"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Thursday, July 9, 2009

tarik tali PPSMI

bismillah..

Pelbagai reaksi berbeza dapat di lihat atas cadangan untuk memansuhkan PPSMI pada 2012. Perbahasan yang menarik, masing-masing punya hujah tersendiri. Lucu, ni yang mampu saya katakan selepas membaca keratan akhbar berkaitan hal ini di Utusan Malaysia Online. Bukanlah niat saya untuk memburukkan mana2 pihak, cuma saya sedikit terpanggil untuk mengulas setelah sekian lama menjadi pemerhati bebas. Sebagai batch pertama yang mengikuti sistem ini, penulisan saya seluruhnya berdasarkan pengalaman peribadi sendiri tanpa menolak mana2 pendapat lain.

Jujurnya, saya dan sahabat dahulu tidaklah bermasalah besar sekalipun subjek matematik dan sains di ajar dalam bahasa Inggeris. Pastinya faktor sekolah di tengah bandar, mempunyai guru-guru yang terlatih dan tidak kekok berbahasa Inggeris, juga kebanyakan ibu bapa yang berpelajaran tinggi turut menjadi pendorong sistem ini bergerak lancar di kawasan kami.

"baguslah batch kite ni jadi experiment, kurang sikit chapter yang kena belajar", kata seorang sahabat saya dahulu apabila kami menyedari bahawa terdapat beberapa bahagian yang di cut-short kan dalam syllibus kami. Untuk memudahkan pembelajaran dan pemahaman, mungkin. Setelah menimbang dari pelbagai sudut, saya tidak mengatakan yang sistem ini langsung tidak praktikal, tapi mungkin boleh di perbaiki cara pelaksanaannya. Untuk melaksanakan sistem ini bagi kanak2 di sekolah rendah dari darjah 1, saya sangat tidak bersetuju.

Saya membayangkan, anak2 ini baru ingin memahami fundamental in mathematics dan basic principles in science. Anak2 kini di tambah dengan satu lagi cabaran iaitu, memahamkan kedua-dua subjek ini dalam bahasa Inggeris, walhal dari dulu lagi anak2 melayu sering dikatakan 'lemah math'. Tidakkah ini merumitkan lagi keadaan? Kalau basic pun tak kuat, apakah kita mengharapkan anak2 ini kelak dapat menguasai subjek ini dengan cemerlang pada masa akan datang? saya kurang yakin. Ditambah dengan minda anak2, pasti mereka mengelak untuk mempelajari sesuatu yang mereka kurang faham, tak minat dan sebagainya. Berbeza dengan minda dewasa yang berfikiran jauh. Mahasiswa dan graduan dahulu telah membuktikan bahawa, mereka masih mampu menguasai subjek sains dengan baik di universiti walaupun telah di alih bahasa, pasti kerana asas yang kuat dalam satu2 subjek itu.

'Menurut Muhyiddin, pemantauan Kementerian Pelajaran tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.'

Pada masa sama, kata beliau, peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.

“Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.

“Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan,” katanya.

Muhyiddin berkata, selain pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran, Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke tangga ke-21 pada 2007.

Muhyiddin memberitahu, kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.


“Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris."


selepas tahun saya PMR dan tahun2 seterusnya, jarang2 saya dengar penurunan dalam pencapaian pelajar terutamanya dalam subjek matematik dan sains. Dalam erti kata lain, sistem PPSMI berjaya meningkatkan penguasaan pelajar dalam tiga subjek, iaitu matematik, sains dan bahasa Inggeris, berbeza dengan keratan akhbar yang baru saya baca tadi.

Pendapat saya, giatkan usaha memperkasa subjek Bahasa Inggeris itu sendiri. Saya puji sistem pembelajaran bahasa Inggeris di UIA.

14 comments:

Amin Rox said...

Ana pun rasa pemansuahan PPSMI ini satu kerugian besar. Rasanya pengguanaan bahasa english dari awal usia satu kelebihan yg nyata. Mungkin kerajaan ingin mengutamakan kehendaka rakyat terutamau rkyat luar bandar. tetapi pemimpin yang berjaya, berwawasan, berfikiran ke hadapan perlu sedar, kelak, para pelajar yg didedahkan dgn english bakal mghadapi masalah besar di IPT2 dan universiti2..
hoho, panas2!!!

wardatul asrar said...

bismillah..

bernas. cuma kurang jelas dgn maksud saudara. apakah jenis masalah yg akn di hadapi oleh pelajar yg didedahkn dgn english di IPT2..?

Dr. Nad F said...

salam alaik...
kte xsetuju la...nape nak mansuhkan PPSMI???
I think it's better for us, especially to compete globally. don't u think? otherwise, it's not like we r going to forget our mother language.. we still talk in Malay...
Menimba ilmu sampai ke negara China... daripada pegi China, baik belajar di tempat sendiri kan??
I think they shud reconsider this issue. N, THEY SHOULD ASK US! Sebab kita yang alami, bukan 'mereka-mereka'. Ni tak, sekadar gunakan kes ni untuk isu politik.

)'=

Nasih Ulwan said...

