bismillah..
Ruang rehat di rumah menjadi havoc seketika apabila berita memaparkan sedutan persidangan parlimen pada buletin utama malam tadi. Perdebatan tentang Yoga. "Yoga lagi", hati saya terdetik. Mengomel sendirian melihatkan perangai masyarakat zaman ini. Baru perihal Yoga, belum lagi pengharaman konsert2 jahiliah yang lebih dari cendawan tumbuh selepas hujan. 'Aurat' artis wanita dan artis lelaki yang 'menjadi sama' dalam industri hiburan tanah air. "Artis hendaklah menutup paras dada hingga ke lutut". Geram saya membaca keratan akhbar tersebut sewaktu negara kecoh dengan insiden kurang bermoral seorang artis lelaki tanah air. Tapi belum pernah pula saya dengar artis wanita yang berpakaian seksi seksa dan merosakkan minda belia ini di gam atau dikenakan tindakan undang2. Paling2 pun menerima kecaman dari wartawan hiburan dan yang 'ok' sikit (pada pandangan mereka) di puja puji melambung. aduhai masyarakat.
akal vs ilmu
Ada yang menarik pada perbincangan parlimen semalam saya rasakan. Hujah membantah pengharaman yoga yang dikeluarkan oleh seorang ahli parlimen dari sebuah parti ini di counter oleh ahli parlimen dari parti yang sama. Menarik, bukan? Inilah yang saya katakan beza antara orang yang berbicara menggunakan akal dengan berhujah menggunakan ilmu.
Apabila ahli parlimen 'A' mengeluarkan hujah membantah pengharaman yoga kerana dianggap satu senaman biasa yang menyihatkan dan niat baiknya yang tidak mahu orang lain mengganggap Islam ini tidak syummul, seorang lagi ahli parlimen dari parti yang sama bangun untuk membetulkan hujah temannya. Ahli parlimen 'B' sememangnya di akui tahap keilmuan yang di miliki mengeluarkan hujah yang mantap beserta kaedah fiqh. Islam mengharamkan sesuatu yang nampaknya biasa pada waktu sekarang tetapi bakal menimbulkan kemudharatan pada masa akan datang. Ramai yang maklum bahawa Yoga memerlukan pembacaan mentera yang ada kaitan dengan unsur hinduism tetapi menganggap hal ini remeh walhal para ulama' merasakan hal ini bakal menjadi virus dalam merosakkan pegangan umat Islam pada masa akan datang. Yang jelas, kaedah fiqh tidak akan membenarkan berdirinya sesuatu kebaikan itu di atas sesuatu yang haram.
"Should Yoga be banned?"
Teringat saya pada kelas Sir Obama. Lecturer english kami berasal dari Amerika dan pernah memperkenalkan diri sebagai Firdaus Obama berikutan kemenangan Obama dalam pilihanraya pada tahun itu. Pada semester lepas, kami dikehendaki menulis karangan yang berformat argumentative. Maka banyaklah isu2 sensitif yang Sir keluarkan sehingga menimbulkan ketidak puasan hati pelajar. Bagi saya, isunya agak menarik dan membuka minda cuma tak berkaitan dengan syllibus essay di tahap pembelajaran kami. Antaranya "Man should married more than one woman", "Man no need to ask his first wife to marry another woman" dan yang terakhir adalah "Should Yoga be banned?"
Beliau seorang muallaf yang sangat gemar membaca dan membuat perbandingan agama. Banyak informasi luar yang dikongsikan bersama pelajarnya sewaktu pembelajaran berlangsung. Perbincangan banyak kami lakukan di dalam kumpulan-kumpulan kecil dan Sir banyak menghabiskan masanya dalam perbincangan bersama kumpulan kami memandangkan kumpulan yang menyokong pengharaman yoga ini sedikit termasuklah kumpulan kami dan Sir merupakan orang yang membantah pengharaman Yoga. Antara hujah beliau :-
* Yoga hanyalah senaman biasa yang boleh menenangkan.
* Jangan berhujah hanya kerana mufti menyatakan demikian.
* Mentera-menteranya boleh di ubah kepada zikrullah supaya tidak bertetangan dengan syara'
Dan ada lagi beberapa point yang saya kurang ingat. Beliau juga ada menyatakan konsep yin dan yang yang digunapakai oleh orang beragama buddha sebenarnya di ambil dari ajaran Islam. Namun, kami sendiri kurang jelas dengan penerangan yang beliau nyatakan. Berbalik kepada isu Yoga. Saya agak terkesan dengan hujah kedua beliau. Kalau bukan ulama' yang menjadi pewaris nabi untuk kita ikut, siapa lagi yang layak? Tapi saya diamkan aja memandangakan keadaan kami (yang menyokong pengharaman Yoga) menjadi agak tegang dengan mereka yang menolak pengharaman ini.
Usai beliau mengeluarkan hujah, giliran kami menyampaikan pendapat. " What have we discovered is that, not only the chanting but the position in the Yoga itself portray the figure of hindu's God". "Ouh.. i don't know bout that.." Awalnya, saya agak takut untuk berkata2. Takut terkurang sopan dengan guru. Melihatkan minat yang beliau tunjukkan, saya sedkit lega. " I don't see any problem to practice Yoga if we change the chanting verses..." "but the fatwa said that anything called Yoga and related to it should be banned" Pemahaman kami berkaitan hal ini mungkin agak berbeza. Pada saya, fatwa mengharamkan aktiviti yang mempunyai unsur2 syirik pada pengamalannya dan bukan kerana namanya. Namun, saya percaya bahawa setiap sesuatu itu ada cara untuk mengamalkannya yang tersendiri. Kalau namanya Yoga, maka intipatinya adalah begini dan begini. Umpamanya solat tanpa bacaan al-fatihah, adakah dinamakan solat? "Yes, we might change the chanting verses into zikrullah or anything else but we cannot call the activity as Yoga anymore. Yogaislam, perhaps.. that's why maybe the fatwa banned Yoga for all.." *smile* sempat kami bercanda bagi mengurangkan keseriusan dalam perbincangan.
Kami sama-sama diam dan memikirkan apa yang di bincangkan. Di sini saya belajar, berlapang dada untuk menerima pandangan dan pendapat orang lain itu penting,kn. Meskipun kita rasa pendapat kita benar, janganlah terus menghentam dan gunalah jalan yang paling hikmah. Dengar dulu hujah pihak di sana kerana mungkin akibat dari kurang hikmahnya kita itu menyebabkan orang lain makin sukar menerima kebenaran yang cuba kita sampaikan. Sir mengagguk sambil wajahnya seolah-olah memikirkan sesuatu. Alhamdulillah.. Moga2 selepas ini, tiadalah golongan lebih2 lagi pendidik yang besar pengaruhnya kepada belia memandang serong terhadap golongan ulama'. " cakap-cakap juga, write it down on paper.. prove it.." ujar Sir dalam sleng bahasa melayu nya yang pelat. Kami sama2 sengih *grind*
----------------------------------------------------------------
Selesai kelas, di hadapan annex 101.
"Hey you..!"
sekumpulan pelajar perempuan menoleh.
" Yes, Sir..", smile..
" You, nice argument,huhh..", sambil jari telunjuknya mengarah seorang pelajar, berlagak ala2 hero bintang filem.
serentak kumpulan pelajar itu tersengih melihat aksi lecturer mereka.
-the end-
No comments:
Post a Comment