"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Tuesday, January 12, 2010

antara prinsip dan toleransi

bismillah..

"you are not pure malay, right? emm.. how can you be.. so religious.. something?"
"kenapa mesti pakai tudung labuh sume2 ni? orang lain biasa je..."
 "you look so elegant with this kind of fabric as your scarf!"
 "arm socks ni untuk ape? bdk perempuan lain tak pakai pun aku tengok.. ko je.."
 "setiap kali cakap ngan ko, mesti ko berundur.. macam laa kitorang nak terkam ko.. ramai bdk laki complain"

Berada dalam zon selesa kadang2 membuatkan kita 'terabai' persoalan yang bermain di minda orang sekeliling. Baik lelaki, perempuan, berfikrah Islam, kurang fikrah Islam, muslim mahupun non-muslim, masing-masing punya tahap pemahaman yang berbeza. Tak adil saya rasakan untuk kita menetapkan tahap pemahaman seseorang itu di tahap ini dan ini. Mesti exceed tahap ini atau jangan kurang dari ini. Mad'u tersebut mungkin tidak punya keluarga yang mementingkan keagamaan seperti anda.. atau.. tidak bersekolah agama seperti anda.. atau.. tidak berada dalam bi'ah solehah seperti anda.. atau kerana dia sendiri bukan muslim! terlalu banyak faktor yang mendorong pemahaman seseorang itu.

Dalam usaha kita mengislah diri juga masyarakat, toleransi adalah sangat2 penting. Jangan kerana terlalu syadid menegakkan pandangan kita dalam hal yang furu' menyebabkan masyarakat lebih jauh dari Islam. Bukan bertudung labuh, tudung segi, berseledang atau berabaya yang menjadi hal.. Tetapi menutup aurat dengan sempurna yang perlu di tekankan. Kalau pandai menjaga lengan baju supaya tidak terselak, maka memakai arm socks tidaklah menjadi satu kewajipan. Mudah, kan? Dalam menyampaikan sesuatu mesej, penting untuk seorang da'ie meneliti tahap kefahaman mad'u. Ustaz saya di zaman sekolah pernah berkata, "kalau kau berdakwah dekat mat rempit.. takkan kau tiba2 je nak ajak dia qiamullail? solat 5 waktu pun tak settle lagi.. kau pujuk die pergi solat,ke.. solat zohor je pon jadilah.. kau puji die walaupun die solat satu waktu je.. barulah die ade semangat nak beribadat seterusnya.."

saya pernah di soal oleh seorang non-muslim tentang padangan lelaki terhadap wanita. "Is that true that man can hardly abstain their 'intention' towards women only by seeing their out fit? ada ustaz di sekolah ibu saya cakap.. after that, I cannot borrow my mom baju kurung anymore because she made it soo big. but when i ask my male cousin, dia cakap tak pon". ada riak kecewa di wajahnya. saya senyum. banyak yang dia tanyakan tentang Islam dan atas kejahilan diri, tak banyak yang dapat saya jelaskan. "patut cakap begini atau begitu? faham ke dia apa yang saya sampaikan?"



wallahu'alam..

15 comments:

Laila!!! said...

"Is that true that man can hardly abstain their 'intention' towards women only by seeing their out fit? ada ustaz di sekolah ibu saya cakap.. after that, I cannot borrow my mom baju kurung anymore because she made it soo big. but when i ask my male cousin, dia cakap tak pon".

tak faham sangat lah part ni...?

KiteKamu said...

hebat la mu nih~!

najibah kazmin said...

to laila:

ermm.. pakaian seksi-seksa-ketat-tak longgar.. > nafsu-nafsi lelaki.. faham? *~.~*

to fitri:

betul! Allah yg mnciptakn kta sgt^infinity hebat.

Laila!!! said...

ooo, okok.

tapi part ni ape pula? >> after that, I cannot borrow my mom baju kurung anymore because she made it soo big. but when i ask my male cousin, dia cakap tak pon".

hihihi, maaf lah, agak blur..

najibah kazmin said...

to laila:

al-kisahnye gini.. waktu jpa course dlu, kami di galakkan pkai baju kurung. die ni xbyk baju kurung dan salu pinjam baju ibu die. tp bile ibu die buat baju besar2, xdpt laa die nk pakai.. frust laa die.. yg psl tnye male cousin tu, btul ke laki ni ade intention lain mcm kt gurl yg seksi2? tp cousin die kate, xde pon... -the end-

hehe.. faham dah cik lelot nieh~

Laila!!! said...

oooo, okok, faham dah... hehehhh~

najibah kazmin said...

lawak laa cik lelot nih =D

Laila!!! said...

uhuhuuh~

dell~ said...

yup2... dell pown kdg2 trpk jgk mnde ni... hihi..thanks 4 sharing..

Anonymous said...

slm...a very nice sharing you got here and i also experienced the same situation before...we just have to be patient and tolerate with them(though it might be a slow process) so that they do get what we mean rite...


[7]

najibah kazmin said...

to kakak dell:

ter-pop-up pula tiba2.. welcome.. =)

to [7]:

wsalam.. so true.. Allah ask us to convey the message of Islam, that's it. don't judge them coz we cannot predict the future..

aku bukan aku said...

bila suma org baik mahu tetap kelilingi golongn yg baik
suasana yg baik..

''zon selesa''

terabai golongn kurang baik..

kekok bila bertemu..
kan?

bertemu 2 org itu..
mcm mana rasanya..
pelik??

*salah satu kena berubah?

samada kekal baik atau pilih lebih baik..
kan?

ia samada amek risiko atau x..

*dlm berniaga..kecil risiko..kecil la untung nye..

so..

*nnt kn sambungn di skolah kehidupan!..

=)

insyaAllah..doa2kn..
*pomot jap eh~

najibah kazmin said...

to qusyairi:

sgt-xreti-berkomunikasi jdnya
bilamana dh terbiasa di zon selesa
sesekali "keluar" dr zon tu, dptlah menguji diri
kerana dia atau Dia aku begini?
kerana dia atau Dia aku di sini?
atau tertipu dgn kepura-puraan?
perasan tetap dan thabbat?
aha.. *hit-diri sendiri*

insyaAllah *waiting*
sila2~

kaisutoledo said...

kalau tak silap, baris ayat pertama n kedua tu pernah keluar dalam post awal2 dulu kan?

najibah kazmin said...

dialog? mungkin =) mesej berbeza..