"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Tuesday, December 30, 2008

the intifada in Palestine~

بـــــــــســـــــم الـــلـــه الـــــرحــــــــــمـــــــــــن الـــــــرحـــيـــم

I just can't hold my eyes on this page.. have a look and ask yourself, what if you are in their situation..? what we have done to help them..? will the Jews stop pressuring our brothers and sisters if muslims did not unite..? How would you feel if this Palestinian was your own brothers..? what would you do..?



  

*The olive tree in Gaza: Ms Sobhiya Al-Amour (50) facing an Israeli bulldozer. This bulldozer had earlier destroyed two Palestinian houses. In the picture it is digging up her field of olive trees. Thousands of olive trees were uprooted since the beginning of the Intifada as a collective punishment to the Palestinians.







* The boy in Jerusalem: Frightened Palestinian boy wets his pants as Israeli soldiers close down on him in the streets of Jerusalem. The soldiers close on him for throwing stones.






* The challenge in Ramallah: A Palestinian young man confronting an Israeli soldier imposing the closure in his town.







* Taking pictures in Hebron: The Israeli army went on the rampage in the Palestinian city of Hebron. A Palestinian resistance fighter confronted the invading foreign army. He was killed one day before the Muslim feast. The Israeli soldiers who shot him in his own street are posing beside his body unaware that a photogragher was near by.





*Burying suspects alive. The Israeli army ruthlessness crossing limits.







*Palestinian mother crying over the body of her baby girl. Gharam Menaa 18 months old baby was "gased" to death. The Israeli army was enforcing a curfew in the city of Hebron using concentrated tear gas. The highly toxic tear gas resulted in death of Gharam, hospitals officials said.

Saturday, December 6, 2008

srikandi talk dari ustazah fatimah syarha (zikr maut)

bismillah...

ada yang masih tak kenal pada novelis islamik, ustazah fatimah syarha? penulis yang sedang mencipta nama dalam bidang penulisan dan kini bergiat aktif memberikan ceramah motivasi pada remaja. di kesempatan ini, saya nak ucapkan selamat pengantin baru pada kak ha dan akh farhan hadi.. moga bait muslim yang di bina kekal hingga ke syurga sana.. ameen..~



tak ingat dah tarikh kak ha datang sebab di sini kini sedang di hujani majlis ilmu.. subhanaallah.. permulaan sem yang saya rasa sangat-sangat bagus.. moga berterusan.. bertempat di court zc, kak ha mengingatkan srikandi2 agar menjadi MAWAR AGAMA. sentiasa bersedia menhunus duri pada setiap mehnah yang hadir..

srikandi talk~ (rumus)

kita pasti nakkan kubur kita menjadi salah satu dari taman-taman syurga kerana kubur orang Islam itu di gambarkan luas dan penuh ketenangan. malah, amalan-amalan baik di atas dunia ini akan menemani kita berzikir sehingga hari Qiamat, berupa lelaki atau wanita yang soleh. hal ini ada di jelaskan dalam kitab-kitab tafsir.

namun, azab siksa kubur itu amatlah pedih bagi mereka-mereka yang kufur. pabila ditanyakan mengapa Allah menggambarkan azab sempitnya kubur itu sehingga berselisih tulang rusuk, bukan patah tulang belakang atau patah tengkuk? 'Dr ummah', zauj kak ha menjawab, dalam bidang perubatan sendiri merekodkan bahawa pembedahan yang paling sakit adalah pembedahan pada tulang rusuk.

tidak hairanlah baginda SAW bersabda, orang yang paling bijak dalam kalangan kamu adalah orang yang paling mengingati mati. orang yang sering mengingati mati itu pasti memulakn langkahnya berpandukan petunjuk wahyu dan bukannya nafsu kerana segalanya nanti akan di pertanggungjawabkan oleh Allah swt. segala amalan kita akan dipertontonkn di hadapan khalayak ramai. malunya manusia saat itu sungguh tak tergambar sehingga luruh kulit-kulit wajah. saat di kumpulkan nanti, manusia akan ditenggelami dengan air peluhnya sediri kerana ketakutan. bagi orang yg beriman, masyaAllah... pasti bahagia keadaan mereka di sana tatkala yang lain ada peluhnya setakat lutut, ada juga yg lemas dalam peluhnya sendiri! ~naudzubillahimindzalik~
"mengapa Allah menggambarkan azab sempitnya kubur itu sehingga berselisih tulang rusuk..? bukan patah tulang belakang atau patah tengkuk..?"
"baginda SAW bersabda, org yg paling bijak dalam kalangan kamu adalah org yg paling mngingati mati."
"segala amalan kita akn dipertontonkn di hadapan khalayak ramai. malunya manusia saat itu sungguh tak tergambar sehingga luruh kulit2 wajah"
ada orientalis yang membantah hal mengenai siksa kubur dan alam barzakh, juga menyatakan bahawa alam barzakh itu adalah ciptaan orang Islam semata. untuk membuktikan hujahnya, dia meletakkan mayat seorang mati di hadapan orang ramai. tiada sebarang bentuk siksaan, penyoalan mahupun riak pelik pada si mati. jadi, apakah buktinya alam barzakh itu wujud? andaikan diri anda berada di situ, apakah hujah anda bagi mempertahankan kalam Allah dan wahyu yang di sampaikn oleh baginda? org Islam yang lemah pegangangan agama, yang kurang jelas fikrahnya tentang Islam, pasti saja mudah goyah.

