"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Tuesday, February 17, 2009

kisah mu mujahidah~ (siri tarbiyyatun nafs)

bismillah..
Ini bukan kisah para sahabat di zaman Muhammad SAW juga bukan kisah jundullah di zaman khulafa' ar-rasyidin. Ini kisah DI ZAMAN INI. Saat bergenang titis mata ku mendengar ceritera kisah mu, ku merasakan kehadiran kau di sisi. "teruskan perjuangan di medan ini, adikku. Sungguh indah bila saat kembali nanti". Indah pesona saat kembali mu seunggul keperibadimu. Syahidah itu tak kan pernah "mati". Moga nukilan ku yang sedikit ini mampu memberi nafas pada ruhul jadid, (diri ini sendiri terutamanya) untuk tetap tabah dan thabat di jalanNya..

--------------------------------------------------------


Apalah kalimah yang dapat menggambarkan perasaan si ayah tatkala melihat puteri sulungnya terbaring lemah di pembaringan. Walaupun doktor memberitahu keadaan kesihatan puterinya semakin stabil, tetap si ayah menyiapkan diri dengan pelbagai kemungkinan. Melihatkan keadaan puterinya yang menghidap penyakit sendi yang kronik, si ayah sebagai seorang yang kuat pegangan agamanya pasrah.. (2:216)

"Kakak, ayah nak ke surau ni ", Kehadiran bulan rahmat Ramadhan di sambut dengan kesyukuran walau mehnah bertubi melanda.

"Mari laa duduk sini kejap.. borak dengan kakak", pinta si puteri ayu.

Ayah akur dan melabuhkan punggungnya di sisi si jantung hati..

" Malam ni ayah berbuka dengan kakak,ya..?"

" maaf, kakak.. ayah dah janji nak berbuka dengan jema'ah di surau ", bagai di tusuk sembilu hati si ayah kerana terpaksa membelakangkan pinta buah hati pengarang jantungnya. Seorang da'ie tak kan pernah memungkiri janji, kata-kata yang memujuk si ayah.

"Ayah, along nak kawin.. " senyuman malu Hajar mekar terukir di bibir. Hajar, setegar srikandi agung pemilik asal namanya. Kau juga begitu.

"Kakak dah ada calon,ke? " ayah meminta kepastian sambil tersenyum..

" Belum lagi.. hee.. ", Tabah sungguh dirimu duhai mujahidah.

" Nanti bila kakak dah ada calon, bagitau abah,ye.. die kene tidur 3 hari 3 malam dengan ayah ", mereka ketawa anak beranak. Mungkin tawa yang terakhir buat si ayah.

--------------------------------------------------------

Di surau, si ayah acap kali meraba koceknya. Bimbang kalau-kalau ada panggilan kecemasan dari rumah. Jasadnya di situ namun mindanya jauh membayangkan puteri kesayangan yang sedang menunggu saat di jemput kembali.

Di rumah, Hajar menyatakan hasrat untuk solat isya' lebih awal pada malam itu. Hajar yang terbaring di atas katil di imamkan solat oleh umminya di hujung bahagian depan katilnya.

"Assalamualaikum warah matullah...", usai salam terakhir solat witir, si ibu menoleh ke arah puteri tercinta.

kaku, tanpa gerak.

Panggilan 'kakak' tidak di sahut. Wajah tenang itu tetap kaku. Si ibu lantas menelefon ayah agar pulang segera. Hati ibu mana yang dapat menerima kenyataan pemergian ruh yang di kandung selama sembilan bulan sepuluh hari itu dengan mudah? Ayah akur dengan permintaan ibu untuk membawa kakak ke hospital walau sang ayah tahu, kakak telah pergi menghadap cinta nya Yang Satu.

Melihatkan mata along yang sering juling ke atas semasa perbualan sebelum ke surau tadi memberi sedikit tanda kepada si ayah akan masa untuk puteri sulungnya di jemput kembali sudah hampir. Pengesahan hospital memberitahu, kakak telah meninggal sewaktu di rumah lagi. Kakak meninggal waktu solat. SubhanAllah!! Indah saat kematianmu mujahidah....

--------------------------------------------------------

Antara tanda-tanda seseorang itu matinya dalam husnul khotimah adalah jumlah orang yang hadir untuk sama-sama mendirikan solat jenazahnya adalah luar biasa ramainya.

