bismillah..
aku memerhati. bertahun.. saat Allah izinku di sini.
zaman kanak.. fikirku dunia ini indah-indah semua.
nyata aku silap..
esak tangisnya buat ku gerun; bonda di rumah menahan terajang si bapa.
rintihan si usia buat ku risau; teman memboyot membawa nyawa.
remang roma menyaksikan adegan; teman sejantina berkasih mesra.
apakah..??
dera itu hanya dalam drama. zina itu bukan di sekeliling kita. arak, dadah dan judi; semua itu jauuuhh nun di sana.
tidak rupanya.. sama sekali ianya hampir dengan ku.
ya, aku pernah jadi pemerhati kaku di sisi chow kit road.
siulan gatal anak muda itu biasa..
aku pernah meloloskan diri dari lorong-lorong sempit berbau hanyir.
aku pernah menyaksikan rumah tumpangan murah di 'sambut' pelayan seksi tapi berketak.
aku pernah melepasi tubuh yang hidupnya segan, mati nya tak tak mahu.
aku pernah mendengar pengakuan-pengakuan yang amat pedih untuk aku nukilkan..
****
dan masih segar dalam ingatan... ratap tangis si ibu supaya memaafkan anaknya yang mencuri barangku; lalu di jual untuk mendapatkan wang.
bapanya sudah tiada, entah kan hilang ke mana. tinggal lah dia bersama ibu dan adik-adiknya.
"kalau pun kita miskin, ibu tak pernah ajar kau mencuri!"- tidak. ini bukan ayat drama.
jarang-jarang ku lihat kelibatnya selepas itu. tak lama sampai pula khabar, dia sudah berhenti daripada pengajian dan mula bekerja.
andai mampu ku ulang waktu...
****
aku gadis yang pernah menghabiskan secebis umur di black-area metropolitan.
yang dulunya ku tak sabar untuk akhiri.
"ini bukan dunia" rasa ku. lucu nya aku takutnya realiti
chow kit road..
membuka dimensi baru dalam juzu' hidupku.
mengisi ruang jahil padaku tentang dunia dan isinya
tak kan ku sesal meski kelihatan tak sempurna
kau dan aku;
tak semua Allah takdir jalan yang serupa.
untunglah cuma taqwa yang di nilaiNya.
-asrar
230114
0353
"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"
~menulislah kerana Allah~
~menulislah kerana Allah~
Thursday, January 23, 2014
Friday, October 18, 2013
wajah. waktu.
Bismillah
Kerna muka itu terlalu bising
Ku senang di wadah lama
Sepi..
Mungkin hanya ada dua
Aku dan rasa
Andai mampu ku ulang waktu
Ku pilih diam dari bicara
Ku pilih lari dari gempita
Ku pilih kelam dalam gelita
Andai ku mampu..
Biar dunia tak kenal
Terporok. Tersorok.
Mekar dalam ruang kita
Hanya kita
sungguh..
Topeng ini makin lusuh
Entah bila kan tamat tempoh
Kembali berwajah lama
Walau bercoreng takkan serupa
Kerna muka itu terlalu bising
Ku senang di wadah lama
Sepi..
Mungkin hanya ada dua
Aku dan rasa
Andai mampu ku ulang waktu
Ku pilih diam dari bicara
Ku pilih lari dari gempita
Ku pilih kelam dalam gelita
Andai ku mampu..
Biar dunia tak kenal
Terporok. Tersorok.
Mekar dalam ruang kita
Hanya kita
sungguh..
Topeng ini makin lusuh
Entah bila kan tamat tempoh
Kembali berwajah lama
Walau bercoreng takkan serupa
Wednesday, August 21, 2013
silent reader
bismillah..
sometimes we just have to pretend not to know/read anything for them to keep goin'
:)
life is an open secret.
sometimes we just have to pretend not to know/read anything for them to keep goin'
:)
life is an open secret.
Wednesday, July 24, 2013
StuDent Diary: ada apa dengan dentistry (II)?
bismillah..
[this post gonna be very diary-like, santai-manglish-style. heh]
Assalamualaikum pembaca wardatul asrar sekalian. terima kasih. terima kasih. terima kasih, sudi singgah. maafkan saya andai pengisian kat sini ada yang mengambil waktu emas kalian.
setelah sekian lama... hampir 2 tahun juga.. akhirnya tibalah sambungan 'ada apa dengan dentistry II'
kindly check my ancient post on 'ada apa dengan dentistry' ;)
teaser....
