktu makan. payah nak kunyah dan di nasihatkan untuk makan soft diet.

bersyukur

rasa bersyukur sebab dapat rawatan percuma! heh. this is not the main point..

"I love to treat dental student so that they can experience the pain and appreciate their patient more" (orthodontist)

bersyukur sebab dapat rasa kesakitan patient-patient kita. dah lama tak rasa sakit gigi jadi bila rasa ni mula 'feel' nak rawat orang dengan sopan santun, simpati dan empati tu berganda-ganda.

sesiapa yang nak buat gigi palsu, nak cabut gigi ke, sila lah pm ya :) InshaAllah kami akan berikan rawatan terbaik buat anda.

wallahu ta'ala 'alam..

46 comments:

H.D said...

sedap lagu blog serar ni... :)

alhamdulillah gigi mmg dh natural ok. :) tp ade fracture sket kesan ber-taekwondo.. hehe

wardatul asrar said...

> H.D

kalau fracture sikit, boleh je tampal :)

Anonymous said...

Bape lame kne tnggu kalu nk wt braces...

Anonymous said...

Bape lame kne tnggu kalu nk dptkn rawatan braces

wardatul asrar said...

Bergantung pada tempat yg anda pergi. Kalau private; cepat je slalunya. Kalau goverment clinic; boleh up to 2 years kalau ramai pesakit yg nk rawatan

Anonymous said...

Salam Akak. Nk tanya. Kalau student asasi pergigian dkt iium Kuantan ni, boleh ke buat braces percuma ? Ke berbayar jugak ?

wardatul asrar said...

Kalau student atau staff, bergantung kepada kekosongan (masa takda pesakit). Kalau pesakit luar, 1-2 tahun

wardatul asrar said...

Waalaikumsalam. Tunggu masuk main campus, free

Anonymous said...

Assalamualaikum kak. Umur saya 15 tahun. Boleh ke kalau nak pakai braces kat uia kuantan tu? Lepas tu, masa bila boleh pergi eh?

Anonymous said...

Salam kak, memang semua under 16 yang nak buat braces kat situ akan dapat buat ke?

wardatul asrar said...

Waalaikumsalam. Setakat yg akak tahu, 15thn boleh lagi. Tapi skarang dah tak free kalau bracess biasa (fixed/tak boleh cabut) harga up to RM2000++ masih consider murah berbanding harga private. Kalau removable; few hundreds. Specialist yg akn decide kws awk guna bracess jenis mana.

Boleh pergi je daftar, kalau kes sesuai nanti masuk dlm waiting list

wardatul asrar said...

Waalaikumsalam. Ada beberapa faktor nk boleh buat bracess ni. Yg tu akk tak pasti, tak penah tgk record pulak. Faktor umur, severity, oral hygiene, etc.

Anonymous said...

salam . saya ada gigi susu lagi and takde tanda2 nak tercabut .kalau nak buat braces kene cabut ke ? and nak turunkan gigi kekal tu kene bedah ye ? jzkk :)

wardatul asrar said...

Wsalam. Dr kna check dulu ada gigi kekal & boleh tarik ke tak. Byk benda kna consider sebelum come out dgn treatment plan :) kalau nk turunkn gigi kekal kena bedah sikit

Anonymous said...

Salam akak. Sy dh pakai braces di government dan sy dh tk follow up utk retainer. Boleh tk sy nk smbung pakai retainer yg kekal di uia? Retainer yg jnis pakai cabut sy tk boleh la nk disiplinkan diri.

Anonymous said...

Assalammualaikum jibah,kalau nak pakai braces semata2 nak rapatkan balik 'gap' kat gigi atas depan kira haram ke?sbb kadang2 mknn suka lar jugak terselit kat 'gap' tu so rasa mcm rimas sikit -,-

wardatul asrar said...

