"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Tuesday, June 15, 2010

tanda cinta

bismillah..

tett.. tett..

[1 message received]

"salam. sahabat2 yg di kasihi, fatimah zurwanti kemalangan petang tadi. keadaan dia kritikal. minta tolong sahabat2 doakan dia dan doakan keluarga dia juga"

mesej ringkas pada 3.30 pagi itu menjawab persoalan berkenaan status fb sahabat-sahabat.

soheh.

"dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita akan di kembalikan"

tengkoraknya retak, darah beku di kepala dah di keluarkan. ketika saya menulis entri ini, fatimah zurwanti (atim) masih dalam keadaan koma dan kritikal di wad icu Hospital Putrajaya. Allahu Akbar.. mohon doa semua.

dia istimewa.. sebab tu Allah uji dia..


”Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.” (At-Taghabun: 11)
ini tanda cintaNya..
dari riwayat Abu Hurairah ra bahawa sesungguhnya nabi bersabda : “Barangsiapa yang diingini oleh Allah akan kebaikan maka diujinya dengan musibah” (hadith Sahih riwayat Bukhari, Muwatho dan Ahmad).

tiada apa yang mampu kami lakukan saat ini melainkan kiriman doa dari sahabat buat sahabat. hanya kepada Dia kami berserah.. ini tanda cinta agungMu. semoga Allah kurniakan kesudahan yang baik untuk musibah ini kepada dia, sahabat senaqibah saya, sahabat seperjuangan saya, fatimah zurwanti zulkifly. perkenankanlah..

Sunday, June 13, 2010

personal & protective jealousy

bismillah..

nota: entri yang bersifat personal aka ke-diari-an.

cuti: waktu bersilaturrahim. waktu ni ja ada peluang berjumpa sahabiah yang jauh di mata.

terima kasih kepada picnik photo editor.

cheddar cheese cake yang merekah. terlebih suhu, kot. trick 1: biar lambat asal selamat. suhu yang tinggi boleh menyebabkan kek merekah. trick 2: masukkan tepung ke dalam adunan (selalunya butter & gula) secara manual (tanpa mesin) bagi mengelakkan air bubbles berkurang (air bubbles yang kurang menyebabkan kek menjadi kurang 'spongy'). *tapi cheese cake memang selalunya tak spongy,kan?*
ayam masak hitam dan sup sayur bebola ikan. dahlia kata, kat sana tak sempat nak masak. pagi kuliah-pegi hospital-petang/malam baru balik-kemas rumah-masak (cabaran wanita moden?) masak pun pakai campak-campak, asalkan siap. oh, ada rahsia kiub-kiub segera rupanya. padan orang zaman sekarang masak cepat je kan. amaran dari puan ummi: bahan-bahan tersebut amatlah tidak sihat. sila gunakan bahan asli dan bukan sintetik (?) dalam masakan anda demi generasi bebas kanser. 

agar-agar/jeli/sumi/bledo sirap laici. cara pembuatan sama dengan agar-agar biasa, cuma di tambah buah laici yang di hiris kecil. sepatutnya jadi dua lapisan tapi ter-bercampur pulak. trick : pastikan lapisan bawah mengeras sedikit dan mampu menampung lapisan atas. jangan terlalu keras, nanti tak melekat (saya sangat lemah bahasa masakan)
dari cik muhsonat kepada cik dahlia husna. Isteri dan puteri Rasulullah, moga dapat menjadi teladan wanita muslimah hari ini, InsyaAllah..
dari cik muhsonat kepada cik hannah, tragedi cinta Taj Mahal. saya pun belum baca lagi. kisah di sebalik cinta shah jehan dan mumtaz?




 Palestin tak pernah gentar buat saya dari muhsonat. mereka mengukir sejarah dengan darah! terkesima-terharu-terima kasih sangat-sangat. moga sama-sama thabat di jalanNya. ameen.


 atas sebab-sebab tertentu, kami terpaksa berjumpa di 'tengah lembah'. dalam perjalanan ke ktm kl untuk ke 'tengah-lembah', puan ummi bagi tazkirah free berbunyi :-

"dalam Islam, perempuan di ajar kalau nak berjalan kena di temani mahram. mana boleh jalan seorang-seorang. kecualilah dharurat sangat.. ummi pun mana pernah jalan seorang -dan seterusnya-"
terbaik dan terketuk saya rasakan. satu stesen ja nak sampai mid dari situ. diam. rasa dah 'besar' mungkin. sebetulnya nak ajak adik tapi abah takut adik hilang.. =.='

"ummi tunggu sini je na. tau nak naik train kat mana?"

"err.. kat situ, kot. lama dah tak naik, tak ingat"

"aih.. nak berjalan pandai", sambil pimpin tangan lintas jalan.

"mana nak tau.. ummi tak pernah ajar.. *grin*"

ingat ya sahabat-sahabat.. berguna untuk anda, wanita muslimah. juga anda, muslimin yang punya saudara perempuan dan/bakal isteri. jangan biarkan wanita-wanita anda berjalan sendirian.

oh, mungkin akan ada yang kata, ini sangat-sangat konvensional.. ya, betul!