[this post gonna be very diary-like, santai-manglish-style. heh]
Assalamualaikum pembaca wardatul asrar sekalian. terima kasih. terima kasih. terima kasih, sudi singgah. maafkan saya andai pengisian kat sini ada yang mengambil waktu emas kalian.
setelah sekian lama... hampir 2 tahun juga.. akhirnya tibalah sambungan 'ada apa dengan dentistry II'
kindly check my ancient post on 'ada apa dengan dentistry' ;)
teaser....
dizzcusting? no? yes? cool huh.
entri ini saya akan fokus kepada tahun klinikal pula InshaAllah.
selepas di survey dalam kalangan seniors, tahun pertama klinikal adalah antara tahun yang paling mencabar-selain tahun akhir.
phew.. *kesatpeluh*
tapi sangat menarik. percayalah... :) adik-adik yang bakal memulakan praktikal, All The best!
dental subject & clinical practice
8 dental subjects yang akan di pelajari dan masuk dalam end-block exam iaitu conservative dentistry, oral surgery, prosthodontics, paedodontics, dental public health, orthodontics, periodontics & oral pathology.
tahun ni lah kita akan mula merawat pesakit sebenar. no more dummy/phantom/patung yang boleh kita aci cabut jaw dan buat cavity di luar mulut dummy << not good. belajar macamana nak communicate dengan pesakit sebenar & melayan karenah manusia yang pelbagai. daripada orang dewasa sampailah ke anak kecil.
jadinya... kena sangat-sangat banyak sabar dan doa yang tak putus supaya senang dapat kes dan pesakit, dapat pesakit yang beri kerjasama. jangan sesekali 'kedekut pesakit'. kalau kita ada pesakit lebih, kongsilah dengan kawan-kawan. kita bantu orang, InshaAllah Allah akan bantu kita dan permudahkan segala urusan kita :)
rawatan yang kita akan buat untuk tahun pertama klinikal adalah;
-tampalan
-cabutan/ assist minor oral surgery
-buat gigi palsu
-scaling atau cuci gigi
-rawatan kanak-kanak
medical subject & posting
selain daripada dental subject & practical di dental clinic, kita juga akan belajar subject General Medicine & General Surgery; and posted to Medical & Surgical ward at the same time for the whole year.
awal-awal tu macam pening-pening itik sikit dengan medical subject ni sebabnya, kita (dental student) boleh kata 'zero' dalam ilmu penyakit awam.
pada masa yang sama kita kena belajar jenis-jenis penyakit (yang mana medical student belajar di waktu pra-klinikal), belajar ambil history pesakit & belajar systems examination pesakit untuk sampai kepada diagnosis.
"sibuk tak?"
bohonglah kalau saya katakan 'tidak'.
8-10 am: kuliah. 10 am-1pm: rawat pesakit. 1pm-2pm: lunch hour, tapi selalunya akan bertukang di makmal nak siapkan gigi palsu. 2pm-5pm: rawat pesakit dan curi-curi buat kerja makmal sampai makmal tutup.
kalau esoknya subject medical, malam tu kena ke hospital cari case presentation & persiapkan emosi dan ilmu nak deal dengan pesakit di hospital pula. weekend kadang gigih juga ke hospital. 'berat' sikit nak cover medical subjects ni.
balik bilik; 'black-out'. serius penat physically & emotionally.
but Alhamdulillah.. we are still breathing, yo! :) our seniors too..
pesanan akhir saya...
Ijlis bina wa nu'min saah- (Ayuhlah kita) duduk bersama dan beriman sejenak
supaya kita dapat mencari makna hidup di sebalik kesibukkan kita sebagai dental students. supaya kita saling mengingatkan tujuan asal penciptaan kita di dunia. supaya ada masa yang kita peruntukkan untuk tazkiyah nafs dan merenungi akhirat.
Ingat, tujuan hidup kita adalah untuk mati.
"ramai orang yang merancang kehidupan (walau hidup itu belum pasti) mereka tetapi sangat sedikit orang yang merancang kematian (sedang mati itu pasti)"
apalah bezanya kita dengn manusia lain kalau sekadar ke kelas, balik kelas, dental practice, score tinggi-tinggi tapi takda value untuk agama?
kita nak jadi Muslim Dentist- Dentist yang ada nilai tambah dalam bidang agama. Ianya tak berlaku dengan angan-angan tetapi melalui ilmu dan kesedaran.
Jom, kita!
|
Subscribe to:
Posts (Atom)