menjawab hujah orientalis tersebut, ulama telah menggunakan logik science juga. cuba kita lihat pada orang yang sedang tidur. tenang saja kelihatan. tapi apakah kita tahu, apa yang sedang dia alami olehnya di alam mimpi? mungkin saja sedang di kejar binatang buas yang mengerikan, jatuh bukit atau sedang menikmati buah-buahan lazat. kita nampak biasa saja tapi rohnya yg sedang mengalami azab, hanya Allah yg tahu. Allahuakbar~ contoh yang sangat logik.
apakah buktinya alam barzakh itu wujud..??

Allah memberi ukuran alam dunia dengan alam akhirat itu umpama alam mimpi dan alam nyata. di mana bila tiba saat di alam nyata yang kekal abadi nanti, ramai manusia yang menyesal teramat sangat kerana tidak membuat bekal semasa hidup di alam yang sekejap itu. sebab itulah kita kena bersedia setiap masa. andai terdetik untuk berbuat baik, maka segerakanlah. andai terdetik untuk bertaubat, sahutlah dengan bersungguh-sungguh kerana kita tak tahu bilakah kita akan di jemput menghadapNya.

kembalilah pada fitrah baik, fitrah cemerlang kita di saat awal kejadian. lihatlah kecemerlangan kita, saat sperm menembusi ovum. subhanAllah! sangat cemerlang yang mana sperm-sperm lain semuanya mati. kita yang hebat-hebat ini saja yang mampu survive dan wujud hingga ke saat ini. Allah menjelaskn fitrah manusia ini hebat, baik. bukan seperti fahaman orang kristian bahawa setiap anak yang lahir itu mewarisi dosa nabi Adam. walhal dalam kitab bible mereka sendiri menyatakan anak-anak itu tidak mewarisi dosa bapa-bapanya dan begitu juga sebaliknya. mereka sendiri memanipulasi ayat-ayat dalam kitab mereka. jadi betulkanlah kembali fahaman kita. bukanlah jika kita berbuat baik itu, kita sedang hipokrit. tetapi sewaktu kita melakukan kemungkaran, menyalahi fitrah itulah sebenarnya kita yang hipokrit.
"bukanlah jika kita berbuat baik itu, kita sedang hipokrit. tetapi sewaktu kita melakukan kemungkaran, menyalahi fitrah itulah sebenarnya kita yang hipokrit"
wallahualam..

Friday, November 28, 2008

inni akhafullah~

Ya Allah,
janganlah Kau jadikan dosa,
terhadap apa yg mereka perkatakan tentangku..
jadikanlah aku sebaik apa yang mereka sangkakan..
ampunkanlah aku di atas segala dosa yang tidak mereka ketahui..

jangan Kau jadikan kaum ku ini..
sebagai penggoncang iman syuhada' Mu..
hindarilah aku ini Ya Allah,
dari menjadi bahan bakar di neraka Mu..

ampunkan segala ketelanjuran ku..
sama ada yg aku sengajakan mahupun tidak..
ya Allah, sungguh Kau Maha mngetahui..
Yang menguasai setiap degupan jantung ku ini..
malah hal-hal yang lebih kecil dari itu..


Ya Allah,
Kau jauhilah aku dari menjadi bahan fitnah dunia..
Kau jauhilah aku dari menjadi bahan fitnah dunia..
Kau jauhilah aku dari menjadi bahan fitnah dunia..

~inni akhafullah~
~wardatul asrar~
~1.20 am~

Monday, November 17, 2008

kasihku buat ummi~

bismillah..


Jam menunjukkan pukul 6.05 minit pagi. Balqis bangkit dari tidur, membuka matanya dengan lemah sekali. Dia mengucapkan syukur kerana masih di panjangkan umur lalu terus bergegas ke bilik air untuk mandi dan membersihkan diri.

Selesai semuanya, Balqis membentang sejadah lalu memakaikan telekung membalut tubuhnya. Dia menunaikan kewajipan pertamanya pada hari itu dengan penuh kekusyukan. Di akhir solat itu, dia menadah tangan, memohon keampunan daripadaNya, memohon kekuatan dariNya dan mengadu segala keresahan dan derita yang ditanggungnya..hanya kepada Dia Balqis mengadu..Panjang sekali doanya..begitu banyak aduan dan harapan di tagih dariNya..benar-benar dia memohon di anugerahkan kekuatan dariNya utk meneruskan kehidupannya di hari-hari yang mendatang.

Suara tangisan Athirah mengejutkan lamunan Balqis. Airmata yang mengalir di pipi di seka pantas. Dengan tergesa-gesa dia menamatkan doanya dan menutup doanya dengan membaca selawat ke atas Nabi. Jari jemarinya bergerak pantas menanggalkan telekung berwarna putih yang membalut tubuhnya, sesudah melipat telekung sejadah pula dilipat rapi lalu di gantung kembali ke tempat asalnya. Dengan langkah yang penuh berhati-hati Balqis menuju ke arah Athirah.

Athirah masih lagi menangis di tempat tidurnya. Dia bergolek ke kanan dan ke kiri. Menyedari tiada siapa di sisinya membuatkan dia menyaringkan lagi tangisannya, dengan harapan uminya akan segera mendapatkannya. Tidak berapa lama kemudian, uminya sudah ada di sisinya lalu segera mengangkatnya ke pelukan.

Athirah masih lagi teresak-esak.. namun suara merdu yang lahir di bibir wanita itu mendayu-dayu memujuknya supaya jangan menangis. Suara yang penuh kasih sayang. Suara yang penuh rasa cinta.

Athirah memandang wajah wanita yang memeluknya itu. Wajah itu terlalu menyenangkan. Wajah itu pernah mengukir senyum memujuk Athirah supaya jangan menangis namun Athirah dapat melihat, dari celahan kelopak mata uminya itu, ada airmata yang mengalir deras. Sesungguhnya Athirah tidak mengerti.

Kenapa ummi tersenyum dalam tangisan? Adakah orang dewasa selalu begini? “Aneh..“bisik hati kecil Athirah lalu dia berhenti menangis lalu cuba tersenyum kepada umminya itu. dia tidak mahu umminya turut sama menangis sepertinya. Hatinya resah melihat airmata di pipi ummi. Dia tidak mahu.

Beberapa hari yang lalu, ada dua wajah yang selalu menatap dan memeluknya. Athirah tidak tahu siapa mereka namun Athirah sangat berasa selesa bersama mereka. Yang wanita bersuara merdu dan yang lelaki bersuara garau namun kedua-duanya sangat menyayangi Athirah.

Athirah nampak, kedua-dua wajah itu sentiasa tersenyum dan ketawa melihat keletahnya. Athirah juga nampak, kedua-duanya itu juga saling menyintai antara satu sama lain. Athirah juga nampak, umminya bahagia bersama lelaki itu. Tapi kini, wajah lelaki itu sudah tidak lagi menyapa Athirah. Susuk tubuh lelaki itu sudah tidak lagi memeluknya menghangatkan tubuhnya. Suara lelaki itu tidak lagi mendodoikan tidurnya. Di mana dia? Athirah tertanya-tanya.

“Di mana dia??” Jerit Athirah bertambah kuat namun cuma bergema di dalam hatinya. Sejak lelaki itu tiada, ummi sudah berubah. Wajah ummi tidak semanis dulu. Wajah ummi sarat dengan pelbagai emosi yang susah untuk Athirah tafsirkan. Ummi tidak lagi ketawa riang seperti dulu. Seolah-olah separuh dari hidupnya sudah di rampas..“Kejamnya..siapa yang rampas ayahku?” tangis Athirah bersatu setelah melihat umminya menangis memeluknya untuk kesekian kalinya.

Athirah dapat merasakan derita yang sarat di tanggung umminya. Hati Athirah juga sakit namun Athirah tidak mampu berbuat apa-apa. Ubtuk memujuk ummi juga Athirah tidak mampu..Saat ini, dia hanya mampu menangis dan tersenyum sahaja..merangkak pun Athirah tidak tahu..Bagaimana pula dia hendak memujuk ummi? Athirah benar2 resah lalu memeluk umminya erat-erat..dalam hati memohon..“Tuhan, Kau tabahkanlah hati ummi ku..dalam doanya tadi aku terdengar dia merayu drpMu, dalam doanya tadi aku terdengar dia memohon daripadaMu, dalam doanya tadi aku terdengar dia memohon supaya Kau tempatkan roh suaminya dalam golongan yang Kau kasihi..dan sampai di situ saja aku mampu mendengar kerana selepas itu, kata-kata ummi tidak lagi jelas, yang kedengaran cuma tangisan dan esakkan. Aku tidak mengerti di mana suami ummiku namun aku memohon, agar Kau tunaikanlah doa-doa ummiku, Tuhan..”

____________________________________________________________________

Masa berlalu pantas. Sekarang Athirah sudah dewasa. Athirah sudah tahu soal hidup dan Athirah juga tahu apa itu mati. Athirah juga sudah mengerti siapa dia di dunia ini dan kenapa dia ada di dunia ini. Athirah juga tahu siapa yang menciptanya dan Athirah juga tahu bahawa hidup di dunia ini cuma sementara. Athirah tahu, segala apa yang ada di dunia ini, hanyalah pinjaman daripadaNya dan Dia berhak merampasnya bila-bila masa sahaja. Bila-bila masa sahaja. Athirah tahu..

