"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Monday, December 14, 2009

Kes Hartina Kamarudin yang murtad

bismillah..


Assalamualaikum. kita baca la apa yang ditulis ni. buat pedoman kita dan keluarga kita. kes Hartina. Moga kita semua jadikan sebagai pengajaran dan jenguk-jenguk lah anak-anak kita, adik2 kita, saudara2 se-Islam kita....

Trully, Kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar awal tahun 1996 lagi.Bagi mengetahui hal sebenar, pihak majalah Muslimah sempat menemui bapanya, Encik Kamaruddin Abdul Karim, abang sepupunya En Borhan Abd. Aziz dan adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang sudi menceritakan rentetan peristiwa tersebut.


Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak mahu ditemubual atas sebab peribadi. Berikut adalah penjelasan En. Kamaruddin yang sudah terlalu banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya Hartina dapat dikembalikan kepada Islam.


Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak. Beliau mendapat pendidikan awal pada peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese School A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua daripada empat beradik.Yang pertama meninggal ketika berusia 15 hari , kedua Hartina, ketiga Azliza (17tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari segi kasih sayang, tidak dinafikan Hartina mendapat sepenuh perhatian, mungkin ini salah satu dari kesilapan yang telah kami lakukan.


Perbezaan antara Hartina dan adiknya agak jauh iaitu kira-kira enam tahun. Dia amat manja, maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah merasai kehilangan anak sulung semasa dalam pantang memang menyedihkan. Bayangkan bagaimana perasaan kami setelah kehilangan anak, mendapat penggantinya setahun kemudian. Kehadiran Hartina mengubah hidup kami, kasih kami tertumpah kepadanya ibarat kata pepatah "bagai menatang minyak yang penuh".


Disebabkan sewaktu itu hanya dia seorang anak kami, segala permintaannya kami penuhi. Setelah tamat sekolah, dia mengikuti kursus komputer diKampar.


Tidak lama kemudian dia mendapat pekerjaan di Hock Hua Bank Jalan Klang Lama Kuala Lumpur. Pada tahun 1993 diabertukar ke MayBank, juga terletak di Jalan Klang Lama. Inilah kali pertama kami berjauhan dengannya. Untuk kemudahannya saya telah membelikan sebuah rumah untuknya yang terletak di Sri Sentosa. Dia tinggal bersama rakan-rakannya di rumah itu.Bermula dari situ perhubungan keluarga kami mula renggang kerana kami sudah tinggal berasingan. Walaupun begitu kami sering menziarahinya di Kuala Lumpur.


Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri pergi kerumahnya di Kuala Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami menyambut hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat balik kampung. Di sebabkan pada tarikh itu saya ada menerima tempahan sate En.Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar, Perak), jadi kami tidak dapat pergi ke rumahnya pada tarikh itu.

 
Kami pergi dua minggu selepas itu iaitu pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati rumahnya berkunci, telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja.Kebetulan saya memang ada kunci spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Lebih kurang jam 6.00 petang. Dia pulang bersama seorang lelaki India.


Dia terkejut melihat kedatangan kami dan saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka dia pulang bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai yang ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang dia telah ada seorang kawan, saya kata kalau ada kawan lebih elok terus datang meminang. Setelah melihat keadaannya, baru terlintas difikiransaya kawan yang dimaksudkan ialah lelaki India tersebut.


Walaupun kami datang setiap bulan,kami tidak dapat menghidu langsung pergerakannya dan dia sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan kami.


Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa yang kamu bawa ini? "Baru kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya. Sebaik saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia ingin memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina terus menunjukkan surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang mengatakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996. Saya mempertikaikan surat sumpah tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan apa saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.


Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata. Sepanjang zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik dengan ajaran Islam,sepanjang zaman persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa mengenai Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya sendiri. Setelah berlaku perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki India itu bersekolah di sekolah yang sama dengan Hartina dan tinggal di Mambang di Awan,Kampar.

 
Memanglah di sekolah Hartina ramai kawan lelaki tetapi saya tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang banyak bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki ituBekerja di Public Bank di Jalan Kelang Lama. Ini bermakna sudah lama mereka berkawan yang hairannya kami tidak dapat menghidu langsung perhubungan mereka.


Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap bulan pun kami tak dapat hidu.Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996 iaitu pada 21Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami sekeluarga bersembahyang bersama-sama. Bermakna ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki India itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana kami tidak mengetahuinya langsung? Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada 6.00petang, kami telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga 10.30malam.


Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap dengan keputusannya untuk tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia mula memegang hand-phone sambil mendail nombor.Tidak lama kemudian seorang demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu. Mereka sudah ramai sedangkan saya hanya bersama isteri. Yang menghairankan saya Hartina ketika itu membisu sahaja.

 
Semasa itu saya yakin Hartina masih Islam tetapi telah dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia tidak mempraktikkan lagi agama Islam. Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah menukar namanya dari Hartina kepada Nivashiny Rajeswaran.Dalam peraturan perkahwinan India, seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh berkahwin dengan lelaki India.Oleh sebab itu Hartina menukar namanya terlebih dahulu kemudian baru membuat pendaftaran perkahwinan.


Saya yang tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur pada 15 Mac1996 untuk menyambut hari jadi Hartina dan telah pergi pada 26 haribulan sedangkan pendaftaran perkahwinan telah dibuat pada 24 Mac1996 ini bermaknasaya telah terlewat dua hari. Bermakna hak Hartina sebagai anak sudah tiada kerana dia telah menjadi isteri orang. Bila orangnya sudah ramai di rumah tersebut,baru lelaki itu berani menunjukkan segala dokumen-dokumennya. Bila ditunjukkan kepada saya, saya terkejut, jantung saya berdegup.