Sungguh, surau yang baru di bina dan kurang di ketahui umum sesak pada saat itu. Berpusu-pusu orang hadir untuk mensolatkan jenazah si mati sehingga si imam turut kagum. Belum pernah dia melihat jema'ah seramai ini untuk solat jenazah seusia 20-an.

"Siapakah si mati ini? SubhanAllah, hebat sungguh orangnya", si imam kagum.

siapa sangka gadis yang baru menjejak usia awal 20-an mampu menyemai benih taqwa sehingga kematiannya di naungi puluhan ribu malaikat? Siapa sangka gadis yang baru berada di tahun satu program ijazahnya mampu memancing puluhan hati untuk sama-sama mensolatkan jenazahnya?

Saat sahabiah melangkah ke bilik Hajar, harum wangi semerbak menusuk hidung-hidung mereka. Bulu roma mereka meremang. Apakah ini yang selalu rasulullah khabarkan..? Ibu kak Hajar didesak agar memberitahu apakah wangian yang di tabur sehingga harum kamar milik sahabat mereka. Air mata makin lebat membasahi pipi. Sungguh, tiada apa yang diletakkan di kamar tersebut! Selama semiggu wangian itu kekal dan seminggu itu jugalah tetamu tidak putus-putus menziarahi keluarga kak Hajar.

Sekembalinya ke kampus, para sahabiah kembali bercerita tentang kak Hajar. Kerinduan mereka terhadapnya membuak. Salah seorang sahabiah membuka cerita tentang perasaan yang timbul tatkala melihat jenazah tenang kak Hajar. Seolah-olah wajah itu berbicara lembut;

 "Teruskn perjuangan sahabatku.. Marilah ikut Hajar... Indahnya bila berada Di sisi Allah ini.."

Dengan kuasa Allah, rupa-rupanyanya, sahabiah yang lain juga turut merasakan perasaan yang sama tatkala menatap wajah kak Hajar buat kali terakhir..

--------------------------------------------------------

Bukanlah diri ini memuji mu untuk kau di sanjung.. Cuma inginku kongsikan kisah hidupmu agar dapat ku jadikan qudwah hasanah di zaman ini. Satu hari, kak Hajar menangis teresak-esak sehingga menimbulkan kerisauan teman sebiliknya. pabila didesak, barulah di beritahu akan asbab kesedihannya iaitu kerana tertinggal solat tahajjud.

Tidak berapa lama selepas pemergian kak Hajar, bapanya dipanggil ke kampus untuk menerima anugerah 'dean list' kak Hajar. Kau bukan sahaja srikandi di medan dakwah, malah kau juga pejuang akademik yang unggul.. hebat diri mu..

Keletah kak  Hajar yang sangat suka bercerita itu pasti di rindui. Walau jasad kak Hajar tiada lagi, semangat yang di tiup olehnya sentiasa bersemadi dalam tiap-tiap hati sahabat seperjuangannya di medan yang penuh onak itu. Benarlah simpulan aqidah itu mengatasi ikatan darah.

menggapai tittle syahidah bukanlah sesuatu yang mudah. Kenanglah kisah Zainab al-Ghazali yang di seksa penuh kezaliman.. badannya di sebat tanpa belas.. berbirat.. kemudian di rendam pula bersama luka2 di badan dalam air.. Allah... Sehingga ada ketikanya, anjing2 yang kebuluran dan tidak diberi makan selama seminggu di lepaskan dalam sel beliau.. Hanya Allah di hatinya.. Mindanya mula membayangkan dagingnya di robek rakus oleh anjing2 yang kebuluran tersebut.. namun dengan kuasaNya, segalanya berubah.. Anjing yang kelihatan sgt lapar tadi sedikit pun tidak menyentuh tubuh beliau.. Allahu Robbi...

semoga kau bahagia di sana bersama janjiNya untuk pejuang agama seperti mu.. nantikan daku..~ (al-fatihah)

Friday, February 13, 2009

mencintai wanita merupakan akhlak para nabi




SIAPAKAH YANG LEBIH ENGKAU CINTAI?

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas bahwa suatu hari Rasulullah menemui Ali dan Fathimah, dimana keduanya (Ali dan Fathimah) sedang tertawa. Namun ketika mereka berdua melihat kemunculan Rasulullah mereka serentak terdiam. Melihat hal ini Nabi saw pun bertanya, ”Apa yang kalian tertawakan sehingga ketika kalian melihatku tiba-tiba kalian diam?”

