"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Monday, February 9, 2009

tika senja berlabuh.. ~al-fatihah~

bismillah~

sedang sahabat2 lain berbincang berkenaan slide show dan pengisian log book assignment Problem Based Learning (PBL) kami di sofa, kte terpaksa mencari ruang yg mempunyai plug untuk charge laptop memandangkn pemiliknya ini kurang gemar mengcharge battery. Sudahnya, tempat yg paling sesuai adalah surau ground floor mahallah zainab bagi meneruskan kerja2 mengemaskini report PBL. Berbeza dengan mahallah aisyah yang sudah lama terbina, mahallah zainab mempunyai kelebihan facilities yang agak terkedepan. Surau pun ada pendingin hawa.

Hampir sejam berlalu, azan berkumandang menandakan masuknya waktu maghrib. Sahabat lain sudah pulang mungkin memandangkan masing2 ada urusan yg perlu di selesaikn. Ketikan Toshiba Satellite di hentikan seketika. Sepahan peralatan tadi dikemas ala kadar agar tidak terlalu bersepah. Kte melangkah ke tempat wudu' yg baru pertama kali di jejak. bersih. Ada paip air yg melalui penapis. Boleh ambil air minuman terus dr situ. Seorang kanak-kanak lelaki lebih kurang 4 tahun turut sama berada di situ, mengikut ibunya mngambil wudu' sambil mulutnya petah bertanyakan itu dan ini. "adik tak boleh masuk sini sebenarnya. jgn kacau kakak. amik air semayang kat ibu, sini". si ibu tersenyum.

selesai mengenakn telekung, kte melangkah ke bahagian depan surau. Ada sesuatu yg menarik kte rasakan. Kelihatan seorang wanita dalam lingkungan umur 70 tahun sedang khusyuk berdoa. Sebaya nenek kte, mungkin. Dalam keadaan berdiri, tangannya di cekup erat ke wajah sambil badannya bergerak sedikit ke depan dan belakang. khusyu'. Pandangan mata beralih pula ke bahagian depan sejadah nenek tersebut. Kelihatan beberapa naskhah buku terbentang. Dua daripadanya kelihatan seperti bahagian naskhah al-quran yg sgt usang. Warnanya kusam dan hampir setiap helaiannya koyak dan hampir putus. Sebuah buku lagi tertera bacaan tahiyyat akhir beserta gambar sewaktu duduk tahiyyat.

Bahu kte di tepuk. Kehadiran ibu tadi bersama anaknya, kak sakinah yg juga sepengajian dengan kte sedikit mnyedarkn diri ini dari terus-terusan memerhati. Kami solat jema'ah bersama. Usai solat, kak sakinah memperkenalkn kte kpd ibunya. Kami bersalaman. Sempat menoleh seketika kepada nenek tadi yg juga baru selesai solat, sedang melipat telekung. Senyuman manis terukir di wajahnya sebelum kte melangkah kembali ke belakang surau. Segala peralatan di kemas sepenuhnya sambil menunggu ketibaan abah untuk pulang ke rumah.

sampai sekarang masih teringatkn nenek tersebut. Hebat mujahadahnya. Mungkin sudah lupa bacaan akibat usia yg lanjut, di bentang buku bagi memudahkan bacaan. Hidup manusia umpama roda,kan. Tiba masa kte akan kembali dhaif seperti zaman anak-anak dahulu. Tapi, apakah sempat untuk kte sampai ke tahap itu? wallahualam.. tiada kepastian.

Peristiwa beberapa jam yang lalu salah satu buktinya. Beberapa kali juga ummi telefon bertanyakan sama ada kakak ada telefon atau tidak hari ini. Sejak pagi lagi kakak ada di hospital, menemani sahabat sepengajian merangkap bekas housemate nya yang sedang nazak akibat leukemia. Seluruh keluarganya juga telah di minta oleh doktor untuk berkumpul sejak pagi di wad ICU.

Panggilan telefon dari ummi sebaik azan maghrib berhenti berkumandang, agak memelikkan. Innalillahi wa innailaihi rooji'un.. Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kan di kembali kan. "kakak telefon ummi tadi. Kak Huda dah meninggal. Menangis kakak call tadi". Disertakan dengan doa dan nasihat2 dari ummi. Allahu Robbi. Mana kepastian usia muda menjanjikan hidup yang lama? Kak Huda, pelajar tahun tiga jurusan perubatan di USIM yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.15 pm, 9 febuari 2009 bersamaan 13 safar 1430 ~al-fatihah~

3 comments:

.::annemishi::. said...

innalillah~

al-fatihah.

nurfaizah.hasim said...

alfatihah~

IBNUSIS said...

sesunguhnya ada hikmah di sebalik sesuatu

moga dia bersama para solihin