"selepas tahun saya PMR dan tahun2 seterusnya, jarang2 saya dengar penurunan dalam pencapaian pelajar terutamanya dalam subjek matematik dan sains. Dalam erti kata lain, sistem PPSMI berjaya meningkatkan penguasaan pelajar dalam tiga subjek, iaitu matematik, sains dan bahasa Inggeris"

btol ke kenyataan enti tu?enti benar2 yakin?
bukankah graf pemarkahan sains n matematik sentiasa menurun?
sbb itulah ramai yg 'dpt' tinggi.
sy igt lg zmn sy di mana org yg dpt pgkt C asalnya blh dpt A..
maklumat ni sy dpt dr cikgu2 n pegawai pendidikan sendiri..
pk2kanlah..

Mohammad Lokman Hakim said...

mmg PPSMI amat-amat bagus dilaksanakan terhadap pelajar2 sprti anda, student medic, engineering. most of our refferences and terms in english. but...

saudara-saudari sekalian,jangan kerana kepentingan kita mahu lebih kehadapan menyebabkan ramai sahabat2 kita smkn jauh kebelakang..anda semua bijak pandai, tidak menjadi masalah untuk cuba menyesuaikan diri semula dengan pertukaran bahasa penghantar.anda di A-level atau foundation sememangnya diajar didalam english

cuma bagi saye, sian kawan2 kite kat luar sane. PPSMI akan mewujudkan jurang y terlalu besar antara murid nanti. ada y smkn cerdik, dan semakin ketinggalan.

takut anak2 kita nnti kerugian.mahukan anda?

wardatul asrar said...

bismillah..

terima kasih atas komen semua. saya meraikan pendapat2 anda.

to Dr Nad F:

wsalam alaik =)

they'd already ask 'us' and majority of 'us' think that, this system shudnt be implimentd. we shud consider those in the rural areas, where their english is-not-so good. to compete globally is a good idea but there's no point if the generation is not good enough to compete for.

maybe we can look this way. some peeps might good in english but not-so-good in maths. they still can perform in english but not in maths. others might not-so-good in english but can pick up maths very well. because of the languange barrier, their performance in maths will also being affected.

wardatul asrar said...

to nasih ulwan:

terima kasih atas komen saudara. maaf, mungkin maksud saya yg sebenar tdk kesampaian.

selepas tahun saya PMR dan tahun2 seterusnya, jarang2 saya dengar penurunan dalam pencapaian pelajar terutamanya dalam subjek matematik dan sains. Dalam erti kata lain, sistem PPSMI berjaya meningkatkan penguasaan pelajar dalam tiga subjek, iaitu matematik, sains dan bahasa Inggeris, "berbeza dengan keratan akhbar yang baru saya baca tadi"

maksud sy, akhbar2 sebelum ini hanya mndedahkn "kecemerlangan" pelajar hasil dr sistem PPSMI wlpn pd hakikatnya, umum mngetahui yg graf satu2 subjek itu di turunkn. bila akhbar hari ini mndedahkn bukti "kecemerlangan" pelajar2 terdahulu hasil sistem ini, saya sedikit teruja.

wardatul asrar said...

to Mohammad Lokman Hakim:

jawapan saya, tidak mahu.

sbb tdk memikirkn diri sndiri, maka sy menolak sistem ini dengan pelaksanaan yang sedia ada.

tak keterlaluan andai sy umpamakn sistem ini seperti "kapitalis pendidikan". yang pintar terus cemerlang, yang mundur, terus ketinggalan.

sy tdk menolak kpentingan menguasai bahasa Inggeris namun sy jg tdk mahu kerana batas bahasa, pencapaian mereka2 yg hebat dalam sains dan matematik terencat.

wallahualam.

Anonymous said...

setuju

wardatul asrar said...

to anonymous:

terima kasih

Anonymous said...

ppsmi ;.. benda yang bagus.. relevant.. no objection on it..
dari segi melayu .. orang melaayu sendiri kena pelihara bhasa melayu.. cuba lihat orang cina ,, walaupun kat sekolah blaja malay n english. .tapi mereka tetap fasih berbahasa mereka.. plus malaysia tak de fundamental yang kukuh dalam bidang sains dan tekno... even klu kita uat programming tetap guna terms english in coding .. sebab tu jer compiler paham ....

cuba teka sapa saya?? ur old mate?? hehe teka2 ,, nice point of view of u .. aku ada jer fakta tuk dihuraikan .. but make it simple .. i use my point of view only .. because ...tak penting ...isu ini .. byk agenda disebalik kebangkitan isu ini ... hahaha

shidah said...

salam..
salam mujahadah ya ukhti.. shidah rs u post2 lps ni jeeb kn hurai btol2 la ap y jeeb mksdnkn..

wardatul asrar said...

to alia:

gotcha~ sbb tu kalau pndapat kte, kte x tolak PPSMI ni di ajar pd peringkat yg lebih tinggi. nabi SAW pun suruh kte belajar byk bahasa untuk kembalikn hikmah yakni ilmu yg hilang dr org Islam.

cuma untuk di implimentasikn di peringkat sekolah rendah jea x sesuai (berdasarkn point2 yg telah di kemukakan) alia, maybe we can make a survey, bpe ramai yougster chinese yg x reti ckp bhs cina.. (**,)

wardatul asrar said...

to shidah:

wsalam alaik ya ukhty =)

InsyaAllah.. kte guna 'bahasa selamat' sampai x sampai ape yg nk di sampaikn.. syukran kathir, shidah..