"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Friday, December 18, 2009

Andalus tersungkur kerana cinta!

bismillah..


“MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang krn kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.” Begitulah ucapan seorang bonda Raja dalam sejarah Islam di Andalus, Sepanyol. Ia diucapkan oleh Aisyah kepada anaknya Abu Abdullah daripada puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pd 21 Muharram 897 Hijrah (H) yang memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dengan itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yang berkuasa selama 800 tahun.

Bani al-Ahmar adalah puak terakhirr yang menguasai wilayah Islam Sepanyol iaitu Granada drpd 620 H hingga 897 H, pada tahun di mana perjanjian di atas dimeterai. Perjanjian yg membabitkan 67 perkara itu termasuk bahkan selepas jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yang pada akhirnya tidak pernah direalisasikan. 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun. Perjanjian ini akhirnya dimeterai kerana menerima banyak tekanan daripada orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dalam sejarah Islam pd 892 H. Pada masa itu ribuan umat Islam yg dijanjikan boleh menyelamatkan diri dgn berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Tentera Kristian dengan lantang menjanjikan keselamatan bagi orang Islam Sepanyol untuk keluar dari tempat pelindungan dengan membawa barang keperluan masing-masing. Mereka turut menjanjikan keselamatan untuk orang Islam Sepanyol yang ingin berlayar keluar dari Sepanyol. Mulanya, ramai yang tidak percaya dengan janji manis mereka. Namun melihatkan kapal-kapal di pelabuhan untuk membawa mereka keluar dari Sepanyol, Orang Islam mula percaya. Keesokkan harinya, beribu penduduk Muslim Granada keluar dari rumah masing-masing menuju kepelabuhan. Bagaimanapun, terdapat sebahagian yang tidak percaya dengan kata-kata tentera salib dan terus bersembunyi di rumah masing-masing.


Sampainya ribuan umat Islam Sepanyol di pelabuhan, tentera Kristian dengan pantasnya menggeledah dan membakar rumah pelindungan orang Islam. Tergamam mereka yang berada di pelabuhan apabila kapal yang dijanjikan untuk membawa mereka keluar dari Sepanyol turut di bakar semuanya. Umat Islam tidak menjangkakan semua ini dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka pula adalah wanita dan kanak-kanak tetapi tentera Kristian tetap mengepung mereka dengan pedang terhunus. Selepas menerima arahan pemimpin, mereka semua di bunuh dengan kejam! Laungan takbir dan jerit tangis langsung tidak di pedulikan tentera Kristian yang buas. Umat Islam bermandikan darah. Biru laut berubah merah hingga kehitaman. 300 tahun selepas Islam jatuh, segala tanda kewujudan Islam di hapuskan. Seolahnya Islam tidak pernah menjejak bumi Sepanyol.


******************************

Islam sudah menerangi Sepanyol dan kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol dengan tulus dan ikhlas memeluk Islaam juga berakhlak dengan akhlak Al-Quran. Keadaan aman seperti ini berlangsung selama hampir 6 abad lamanya di bawah pimpinan Islam yang pada masa itu sangat berwibawa digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yang mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yang dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dgn katanya: “Aku memerlukan tambahan untuk otakku bukan utk mengurangkannya.”

Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik utk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara untuk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dgn serangan pemikiran dan budaya.

Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.

Di samping itu, antara punca lain yg membuat Andalus hilang daripada peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yg mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dengan wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka kerana mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang menyedihkan ada umat Islam yang menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.

800 tahun bukan masa yg singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan menjadikannya bangsa yang bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu. Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pada satu masa dulu. Sepanyol sekarang adalah Sepanyol yg mempunyai seorang menteri pertahanan wanita, Carme Chacon yang boleh memeriksa barisan tentera negaranya walaupun dlm keadaan hamil seperti dilaporkan akhbar pd 14 April lalu.

Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin melenyapkan Islam sedapat mungkin dengan apa juga cara. Dgn mengambil contoh Andalus yang hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan akidah dan terlepas daripada jalur yang lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kepada bukan Islam, kesenangan yang tidak terkawal dan KECINTAAN TERHADAP DUNIA, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana. Dan ketika itu ucapan bonda Aisyah pada permulaan tulisan ini akan terdengar kembali. 


   FAKTA:
• Islam memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492.
• Banyak warisan ditinggalkan tamadun Islam di Sepanyol.
• Tariq ibni Ziyad mendarat di Gibralta pada 30 April 711 dan menamakan Sepanyol sebagai Al-Andalus.
• Pemerintah Islam membina istana yg besar dinamakan Alhambra dan masjid besar dinamakan Qardoba.


Wallahua'lam..


