"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Tuesday, June 16, 2009

muslimatku HEBAT!


Ya Illahi Robbi,
bila hati-hati ini telah sepakat di jalanMu,
maka tautlah ia dengan jalinan rahmatMu.

Bila hati-hati ini mengasihiMu,
maka pandanglah ia dengan selaut kasihMu.

Bila hati-hati ini mengadu padaMu,
maka dengar dan kurniakanlah 'inayahMu.

Bila hati-hati ini buntu,
maka leraikanlah dan tunjukkan ia limpah rahmatMu.

Peliharalah hati-hati ini dalam janji setia perjuangan,
moga kan terbela Islam di masa hadapan..



Masa dia tak seperti mereka
Tenaga dia tak boleh sekadar mereka
Rintihannya pasti tak lepas dari pengetahuanMu.
Tiadalah dia punya kekuatan
selain kekuatan yang Kau kurniakan padanya
Tetaplah dia di daerah ini

Muslimah ku itu, insannya hebat
Ukhty itu, insannya tabah
jiwanya kental
muslimatku HEBAT!

Wahai pemilik sekalian jiwa!
Setelah Kau pilih, maka Kau kuatkanlah.
Kuatkanlah dia, Ya Allah!
Kuatkanlah dia, Ya Allah!

No comments: