"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Thursday, April 12, 2012

senyumlah duhai hati

bismillah..

kesibukkan duniawi menghambat lagi. banyak hak yang rasanya tidak tertunai. maafkan saya sahabatku kerana sering telat menjawab mesej kalian. ada yang di buka bukan waktunya, lantaran itu terbiar diam dengan mesej yang masuk selepasnya.

ada pula yang saya rasakan terlalu berat. entahlah. mungkin bukan selayaknya saya menjawabnya. namun, terima kasih jua ku ucapkan kerana soalan-soalan itu membuat saya refleksi sekian lama sebelum mengambil putus untuk nukilkan di sini.

teringat saya akan kisah baginda nabi shallallahu alaihi wasallam.
baginda di datangi seorang wanita bersama anaknya yang sangat kuat makan. setibanya di rumah baginda, anak itu memakan hidangan tamar yang nabi sediakan sehingga hampir habis. berkatalah si ibu akan hajatnya, agar rasulullah menasihati anaknya supaya kurang memakan tamar. 
baginda nabi shallallahu alaihi wasallam tidak langsung menasihati si anak malah meminta mereka pulang dahulu dan datang semula pada ketika yang lain. si ibu hairan namun akur dengan permintaan baginda. 
sesudah beberapa waktu, datanglah kembali si anak dan ibunya. pada ketika ini, barulah nabi shallallahu alaihi wasallam menasihati sang anak. hal ini kerana, tempoh yang di minta nabi adalah untuk mendisiplinkan diri baginda dahulu agar kurang memakan tamar. sesudah mempraktiskan dengan dirinya sendiri baharulah baginda menasihati yang lain.
lihatlah akhlak junjungan kita, Islah Nafs, Wadú Ghairak..

baru-baru ni, seseorang bertanyakan saya satu hal. lama saya baca dan banyak kali juga saya ulang buka dan hadam soalan. namun baru hari ini punya kekuatan untuk menukil. tak dapat saya postkan soalannya sebab bila saya semak kembali, mesej tu sudah tiada dalam simpanan.

sahabat saya ini bertanya, mengapa ada yang bersangka buruk, menyakitinya sehingga memfitnah sedangkan dia melakukan sesuatu itu dengan ikhlas?

jawapan ini untuk diri saya sebetulnya.

Islah Nafs

perbaiki diri dan selidikilah apa yang menjadi asbab 'kesakitan' yang kita alami. sesungguhnya, tiadalah sia-sia apa yang telah Allah taqdirkan berlaku. kita yang kena duduk muhasabah dan singkap satu per satu aturanNya.

terkadang mungkin asalnya dari khilaf diri kita sendiri, maka Allah bagi teguran dengan cara keras. Allah hadiahkan kita Huzn supaya kita merintih kepadaNya. mungkin juga tanda kasih sayang Allah untuk meninggikan martabat kita di sisinya.

ketahuilah Allah sedang mengukur neraca Ikhlas yang kita canangkan. bagaimanakah?

sunnah orang berjuang

"Andai kamu merasakan mudah dalam berjuang, ketahuilah kamu bukan seorang pejuang"

sunnatullah, perjuangan itu pahit. luka. air mata. darah. semua itu ramuan hidup seorang pejuang fi sabilillah. sedangkan nabi habibullah, kecintaan Allah pun sebegitu tega manusia menyakitinya, siapalah kita ini di banding baginda?  baginda nabi shallallahu alaihi wasallam lebih teruk di sakiti, apalah sangat sakitnya kita di banding baginda? baginda lebih lagi di fitnah, apalah sangat cebisan fitnah yang kita terima?

kesakitan inilah Mahar yang akan kita bawa menuju Allah.

kenanglah kembali kisah Abdullah Ibn Mubarak yang menasihati Fudhail b Iyadh, Imam dua tanah haram gelarannya kerana begitu kuat beribadat.

kata Abdullah Ibn Mubarak;
"Wahai tuan yang sedang beribadat di tanah suci, kalau saudara melihat kami, saudara akan tahu bahawa saudara hanya bermain dengan ibadat, siapa yang pipinya berlumuran air mata maka leher kami berlumuran darah, kalau kudamu penat di dalam kebathilan, maka kuda kami penat di medan perang"
doa & memaafkan

doakan kebaikan orang yang menzalimi kita dan maafkanlah. memang, terkadang kita rasakan sangat sukar untuk melakukan. namun percayalah, ia tidak mustahil. kamu akan merasakan kebahagiaan yang sangat apabila kamu melepaskan segala mazmumah yang bersarang di jiwa.

kita yakin, kita hanya ada Allah. kita bergantung pada Allah. berkumpullah sebatalion manusia untuk menghancurkan kita namun tanpa izin Allah, usaha mereka menjadi sia-sia.

tiada lebih sedikit pun pada kita andai kita terus-terusan menyimpan dendam. walhal, Allah menjanjikan nikmat yang tiada tara bagi insan yang setiap harinya sebelum mati sementara (tidur), dia memaafkan semua makhluk di dunia.
"dan tidaklah sama (kesannya dan hukumNya) perbuatan Yang baik dan perbuatan Yang jahat. Tolaklah (kejahatan Yang ditujukan kepadamu) Dengan cara Yang lebih baik; apabila Engkau berlaku demikian maka orang Yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, Dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib"  (Fushilat:34)

:)
senyumlah duhai hati..
moga pelagi kan muncul esok hari..

Sunday, March 11, 2012

tarbiyyatul aulad: "dah besar nanti nak kawin dengan sapa?"


bismillah..

waktu saya kecil, ummi selalu tanya,

"dah besar nanti nak kawin dengan sapa?"

ummi tanya waktu tengah suapkan nasi, mungkin umur saya dalam 6-7 tahun waktu tu.

dengan yakin saya menjawab, "ummi!"

ummi tarik senyum nipis. tahan ketawa,mungkin.

"kenapa dik na nak kawin dengan ummi?", tanya ummi lagi.

saya senaraikan seribu satu sebab, 'kenapa ummi?'

sebab ummi baik, ummi cakap malaikat rahmat tak masuk rumah bila abah tiba-tiba tutup tv waktu maghrib, ummi selalu bacakan kisah nabi sebelum saya tidur, ummi suapakan nasi.. abah garang. selalu suruh solat, mengaji, baca buku ja. tak boleh tengok tv.

"dik na sayang ummi berapa banyak, sayang abah berapa banyak?"

"sayang ummi banyak.... besar macam bukit", sambil membayangkan bukit uhud yang ummi ceritakan. "emm.. sayang ummi dua ratus, sayang abah seratus", saya menjawab.

ummi sengih lagi dengan keletah anak kecilnya.

"mana boleh macam tu.. kena la sayang ummi dengan abah sama banyak", pujuk ummi.

"abah nak anak abah jadi orang pandai, sebab tu abah suruh baca buku. abah sayang anak dia.. kalau dik na sakit, dik na tidur dengan sapa? abah yang jaga dik na..", pujuk ummi sehinggalah akhirnya saya bersetuju;

"ok, sayang ummi dua ratus, sayang abah pun dua ratus" ;)

*****
bila sudah besar sikit, ummi tanya lagi;

"antara semua orang dalam bilik ni, dik na boleh kawin dengan sapa?"

saya toleh ke semua wajah yang ada dalam bilik tv. masing-masing seolah menununggu jawapan daripada saya. waktu ni, saya sudah 'cerdik' sedikit. kita hanya boleh kahwin dengan orang yang berlainan gender sahaja. kebetulan dalam bilik itu hanya kholi, adik kandung ummi, sahaja yang lelaki.

"dengan... kholi.."

satu bilik menghambur tawa. confuse saya di buatnya.

****

[kini]

nik abdullah al-hakim menghulurkan tangannya kepada saya.

"salam" ujarnya sepatah sambil sengih.

seperti biasa, saya menyambut huluran tangan sepupu kecil.