Jika dulu, ketika bersekolah rendah, dia hairan kenapa semua teman sekelasnya mempunyai ibu dan bapa, namun dia tiada. Yang ada cuma ummi. Pernah juga rakan-rakannya mengejek mengatakan dia anak yatim, tiada bapa. Athirah tidak mengerti apa-apa namun bila makin hebat mereka mengejek Athirah akhirnya menangis sambil pulang ke rumah lalu mendapatkan umminya. Dalam pelukan ummi Athirah menyambung esakan. “Ummi..kenapa Athirah tiada ayah seperti kawan-kawan yang lain?”..itulah soalan Athirah berulang-ulang kali. Namun ummi selalunya akan diam lalu memeluknya. Ummi akan tersenyum lalu mengusap-usap kepalanya.

Pernah juga ummi menangis melihat Athirah menangis namun Athirah tidak mengerti apa-apa. Ummi selalu berkata “Tuhan lebih menyayangi babah Athirah..” Namun Athirah tetap tidak berpuas hati lalu menyoal..”Kalau Tuhan sayangkan babah..kenapa Dia curik babah Athirah?”..demikian soal Athirah yang sememangnya tidak mengerti apa-apa. Dia memang tidak mengerti.

“Athirah..buat apa tu sayang?” suara ummi yang datang dari belakang mengejutkan lamunan Athirah. Dengan segera dia memalingkan wajahnya menatap wajah Ummi. Athirah mengukir senyum, Ummi juga membalasnya.“Ummi, terima kasih untuk segalanya..” tidak semena-mena Athirah mengucapkan kata-kata itu lalu memeluk Balqis. Balqis terpinga-pinga, kaget namun masih membalas pelukan puteri kesayangannya itu. “Hurmm..thanx for what my dear? Ada buat salah ngan Ummi ke nie?..” Balqis cuma memerangkap buah hati kesayangannya itu.

“Mana ada buat salah, tak baik tau Ummi cakap anak ummi yang baik nie camtu..” Athirah membalas dan meleraikan pelukannya. Mukannya sengaja di masamkan, buat-buat merajuk.

“Alahai..merajuk la pulak dia…Ummi tahu anak Ummi ni memang baik, hish..usik sikit pun nak merajuk..” balas Balqis pula lalu memicit hidung Athirah..Athirah mengaduh..Hidungnya kemerahan menahan sakit lalu Balqis ketawa melihat gelagat puterinya itu. Lalu mereka sama-sama ketawa dan meneruskan kebiasaan mereka dengan bersembang berkongsi cerita. Sememangnya antara mereka tiada rahsia dan Athirah benar-benar bersyukur di anugerahkan Ummi yang sangat mengasihinya. “Syukur padaMu Tuhan.” bisik Athirah di dalam hatinya.

“Tuhan kurniakan dugaan hanya kepada hambaNya yang benar-benar mampu menanggungnya. Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani. Dia tahu kita mampu melalui dugaan hidup ini maka dia menjemput babah kembali ke sisiNya sewaktu Athirah berusia 5 bulan. Athirah masih bayi. Dan Ummi bersyukur kerana Athirah hadir dalam hidup Ummi. Athirah menjadi penguat semangat Ummi. Athirah lambang cinta Ummi dan Babah. Demi Athirah Ummi berjuang meneruskan kehidupan ini. Terima kasih sayang..Moga rahmat Tuhan sentiasa bersama kita, semoga Athirah menjadi anak yang solehah, supaya Ummi kelak tidak rasa bersalah bila berhadapan dengan Babah di sana kelak. Athirah buah hati Ummi dan Babah..Ummi sayang Athirah..Jadilah hamba Allah yang solehah. Ummi tidak mampu limpahkan wang dan harta untuk Athirah, tapi Ummi bekalkan Athirah dengan ilmu dan didikan agama..Athirah harus ingat, untuk bahagia di dunia dan akhirat, kita perlukan Ilmu..”
Itulah kata-kata Ummi yang sentiasa terngiang-ngiang di telinga Athirah.

Pesan Ummi lagi..“Hidup umpama roda, sekejap kita di atas dan kemudian di bawah pula. walaupun kelak kita jatuh ke bawah, jangan mudah berputus asa kerana roda sentiasa berputar dan kita tidak selamanya akan berada di bawah. Jatuh, menangislah jika mahu tapi jangan terus meratapi nasib, bangkitlah dari kegagalan lalu berusahalah lebih gigih, insyaALLAH kejayaan akan jadi milikmu sayang..”

Kata Ummi lagi..“Untuk bahagia kita tidak perlukan segala apa yang kita inginkan..kadang-kadang, apa yang sudah kita miliki itu sebenarnya sudah memadai untuk membuat kita bahagia. Belajarlah bersyukur ya sayang..”