Islam sangat-sangat menjaga muslimah dalam segala hal. baik pergaulan, pakaian dan kehidupan sehari-hari. tinggal muslimah tu ja nak ikut atau tidak. ajaran Islam tetap yang terbaik.

di sini saya nak berkongsi artikel, protective jealousy [klik]. istimewa buat muslimah, juga panduan kepada muslimin dalam 'cemburukan' wanita di sekeliling anda.
“Men are the protectors and maintainers of women because of what Allah has preferred one with over the other and because of what they spend to support them from their wealth.” [Sûrah an-Nisâ’: 34]
wallahu'alam.

Thursday, June 3, 2010

dilemma no more

bismillah..

phone call.

caller: "still wanna join us for mbbs?"

me : "I'm sorry. I don't think so coz I've got another offer".

terlebih 'jujur'.

confident.

keputusan: kad merah kepada caller.
----------
abah: "tak minat buat medicine?"

me: "emm.. nope. nak stay sini, with current course".

confident. (berbaki)

abah: "it's ok. buat sebab minat. jangan buat separuh jalan lepas tu tak minat"

haih.. father's power boleh menggugat.

thanks abah for your understanding
----------
fikir-fikir

sayang campus ke sayang course?

oh.

pathetic. 

opss.

more than two years, already.

enough.

bye bye dilemma.

time to move on.

Allah knows best, najibah!
----------
mahfum hadis: dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:


Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya" (riwayat bukhari)

sekian.

Wednesday, June 2, 2010

di sebalik Gaza: bukan hanya berdoa

bismillah..

kami berteleku di hadapan televisyen. CNN, BBC, Awani, Al-Jazeera, BernamaTV, bertukar-tukar channel seakan menanti khabar baik yang bakal di sampaikan berkenaan para pejuang di sana. nyata, hampa. angka korban tetap meningkat seiring masa. sehingga saat saya menulis entri ini, sudah 20 angka korban di laporkan Hamas dan di jangkakan akan terus meningkat berikutan berpuluh-puluh lagi yang cedera.

Mavi Marmara di serang Zionis!
!خيبر خيبر يا يهود! جيش محمد سوف يعود
(Ingatlah!) Khaibar Khaibar wahai Yahudi! Tentera Muhammad akan kembali!
tak sangka laungan 'rasis' (dakwaan zionis) tanpa henti para aktivis pro-hamas ketika memulai pelayaran yang sempat di rakamkan stesen televisyen al-jazeera rupanya sangat 'menggetarkan' tentera yahudi. itulah menurut Direktor Eksekutif AJC (American Jewish Committee) David Harris yang membuat zionis nak 'pitam' langsung membawa kepada serangan akibat keengganan armada flotilla menyerahkan kapal untuk 'di periksa'.

sudahlah, bukan sekali ini kau memperkosa

kes Sabra dan Shatila takkan pernah hilang dari lipatan sejarah. Tragedi Nakbah (bencana) saja cukup menggambarkan kekejaman yahudi-zionis. Untuk kali keseterusnya yahudi menggunakan kehebatan membutakan mata, memekakkan telinga dan membatukan hati yang telah terkurnia pada mereka. "kalau aku kata tidak, dunia takkan mampu menyentuhku!"

jujur, saya tak suka menulis entri ini. saya membayangkan puak laknatullah sedang tertawa dengan keletah kita saya. ya, ketawa dengan latahan Muslim untuk seketika umpama anak kecil di cucuk pinggang. laungan, jeritan yang panasnya seketika. ambil tahu kita sementara saja setelah itu hilang di telan masa. 'kesatuan sementara' tercipta setelah itu berpecah semula. ketahuilah saat 'diam' kita, Palestin tak pernah aman dan terus di bantai.

kita majoriti tapi kita yang mati. where is Musleem unity? Umat Islam kini makin hilang dalam dunia sendiri. hakikat hilang itu bukanlah bererti terhapusnya jasad dan generasi tapi 'hilang' identiti sebagai seorang Muslim sehingga generasi terkemudian tidak lagi mengenal apakah Islam yang sebenar.

kata-kata yang mahsyur menyebut "tegakkan Islam dalam diri, nescaya tertegaklah Islam di muka bumi" ternyata membawa maksud yang mendalam jika di hayati. kalau setiap individu Muslim faham akan tuntutan yang perlu di laksanakan, arif tentang kewajipan dalam menubuhkan satu kesatuan Islam, maka akan ternaunglah dunia di bawah payung Islam.