"dik kim, kak cik nak tanya dik kim ni. boleh ke salam dengan perempuan?"

"ummu dik kim kat PASTI kata.. tak boleh", jawabnya. kening lebatnya hampir saja bercantum di tengah. keliru mungkin.

"jadi... dik kim salam dengan kak cik ni boleh ke?", saya mewarisi soalan psikologi ummi.

hakim mengangkat bahu. "entah.. kalau dengan perempuan sama besar dengan dik kim, dik kim tak salam. dik kim malu! hehehe..." ujarnya sambil menutup wajah.

giliran saya pula ketawa. comel!

'belum mumayyiz lagi ni.. sampai satu tahap, kami sudah tak boleh bersalaman' :)

****
bila di lihat suasana hari ini, ramai yang tidak mengetahui halal-haram dalam hubungan kekeluargaan. tidak kurang sahabat saya yang mengakui bahawa mereka tidak pernah bertudung bila bersama ipar duai di kampung.

"kalau pakai tudung tu kira pelik sangat. rasa macam bukan keluarga pula.."

Allahu akbar.

sahabatku,
hal ini bukanlah hal remeh yang boleh di pantang enteng. ini adalah soal fiqh yang telah di tetapkan oleh Allah hukumnya dan menjadi fardhu ain kepada setiap muslim untuk mempelajari.

yang mana ibu ayah tak pernah mengajar, mohonlah doa kepada Allah. semoga Allah mengampunkan dosa kita dan kedua ibu bapa kita di atas kejahilan lampau.

ayuh panjangkan langkah untuk mencari ilmu agama dengan bertanyakan kepada orang 'alim. lebih-lebih lagi kepada wanita. tarbiyyatul aulad itu bermula sejak kecil dan wanita lah madrasah pertama mereka.

Thursday, February 2, 2012

muslimin:jangan di ganggu muslimat itu

bismillah..

"awak.. awak kena tolong saya.."

pinta seorang sahabiah sewaktu mendapatkan saya di bilik. gelisah sungguh riaknya.

saya cuba menenangkan si sahabiah.

"awak kena tolong saya cari ni nombor siapa..", ujarnya sambil menghulurkan telefon bimbit kepada saya.

'ini pasti kes gangguan dari muslimin yang tak matang', omel saya dalam hati.

"lelaki?", saya menebak.

sahabiah saya mengangguk. wajahnya mencuka, bagai nak menangis pun ada.

saya dail juga nombor yang tertera walau tiada menyimpan harapan untuk nombor itu ada dalam simpanan.
calling... 
Fulan 
terus saya mematikan telefon sebelum sempat talian di sambung.

"Fu..lan", ujar saya sepatah. kami berpandangan.

kalau di judge a book by it's cover, untuk Fulan mengganggu sahabiah saya ini adalah agak mustahil.

"Fulan... jurusan penerbangan?", sahabiah saya terkejut.

giliran saya pula mengangguk.

kebetulan minggu ini adalah study week bagi pelajar jurusan penerbangan di kampus. mungkin penat belajar jadi...

"apa yang berlaku sebenarnya..?", tanya saya sebelum minda terus mencipta drama sendiri.

"awak.. saya sedih sangat ni..."

sahabiah saya mula menceritakan kronologi yang berlaku. matanya berkaca. aduhai.. kasihan sungguh.

rupanya, bukan Fulan yang mengganggu sahabiah saya tapi kawan Fulan yang menggunakan telefon fulan tanpa pengetahuannya.

"bila saya tanya ni siapa, Fulan marah saya. saya tak tahulah dia tu álim ke, tak layan perempuan ke. yang saya tau, nombor dia yang ganggu saya"

saya renung message si Fulan... agak mampu la untuk basahkan muslimat yang sememangnya berhati kapas.