Dan kata Ummi lagi..”hidup di dunia ini cuma sementara. Ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan. Menangis dan meratapi pemergian orang yang sudah tiada umpama suatu tindakan yang sia-sia. Sapulah airmatamu dan halaulah segala kedukaan. Kematian memisahkan kita namun tiada di mata tidak bermakna tiada di hati. Bila seseorang anak adam itu mati, terputus segalanya kecuali beberapa perkara, antaranya adalah doa anak-anak yang soleh..Ummi harap, Athirah sentiasa ingat Babah dan sentiasa mendoakan kesejahteraan Babah..”

Dan sebenarnya terlalu banyak kata-kata Ummi yang sentiasa tersemat rapi di ingatan Athirah. Seteguh kasihnya kepada Ummi, sekuat itu juga ingatannya tidak lupakan segala pesan Ummi. Segala jerit perih Ummi membesarkannya sejak dia sebesar tapak tangan hingga kini besar panjang tidak akan dia sia-siakan. Akan dia balas segala jasa Ummi, dengan izin Tuhan, itu janjinya.”Ummi..Athirah sayang Ummi..dunia dan akhirat..” desir hati Athirah penuh ketulusan dan keikhlasan..“Demi Tuhan!”



“Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa kedua ibu bapaku..kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku semasa aku masih kecil..amin..”

Sunday, November 9, 2008

beramal bak debu~

bismillah~

Diriwayatkan dari Isa bin Yunus al-Ramliy , dari Uqbah bin Alqamah bin Khadiej al-Ma’afiriy dari Artah bin al-Munzir dari Abi Amir al-Alhaniyy dari Tsauban dari Nabi s.a.w bahawa Nabi s.a.w bersabda : Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiyamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih itu lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan.Kata Tsauban kepada Nabi : Wahai rasululLah ceritakanlah keadaan mereka pada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tak mengetahuinya. Nabi memberitahu : Mereka merupakan saudara-saudara kamu dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah pada malam hari sepertimu juga tetapi mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan ( bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia )



Monday, October 27, 2008

overestimate~


bismillah..

overestimate atau boleh di definisikn sbg, harapan org lain yg terlalu tinggi terhadap seseorang sehingga kadang kala x tercapai oleh insan tersebut sekali gus membawa kpd tensi (tiru saff).. kerana manusia tidak selamanya berada di atas.. juga tidak selamanya berada di bawah.. pernah seorang guru berbangsa siam yg berkahwin dgn seorang yg berbangsa cina bercakap tentang 'kelebihan ank2 mixed-blood'.. ini jg salah satu tindakan overestimate manusia terhadap anak2 mereka yg berkahwin campur..

tidak di nafikn, Islam juga menganjurkn perkara ini (kahwin jauh2 dan jgn kahwin saudara terdekat) bg mngelakkan inherited desease dan mngembangkn keturunan.. bila peristiwa ini di sampaikn kpd family, abah lantas mengeluarkn hujah yg boleh di simpulkn, mixed-blood itu hanyalah additional point yg sgt2 sedikit pengaruhnya terhadap kecemerlangan seseorang kerana genius itu boleh dilahirkn (teringat satu rancangan kt AXN x silap tajuknya becoming a genius).. "try to hold on this mixed-blood thingy and see your examination result"..genius itu perlu di pupuk dgn usaha dan ikhtiar, bukan celik sahaja mata, segala benda telah di ketahui.. bergantung pada usaha, usaha, usaha, sesudahnya di susuli dgn doa dan tawakkaltu a'la Allah..


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Janganlah engkau nikahi orang2 yang masih berkerabat kerana anak diciptakan laksana cahaya. Carilah wanita2 yang jauh dan janganlah engkau memilih yang dekat hubungannya."
(Riwayat Ahmad, Malik & Al-Nasai)


kalau terlalu di overestimate mcm mane? seringkali terjadi bila seseorang yg 'terror'ist dlm sesuatu subjek itu cthnya, bkn lg mnjadi scorer bg subjek tersebut.. pasti ada bisikan2 halus 'die bkn scorer,ke..? knape ngan die tu..?' yg pastinya melipatkaligandakn kesedihan si scorer.. sudah laa result kurang memberangsangkan (tdk seperti yg di harapkn oleh guru2 mahupun rakan) di tambah pula suara2 sumbang.. kecemerlangan pelajar yg di overestimate ini di anggap normal seolah-olah kecemerlangan itu di peroleh percuma.. tp, kejatuhan mereka2 ini pula yg sering menjadi sebutan..