(edit dari penulis asal, Dr Danial Zainal Abidin) 

Wednesday, June 10, 2009

sayap kiri perjuangan

bismillah..

lanjutan task yg di terima dalam program beberapa hari lepas "andaikan anda seorang perwakilan muslimat yang akan menyampaikan ucapan bertajuk 'sayap kiri perjuangan' ". terkedu.

Inilah Riwayat Bidadari Syurga.. subhanallah..! sungguh mereka insan pilihan.



dalam kelembutanmu,
ketegasanmu tak tergugah.
Dalam penuh rasa malumu,
suaramu menggegar dunia,
Disebalik halus jemarimu,
tergenggam utuh janji setia.

Wahai bidadari syurga..
kau tambat hati pada Yang Esa....



lihatlah lagenda cinta Saidatina Khadijah..

ketika dia keseorangan,
kau menjadi teman
ketika dia di sisihkan,
engkau setia di sisinya
ketika dia terbuang,
engkau tetap menyayanginya
ketika dia kebuntuan,
engkau menjadi penunjuk jalan
wahai Khadijah..
cintamu menjadi lagenda



perhatikan pengorbanan Saudah..

wahai Saudah
kau utamakan yang lebih utama di hati baginda
walau dirimu berendam air mata
"wahai rasulullah
biarkan aku terus menjadi isterimu
kerana kedudukan itu
lebih mulia dari seorang janda"



soroti pejuang misteri Khaulah al-azwar al-khindi

siapakah yang menerbangkan debu pasir
dengan deruan kuda yang di tunggangnya
selendang yang menutup wajahnya
menjadi pelindung hiasan indah dunia
halus jemarinya mneghunus senjata
lembut tingkahnya bertukar perkasa



hayatilah kisah al-Khansaa

al-khansaa berpuisi kepada putera-puteranya:
"wahai putera-puteraku,
jika kamu bangun esok pagi
keluarlah memerangi musuh-musuh Allah
dan keranaNya kamu akan mendapat kemenangan"
tidak di ratapi putera-puteranya yang gugur
tidak di sesali putera-puteranya yang syahid



teladai Nasibah binti Ka'ab, berjuang tanpa gentar

tanpa gentar engkau berjuang
penuh megah kau julang panji-panji Islam
wahai Nasibah
engkau adalah lambang
kegagahan seorang wanita


kesabaran Ramlah diganjar Allah

iman dan taqwa ini
begitu menusuk jiwanya
hingga pujukan ayahnya
gagal melenturkan jiwanya
ayahnya musyriq
suaminya nasrani
wahai Ramlah,
kesabaranmu diganjar Allah
ayahmu menjadi muslim
dan suamimu kini rasulullah SAW









masihkah ada lagi srikandi setegar dirimu.. ~menyoroti langkah bidadari-bidadari syurgaMu~ 




"sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perenpuan yang benar dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang  berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan mereka semua keampunan dan pahala yang besar" (al-Ahzab:35)

Sunday, March 15, 2009

yang dimandikan malaikat

bismillah..


Salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah SAW yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja dinikahkan. Oleh karena itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah cara Rasulullah untuk merayaikan kebahagiaan sahabat baginda.

Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat berita bahwa tentera Islam mendapat tentangan yang hebat dan dalam keadaan terlalu genting.

Tanpa membuang masa lagi Hanzalah, lalu memakai pakaian perang lalu mengambil pedang. Dia menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.

Maka terjadilah pertempuran hebat sehingga banyak dari pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut menjadi korban dalam keadaan sedang junub.

Maka Rasulullah SAW pun melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana termaktub dalam sabdanya: “Aku melihat diantara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air dari awan di dalam bejana perak.”

Para sahabat tercengang-cengang mendengar kenyataan itu. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah terjadi dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhada menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab.

subhanallah…

Tuesday, January 27, 2009

mencintai sejantan 'Ali



kalau cinta berawal dan berakhir karena Allah,
maka cinta yang lain hanya upaya menunjukkan cinta padaNya,
pengejawantahan ibadah hati yang paling hakiki:
selamanya memberi yang bisa kita berikan,
selamanya membahagiakan orang-orang yang kita cintai.

-M. Anis Matta-



ada rahsia yang tersimpan di lubuk hati 'Ali, tanpa siapa pun mengetahui.

fatimah. sahabatnya ketika kecilnya, puteri kesayangan rasulullah yang juga sepupunya itu sangat mempersonakan. kesantunannya, ibadahnya, akhlaknya. ingatkah ketika suatu hari, ayahanda tercinta pulang dengan luka memercik darah dan kepala yang di lumur isi perut unta. fatimah membersihkannya dengan berhati-hati, ia seka dengan penuh cinta. dia tempelkan perca di luka si ayah bagi menghentikan darah. semuanya di lakukan dengan mata berkaca, hati menderita.