 
Saya sebelum ini memang ada penyakit jantung.Ditambah dengan kejadian hari itu saya benar-benar terkejut.Saya bersama isteri berpandangan sendiri.


Apa yang boleh kami lakukan sedangkan kami hanya berdua sahaja. Saya mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan polis. Kami terus ke balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu tidak diterima kerana polis mengatakan yang perkahwinan mereka sah. Yang menyedihkan polis itu juga orang Melayu dan urusan endaftaran perkahwinan dan tukar nama sebelum ini semua dikendalikan oleh orang Melayu.

 
Jadi saya kata, kepada siapa saya dapat mengadu ?.Mereka menyuruh saya membuat laporan ke Jabatan Agama Islam Wilayah(JAWI) mengatakan anak saya telah dilarikan. Jadi pada 27Mac 1996 (sehari selepas itu) saya membuat laporan polis. Selepas membuat laporan polis, saya dan isteri pulang ke rumah, kami tunggu Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak pulang kerumah pada malam itu.


Selepas itu saya membuat aduan di pejabat Agama Wilayah Persekutuan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil. Inilah yang mengecewakan saya kerana awal-awal lagi saya telah menemui pegawai Pendaftaran yang bertanggungjawabmen ukarkan nama anak saya, saya kata kepadanya "Tuan sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di dalam kad pengenalannya tecatat alamat saya, kenapa Tuan tidak memaklumkan kepada saya?"


Dia kata yang pihaknya telahpun memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Wilayah. Bila saya semak di JAWI,pegawai di JAWI berkata mereka tidak menerima apa-apa laporan daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam tempoh yang singkat saya telah berulang-alik kesana kemari tanpa sebarang tindakkan yang diambil ke atas Hartina mahupun lelaki India itu.

 
Selepas kejadian itu mereka langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu. Saya cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada malam 26 Mac itu. Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya.


Saya meminta bantuan polis mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina dan teman lelakinya tinggal. Lelaki yang bekerja di Pizza Hut itu mahu bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan tempat tinggal Hartina iaitu di Jalan Kelang Lama. Polis berjaya menangkap mereka.


Keadaan Hartina tetap seperti dahulu, langsung tidak mahu bercakap dengan saya.Ketika itu saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan orang sebelah pihak lelaki India itu ramai, saya membatalkan niat saya.Saya hairan kenapa Hartina langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu bapanya. Saya hairan erangainya benar-benar berubah. Jika pada saya dia tidak sayang tidak engapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah mengandungkannya?


Selepas itu saya telah membawa Hartina ke Pulau Pinang dan tinggal bersama saudara-mara. Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya di Perak telah menelefon saya mengatakan pihak lelaki akan mengadakan majlis makan malam bagi meraikan perkahwinan mereka di sebuah dewan di Perak. Pihak lelaki telah mengedarkan kad jemputan kahwin kepada kaum India.Sebaik sahaja mendapat berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak.


Setibanya saya di Perak, saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India itu akan mengadakan majlis makan malam. Pada 14April,kira- kira pukul 12.00 tengah malam, Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis Ipoh.


Keesokannya Hartina dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah reman selama seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya mendapat panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam Perak yang mereka ingin menyerahkan Hartina kepada saya.Atas faktor keselamatan saya telah menyerahkan Hartina kepada kawan adik ipar saya yang berada di Kelantan.


Jadi pada 20 April1996 dengan bantuan Jabatan Agama Islam Perak, kami berjaya membawa Hartina ke Kelantan.Kami menetap di sana sehingga 1 Mei 1996. Semasa kami di sana, saya diberitahu bahawa pihak lelaki telah menyaman Jabatan Agama IslamPerak kerana telah memalukan mereka di atas pembatalan majlis perkahwinan mereka.


Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah daripada Hartina .Pada 31 April, kami terus membawa Hartina ke Pejabat Agama Islam Kelantan.Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam dan kembali mengucap dua kalimah syahadah dihadapan tuan Kadi. Tuan Kadi telah mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan bahawa Hartina telah memeluk agama Islam kembali. Surat itu kami hantar ke Kuala Lumpur.


Bermakna kami telah menang atas tuduhan mencolek Hartina Rupa-rupanya ia tidak berhenti setakat itu.Selepas itu sampai lagi satu surat saman malu daripada si lelaki.Di dalam surat itu mereka menuntut gantirugi sebanyak 30juta daripada KerajaanNegeri Perak, Polis, Majlis Agama Islam Perak dan Jabatan Agama Islam Perak atas dakwaan memalukan mereka pada majlis makan malam meraikan perkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak berpuas hati dan terus mencari alasan untuk merampas Hartina daripada kami.


Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jaya untuk proses penukaran kembali nama kepada Hartina di atas persetujuannya. Setelah segala-galanya selesai, pada 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke Pulau Pinang.

 
Di Pulau Pinang keadaan Hartina seperti biasa, dia tetap bergaul dengan saudara mara seperti biasa. Tiba-tiba di sana kami menerima sepucuk lagi surat saman daripada si lelaki mengatakan kami telah menculikisterinya. Saya membawa Hartina ke Mahkamah Pulau Pinang dan peguam di sana telah mengatakan surat itu adalah afidavit tertuduh jadi kami memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis.