> anon 1

waalaikusalam, dik. yg akak tau, setakat ni UIA hanya buat removable retainer sahaja

> anon 2

waalaikumsalam.. tak berani nk keluar hukum. huhu.. sebab balik pada asal niat juga.

kalu ikut medically, gigi jarak lagi senang nak bersihkan. gigi crowding/rapat lagi mudah makanan tersekat thus causing futher probs such as calculus, careis & infection

Anonymous said...

Assalamualaikum..nk tanye kalu student uia campus gombak, bole ke?cost mcm mane ye?tq :)

wardatul asrar said...

> anon;

waalaikumsalam. student dentistry uiam kuantan je boleh :) maaf ya.. untuk org luar; bawah 16 tahun je boleh

Anonymous said...

Assalamualaikum dik. Akak nak tanya kos nk buat crowning gigi depan agak2 berapa ya? Klinik tu dlm kawasan uia ke? Boleh walk in je tak? Tq

syima ismail said...

Salam, bpe kos rawatan? Boleh bg contact number klinik tu?

Nazreen Jafri said...

salam kak saya nie student swasta , berapa erk harga kos rawatan klinik/hospital kerajaan/swasta utk pasang braces ? umor saya 16 tahun

wardatul asrar said...

waalaikumsalam. ha'ah, dental polyclinic dlm UIA, Kuantan. boleh walk in & masuk waiting list atau terus contact pelajar tahun akhir untuk set appointment. harga; RM 200

وان عاليه said...

Sis, outsider above 17
nak buat rawatn braces boleh tak?

wardatul asrar said...

wsalam. akak tak pasti Dr kat sini amal retainer kekal ke tak. kena consult dgn Dr pakar sendiri

Anonymous said...

salam.boleh akak beri email/fb tak untuk dihubungi?
ada something nak tanya.

Anonymous said...

salam kak, kalau sekarang nak buat braces berapa eh bayaran dia kalau dkt uia ni? (bwh 16 thn)

Anonymous said...

sis.. kalau student kuliyyah lain contoh health science uia kuantan nk pakai braces dpt free jgk ke ??


your reply so much appreciated for future purpose.

Anonymous said...

assalammualaikum akak, kat UIA ni ada tak treatment untuk underbite braces ? Sy pelajar berumur 16 tahun & mengalami masalah underbite yang membuatkan sy susah untuk mengunyah, menguap & selalu rasa sakit dekat jaw. Masih free ke ? Akak boleh tolong jawab soalan sy ? Terima kasih :)

wardatul asrar said...

> anonymous

waalaikumsalam. ya, ada rawatan untuk 16tahun ke bawah. tapi sekarang sudah berbayar. adik boleh datang ke UIA untuk dapatkan temujanji dengan specialist. lepas Dr check, baru Dr boleh bagitahu anggaran harga. lepas tu adik boleh putuskan untuk buat rawatan atau menolak

adilla mars said...

Assalam.. nak tanya, pakai braces ni akan bagi side effect kat other part of our body ke? Kan sesetengah org dia kena cabut a few gigi yg sihat kuat tu in order to wear braces. So, sensory organ kita mcm telinga, mata akan affected ke akibat pakai braces. Harap boleh bagi pencerahan

Nur Faziera said...

Salam .saya umur 21 .nak tanya ,klu buat kat uia waiting list panjang ke ?

Anonymous said...

sy student 1st year ump pekan. orang kajang,selangor. is it better to do braces dkt pahang or kajang due to appoinment? klinik mana yg harganya ± rm4k area2 kuantan/gambang?

wardatul asrar said...

>Adilla mars

wa'alaikumsalam. ada aduan kata effect sensory tapi takda proven fact. jadi setakat hari ni, tiada kaitan cabut gigi dgn kesan kepada deria (mata/telinga) melainkan deria rasa (sekiranya berlaku kecederaan kepada saraf)

>nur faziera

waálaikumsalam. ya, dalam 2 tahun. tapi rawatan hanya untuk 16tahun ke bawah sahaja

>anonymous

nasihat saya, buat di klinik yg senang untuk follow up. kalau kerap balik kajang (paling kurang sebulan sekali) boleh buat di kajang. kalau jarang balik, better buat di klinik berhampiran. berkenaan kos +-4k, maaf saya tak tahu

Huda Idris said...