Muhammad ibn Abdullah, seorang Al-Amin tidak layak di perlaku sebegitu rupa oleh kaumnya! maka berlalulah gadis cilik itu menuju ka'abah. di sana, dia berhadapan pemuka-pemuka Quraisy yang sedang enak tertawa bangga dengan tindakan mereka kepada rasulullah. nyaring seorang fatimah mengherdik mereka. terdiam semuanya. waktu seolah berhenti daripada membenarkan mereka bersuara. mengagumkan!

'Ali tidak tahu apakah rasa itu cinta. tapi dia memang tersentak saat perkhabaran sampai kepadanya, karibnya fatimah di lamar insan yang paling akrab dengan rasulullah. lelaki yang membela Islam dengan nyawa dan hartanya sejak mula-mula penyebaran risalah. lelaki yang di gelar as-siddiq kerana tidak pernah bertentangan dengan nabi shallahu alaihi wasallam. susuk itu ialah Abu Bakr Ash Shiddiq, Radhiyallaahu ’Anhu.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali berbicara.

siapalah dia untuk di bandingkan dengan Abu Bakar. kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama walaupun Abu Bakar bukan kerabat dekat nabi seperti dirinya. namun keimanan dan pembelaannya kepada Allah dan RasulNya tak tertandingi. lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di tempat tidur baginda.

lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. lihatlah berapa ramai tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang memeluk Islam dek sentuhan Abu Bakar; iaitu’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’ad ibn Abi Waqqash dan Mus’ab.

lihatlah berapa banyak hamba muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar? merekalah Bilal, Khabbab, keluarga Yassir dan ’Abdullah ibn Mas’ud.. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakar adalah seorang saudagar. InsayAllah dia lebih mampu membahagiakan Fatimah. 'Ali hanya pemuda miskin, daripada keluarga yang jiga miskin.
”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”
Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan. Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.

setelah berlalu beberapa waktu, ternyata Allah menumbuhkan kembali tunas harapan di hatinya yang sempat layu. lamaran Abu Bakar ditolak. ’Ali terus menjaga semangatnya untuk mempersiapkan diri.

Ah... rupanya ujian itu belum berakhir.

Setelah Abu Bakar, datanglah melamar Fatimah seorang lelaki lain yang gagah dan perkasa, seorang lelaki yang sejak masuk Islamnya membuat kaum muslimin berani tegak mengangkat muka, seorang lelaki yang membuat syaitan berlari takut dan musuh-musuh Allah menjatuhkan lutut. ’Umar ibn Al Khaththab. Ya, Al-Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah.

’Umar memang lewat memeluk Islam, dalam 3 tahun setelah ’Ali dan Abu Bakr. Tapi siapa yang sangsi akan ketulusannya? Siapa yang sangsi kecerdasannya untuk mengejar pemahaman? Siapa yang sangsi pembelaan dahsyat yang hanya ’Umar dan Hamzah yang mampu memberikannya pada kaum muslimin? Dan lebih dari itu, ’Ali sendiri sering mendengar nabi berkata;

”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar..”

Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah.

cubalah bandingkan bagaimana 'Umar berhijrah dan bagaimana ’Umar melakukannya. ’Ali menyusul sang Nabi dengan sembunyi-sembunyi, dalam kejaran musuh yang menekan. Maka dia hanya berani berjalan di waktu malam. di waktu siang, dia kan bersembunyi di balik bukit pasir. menanti dan bersembunyi. ’Umar telah berangkat sebelumnya. Ia tawaf tujuh kali, lalu naik ke atas Ka’bah.

”Wahai Quraisy”, katanya. ”Hari ini putera Al Khaththab akan berhijrah. Barangsiapa yang ingin isterinya menjanda, anaknya menjadi yatim, atau ibunya berkabung tanpa henti, silakan halang ’Umar di balik bukit ini!”

’Umar adalah lelaki pemberani. ’Ali, sekali lagi sedar. Di nilai dari semua segi dalam pandangan orang ramai, dia pemuda yang belum layak menikah. apalagi menikahi Fatimah binti Rasuluillah! Tidak. ’Umar jauh lebih layak.

Dan ’Ali redha. Mencintai tak bererti harus memiliki. mencintai bererti pengorbanan untuk kebahagiaan orang yang kita cintai. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan-itulah keberanian. Atau mempersilakan-yang ini pengorbanan.

namun, khabar menyapa bahawa lamaran Umar juga di tolak. 'Ali bingung.

adakah seperti Uthman yang gagah perkasa, sudahpun menikahi Ruqayyah binti Rasulullah? adakah seperti Abul ’Ash ibn Rabi’, saudagar Quraisy itu, suami kepada Zainab binti Rasulullah?