"saya minta dia nasihatkan kawan dia tapi dia balas macam saya yang membesarkan hal. salah saya ke sebenarnya?", soalnya minta pendapat. "Iyalah.. saya takut saya yang lebih-lebih tapi ini hal kecik ja.."

perasaan saya berbaur.

rasa nak senyum dan kasihan. geram pun ada.

'muslimin tu belum tahu mungkin... husnu dzan lah..'


*******
saudaraku muslimin..
nombor telefon adalah sesuatu yang bersifat agak peribadi bagi muslimat. kalau muslimat payah nak bagi nombor telefon, itu normal. bukan perasan,ya. itu sangat normal sifatnya bagi perempuan untuk protect sesuatu yang bersifat peribadi baginya.

sebab tu sangat jarang kawan perempuan nak 'mengenakan' sahabatnya melalui telefon. kami tahu akibatnya. ianya bukan sesuatu gurauan yang seronok atau suka-suka. peribadi is almost directly proportional to maruah. anda ceroboh hal peribadinya, anda sebenarnya sedang cuba menggugah maruahnya.

jadi muslimin, anda harus faham kenapa muslimat 'mengamuk' bila nombor telefonnya di ganggu. janganlah di balas balik "chill la.." "small matter je ni.. kecoh lerr" dan sebagainya sebab kami tak anggapnya sebegitu.

matanglah. kita semua bukan anak-anak kecil zaman sekolah lagi. kami ini juga bukannya bahan uji kaji untuk anda test tahap ke-melayanan-nya atau tahap keimanannya. banyak lagi cara lain untuk hilangkan kebosanan daripada ganggu muslimah. tolong,ya? anda tak mahu dunia di penuhi hiasan solehah? :) bantu kami untuk kami bantu kalian memelihara iman.

kepada 'si Fulan',
kalau bukan dari golongan anda yang faham agama, dari lelaki mana lagi yang kami patut harapkan pembelaan? walau mereka sahabat anda, kelakuan mereka yang bathil itu tetap bathil. bantulah kami sedarkan mereka. mungkin cara kami tak kena gaya, anda lah yang lebih tahu bagaimana.


Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita

Kini,
Ramai wanita suci dipenjara
Diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapapun berani menggoda

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad , tekun berdakwah

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah

Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu ,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh

Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah

Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
Petikan daripada Novel Syabab Musafir Kasih


maafkan saya kerana mungkin saja akhlak saya lebih jelik dari kalian. bukan maksud saya untuk men-sekolah-kan kalian. niat saya cuma satu, untuk kita saling muhasabah dalam kehidupan sebagai hamba.

Saturday, January 28, 2012

tawajjuh

bismillah..

"saya nak bahagia tapi Allah tak pernah bagi... lepas satu, satu Allah uji.."

medengar sahabiah berbicara dalam sendu, sedikit sebanyak rasa macam... hebatnya dia Allah uji begitu begini. bukankah orang beriman akan selalu di uji?

kita ini hamba.

mahu bahagia? mintalah pada Dia.

jangan tertipu dengan kesibukkan dunia sehingga kita tiada masa untuk Allah dan Rasulullah. bukankah siapa kita pada Allah bergantung siapa Allah di hati kita?

mulakanlah hari bahagia kita dengan bertawajjuh di sepertiga malam. kalau kita boleh stay-up untuk belajar, kenapa tidak mampu stay-up untuk Allah?

seorang ilmuan pernah berkata, kalau kita payah untuk melakukan kebaikan, ketahuilah bahawa kita sedang di belenggu oleh dosa-dosa kita yang banyak.

ulama' zaman silam bilamana tak terjaga walau satu malam untuk bertahajjud, mereka berasa sangat sedih sehingga menangis.

kita?

mujahadahlah.

"jangan mengaku diri pejuang kalau tahajjud dua rakaat pun tak mampu nak buat"

aku menasihatimu bukanlah bermaksud aku lebih baik dari mu. aku menasihatimu kerana aku bermaksud memperingatkan diriku.

~Allahummardzuqnal istiqomah~
Ya Allah! kurniakanlah kepada kami istiqomah