Maka Fathimah cepat-cepat berkata, ”Demi ayahku, engkau ya Rasulullah, dia (Ali) telah berkata begini, ”Aku lebih mencintai Rasulullah daripada kamu”, maka aku (Fathimah) pun berkata kepadanya, ”Tetapi aku lebih dicintai Rasulullah ketimbang kamu!”.

Mendengar hal ini Rasulullah saw tersenyum lantas berkata, ”Wahai putriku, engkaulah buah hatiku yang paling aku cintai, sedangkan Ali lebih mulia bagiku daripadamu.”
[ 14]



Mungkin kita dapat menafsirkan hadis di atas dengan cara Ibn ‘Arabi, dimana ketika Rasulullah saw melihat putri tercintanya Sayyidah Fathimah, beliau melihat manifestasi Jamaliyyah (Keindahan Spiritual) Tuhan yang begitu banyak, sementara pada Imam Ali as, beliau melihat manifestasi Jalaliyyah (Keagungan Spiritual) Tuhan yang lebih mendominasi.

Pada hakikatnya, pada kaum wanita, manifestasi (tajaliyyat) Keindahan Tuhan lebih menonjol, sementara kaum lelaki lebih banyak menyerap manifestasi Keagungan Tuhan.

Orang yang mengetahui kedudukkan kaum wanita dan misteri mereka tidak akan menjauhi mereka. Sebaliknya, salah satu kesempurnaan kaum ‘urafa adalah kecintaan kepada mereka, sebab ini merupakan warisan Nabi saw dan cinta Ilahiah.
[15]

Ibn Al-‘Arabi sendiri berpegang bahwa di dalam diri wanitalah Tuhan lebih sempurna memanifestasikan diri-Nya.
[16] Ini dapat difahami kerana sifat Rahman dan Rahim Tuhan lebih menonjol berbanding sifat-sifat-Nya yang keras, sebagaimana hadis Qudsi yang sangat masyhur : “Sesungguhnya Rahmat-Ku mendahului murka-Ku.” [17]


Ibn ‘Arabi qs berkata :
“Kerinduan para ahli makrifat terhadap kaum wanita
adalah kerinduan dari keseluruhan terhadap bahagian dirinya,
seperti kesunyian tempat tinggal yang mendambakan
penghuni yang memberi mereka kehidupan.
Lagi pula, Tuhan mengisi tempat dalam diri kaum pria
dari mana wanita diambil dengan kecenderungan terhadapnya.
Kerinduannya terhadap wanita itu adalah kerinduan
dan kecenderungan dari yang besar terhadap yang kecil”

(Futuhat al-Makkiyyah 2 : 190.9)



nota kaki :

[14] Hadits Riwayat Thabrani dengan isnad sahih.
[15] Ibn ‘Arabi, Futuhat 2 : 190.11.
[16] Sachiko Murata, hlm. 256
[17] Bukhari, Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibn Hibban, al-Hakim dan Baihaqi. Hal ini juga dapat dibuktikan di dalam al-Quran bahwa sifat-sifat Tuhan yang Maha Lembut dan Maha Kasih lebih banyak berbanding sifat-sifat kerasnya.

pautan lanjut : di sini


Monday, February 9, 2009

tika senja berlabuh.. ~al-fatihah~

bismillah~

sedang sahabat2 lain berbincang berkenaan slide show dan pengisian log book assignment Problem Based Learning (PBL) kami di sofa, kte terpaksa mencari ruang yg mempunyai plug untuk charge laptop memandangkn pemiliknya ini kurang gemar mengcharge battery. Sudahnya, tempat yg paling sesuai adalah surau ground floor mahallah zainab bagi meneruskan kerja2 mengemaskini report PBL. Berbeza dengan mahallah aisyah yang sudah lama terbina, mahallah zainab mempunyai kelebihan facilities yang agak terkedepan. Surau pun ada pendingin hawa.