Ah... dua menantu Rasulullah itu sungguh membuatkan dirinya hilang percaya diri.

di antara mmuhajirin, hanya ’Abdurrahman ibn ’Auf yang setara dengan mereka. Atau sebenarnya Nabi ingin mengambil menantu dari ansar untuk mengeratkan persaudaraan dengan mereka? Sa’d ibn Mu’adz kah, sang pemimpin Aus yang tampan dan elegan itu? Atau Sa’d ibn ’Ubadah, pemimpin Khazraj yang lincah penuh semangat itu?
”mengapa bukan engkau yang mencuba, kawan?”, kalimat teman-teman ansarnya itu membangunkan lamunan.
”mengapa engkau tak mencoba melamar Fatimah? aku punya firasat, engkaulah yang ditunggu-tunggu baginda Nabi..”
”aku?”, tanyanya tak yakin.
”ya. engkau wahai saudaraku!”
”aku hanya pemuda miskin. apa yang mampu aku berikan?”
”kami di belakangmu, kawan! semoga Allah menolongmu!”
’Ali pun menghadap Sang Nabi. maka dengan memberanikan diri, disampaikannya keinginannya untuk menikahi Fatimah.

ya, menikahi.

diaa tahu, secara ekonomi tak ada yang menjanjikan pada dirinya. hanya ada satu set baju besi di sana ditambah persediaan tepung kasar untuk makannya.

tapi meminta waktu dua atau tiga tahun untuk bersiap-siap? itu memalukan! meminta Fatimah menantikannya di batas waktu hingga ia siap? itu sangat keanak-anakkan.

”engkau pemuda sejati wahai ’Ali!”, begitu nuraninya mengingatkan. pemuda yang siap bertanggungjawab atas rasa cintanya. pemuda yang siap memikul risiko atas pilihan-pilihannya. pemuda yang yakin bahwa Allah Maha Kaya.

lamarannya berjawab, ”ahlan wa sahlan!”. kata itu meluncur tenang bersama senyum Sang Nabi.

dan ia pun bingung. apa maksudnya? ucapan selamat datang itu sulit untuk di tafsirkan sebagai isyarat penerimaan atau penolakan. ah, mungkin Nabi pun bingung untuk menjawab. mungkin tidak sekarang. tapi dia bersedia untuk di tolak. itu risiko.

tetapi... kejelasan jauh lebih ringan daripada menanggung beban tanya yang tak kunjung jawapan. apalagi menyimpannya dalam hati sebagai bahtera tanpa pelabuhan.

ah..! itu menyakitkan.

”bagaimana jawab Nabi, kawan? bagaimana lamaranmu?”
”entahlah..”
”apa maksudmu?”
”menurut kalian apakah ’ahlan wa sahlan’ bererti sebuah jawapan!”
”dasar bodoh! bodoh!”, kata mereka. ”eh, maaf kawan.. maksud kami satu saja sudah cukup dan kau mendapatkan dua! ahlan saja sudah berarti ya. sahlan juga. dan kau mendapatkan ahlan wa sahlan, kawan! dua-duanya bererti ya!”

hanya Allah yang mengetahui syukurnya rasa seorang 'Ali.

’Ali pun kemudian menikahi Fatimah dengan menggadaikan baju besinya. dengan rumah yang ingin disumbangkan kawan-kawannya tapi Nabi berkeras untuk menanggungnya. itu hutang di atas keberanian 'Ali untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakr, ’Umar, dan Fatimah. dengan keberanian untuk menikah. sekarang. bukan janji-janji dan nanti-nanti. ’Ali adalah gentleman sejati. tidak hairan kalau pemuda Arab memiliki pendapat, “laa fatan illa ‘Aliyyan! tak ada pemuda kecuali Ali!”

inilah jalan cinta para pejuang. jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. dan di sini, cinta tak pernah meminta untuk menanti. seperti ’Ali; ia mempersilakan atau mengambil kesempatan. yang pertama adalah pengorbanan. yang kedua adalah keberanian. dan bagi pencinta sejati, selalu ada yang manis dalam mencecap keduanya.

....di jalan cinta para pejuang, kita belajar untuk bertanggungjawab atas setiap perasaan kita...

Friday, March 7, 2008

kisah mustapha kamal attartuk

bismillah..

Antara syarat yang dikenakan olehMustapha Kamal Attaturk
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “Siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.





Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan. Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.
Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang!

Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk! ”Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt, apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri namun hakikat, segalanya dari Allah..