"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Wednesday, June 10, 2009

sayap kiri perjuangan

bismillah..

lanjutan task yg di terima dalam program beberapa hari lepas "andaikan anda seorang perwakilan muslimat yang akan menyampaikan ucapan bertajuk 'sayap kiri perjuangan' ". terkedu.

Inilah Riwayat Bidadari Syurga.. subhanallah..! sungguh mereka insan pilihan.



dalam kelembutanmu,
ketegasanmu tak tergugah.
Dalam penuh rasa malumu,
suaramu menggegar dunia,
Disebalik halus jemarimu,
tergenggam utuh janji setia.

Wahai bidadari syurga..
kau tambat hati pada Yang Esa....



lihatlah lagenda cinta Saidatina Khadijah..

ketika dia keseorangan,
kau menjadi teman
ketika dia di sisihkan,
engkau setia di sisinya
ketika dia terbuang,
engkau tetap menyayanginya
ketika dia kebuntuan,
engkau menjadi penunjuk jalan
wahai Khadijah..
cintamu menjadi lagenda



perhatikan pengorbanan Saudah..

wahai Saudah
kau utamakan yang lebih utama di hati baginda
walau dirimu berendam air mata
"wahai rasulullah
biarkan aku terus menjadi isterimu
kerana kedudukan itu
lebih mulia dari seorang janda"



soroti pejuang misteri Khaulah al-azwar al-khindi

siapakah yang menerbangkan debu pasir
dengan deruan kuda yang di tunggangnya
selendang yang menutup wajahnya
menjadi pelindung hiasan indah dunia
halus jemarinya mneghunus senjata
lembut tingkahnya bertukar perkasa



hayatilah kisah al-Khansaa

al-khansaa berpuisi kepada putera-puteranya:
"wahai putera-puteraku,
jika kamu bangun esok pagi
keluarlah memerangi musuh-musuh Allah
dan keranaNya kamu akan mendapat kemenangan"
tidak di ratapi putera-puteranya yang gugur
tidak di sesali putera-puteranya yang syahid



teladai Nasibah binti Ka'ab, berjuang tanpa gentar

tanpa gentar engkau berjuang
penuh megah kau julang panji-panji Islam
wahai Nasibah
engkau adalah lambang
kegagahan seorang wanita


kesabaran Ramlah diganjar Allah

iman dan taqwa ini
begitu menusuk jiwanya
hingga pujukan ayahnya
gagal melenturkan jiwanya
ayahnya musyriq
suaminya nasrani
wahai Ramlah,
kesabaranmu diganjar Allah
ayahmu menjadi muslim
dan suamimu kini rasulullah SAW









masihkah ada lagi srikandi setegar dirimu.. ~menyoroti langkah bidadari-bidadari syurgaMu~ 




"sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perenpuan yang benar dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang  berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan mereka semua keampunan dan pahala yang besar" (al-Ahzab:35)

10 comments:

lidey lim said...

masya allah... hebat

shidah said...

patutla cam penah denga je tajuk ni..=).. subhanallah.. hebatny srikandi zaman Rasulullah..

Anonymous said...

Salam.. nasibah ke nusaibah??

Tanya je...

Wassalam

wardatul asrar said...

salam alaikum.

to pemilik ini punya blog : sgt hebat..

to shidah : :)

to anonymous : w'salam.. menurut buku bacaan ana, Nasibah. wallahualam..

fhii said...

buku yang dahulunya saya mahu berikan padamu, seakan ya apa yang kamu nulis disini..maaf ganggukan waktu kamu read comment saya..salamalaikum. Hari hari yang indah buat kamu.

wardatul asrar said...

to fhii : aisyah ummul mukminin keanggunan sejati, sy tgh baca. trima kasih mengsyorkn sy buku yg sgt hebat. wa'alaikumsalam.

Anonymous said...

perasaan yang sepatutnya ada pada semua pemudi dakwah dan pejuang agamaNya.

semoga terus tsabat atas jalanNya. amin.

wardatul asrar said...

to lasiaf87 : InsyaAllah, ameen. syukran kathir.

Nusaibah said...

ayah org ajar eja nama org jawi dari dulu-

nun,sin,ya,ba,ta marbut'oh
=nasibah kalau dibaca biasa

tapi bila diletakkan baris
baru jadi bunyinya-nusaibah

wallahua'lam

wardatul asrar said...

to nusaibah : oh ye.. hee... x tau laa pulak ejaan sebutan sebenar dlm melayu camana bg nama srikandi ni. sbb jibah bace buku yg mmg in malay.. ejaan die nasibah.. (^^,) mungkin kna tuka kot sebutan.. nnti carik maksud nasibah..