Pada 9 Mei 1996 saya bersama anak berjaya mendapat seorang peguam dan saya menetap di BatuCaves untuk enguruskannya. Tiba-tiba saya mendapat berita dari Pulau Pinang yang mengatakan Hartina telah tiada. Saya terus mengesannya di Pulau Pinang tetapi tidak berjumpa.Kemudian saya terus ke Shah Alam dan bertemu dengan polis yang mengendalikan kesnya. Pegawai polis tersebut mengatakan bahawa dia ada menerima laporan daripada Hartina yang mengatakan dia keluar daripada rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang secara sukarela.

 
Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Ketika itu tidak dapat dinyatakan bagaimana perasaan saya, bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dan badan yang sudah uzur, saya terpaksa melalui segalanya seorang diri.Saya tinggalkan rumah dan perniagaan sayaberbulan- bulan. Saya asyik berulang alik sahaja ke Kelantan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Shah Alam.


Walaubagaimana banyak laporan yang saya lakukan,tiada langsung tindakan susulan diambil untuk mengesan Hartina dan lelaki India itu boleh pihak berkuasa.
Alasan mereka, mereka tidak tahu di mana anak saya dan lelaki itu berada. Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip mereka.Empat minggu kawan saya mencari, minggu keempat baru jumpa.


Kawan saya itu memerlukan masa yang lama kerana dia menguruskannya seorang diri,tambahan pula dia bekerja di waktu siang.
Menurut rakan saya ini,Hartina dan lelaki India itu menetap di Taman Medan, Jalan Klang Lama.


Apabila saya mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengadu ke bahagian Penguatkuasa. Saya amat Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan Islam (JAKIM), Pusat Islam. Mereka menyuruh saya membuat satu laporan baru.


Menerusi laporan yang saya buat, saya Mengatakan yang pihak si lelaki telah menggugat akidah anak saya. Mereka telah menetapkan 5 September 1996 sebagai tarikh untuk menyerbu rumah itu.


Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang pegawai Pusat Islam, dua orang Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran masuk, setelah masuk, kami meminta mereka memberi keterangan diri pula.Bila mendapat keterangan diri,baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar kembali namanya kepada nama Hindunya.

 
Pada 31 September 1995 dia menukar namanya kepada nama Hindu buat pertama kali, pada 30 April1996 saya menukarkan pula nama Hindunya kepada nama Islamnya dan pada 27 Mei 1996 dia menukarkan Namanya kembali kenama Hindu. Bermakna semasa dia keluar dari rumah bapa saudaranya diPulauPinang pada 9 Mei 1996 hanya pada 27 Mei1996 dia menukar kembali namanya ke nama Hindunya. Ini bermakna proses pertukaran nama hanya dalam masa dua minggu sahaja.
 
Sebelum daripada itu saya ada menalipon pegawai pendaftaran yang bertugas di bahagian menukar nama dan memberi ingatan kepadanya agar jika ada percubaan dari pihak Hartina dan teman lelaki Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali, cuba lengahkan.Saya sentiasa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Hal yang saya tidak ingini tetap berlaku.


Bermakna jika proses pertukaran tidak berlaku tentu kami akan menang kes ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya lebih cepat, ini bukan bermakna saya tidak bertindak,saya telah melakukan dengan sedaya upaya saya, tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal tadi, saya melakukannya seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan sepenuh kerjasama kepada saya sekeluarga.


Kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar kewibawaan saya. Ketika Pegawai Penguatkuasa itu berkata"Kami tak boleh berbuat apa-apa", saya terus naik ke tingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa Hartina masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam.Kemudian lelaki itu berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang.Tujuan saya naik ketika itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi lelaki India terlebih dahulu telah membawa Hartina masuk ke dalam bilik.

 
Saya bersuara dengan lembut untuk memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan selepas itu dia boleh mengambil anak saya sebagai isteri dan saya boleh memberikan rumah saya di Seri Sentosa itu kepada mereka. Itulah perkataan yang saya ulang beberapa kali, tetapi lelaki India itu diam sahaja.
Tidak lama kemudian dia bersuara dalam bahasa Tamil dengan perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan. Katanya: "kalau hendak mengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh tolong kamu?" Sambil itu dia mengutuk Islam dengan kata-kata yang lucah.Ketika itu saya tahu bukan dia seorang sahaja yang terlibat, tetapi mungkin ada dalang di belakangnya. Ketika dia menghina Islam, saya tidak dapat menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati saya benar-benar panas, saya mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar yang pisau itu saya gunakan untuk mengelar lehernya.
 
Saya juga tidak menghiraukan polis yang ada di belakang saya yang ketika itu sedang menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk membawa Hartina kebalai.Polis itu terkejut dan segera menahan darah yang memancut keluar dari leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah.


Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan jaminan RM3000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya tidak ke mana-mana lagi , hanya duduk di rumah sahaja. Pada 1 Oktober 1996 saya mula berniaga. Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan duduk di rumah sahaja. Kebetulan pada 1Disember 1996 Hartina dan Rajeswaran datang bersama dengan rombongannya dan minum betul-betul dihadapan tempat saya berniaga. Apa niat sebenar mereka ?.


Saya mula berniaga jam 6.00 petang dan saya ditemani anak bongsu saya Syukur Yazit yang ketika itu berumur 14 tahun. Semasa saya baru mengeluarkan barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat atau lima meter dihadapan saya, saya nampak mereka semua sedang minum. Saya meletakkan barangan sate saya dan cuba pergi kearahnya (Hartina). Tujuan saya adalah untuk bersembang dan memujuknya sekali lagi.Mana tahu jika hatinya terbuka untuk
kembali semula kepada Islam.

 
Seelok sahaja saya sampai, Hartina bangun, seorang demi seorang kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk menyerang saya, saya berpatah semula ke gerai untuk mengambil parang untuk mempertahankan diri.Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah menunggu.Lelaki yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah belakang. Saya yang sememangnya ada penyakit jantung dan sakit belakang tidak mampu melawan.Saya jatuh tersungkur.Selepas itu kawan-kawannya yang lain datang meluru ke arah saya, ada yang menendang, memijak, menumbuk dan bermacam-macam lagi mereka buat pada saya.


Ada juga yang melemparkan batu ke arah saya.Akhirnya saya pengsan kerana tiada tenaga untuk melawan. Apabila saya tersedar saya dapati, saya berada di Hospital Kampar. Dari Hospital Kampar saya dihantar ke Hospital Ipoh.


Semasa di hospital saya nampak ada seorang polis menuju ke arah saya. Saya ingatkan polis mengawal saya, tetapi rupa-rupanya mereka menjaga saya agar tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan jenayah di atas aduan Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka.


Saya menyoal polis itu: "Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk minum di situ?" Berdasarkan lapuran polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar saja dari wad saya terus dibawa ke balai dan ditahan didalam lokap selama lapan hari. Bayangkanlah dari wad saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah dahulu.


Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia dimasukkan dua hari sebelum saya ditahan.Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya diserang, Yazit telah bertindak mngambil parang dan membelasah orang-orang rajeswaran.
Itulah kasih anak, dalam usia14 tahun sanggup menggunakan senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapa. (En.Kamaruddin terhenti seketika sambil menyapu airmata).


Selepas sembilan hari kami dibebaskan dengan jaminan RM2000.00 seorang.Selepas itu saya hanya berehat sahaja dirumah kerana badan saya masih terasa sakitnya. Walaupun saya berehat di rumah,saya terus berhubung dengan peguam saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Hartina dan Rajeswaran.


Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari Mahkamah yang telah menetapkan 4 Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan.


Rajeswaran adalah saksi ketiga. Selepas dua minggu daripada tarikh perbicaraan itu, iaitu pada 20 Mei 1998 pada sebelah pagi, Rajeswaran terkena dua das tembakan.


Maknanya sejak dari Mac 1996 Rajeswaran tidak kena apa-apa tembakan pun, tiba-tiba pada 20 Mei iaitu selepas tarikh perbicaraan dia terkena tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor sebelum ini ada mengatakan jika ada apa-apa terjadi ke tasnya, orang pertama yang disyakki adalah saya. Berikutan dengan itu saya telah tahan sekali lagi di Balai Polis Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998.Saya diheret bersama Yazit yang turut juga disyaki.


Yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh terlibat sedangkan ketika itu usianya baru 16tahun. Jika benar saya melakukan, takanlah budak seusia Yazit yang akan saya babitkan bersama.
Kami berdua digari.Polis yang menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya sebelum kejadian itu polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak lagi melakukan kekecohan dan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan berdoa.


Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang.Takkanlah saya tergamak melakukan perkara merbahaya itu?


Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanya menurut perintah dan arahan pihak polis. Kami telah disoal,Yazit telah dipaksa mengaku bahawa kami yang merancang kejadian tembakan itu.


Selepas seminggu Yazit dibebaskan, saya masih ditahan selama dua minggu.Segala akuan saya disiasat. Mereka bertanya saya telah mengupah siapa dan berapa yang saya bayar untuk mengupah penjenayah itu.Saya tetap tidak mengaku kerana saya tidak tahu apa-apa. Mereka memukul Yazit dengan tujuan supaya saya mengaku setelah melihat Yazit diseksa dengan teruk.


Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku ada melakukannya kerana sudah tidak tahan dipukul dengan teruk. Saya katakan kepada polis, apabila keadaan semakin teruk, segala yang benar menjadi palsu dan perkara palsumenjadi benar. Saya tetap tidak mengaku sehingga polis menangguhkan kes saya untuk di bicarakan.


Selepas dua minggu saya di bebaskan,sehingga kini ia masih dalam kes. Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami oleh kami sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri,bahkan ianya lebih bertujuan sebagai pengajaran dan panduan kepada oranglain.Apa yang saya harapkan agar tidak ada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa Hartina, anak saya itu.


Sebelum tidur macam-macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya timbul persoalan, kenapa begitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi?. Kenapa saya yang melalui segala ini? Apabila teringatkan terjemahan ayat dari surah An'am ayat 125 saya beristighfar. Ayat yang bermaksud. "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidak dikehendaki, maka akan disempitkanNya" .

 
Apabila sesuatu perkara telah menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu daripada rukun Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah caranya saya memujuk hati saya.Harapan saya sekarang ialah agar Hartina kembali kepada Islam. Dunia ini luas, duduklah di mana-mana asalkan dalam agama Islam. Tidak perlulah dia kembali kepada kami.
 
Bukan kami tidak memaafkannya, tetapi cukuplah penderitaan dan penyiksaan yang kami lalui atas perbuatannya itu.


P/S : PLEASE FORWARD TO ALL YOUR MUSLIM FRIENDS!!!

....Mengalah dan memberi maaf bukan bererti kalah....Ia bererti mengutamakan kebaikan dan kasih sayang ALLAH....

Thursday, July 23, 2009

khinzir: ujian dalam kelebihan

bismillah..

cetusan idea dari petikan akhbar bertajuk haram guna pinggan tulang babi.

semasa lecture biology waktu semester 2, kami ada cakap pasal ni. lecturer saya, miss rositi mashani, seorang yang memegang master dalam bidang pemakanan berkata, sekarang terlampau banyak peralatan dapur yang di buat dari seramik dan di campur dengan tulang khinzir. Bercakap atas dasar pengalaman sendiri, lecturer kami menasihatkan untuk berhati-hati semasa makan di restoran2 atau sewaktu membeli peralatan dapur. Antara ciri2 peralatan yang di campur dengan tulang khinzir ini adalah:

-  cantik dan berkilat
- tahan panas (boleh masuk dalam oven)
- selalunya, made in china
- catatan bone china di bawah pinggan (di ambil dari akhbar)

(sy membayangkan pinggan putih yang cantik bersinar di hotel2 mahupun food court di midvalley~)


ujian dalam kelebihan

masa kecil, ummi selalu pesan "jangan makan chewwing gum. ade lemak babi" "jangan makan makanan yang ada ajinomoto, ada yg di buat dari tulang2 babi". tapi, menda2 tu jugalah yang kita teringin nak makan. ujian sungguh. namun, sejauh mana kesahihan ura2 tersebut, sampai sekarang saya tak dapat nak pastikan. cuma berhati-hati itu perlu. makanan yang masuk dalam badan ni akan jadi bahan yang membentuk cell dan organ seluruhnya. pasti kita tak nak menghadap tuhan dalam keadaan kotor,kn?

betapa kalau kita fikirkan, banyak sangat kelebihan si khinzir ni. dari bahagian luar bulunya, boleh di buat berus yang berkualiti sehinggalah ke bahagian tulang rawan, semuanya berguna. payah nak jumpa haiwan macam ni. subhanaAllah. Ini satu ujian buat umat manusia. di ciptakan haiwan yang banyak gunanya tapi Dia mengharamkan demi menguji ketaatan makhluk. Apakah kita hamba Allah atau hamba dunia? tepuk dada, tanya iman.

wallahualam.

p/s: berhati2 bila makan kat restoran2. lepas ni, tengok dulu bawah pinggan sebelum makan :) moga perkongsian ini bermanfaat.

Thursday, July 9, 2009

tarik tali PPSMI

bismillah..

Pelbagai reaksi berbeza dapat di lihat atas cadangan untuk memansuhkan PPSMI pada 2012. Perbahasan yang menarik, masing-masing punya hujah tersendiri. Lucu, ni yang mampu saya katakan selepas membaca keratan akhbar berkaitan hal ini di Utusan Malaysia Online. Bukanlah niat saya untuk memburukkan mana2 pihak, cuma saya sedikit terpanggil untuk mengulas setelah sekian lama menjadi pemerhati bebas. Sebagai batch pertama yang mengikuti sistem ini, penulisan saya seluruhnya berdasarkan pengalaman peribadi sendiri tanpa menolak mana2 pendapat lain.

Jujurnya, saya dan sahabat dahulu tidaklah bermasalah besar sekalipun subjek matematik dan sains di ajar dalam bahasa Inggeris. Pastinya faktor sekolah di tengah bandar, mempunyai guru-guru yang terlatih dan tidak kekok berbahasa Inggeris, juga kebanyakan ibu bapa yang berpelajaran tinggi turut menjadi pendorong sistem ini bergerak lancar di kawasan kami.

"baguslah batch kite ni jadi experiment, kurang sikit chapter yang kena belajar", kata seorang sahabat saya dahulu apabila kami menyedari bahawa terdapat beberapa bahagian yang di cut-short kan dalam syllibus kami. Untuk memudahkan pembelajaran dan pemahaman, mungkin. Setelah menimbang dari pelbagai sudut, saya tidak mengatakan yang sistem ini langsung tidak praktikal, tapi mungkin boleh di perbaiki cara pelaksanaannya. Untuk melaksanakan sistem ini bagi kanak2 di sekolah rendah dari darjah 1, saya sangat tidak bersetuju.

Saya membayangkan, anak2 ini baru ingin memahami fundamental in mathematics dan basic principles in science. Anak2 kini di tambah dengan satu lagi cabaran iaitu, memahamkan kedua-dua subjek ini dalam bahasa Inggeris, walhal dari dulu lagi anak2 melayu sering dikatakan 'lemah math'. Tidakkah ini merumitkan lagi keadaan? Kalau basic pun tak kuat, apakah kita mengharapkan anak2 ini kelak dapat menguasai subjek ini dengan cemerlang pada masa akan datang? saya kurang yakin. Ditambah dengan minda anak2, pasti mereka mengelak untuk mempelajari sesuatu yang mereka kurang faham, tak minat dan sebagainya. Berbeza dengan minda dewasa yang berfikiran jauh. Mahasiswa dan graduan dahulu telah membuktikan bahawa, mereka masih mampu menguasai subjek sains dengan baik di universiti walaupun telah di alih bahasa, pasti kerana asas yang kuat dalam satu2 subjek itu.

'Menurut Muhyiddin, pemantauan Kementerian Pelajaran tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.'

Pada masa sama, kata beliau, peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.

“Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.

“Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan,” katanya.

Muhyiddin berkata, selain pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran, Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke tangga ke-21 pada 2007.

Muhyiddin memberitahu, kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.


“Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris."


selepas tahun saya PMR dan tahun2 seterusnya, jarang2 saya dengar penurunan dalam pencapaian pelajar terutamanya dalam subjek matematik dan sains. Dalam erti kata lain, sistem PPSMI berjaya meningkatkan penguasaan pelajar dalam tiga subjek, iaitu matematik, sains dan bahasa Inggeris, berbeza dengan keratan akhbar yang baru saya baca tadi.

Pendapat saya, giatkan usaha memperkasa subjek Bahasa Inggeris itu sendiri. Saya puji sistem pembelajaran bahasa Inggeris di UIA.

