bismillah..
*sambungan*
sungguh rasa terketuk dengan persoalan Ust Sya'ari. terima kasih atas ingatan. selalu saya gunakan "alasan" tak ada idea bila mana blog bersawang dan tidak di kemaskini sedangkan hari2 yang di lalui, terlalu banyak pengajaran yang terbentang. tak ada satu pun hal yang berlaku di dunia ini tanpa terselit hikmah padanya (summary from The Holy Quran). namun, aulawiyat perlu di tekankan.. sebagai pelajar.. sebagai anak.. sebagai sahabat.. juga sebagai blogger.
Ingatan penting untuk bloggers (diri saya terutamanya), blog adalah medium suara anda. gunakanlah sebaiknya. bertanggungjawablah pada pembaca blog anda. tulislah dengan hikmah supaya senang hati yang membaca. katakan yang haq biarpun ianya pahit. lakukan apa yang anda (SAYA) tuliskan kerana ianya bakal di persoal olehNya kelak. *kurangkan mengarut,najibah*
Ingatan penting untuk pembaca (blog saya terutamanya andai ada). tegurlah bila mana ayat yang di gunakan kurang hikmah. Ingatkan saya untuk melakukan apa yang saya nukilkan. anda bebas menafsir penulisan saya dengan cara anda namun, mintalah pencerahan kalau ada ayat saya yang kurang jelas supaya tiada fitnah.
terima kasih semua.
nota kaki: doakan peperiksaan akhir semester saya yang bermula pada 10/2
"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"
~menulislah kerana Allah~
~menulislah kerana Allah~
Friday, January 29, 2010
Thursday, January 28, 2010
up-date blog
bismillah..
Ust Sya'ari bertanya soalan cepucemas ala2 pertanyaan Al-Fateh pada tenteranya suatu zaman dahulu..
"siapa kat sini ada blog, angkat tangan..?"
ramai juga orangnya..
"siapa kat sini yang up-date blog paling kurang seminggu sekali..?"
ramailah yang kecundang...
"Anuar Ibrahim sewaktu menjadi pemimpin negara pun up-date blog seminggu sekali,tau. dan dia adalah antara pemimpin yang up-date blog sendiri.."
rasa terpukul~
*to be continue*

Labels:
amanah
Tuesday, January 19, 2010
masih ada lagi... Islah diri!
bismillah..
bertepek-tepek terasa di wajah..
gelisahnya jiwa..
Allahu Robbi..
benarlah..
Allah akan menguji kamu dengan apa yang kamu perkatakan..
sungguh azab Allah itu Maha Pedih dan tak tertanggung..
bimbinglah aku..
tegurlah aku..
Islah lah diri wahai Najibah!
keampunan Dia melebihi kemurkaanNya..
masih ada lagi.. masih ada lagi..
Wahai orang2 yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tida kamu kerjakan? Sangatlah di benci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang kamu tidak kerjakan (As-Saff: 2-3)
“Kebajikan itu ialah akhlak yang baik dan dosa itu ialah sesuatu yang diragu-ragukan oleh dirimu dan kamu benci manusia melihatnya.”(Hadis riwayat Muslim)
Daripada Waabisoh bin Ma’bad r.a., katanya: “Aku telah datang menemui Rasulullah s.a.w. lantas baginda bersabda: “Adakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?” Aku menjawab: “Benar.” Maka baginda pun bersabda: “Mintalah fatwa (bertanyalah) kepada hatimu, kebajikan ialah sesuatu yang jiwa dan hati merasa tenang terhadapnya, manakala dosa ialah sesuatu yang menimbulkan perasaan serba salah dalam jiwa dan menggelisahkan dada, sekalipun berbagai fatwa yang diberikan oleh manusia (bahawa ia adalah halal atau haram).” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
bertepek-tepek terasa di wajah..
gelisahnya jiwa..
Allahu Robbi..
benarlah..
Allah akan menguji kamu dengan apa yang kamu perkatakan..
sungguh azab Allah itu Maha Pedih dan tak tertanggung..
bimbinglah aku..
tegurlah aku..
Islah lah diri wahai Najibah!
keampunan Dia melebihi kemurkaanNya..
masih ada lagi.. masih ada lagi..
Labels:
tarbiyyah
Monday, January 18, 2010
rumors & ziarah
bismillah..
"beli je la polystyrene.."
"guna pinggan je lah.."
"kecik je majlis ni.. kwn2 kak cik je pun"
"pinggan kte kan banyak.."
"memang la.. tp kak cik nak kena balik petang ni.. sian ummi nak kemas2 lagi.."
"nanti Allah tanya kita beli pinggan banyak2, tapi tak guna?"
"...." *dumbfounded*
~alah membeli, kurang-menang memakai~
teringat kisah Abdul Rahman al-Auf r.a. *kalau salah betulkan* di khabarkan bila pulangnya Abdul Rahman al-Auf ini dari perdagangan, berdebulah seluruh kota akibat derap tapak unta2 yang membawa hasil dagangan beliau. bila mana dia mendengar Saidatina Aisyah ada menyebut, Rasulullah pernah menyatakan bahawa Abdul Rahman al-Auf adalah sahabat yang akan ke syurga dalam keadaan merangkak dek beratnya hisab untuk hartanya yang banyak, terus beliau menginfakkan hartanya fi sabilillah.. subhanAllah.. kita?
