bismillah..
Ini bukan kisah para sahabat di zaman Muhammad SAW juga bukan kisah jundullah di zaman khulafa' ar-rasyidin. Ini kisah DI ZAMAN INI. Saat bergenang titis mata ku mendengar ceritera kisah mu, ku merasakan kehadiran kau di sisi. "teruskan perjuangan di medan ini, adikku. Sungguh indah bila saat kembali nanti". Indah pesona saat kembali mu seunggul keperibadimu. Syahidah itu tak kan pernah "mati". Moga nukilan ku yang sedikit ini mampu memberi nafas pada ruhul jadid, (diri ini sendiri terutamanya) untuk tetap tabah dan thabat di jalanNya..
--------------------------------------------------------
Apalah kalimah yang dapat menggambarkan perasaan si ayah tatkala melihat puteri sulungnya terbaring lemah di pembaringan. Walaupun doktor memberitahu keadaan kesihatan puterinya semakin stabil, tetap si ayah menyiapkan diri dengan pelbagai kemungkinan. Melihatkan keadaan puterinya yang menghidap penyakit sendi yang kronik, si ayah sebagai seorang yang kuat pegangan agamanya pasrah.. (2:216)
"Kakak, ayah nak ke surau ni ", Kehadiran bulan rahmat Ramadhan di sambut dengan kesyukuran walau mehnah bertubi melanda.
"Mari laa duduk sini kejap.. borak dengan kakak", pinta si puteri ayu.
Ayah akur dan melabuhkan punggungnya di sisi si jantung hati..
" Malam ni ayah berbuka dengan kakak,ya..?"
" maaf, kakak.. ayah dah janji nak berbuka dengan jema'ah di surau ", bagai di tusuk sembilu hati si ayah kerana terpaksa membelakangkan pinta buah hati pengarang jantungnya. Seorang da'ie tak kan pernah memungkiri janji, kata-kata yang memujuk si ayah.
"Ayah, along nak kawin.. " senyuman malu Hajar mekar terukir di bibir. Hajar, setegar srikandi agung pemilik asal namanya. Kau juga begitu.
"Kakak dah ada calon,ke? " ayah meminta kepastian sambil tersenyum..
" Belum lagi.. hee.. ", Tabah sungguh dirimu duhai mujahidah.
" Nanti bila kakak dah ada calon, bagitau abah,ye.. die kene tidur 3 hari 3 malam dengan ayah ", mereka ketawa anak beranak. Mungkin tawa yang terakhir buat si ayah.

Di surau, si ayah acap kali meraba koceknya. Bimbang kalau-kalau ada panggilan kecemasan dari rumah. Jasadnya di situ namun mindanya jauh membayangkan puteri kesayangan yang sedang menunggu saat di jemput kembali.
Di rumah, Hajar menyatakan hasrat untuk solat isya' lebih awal pada malam itu. Hajar yang terbaring di atas katil di imamkan solat oleh umminya di hujung bahagian depan katilnya.
"Assalamualaikum warah matullah...", usai salam terakhir solat witir, si ibu menoleh ke arah puteri tercinta.
kaku, tanpa gerak.
Panggilan 'kakak' tidak di sahut. Wajah tenang itu tetap kaku. Si ibu lantas menelefon ayah agar pulang segera. Hati ibu mana yang dapat menerima kenyataan pemergian ruh yang di kandung selama sembilan bulan sepuluh hari itu dengan mudah? Ayah akur dengan permintaan ibu untuk membawa kakak ke hospital walau sang ayah tahu, kakak telah pergi menghadap cinta nya Yang Satu.
Melihatkan mata along yang sering juling ke atas semasa perbualan sebelum ke surau tadi memberi sedikit tanda kepada si ayah akan masa untuk puteri sulungnya di jemput kembali sudah hampir. Pengesahan hospital memberitahu, kakak telah meninggal sewaktu di rumah lagi. Kakak meninggal waktu solat. SubhanAllah!! Indah saat kematianmu mujahidah....

Antara tanda-tanda seseorang itu matinya dalam husnul khotimah adalah jumlah orang yang hadir untuk sama-sama mendirikan solat jenazahnya adalah luar biasa ramainya.
Sungguh, surau yang baru di bina dan kurang di ketahui umum sesak pada saat itu. Berpusu-pusu orang hadir untuk mensolatkan jenazah si mati sehingga si imam turut kagum. Belum pernah dia melihat jema'ah seramai ini untuk solat jenazah seusia 20-an.
"Siapakah si mati ini? SubhanAllah, hebat sungguh orangnya", si imam kagum.
siapa sangka gadis yang baru menjejak usia awal 20-an mampu menyemai benih taqwa sehingga kematiannya di naungi puluhan ribu malaikat? Siapa sangka gadis yang baru berada di tahun satu program ijazahnya mampu memancing puluhan hati untuk sama-sama mensolatkan jenazahnya?
Saat sahabiah melangkah ke bilik Hajar, harum wangi semerbak menusuk hidung-hidung mereka. Bulu roma mereka meremang. Apakah ini yang selalu rasulullah khabarkan..? Ibu kak Hajar didesak agar memberitahu apakah wangian yang di tabur sehingga harum kamar milik sahabat mereka. Air mata makin lebat membasahi pipi. Sungguh, tiada apa yang diletakkan di kamar tersebut! Selama semiggu wangian itu kekal dan seminggu itu jugalah tetamu tidak putus-putus menziarahi keluarga kak Hajar.
Sekembalinya ke kampus, para sahabiah kembali bercerita tentang kak Hajar. Kerinduan mereka terhadapnya membuak. Salah seorang sahabiah membuka cerita tentang perasaan yang timbul tatkala melihat jenazah tenang kak Hajar. Seolah-olah wajah itu berbicara lembut;

"Teruskn perjuangan sahabatku.. Marilah ikut Hajar... Indahnya bila berada Di sisi Allah ini.."
Dengan kuasa Allah, rupa-rupanyanya, sahabiah yang lain juga turut merasakan perasaan yang sama tatkala menatap wajah kak Hajar buat kali terakhir..
--------------------------------------------------------
Bukanlah diri ini memuji mu untuk kau di sanjung.. Cuma inginku kongsikan kisah hidupmu agar dapat ku jadikan qudwah hasanah di zaman ini. Satu hari, kak Hajar menangis teresak-esak sehingga menimbulkan kerisauan teman sebiliknya. pabila didesak, barulah di beritahu akan asbab kesedihannya iaitu kerana tertinggal solat tahajjud.
Tidak berapa lama selepas pemergian kak Hajar, bapanya dipanggil ke kampus untuk menerima anugerah 'dean list' kak Hajar. Kau bukan sahaja srikandi di medan dakwah, malah kau juga pejuang akademik yang unggul.. hebat diri mu..
Keletah kak Hajar yang sangat suka bercerita itu pasti di rindui. Walau jasad kak Hajar tiada lagi, semangat yang di tiup olehnya sentiasa bersemadi dalam tiap-tiap hati sahabat seperjuangannya di medan yang penuh onak itu. Benarlah simpulan aqidah itu mengatasi ikatan darah.
menggapai tittle syahidah bukanlah sesuatu yang mudah. Kenanglah kisah Zainab al-Ghazali yang di seksa penuh kezaliman.. badannya di sebat tanpa belas.. berbirat.. kemudian di rendam pula bersama luka2 di badan dalam air.. Allah... Sehingga ada ketikanya, anjing2 yang kebuluran dan tidak diberi makan selama seminggu di lepaskan dalam sel beliau.. Hanya Allah di hatinya.. Mindanya mula membayangkan dagingnya di robek rakus oleh anjing2 yang kebuluran tersebut.. namun dengan kuasaNya, segalanya berubah.. Anjing yang kelihatan sgt lapar tadi sedikit pun tidak menyentuh tubuh beliau.. Allahu Robbi...
semoga kau bahagia di sana bersama janjiNya untuk pejuang agama seperti mu.. nantikan daku..~ (al-fatihah)

3 comments:
salam ziarah....
moga yg pergi dirahmati
yg hidup diberkati
to muhaimin: terima kasih atas ziarah anda
to ibnu sis: ameen, InsyaAllah
Post a Comment