Friday, May 15, 2009

gadis sembunyi bayi bawah katil

Oleh Omar Osman
bhnews@bharian.com.my

SUNGAI PETANI: Perbuatan seorang gadis melahirkan anak luar nikah dan membungkus bayi lelakinya dengan kain batik serta dimasukkan dalam plastik hitam sebelum menyembunyikannya di bawah katil terbongkar apabila dia mengalami perdarahan teruk.

Gadis berusia 27 tahun itu dari sebuah kampung di Bukit Selambau dekat sini, dan cacat sebelah mata kini dimasukkan ke Hospital Sik (HS).

Sumber berkata, doktor yang melakukan pemeriksaan ke atasnya mendapati gadis itu mempunyai tanda baru melahirkan anak manakala ibu bapanya terkejut kerana tidak menyedari anak mereka hamil.


Katanya, pada mulanya bapa gadis itu menghubungi ambulans untuk membantu anaknya mendapatkan rawatan di hospital, selepas dia mengadu mengalami sakit perut yang teruk.

“Doktor yang melakukan pemeriksaan kemudian menyoal siasat gadis itu dan dia mengaku melahirkan anak bersendirian ketika ibu bapanya tiada di rumah, Isnin lalu.

“Dia pada mulanya memberitahu bayi lelaki yang dilahirkan itu sudah ditanam di belakang rumah.

“Selepas didesak, dia mengaku membungkus bayi yang masih hidup ketika dilahirkan dengan kain batik sebelum memasukkannya dalam beg plastik hitam dan disimpan di bawah katil dalam bilik tidurnya kerana takut diketahui keluarga,” katanya di sini, semalam.

Polis yang ke rumahnya jam 2.53 petang kelmarin menemui satu bungkusan plastik hitam yang mengandungi mayat bayi di bawah katilnya.

Sumber berkata, bayi berkenaan sudah cukup sifat dan mayatnya sudah berbau kerana sudah tiga hari disorokkan.

Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, untuk dibedah siasat. Difahamkan bayi mati akibat lemas.

Bapa dan abang gadis itu yang datang menuntut mayat bayi di HSAH bagaimanapun enggan ditemubual.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

Katanya, polis kini sedang mencari teman lelaki gadis itu kerana kesalahan mengadakan hubungan luar nikah dengannya.
nota penulis: (berita yang sempat penulis baca di berita harian online) siapa sangka kasih yang disemai tidak hanya membenihkan cinta dalam hati tapi turut membenihkan zuriat dalam rahim seseorang yang belum bergelar isteri. siapa sangka 'cinta sejati' yang kononnya suci lagi murni punya pengakhiran tragis bagi seorang wanita lalu bergelar pembunuh! siapa sangka saat sayang tersemai, pengakhirannya tidaklah seindah yang di impi.. ya Allah, pagarilah aku, keturunan2ku dan seluruh ummat Muhammad dari dosa zina (menghampiri zina) yang Kau laknat.. 


Wednesday, May 6, 2009

digantung kerana tegur iktiraf ISRAEL

KULIM, 24 April: Kerana menegur aktiviti pelajar yang mengiktiraf negara haram Israel dan menggayakan pakaian sami, tujuh pensyarah dan kakitangan UniKL cawangan Kulim telah digantung tugas mereka.

Menurut sumber, pergantungan mereka berkuatkuasa 21 April hingga 4 Mei dan besar kemungkinan tiga dari mereka akan dibuang kerja.

Teguran itu mereka buat terhadap pelajar yang menyertai program menggayakan tarian keagamaan 20 negara di bawah naungan PBB.

Di antara negara yang dipilih adalah Amerika syarikat, United Kingdom, Thailand, Cambodia dan ISRAEL.

Teguran itu dibuat berdasarkan Israel adalah negara haram dan tidak diiktiraf Malaysia.

Mereka juga menegur aktiviti memperagakan pakaian sami yang tidak sesuai dibuat oleh orang Islam.

nota penulis : umat sekarang mengamalkan 'semua agama sama'~ hancur...

Tuesday, March 17, 2009

karamah mujahideen di GAZA







"dan jangan sekali-kali kamu mengira bahawa orang2 yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka itu hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepadanya, dan bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati" (al-imran :169-170)




Karamah Mujahideen di Perang Gaza
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh : nailofarz*
Editor : naadherah



Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut.

Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian puti dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. "
(Fussilat:52)


Friday, March 6, 2009

Should Yoga be banned?

 bismillah..

Ruang rehat di rumah menjadi havoc seketika apabila berita memaparkan sedutan persidangan parlimen pada buletin utama malam tadi. Perdebatan tentang Yoga. "Yoga lagi", hati saya terdetik. Mengomel sendirian melihatkan perangai masyarakat zaman ini. Baru perihal Yoga, belum lagi pengharaman konsert2 jahiliah yang lebih dari cendawan tumbuh selepas hujan. 'Aurat' artis wanita dan artis lelaki yang 'menjadi sama' dalam industri hiburan tanah air. "Artis hendaklah menutup paras dada hingga ke lutut". Geram saya membaca keratan akhbar tersebut sewaktu negara kecoh dengan insiden kurang bermoral seorang artis lelaki tanah air. Tapi belum pernah pula saya dengar artis wanita yang berpakaian seksi seksa dan merosakkan minda belia ini di gam atau dikenakan tindakan undang2. Paling2 pun menerima kecaman dari wartawan hiburan dan yang 'ok' sikit (pada pandangan mereka) di puja puji melambung. aduhai masyarakat.


akal vs ilmu

Ada yang menarik pada perbincangan parlimen semalam saya rasakan. Hujah membantah pengharaman yoga yang dikeluarkan oleh seorang ahli parlimen dari sebuah parti ini di counter oleh ahli parlimen dari parti yang sama. Menarik, bukan? Inilah yang saya katakan beza antara orang yang berbicara menggunakan akal dengan berhujah menggunakan ilmu.