juga sering berlaku pabila sejarah keluarga yg cemerlang, pasti keturunannya (aka adik2) juga di anggap cemerlang yg memarakkan lagi 'the battle of becoming the best among family members'.. mungkin dr satu segi, hal ini dianggap baik sebab masing2 berusaha untuk menjadi yg terbaik antara yg terbaik.. tp dari sudut yg berlainan, hal ini juga menimbulkn tekanan yg agak parah pada seseorang itu.. seterusnya membawa kpd... belajar kerana exam..? (emm.. kte jee kot~).. mudah saja org sebut cthnya, "ala.. kau kan adik abu.. mesti laa scorer mcm die jgk".. tak pun waktu zaman2 result exam keluar, "adik kau dpt berapa, abu? sure straight A cam engkau jgk kn..".. walaupun mereka dua beradik, tetapi mereka tetap individu yg berlain, punya jasad juga pemikiran yg berbeza.. kalaulah mereka2 yg di overestimate ni tak mampu nk mendapatkn semua2 tu.. tekanan, bukan..?

al-Khairiyah's Open-House


Just as the Pucuk Rebung members discussing for a visit during Aidilfitri.

We were informed by Dr. Asri that.....
ANSARA Jasin are organizing Rumah Terbuka ANSARA Jasin at Khairiyah itself!

Just to add up the info, the masjid that is pointed in the map is a big Masjid, mainly coloured Green and White.

2nd Gotong-Royong for Khairiyah

In conjuction with da upcoming open-house celebration at Khairiyah, which is scheduled on 1st of November 2008 (Saturday's evening); da group would like to invite all visitors of this blog for a Gotong-Royong at da orphanage.

Insya-Allah, da Gotong-Royong will take time on 1st November 2008 (Saturday's morning), under supervision from da organiser.

Those who interested to lend a hand, you may sms your full name to us,

Dhiyauddin or Helya
before 3.00pm, 29 Oct.
do note us if you are not sure how to get there.

In addition, da Raya Celebration at Khairiyah (mentioned below) comes with a reasonable fee,
RM 10 which later on will be used to improve da orphanage infrastructures and education facilities.

Assalamualaikum,
and
Selamat Hari Raya.

See you there, at Khairiyah
Insya-Allah...



Expected TGBrianz on 1st Nov

This is da name list of TGBrianz 06/07 who might attend Khairiyah's Open-House on
1st of November 2008
:

Guys:

  1. Dhiyauddin Athir bin Nadzari
  2. Mohammad Haziq bin Mohammad Sis
  3. Muhammad Irfan bin Mohamad Idrus
  4. Zaiem Akmal bin Zarkasi
  5. Badrul Hisham bin Burhanuddin
  6. Mohamad Khairul Amilin bin Ismail
  7. Abdul Hafiz bin Muhamad

Girls:

  1. Helya bt. Ghafar
  2. Nor Ateeka bt. Mohammad Khamis
  3. Athirah Nur bt. Amirulhusni Alshukor
If any of you (06/07) wish to attend, u may register to Dhiyauddin or Helya.
Do spread on da words to others.

Syukran Jazilan.

(http://they-need-help.blogspot.com/)

Sunday, October 26, 2008

"Lelaki yang soleh takkan mengalah hanya kerana cinta seorang perempuan"


Dikelilingi timbunan nota-nota kuliah, menjelang imtihan yang menyesakkan jiwa bukanlah perkara baru dalam hidupku. Semenjak bergelar mahasiswa di IPTA utara ini, bermusafir menjejak ilmu perekonomian yang hampir tamat destinasi pengajian sarjana mudaku ini. Malah bukan perkara yang ajaib jika tidurpun berselimutkan helaian nota. Menjeling sejenak salinan tesis pelengkap pengajianku. Aduhai, tidak kunafikan ia menuntut masa 24 jam 1minit setiap hari. Memerah otak yang masih punya tanggungjawab lain untuk menerima input ekonomi untuk dihadami. Serabut..?! tapi, berkat kesabaran, ketidakjemuan menapak ke paras 3 Fakulti Ekonomi yang menyisipkan 1001 kenangan, berbincang dengan penyelia, Dr. Zairy adalah antara ramuan yang kutumiskan dalam karya hak milik terpelihara ini. Senyum tanda aku puas. Syukur ya Allah!


Menerima sms tanpa diundang yang sengaja memenuhkan inbox pesanan handset lewat 2 hari yang lalu, sedikit sebanyak membuatkan aku terganggu. "khabar apakah zaid di sana? Semoga hidupmu sentiasa dalam keberkatanNya. Maaf, kiranya sms ini menggangu. Masih ingatkah zaid pada husna? Husna, mana mungkin nama itu padam dalam diari hatiku ini. Nama yang menyepi hampir 3 tahun yang lepas seusia dengan tahun pengajianku di sini. Nama yang mencatatkan kelukaan pada hati ini. Nama yang mengukir kenangan manis, tatkala menerima balasan pertama kali untuk mendekati gadis ini ketika di tingkatan 4, maahad johor. Namun, khabar yang kuterima di pertengahan semester pengajian untuk mengambil peperiksaan STAM membuatkan aku terkedu. Lantas kuatur langkah menuju ke utara, cuba untuk mencari ketenangan bagi kelukaan ini.