*rumors*
"jemput laa datang rumah ahad ni yea.."
respon responden:
"nape...? tunang, ek?"
"raye, dah lame lepas.. kawin ke??"
"psst.. psst.. jibah ke kakak jibah tunang?"
"pelik..! tak cayye.. cakap laa......"
"senyap2 je jibah ye.. sape orang nye??"
*ade ke orang tunang heboh2 bagai?*
*aduh... sahabat..*
nota kaki:
~hadirnya kalian membawa rahmat~
terima kasih sangat2 buat muslimin, muslimat cenfos-ian yang sudi ziarah..
maaf atas kekurangan dan keterabaian *sgt2 maaf!*
yang tak dapat hadir, takpa.. saya faham situasi kalian. selamat berjuang!
yang tak terjemput, asif jiddan.. mungkin perkhabaran tak tersampai.. lain kali, InsyaAllah..
ummi: "ummi lagi suka kawan anak2 ummi datang rumah dari berjumpa kat shopping2 complex. nabi ajar, ziarah rumah.. kenal2 rumah.. ummi abah pun kenal dengan siapa anak2 berkawan.."
saya sokong ummi!
Labels:
diary
Tuesday, January 12, 2010
antara prinsip dan toleransi
bismillah..
Berada dalam zon selesa kadang2 membuatkan kita 'terabai' persoalan yang bermain di minda orang sekeliling. Baik lelaki, perempuan, berfikrah Islam, kurang fikrah Islam, muslim mahupun non-muslim, masing-masing punya tahap pemahaman yang berbeza. Tak adil saya rasakan untuk kita menetapkan tahap pemahaman seseorang itu di tahap ini dan ini. Mesti exceed tahap ini atau jangan kurang dari ini. Mad'u tersebut mungkin tidak punya keluarga yang mementingkan keagamaan seperti anda.. atau.. tidak bersekolah agama seperti anda.. atau.. tidak berada dalam bi'ah solehah seperti anda.. atau kerana dia sendiri bukan muslim! terlalu banyak faktor yang mendorong pemahaman seseorang itu.
Dalam usaha kita mengislah diri juga masyarakat, toleransi adalah sangat2 penting. Jangan kerana terlalu syadid menegakkan pandangan kita dalam hal yang furu' menyebabkan masyarakat lebih jauh dari Islam. Bukan bertudung labuh, tudung segi, berseledang atau berabaya yang menjadi hal.. Tetapi menutup aurat dengan sempurna yang perlu di tekankan. Kalau pandai menjaga lengan baju supaya tidak terselak, maka memakai arm socks tidaklah menjadi satu kewajipan. Mudah, kan? Dalam menyampaikan sesuatu mesej, penting untuk seorang da'ie meneliti tahap kefahaman mad'u. Ustaz saya di zaman sekolah pernah berkata, "kalau kau berdakwah dekat mat rempit.. takkan kau tiba2 je nak ajak dia qiamullail? solat 5 waktu pun tak settle lagi.. kau pujuk die pergi solat,ke.. solat zohor je pon jadilah.. kau puji die walaupun die solat satu waktu je.. barulah die ade semangat nak beribadat seterusnya.."
saya pernah di soal oleh seorang non-muslim tentang padangan lelaki terhadap wanita. "Is that true that man can hardly abstain their 'intention' towards women only by seeing their out fit? ada ustaz di sekolah ibu saya cakap.. after that, I cannot borrow my mom baju kurung anymore because she made it soo big. but when i ask my male cousin, dia cakap tak pon". ada riak kecewa di wajahnya. saya senyum. banyak yang dia tanyakan tentang Islam dan atas kejahilan diri, tak banyak yang dapat saya jelaskan. "patut cakap begini atau begitu? faham ke dia apa yang saya sampaikan?"
wallahu'alam..
"you are not pure malay, right? emm.. how can you be.. so religious.. something?"
"kenapa mesti pakai tudung labuh sume2 ni? orang lain biasa je..."
"you look so elegant with this kind of fabric as your scarf!"
"arm socks ni untuk ape? bdk perempuan lain tak pakai pun aku tengok.. ko je.."
"setiap kali cakap ngan ko, mesti ko berundur.. macam laa kitorang nak terkam ko.. ramai bdk laki complain"
Berada dalam zon selesa kadang2 membuatkan kita 'terabai' persoalan yang bermain di minda orang sekeliling. Baik lelaki, perempuan, berfikrah Islam, kurang fikrah Islam, muslim mahupun non-muslim, masing-masing punya tahap pemahaman yang berbeza. Tak adil saya rasakan untuk kita menetapkan tahap pemahaman seseorang itu di tahap ini dan ini. Mesti exceed tahap ini atau jangan kurang dari ini. Mad'u tersebut mungkin tidak punya keluarga yang mementingkan keagamaan seperti anda.. atau.. tidak bersekolah agama seperti anda.. atau.. tidak berada dalam bi'ah solehah seperti anda.. atau kerana dia sendiri bukan muslim! terlalu banyak faktor yang mendorong pemahaman seseorang itu.