Apabila ahli parlimen 'A' mengeluarkan hujah membantah pengharaman yoga kerana dianggap satu senaman biasa yang menyihatkan dan niat baiknya yang tidak mahu orang lain mengganggap Islam ini tidak syummul, seorang lagi ahli parlimen dari parti yang sama bangun untuk membetulkan hujah temannya. Ahli parlimen 'B' sememangnya di akui tahap keilmuan yang di miliki mengeluarkan hujah yang mantap beserta kaedah fiqh. Islam mengharamkan sesuatu yang nampaknya biasa pada waktu sekarang tetapi bakal menimbulkan kemudharatan pada masa akan datang. Ramai yang maklum bahawa Yoga memerlukan pembacaan mentera yang ada kaitan dengan unsur hinduism tetapi menganggap hal ini remeh walhal para ulama' merasakan hal ini bakal menjadi virus dalam merosakkan pegangan umat Islam pada masa akan datang. Yang jelas, kaedah fiqh tidak akan membenarkan berdirinya sesuatu kebaikan itu di atas sesuatu yang haram.


"Should Yoga be banned?"

Teringat saya pada kelas Sir Obama. Lecturer english kami berasal dari Amerika dan pernah memperkenalkan diri sebagai Firdaus Obama berikutan kemenangan Obama dalam pilihanraya pada tahun itu. Pada semester lepas, kami dikehendaki menulis karangan yang berformat argumentative. Maka banyaklah isu2 sensitif yang Sir keluarkan sehingga menimbulkan ketidak puasan hati pelajar. Bagi saya, isunya agak menarik dan membuka minda cuma tak berkaitan dengan syllibus essay di tahap pembelajaran kami. Antaranya "Man should married more than one woman", "Man no need to ask his first wife to marry another woman" dan yang terakhir adalah "Should Yoga be banned?"

Beliau seorang muallaf yang sangat gemar membaca dan membuat perbandingan agama. Banyak informasi luar yang dikongsikan bersama pelajarnya sewaktu pembelajaran berlangsung. Perbincangan banyak kami lakukan di dalam kumpulan-kumpulan kecil dan Sir banyak menghabiskan masanya dalam perbincangan bersama kumpulan kami memandangkan kumpulan yang menyokong pengharaman yoga ini sedikit termasuklah kumpulan kami dan Sir merupakan orang yang membantah pengharaman Yoga. Antara hujah beliau :-

* Yoga hanyalah senaman biasa yang boleh menenangkan.
* Jangan berhujah hanya kerana mufti menyatakan demikian.
* Mentera-menteranya boleh di ubah kepada zikrullah supaya tidak bertetangan dengan syara'

Dan ada lagi beberapa point yang saya kurang ingat. Beliau juga ada menyatakan konsep yin dan yang yang digunapakai oleh orang beragama buddha sebenarnya di ambil dari ajaran Islam. Namun, kami sendiri kurang jelas dengan penerangan yang beliau nyatakan. Berbalik kepada isu Yoga. Saya agak terkesan dengan hujah kedua beliau. Kalau bukan ulama' yang menjadi pewaris nabi untuk kita ikut, siapa lagi yang layak? Tapi saya diamkan aja memandangakan keadaan kami (yang menyokong pengharaman Yoga) menjadi agak tegang dengan mereka yang menolak pengharaman ini.

Usai beliau mengeluarkan hujah, giliran kami menyampaikan pendapat. " What have we discovered is that, not only the chanting but the position in the Yoga itself portray the figure of hindu's God". "Ouh.. i don't know bout that.." Awalnya, saya agak takut untuk berkata2. Takut terkurang sopan dengan guru. Melihatkan minat yang beliau tunjukkan, saya sedkit lega. " I don't see any problem to practice Yoga if we change the chanting verses..." "but the fatwa said that anything called Yoga and related to it should be banned" Pemahaman kami berkaitan hal ini mungkin agak berbeza. Pada saya, fatwa mengharamkan aktiviti yang mempunyai unsur2 syirik pada pengamalannya dan bukan kerana namanya. Namun, saya percaya bahawa setiap sesuatu itu ada cara untuk mengamalkannya yang tersendiri. Kalau namanya Yoga, maka intipatinya adalah begini dan begini. Umpamanya solat tanpa bacaan al-fatihah, adakah dinamakan solat? "Yes, we might change the chanting verses into zikrullah or anything else but we cannot call the activity as Yoga anymore. Yogaislam, perhaps.. that's why maybe the fatwa banned Yoga for all.." *smile* sempat kami bercanda bagi mengurangkan keseriusan dalam perbincangan.

Kami sama-sama diam dan memikirkan apa yang di bincangkan. Di sini saya belajar, berlapang dada untuk menerima pandangan dan pendapat orang lain itu penting,kn. Meskipun kita rasa pendapat kita benar, janganlah terus menghentam dan gunalah jalan yang paling hikmah. Dengar dulu hujah pihak di sana kerana mungkin akibat dari kurang hikmahnya kita itu menyebabkan orang lain makin sukar menerima kebenaran yang cuba kita sampaikan. Sir mengagguk sambil wajahnya seolah-olah memikirkan sesuatu. Alhamdulillah.. Moga2 selepas ini, tiadalah golongan lebih2 lagi pendidik yang besar pengaruhnya kepada belia memandang serong terhadap golongan ulama'. " cakap-cakap juga,  write it down on paper.. prove it.." ujar Sir dalam sleng bahasa melayu nya yang pelat. Kami sama2 sengih *grind*

----------------------------------------------------------------

Selesai kelas, di hadapan annex 101.