"zaid, maafkan husna. Husna masih menyayangi zaid. Perasaan husna masih segar seperti 5 tahun yang lepas". Aku tersenyum membaca sms yang ke2. Senyum yang aku sendiri tidak pasti apa maksudnya. Mungkin aku mendabik bahawa aku menang! Dia kembali kepadaku, seperti yang pernah dilafazkan oleh teman akrabku, jika hatiku benar-benar mengasihinya dia pasti akan kembali padaku. Benar teman, kini dia kembali!


"Lelaki yang soleh takkan mengalah hanya kerana cinta seorang perempuan". Ya aduhai, kata-kata yang membuatkan darahku tersirap. Pedih! Nak nak ia dilafazkan oleh seorang perempuan. Cis, bengang sungguh ketika itu. Disapa oleh seorang sepupu yang ku kira paling 'bengkeng' dan sombong. Jarang benar mencernakan senyuman. Hanya wajah selamba yang dipamerkan. Ini semua, Angah punya pasal. Dicanangkan seluruh famili ketika syura keluarga akhir bulan itu. Malu sangat. Mahu rasanya ditukar Angah menjadi katak yang paling hodoh.


"Belajar di Maahad untuk menjadi pencinta manusia yang lemah ker? Rugi Ayah Chik menghantar awak belajar di sana" Sibuk sungguh kau perempuan. Hatiku yang parah ini kau simbah dengan limau nipis. Memang kau perempuan yang tidak mengerti. Tiada daya lagi untuk kumenjawab setiap peluru bicara yang dihamburkan oleh gadis berwatak serius itu. Ya kau menang! Akurkah aku dengan setiap patah-patah kata yang begitu melukakan hati, tapi sukar untuk kunafikan kerana maujud kebenaran dalam senjata bicara itu. Benar aku insan dhaif yang lemah.. lemah dengan cinta manusia yang sia-sia. Aku tertunduk lesu.


"Awak sekadar mengejar cinta yang tidak pasti akan kejayaannya. Dia juga manusia yang lemah sama seperti awak, ciptaan daripada hinanya air mani. Mengapa perlu dikejar cinta daripada insan yang hanya mengerti makna keseronokan semata-mata. Tidak salah jika saya mengatakan cinta yang awak dambakan itu adalah salah satu daripada acuan lagenda agung kononnya, Romeo Juliet, Laila Majnun. Apa kurangkah lagenda cinta Islam untuk awak jadikan role model? Apa kurangkah kisah-kisah cinta Islam yang mampu awak lihat dan ambil iktibar. Atau awak yang sengaja membutakan mata dan hati?! Takkan ada yang mencebik andai cinta yang awak kejar seagung cintanya Rabiatul Adawiyah, seteguh kalimah syahadah Bilal Rabah dan seindah kasihnya Handzalah!"


Bisa benar kata-kata daripada mulut mungil itu. Aku dikatakan buta mata dan hati?! Benarkah telahan gadis itu? Hai, bukan awak yang merasa pedihnya hati ini, mudah benar membuat rumusan yang tidak adil itu, cuba kena pada batang hidung sendiri, mahu meraung. "Benar, yang merasa semua kepedihan itu hanyalah awak. Kami yang memandang rasa serabut tengok keadaan awak. Konon-konon cita untuk berjuang di medan sampai jihad nun di Palestin katanya, tapi baru dijengah mehnah sebesar zarah ini, sudah mahu tumbang... Aduhai lelaki, kau bukan calon soleh untuk bercita-cita menagih syahid di medan sana!"

Bulat mataku memandang wajah mulus bertudung labuh itu. Sapaannya di rembang itu ketika berselisih di dapur rumah opah menyemarakkan lagi khutbahnya. Aku hanya memandang. Ingin aku membalas tapi memandangkan Angah yang tersengih di sebelahnya, aku memujuk diri supaya menerima sahaja hemburan kata-kata itu. "Berapa lama kau mengenali perempuan itu? Pastinya tidak selama kau mengenali penciptaMu, benar bukan?! Cinta yang kau sendiri tidak pasti arah tujuan itu, benar-benar telah berjaya menumbangkan semangat juangmu kepada dunia. Cinta duniawi itu telah berjaya!" Aku mencebik dan tersenyum sinis.


"Kau tidak percaya?! Lihat sahaja dirimu itu, mengalahkan ayam mati bini". Mungkin! Aku mengiyakan walaupun hanya di dalam hati akan kebenaran kata-kata itu. Melihat keadaan aku, memang sah lah seolah-olah menunggu masa untuk dimasukkan ke dalam wad gila. Bertahun aku menganyam kasih bersama Husna, akhirnya aku ditinggalkan setelah aku menyerahkan seluruh kepercayaan aku padanya. Alasan yang cukup pasif, pada bicaraku. Menerima calon yang diusulkan oleh keluarganya. Sukar untuk aku menerima hakikat itu. Dan, inilah habuan yang aku terima. Pelajaran entah ke mana, kehidupan yang tidak terurus. STAM, bakal menyapa tidak kurang daripada 2 bulan lagi. Dan aku tidak menjanjikan bahawa sebarang kejayaan bakal kuraih pada keluargaku.