Dalam usaha kita mengislah diri juga masyarakat, toleransi adalah sangat2 penting. Jangan kerana terlalu syadid menegakkan pandangan kita dalam hal yang furu' menyebabkan masyarakat lebih jauh dari Islam. Bukan bertudung labuh, tudung segi, berseledang atau berabaya yang menjadi hal.. Tetapi menutup aurat dengan sempurna yang perlu di tekankan. Kalau pandai menjaga lengan baju supaya tidak terselak, maka memakai arm socks tidaklah menjadi satu kewajipan. Mudah, kan? Dalam menyampaikan sesuatu mesej, penting untuk seorang da'ie meneliti tahap kefahaman mad'u. Ustaz saya di zaman sekolah pernah berkata, "kalau kau berdakwah dekat mat rempit.. takkan kau tiba2 je nak ajak dia qiamullail? solat 5 waktu pun tak settle lagi.. kau pujuk die pergi solat,ke.. solat zohor je pon jadilah.. kau puji die walaupun die solat satu waktu je.. barulah die ade semangat nak beribadat seterusnya.."
saya pernah di soal oleh seorang non-muslim tentang padangan lelaki terhadap wanita. "Is that true that man can hardly abstain their 'intention' towards women only by seeing their out fit? ada ustaz di sekolah ibu saya cakap.. after that, I cannot borrow my mom baju kurung anymore because she made it soo big. but when i ask my male cousin, dia cakap tak pon". ada riak kecewa di wajahnya. saya senyum. banyak yang dia tanyakan tentang Islam dan atas kejahilan diri, tak banyak yang dapat saya jelaskan. "patut cakap begini atau begitu? faham ke dia apa yang saya sampaikan?"
wallahu'alam..
Monday, January 4, 2010
"reply mesej kosong"
bismillah..
seseorang pesan pada kami.. bila respon segera di minta, maka lakukanlah secepatnya.
"kalau busy sgt, cukuplah bagi icon smiley. reply mesej kosong pun takpa"
oh? (0_o)
"at least, orang yang menghantar mesej tu akan rasa di hargai walaupun tak menjawab persoalan"
sungguh? kami ketawa.
cara menunjukkan penghargaan tanpa perlu ayat bunga2 puitis segala. tak perlu fikir ayat pun. hanya perlu click reply>option>send.
-menarik-
oh,ya. baru dapat mesej kosong sebentar tadi.
terima kasih, isfa =)
p/s 1: amalkan pada waktu2 darurat sahaja.
p/s 2: jangan bercita-cita mengenakan sahabat anda dengan alasan "busy"
terima kasih semua..

Friday, January 1, 2010
praktikal daie @ dataran merdeka
bismillah..
selamat tinggal retorik! waktu praktikal kini tiba.
ambang 2010 membawa kelainan. takut, teruja, sedih, segan, gembira, semua berbaur.. pertama kali bersama masyarakat untuk aktiviti serupa ini. berani nak borak2 dengan orang yang tak kenal? macam2 jenis manusia ada.. "jangan laa kena pukul dengan boyfriend dia.." "Ya Allah, peliharalah kami.."
pasti, bukan saya seorang yang kecewa dengan situasi seperti ini. penjualan cekak berbentuk tanduk devil, pengibaran bendera devil, arak di teguk tanpa segan, anak muda berkeliaran tanpa mahram.. lebih pilu, ibu bapa turut 'mengajar' anak kecil mengikut rentak tari konsert. umum tahu.. tapi berapa ramai yang bantu? lebih kurang 70% adalah anak melayu-Islam. Dalam temuramah kami, rata2 menyatakan bahawa beginilah sambutan tahun baru mereka. masjid asy-syakirin KLCC yang menyajikan qiamullail berjema'ah lenggang. majoriti hadirin adalah warga emas dan sudah berusia. mana anak muda kita?
ayuh buka mata, inilah generasi kita. jangan hanya pejam mata, hingga saudara sedaging sendiri yang terkena..

*XPDC Kehadiran Di Rasai*
lokasi: Dataran Merdeka-KLCC
masa: 6.30 ptg-12.30am
lokasi: Dataran Merdeka-KLCC
masa: 6.30 ptg-12.30am
sampah-2010
pemuda-pemudi harapan bangsa
kebanjiran manusia
KAMI MAHASISWA SAYANG MASYARAKAT
KAMI MAHASISWA SAYANG MALAYSIA
kebanjiran manusia
KAMI MAHASISWA SAYANG MASYARAKAT
KAMI MAHASISWA SAYANG MALAYSIA
gabungan sebahagian mujahidah
~ayuh kembali berpaksikan Islam~
Subscribe to:
Posts (Atom)