Hampir sejam berlalu, azan berkumandang menandakan masuknya waktu maghrib. Sahabat lain sudah pulang mungkin memandangkan masing2 ada urusan yg perlu di selesaikn. Ketikan Toshiba Satellite di hentikan seketika. Sepahan peralatan tadi dikemas ala kadar agar tidak terlalu bersepah. Kte melangkah ke tempat wudu' yg baru pertama kali di jejak. bersih. Ada paip air yg melalui penapis. Boleh ambil air minuman terus dr situ. Seorang kanak-kanak lelaki lebih kurang 4 tahun turut sama berada di situ, mengikut ibunya mngambil wudu' sambil mulutnya petah bertanyakan itu dan ini. "adik tak boleh masuk sini sebenarnya. jgn kacau kakak. amik air semayang kat ibu, sini". si ibu tersenyum.

selesai mengenakn telekung, kte melangkah ke bahagian depan surau. Ada sesuatu yg menarik kte rasakan. Kelihatan seorang wanita dalam lingkungan umur 70 tahun sedang khusyuk berdoa. Sebaya nenek kte, mungkin. Dalam keadaan berdiri, tangannya di cekup erat ke wajah sambil badannya bergerak sedikit ke depan dan belakang. khusyu'. Pandangan mata beralih pula ke bahagian depan sejadah nenek tersebut. Kelihatan beberapa naskhah buku terbentang. Dua daripadanya kelihatan seperti bahagian naskhah al-quran yg sgt usang. Warnanya kusam dan hampir setiap helaiannya koyak dan hampir putus. Sebuah buku lagi tertera bacaan tahiyyat akhir beserta gambar sewaktu duduk tahiyyat.

Bahu kte di tepuk. Kehadiran ibu tadi bersama anaknya, kak sakinah yg juga sepengajian dengan kte sedikit mnyedarkn diri ini dari terus-terusan memerhati. Kami solat jema'ah bersama. Usai solat, kak sakinah memperkenalkn kte kpd ibunya. Kami bersalaman. Sempat menoleh seketika kepada nenek tadi yg juga baru selesai solat, sedang melipat telekung. Senyuman manis terukir di wajahnya sebelum kte melangkah kembali ke belakang surau. Segala peralatan di kemas sepenuhnya sambil menunggu ketibaan abah untuk pulang ke rumah.

sampai sekarang masih teringatkn nenek tersebut. Hebat mujahadahnya. Mungkin sudah lupa bacaan akibat usia yg lanjut, di bentang buku bagi memudahkan bacaan. Hidup manusia umpama roda,kan. Tiba masa kte akan kembali dhaif seperti zaman anak-anak dahulu. Tapi, apakah sempat untuk kte sampai ke tahap itu? wallahualam.. tiada kepastian.

Peristiwa beberapa jam yang lalu salah satu buktinya. Beberapa kali juga ummi telefon bertanyakan sama ada kakak ada telefon atau tidak hari ini. Sejak pagi lagi kakak ada di hospital, menemani sahabat sepengajian merangkap bekas housemate nya yang sedang nazak akibat leukemia. Seluruh keluarganya juga telah di minta oleh doktor untuk berkumpul sejak pagi di wad ICU.

Panggilan telefon dari ummi sebaik azan maghrib berhenti berkumandang, agak memelikkan. Innalillahi wa innailaihi rooji'un.. Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kan di kembali kan. "kakak telefon ummi tadi. Kak Huda dah meninggal. Menangis kakak call tadi". Disertakan dengan doa dan nasihat2 dari ummi. Allahu Robbi. Mana kepastian usia muda menjanjikan hidup yang lama? Kak Huda, pelajar tahun tiga jurusan perubatan di USIM yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.15 pm, 9 febuari 2009 bersamaan 13 safar 1430 ~al-fatihah~

Friday, February 6, 2009

~ingatkan daku, syurga bukan percuma~





bukan tak tega,
tapi terlalu cinta..
bukan tak mengerti,
cuma ingin gapai hakiki..
antara seru dan kasih..
antara sayang dan di sayang..
maafkan andai luka berdarah..
mungkin belum dimengerti,
luka ini kian parah..


deras.. suci.. jernih..
zahir terlihat tak menggambarkn rasa..
tidaklah diri seteguh karang lautan..
walau di bina tembok penghadang..
tersilap langkah, ia runtuh jua..
hapuslah air yg mengalir..
bukan ini tempat mu..
langkah kaki baru satu..
masih beribu perlu dituju..


jalan ini penuh onak..
bukan tercipta untuk si manja..
bukan juga bagi hamba dunia..
lekanya nafsu lebih dari peka..
yg gentar hilangnya mentari..
dalam menanti esok yang belum pasti..

bukankah janjiNya lebih pasti..?
yg patah pasti di tumbuh,
yg hilang pasti di ganti..
usah di tanya bila dan bagaimana..
andai bukan di sini, di sanakan abadi..
laa tahzan.. semalam Dia telah menolongmu..
pasti esok Dia tetap bersamamu..


~ingatkan daku, syurga bukan percuma~