"Kau terlalu naif!" Aku tersentak, benarkah? "Lihatlah wajah-wajah babahmu, umimu dan lihatlah dengan mata hatimu, ISLAM! Golongan sepertimu adalah yang paling disukai oleh musuh-musih Islam. Lihatlah kebenaran, musuh-musuh Islam tidak pernah takutkan senjata kita, tetapi mereka cukup takutkan semangat jihad yang ada pada kita, ORANG ISLAM. Tapi, lihatlah jihadmu sudah terkulai layu.. Kau takkan mampu menentang mereka, sebab kau tidak mampu menentang jihad nafsumu dalam dirimu!" Mendatar kalimah itu.


"Dimanakah peganganmu selama ini? Dimana alunan Kalamullah itu? Sudah lama benar aku tidak mendengar suaramu memuji Kalam Allah itu. Kau berpotensi untuk menjadi calon soleh untuk dirimu, keluargamu, dan agamamu. Perhatikanlah Allah tidak pernah menyediakan sepahit-pahit ubat kepada makhlukNya melainkan ubat itu menjanjikan satu kenikmatan kesihatan pada jiwamu yang takkan kau temui jika kau masih menutup mata hatimu!" Aku meneliti bait-bait yang terlontar.


"Aku tidak menafikan manusia itu memerlukan cinta, sebab cinta itu kurniaan yang nan indah oleh Allah. Tapi, jangan rosakkan cinta itu dengan kelalaian hatimu dalam mempertimbangkan antara yang abadi dan bersifat sementara. Cinta manusia hanya sementara, jadikanlah ia penyuluh untuk dirimu meraih syurga Allah. Takkan kau temui cinta hakiki, selagi kau tidak membuka mata hatimu untuk mencari cinta abadi yang telah wujud dalam dirimu sedari azali, Aku takkan sedih jika kau kecewa dengan hatimu yang tidak kuat menyintai Allah kerana kau takut untuk mendapatkan cinta itu kerana kau tahu siapa dirimu yang sebenarnya untuk meraih cinta Allah yang ternyata ramai berebut untuk mendapatkannya." Dia melepaskan satu keluhan. "Tapi aku terlalu sedih, kau hanya lemah hanya kerana cinta manusia biasa. Tidak terbanding dengan cinta yang terlalu agung itu. Kau terlalu lemah... sebab hatimu terlalu lemah untuk membuka mata hatimu melihat kepastian cinta yang sebenarnya." Pengakhiran ceramah cinta itu, dia berlalu tanpa memandang wajahku.


Angah kulihat menitiskan air mata. Kenapa? Terbit persoalan itu. "Jangan biarkan hati itu sunyi tanpa cinta Allah," terluncur kata-kata daripada Angah yang tidak pernah aku jangka kan. Malam itu, lama aku bermunajat dan berteleku di atas sejadah. Qalam mulia itu kembali intim di bibir, tidak sekadar hanya merenung seperti kebiasaanya. Malam itu menyaksikan air mata lelaki ku, tumpah jua akhirnya, biarpun ia bukan yang pertama. Tapi, kali ini ia tumpah pada yang berhak. Menangisi kepasifan diri ini.


Serasanya itulah kali pertama aku merasakan akulah insan yang terlalu bodoh. Mendamba cinta yang hanya memberikan aku kesakitan. Tapi, Diamasih menyayangi diriku ini. Dikirimkan seorang insan untuk menegur kealpaanku. Dialah yang menyedarkan aku. Tapi, aku tahu ucapan terima kasih itu takkan dia terima sebaliknya dia pasti akan menyuruh aku menyampaikan ucapan terima kasih ku pada yang jauh lebih berhak.. pada Allah. Benar, kata-katamu itu terlalu benar.


Itulah kisah tiga tahun lepas. Kini, aku sudah mampu tersenyum. Tersenyum kerana aku sebenarnya sedang cuba untuk meraih ciri-ciri calon soleh yang pernah singgah di pendengaranku ini. Dan aku takkan berputus asa, takkan malu memohon padaNya moga akulah calon soleh untuk meraih cintaNya yang abadi. Kepada sepupuku, Mardhiahtul Aliah... terima kasih atas sindiran sinismu itu. Terlalu pahit, tapi buah kemanisan iman itu sudah kutemui. Husna, juga ucapan terima kasih. Kerana jika dia tidak memutuskan hubungan itu, pasti aku takkan mengenal hakikat diri. Sms husna ku balas... "Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar kaki sunyi tanpa berjalan, tapi jangan biar aqal sunyi tanpa ilmu dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah SWT,"

p/s: sekadar berkongsi