"Hey you..!"

sekumpulan pelajar perempuan menoleh.

" Yes, Sir..", smile..

" You, nice argument,huhh..", sambil jari telunjuknya mengarah seorang pelajar, berlagak ala2 hero bintang filem.

serentak kumpulan pelajar itu tersengih melihat aksi lecturer mereka.


-the end-

Tuesday, December 30, 2008

the intifada in Palestine~

بـــــــــســـــــم الـــلـــه الـــــرحــــــــــمـــــــــــن الـــــــرحـــيـــم

I just can't hold my eyes on this page.. have a look and ask yourself, what if you are in their situation..? what we have done to help them..? will the Jews stop pressuring our brothers and sisters if muslims did not unite..? How would you feel if this Palestinian was your own brothers..? what would you do..?



  

*The olive tree in Gaza: Ms Sobhiya Al-Amour (50) facing an Israeli bulldozer. This bulldozer had earlier destroyed two Palestinian houses. In the picture it is digging up her field of olive trees. Thousands of olive trees were uprooted since the beginning of the Intifada as a collective punishment to the Palestinians.







* The boy in Jerusalem: Frightened Palestinian boy wets his pants as Israeli soldiers close down on him in the streets of Jerusalem. The soldiers close on him for throwing stones.






* The challenge in Ramallah: A Palestinian young man confronting an Israeli soldier imposing the closure in his town.







* Taking pictures in Hebron: The Israeli army went on the rampage in the Palestinian city of Hebron. A Palestinian resistance fighter confronted the invading foreign army. He was killed one day before the Muslim feast. The Israeli soldiers who shot him in his own street are posing beside his body unaware that a photogragher was near by.





*Burying suspects alive. The Israeli army ruthlessness crossing limits.







*Palestinian mother crying over the body of her baby girl. Gharam Menaa 18 months old baby was "gased" to death. The Israeli army was enforcing a curfew in the city of Hebron using concentrated tear gas. The highly toxic tear gas resulted in death of Gharam, hospitals officials said.

Tuesday, March 11, 2008

Palestin KITA~

raungan anak Palestin









Ayah...!!,
kata mereka kau penjahat,
padahal sebenarnya engkau bukan penjahat,


ayah..!!,
mengapa mereka jauhkan aku darimu,
mereka menangkapmu tanpa memberi kesempatan,
untuk menciumku meskipun hanya sekali,
atau mengusap air mata ibu,


ibu...!!,
aku melihat air mata di kelopak matamu setiap pagi,
apakah palestin tidak berhak diberi pengorbanan...??,
setiap hari aku bertanya kepada matahari,
ibu, apakah ayah akan kembali pada suatu hari,
ataukah dia akan pergi selamanya sampai hari kiamat,
atau dia akan mengusap air mata ibu yang terus menitis setiap hari...??,
wahai ayah,


dimanakah engkau...??,
ooh...bayi-bayi yang dijajah,
kini telah datang hari raya baru setelah hari raya tahun lalu,
dan bayi baru pun terlahir sesudah bayi yang itu,
dan para syuhada berguguran,
setelah gugurnya syahid yang lalu,
sedang ayah masih disembunyikan di sebalik jeruji besi,
dalam sel mengerikan yang tidak layak dihuni manusia,
mana hari kemenangan dan kehancuran penjara-penjara besi itu...??,
malulah kalian...
malulah kalian...
malulah kalian...,
aku ingin ayah pulang,
aku ingin ayah pulang,
aku ingin ayah pulang....!






dimanakah kita??? BANGKITLAH..!
saudaraku...!!
dimanakah kita...??
di saat saudara kita derita,
di saat darah mengalir di tubuh mereka,
di saat tangisan menghujani tanah air tercinta,
Saudaraku...!!


sedarkah kita...??
mereka di sana dinoda,
mereka di sana disiksa,
mereka di sana bertarung nyawa,
Saudaraku...!!
butakah kita...??
melihat mereka reba sebagai syuhada,
melihat hujan peluru yang membanjiri saban masa,
melihat yahudi bersorak meraih kematian saudara kita,
Saudaraku...!!
pekakkah kita,
mendangar rintihan mereka yang merobek jiwa,
mendengar letupan membinasa tubuh mereka,
mendengar lagu riang yahudi laknaktullah,
Saudaraku...!!
bodohkah kita...??
melihat perdamaian sebagai penamat sengsara,
menuduh saudara kita sebagai punca binasa,
lantang bersuara namun tiada hasilnya,
Saudaraku...!!
tak malukah kita...??
kita berharta,
tapi mereka,
melawan dengan pecahan batu-bata,
bangkit tanpa senjata yang gagah,
berbekalkan Allahuakbar,
mereka ke barisan pertama,
biar peluru menjadi hadiah,
mereka berundur selangkah,


Saudaraku...!!
tak takutkah kita...??
bila Allah berkata,apakah yang kita lakukan demi agama-Nya,
apakah yang kita buat demi Al-Aqsa,
apakah, apakah dan apakah...??
Bangunlah kita...!!
dari mimpi indah,
kita di ambang kesulitan,
agama kita diperlekehkan,
saudara kita diolok-olokkan,
bangkitlah...bangkitlah...bangkitlah...!!