Jib.akk sbnrnya tgh cr pasal braces.. Jumpe page ni.duk tertanya2 sapa penulis ni..awak rupenya^_^

Cabut da ke braces? Akk tgh tahan sakit pakai powerchain......wawawa

wardatul asrar said...

> kak Huda

belum T.T saya dah pakai powerchain sebelum ni. tapi semalam follow up kena ubah treatment plan, pakai round wire semula. makin lama lagi la pakai braces.. huhu akak dah pakai berapa lama?

gyo mie said...

salam..akak..
sy umur 20, nk buat crown berapa RM yer kt UIA Kuantan? dan berapa kali lawatan since sy payah dpt mc utk ke sana. sebab hujung minggu UIA tutup pulak.

lepas tu, crown full porselin bape rm? and porselin + metal bape rm?

nurain fatihah azlan said...

assalam. sy skrg tgh nk buat braces dgn hosp governement. kes sy ni, sy masih ada gigi susu dan gigi kekal saya ada dlm lelangit. so dr ckp kena buat pembedhan kecik utk tarik gigi kekal tu. so sy nk tny, ada apa2 effect tak lps buat pembedahan kecik tu? and mmg akan ada pendarahan kuat ke? sbb sy tgok ada certain yg buat rawatan tu ckp, ambik masa jugak laa darah tu nk stop. lepastu satu lg, lps operate kecik tu biasanya berapa lama nk kena tunggu utk pakai braces? thank you:)

nur syafiqah said...

akak kalau saya dri klinik swasta nak tukar ke klinik uia ni boleh tak??

wardatul asrar said...

waalaikumsalam.

untuk porcelain + metal, dalam rm200/satu gigi. ini harga masa akak masih di sana (2015). untuk full porcelain, bergantung jenis porcelain yg digunakan. biasanya rm400 keatas can be up to rm600++- 1k, ikut harga makmal yg di hantar. boleh tanya harga sebelum teruskan dgn rawatan. pesakit perlu bayar harga makmal sahaja sbb yg buat rawatan adalah pelajar pergigian di bawah pantauan doktor pakar.

jumlah visit pun bergantung keadaan gigi adik. biasanya 4-6 visits. harap membantu

wardatul asrar said...

uia hanya ambil pesakit yg berumur 16tahun ke bawah. waiting list pula dalam 2tahun. kalau adik menepati kriteria berikut, boleh call poliklinik pergigian uia untuk perbincangan lanjut

wardatul asrar said...

maaf, tak boleh. 16tahun ke bawah sahaja

wardatul asrar said...

fb: najibah kazmin

wardatul asrar said...

maaf saya tak pasti. boleh hubungi poliklinik kulliyyah of dentistry untuk maklumat

wardatul asrar said...

waalaikumsalam. bila pakai braces tu kena ikut treatment plan doktor pakar yg merawat. dalam kes sy, sy pakai braces dulu. selepas setahun lebih baru buat surgery.

komplikasi sama macam pembedahan kecil yg lain. kalau saudari sihat tiada masalah kesihatan yg serius, pendarahan pun macam biasa. next day after surgery dah tak berdarah byk. kalau ada pun sikit2 saja. sy makan ubat tahan sakit pd hari pembedahan saja. next day masih rasa bengkak & sakit tp bearable tak makan ubat

Unknown said...

Assalamualaikum akak. I just got my braces off and currently pakai reatiner essix. but saya nak tukar retainer hawley. agak agak berapa eh harga dia? Gov and private? Thank you akakkkk <3