saya akui, kegemilangan Islam takkan tercapai esok lusa tapi kita lah penggerak ke arah kemenangan itu. jika di belek sejarah umat terdahulu, betapa mereka berlumba-lumba ke arah kebaikan. dengan hadis yang menyebut:-
“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.” [H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335]
banyak percubaan telah di lakukan selama 800 tahun demi menawan Konstantinopel dan merebut gelaran daripada baginda sebagai umat yang terbaik, di pimpin juga pimpinan terbaik. apakah kita hari ini hanya mahu termenung menunggu janji Allah bahawa akan tiba hari di mana Islam kembali di julang?
******************** 
"saya hanya mampu berdoa, saya tak punya kuasa"

saya berani katakan, kita boleh lebih dari itu. misi mengibar panji Islam di atas tembok Konstantinopel pada 1453 Masihi tidak terealisasi sekadar doa munajat dan keimanan yang utuh. penawanan Konstantinopel memerlukan lebih dari itu dan terbukti dengan kewujudan meriam gergasi untuk memecahkan benteng kebanggaan empayar Byzantine. penguasaan dunia ilmu oleh para ilmuan Islam membawa Muslim jauh terkedepan dari bangsa lain pada waktu itu.

Zionis mampu mendabik dada ketika ini kerana keretakan sistem pendidikan Islam. jiwa pemuda dan pemudi kini diasuh dan digula-gulakan dengan budaya ''Akademi Fantasia'. Disuntik dan disogok dengan hiburan melampau dan amalan hendonisme. Akhlak pemuda dan pemudi kini di umpan dengan pesta-pestaan bukannya kesuburan budaya ilmu. generasi muda kita tercorak melalui sistem pendidikan barat yang punah dan sekular, penguasaan disiplin ilmu bukan lagi milik kita.

Umar Al-Khatab r.a pernah berkata, "jika mahu melihat masa hadapan negara, lihatlah akhlak pemuda dan pemudinya masa kini". Dan pejuang kemerdekaan Indonesia, Presiden Sukarno dengan bersemangat pernah berkata, "berikan aku 10 orang pemuda, nescaya akan ku goncang dunia".
Inilah besarnya peranan pemuda. jatuh bangun sesebuah negara terletak di tangan manusia seusia kita. maka terbebanlah kini di atas bahu mahasiswa Islam yang punya kesedaran untuk bangkit dan menguasai kembali pelbagai disiplin ilmu supaya kita tak lagi terus-terusan menadah pada mereka, zionis laknatullah dan sekutunya.

perkongsian dari Sepuluh kewajipan setiap individu dalam membantu Ghaza:-

1) Menangkanlah Allah s.w.t di dalam jiwa-jiwa kita dengan beriltizam dengan manhaj Allah s.w.t serta mendirikan kewajipan dan syiar-syiar Islam didalam diri, rumah, dan biah yang diduduki (suasana sekeliling).

2) Membaca Qunut dan doa dalam solat terutamanya dalam solat malam (qiamullail).

3) Menumbuhkan perasaan ukhuwwah diantara kita dan diantara saudara-saudara kita yang berjuang (mujahidin).

4) Berjihad dengan harta.

5) Menyebar dan menyampaikan Isu Palestin di rumah, tempat kerja, dijalanan dan dimana-mana sahaja agar masyarakat sedar dengan apa yang berlaku dan menjadi keutamaan mereka dengan menganggap ia sebagai isu umat Islam.

6) Menyampaikan kepada generasi anak-anak kita perkara sebenar tentang isu Palestin.

7) Memboikotan barang-barang yahudi dan Amerika.

8) Penyertaan yang positif di dalam operasi dan aktiviti-aktiviti yang membantu menguatkan hak rakyat Palestin dan penentangannya yang berkobar-kobar dalam mempertahankan tanah Palestin dan projek pembebasan (kemerdekaan).

9) Letaklah nama-nama pimpinan dan syuhada’ Palestin di jalanan, menamakan kelahiran baru dengan nama-nama mereka serta meletakkan gambar dan wasiat mereka di rumah.

10) Meninggikan ruh jihad di dalam diri dengan membaca ayat-ayat dan hadith-hadith tentang jihad beserta tafsirnya, mengetahui kelebihan syahid dan syuhada’ (mereka yang mati syahid), menyebarkan kisah-kisah mereka yang telah syahid dan sentiasa mengingatinya.
********************
saya cemburukan Asy-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisy yang tsabatnya dalam perjuangan mengabadikan diri untuk tanah air tercinta al-Quds. saya cemburukan Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yasin yang istiqomahnya dalam perbuatan yang menerbitkan kegerunan Israel dalam menyentuhnya. saat cuba menjentik nyawa dari tubuh insan berkerusi roda ini saja, peluru berpandu Hellfire terpaksa di bedil oleh helikopter Apache Zionis. layaklah syurga Allah untuk kalian..

malulah diri ini yang mengaku pejuang Islam tapi masih bermalasan.. malulah diri ini yang mengaku memperjuangkan kalimahNya tapi masih melakukan dosa.. malulah diri ini yang mengimpikan syahid tapi kurang usaha.. malulah diri ini yang mahu tertegaknya Islam namun masih bertelagah sesama sendiri..

ayuh mahasiswa sama-sama bangkit demi Islam. ketahuilah Islam tak pernah hajat kepada kita tetapi kita yang berhajat kepada Islam. selamat berjuang sahabatku.. jangan lupa doakan aku..