Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
bait lirik dari hijjaz membawa ingatan kepada insan agung, junjungan besar Muhammad SAW. Fiqh Sirah karangan Sa'id Ramadhan al-Buti, Sirah Rasulullah (S.A.W.) karangan Shaikh Sofiy ar-Rahman al-Mubarakfuri, Aisyah Ummul Mukminin: Keanggunan Sejati karangan Sulaiman an-Nadawi dan banyak lagi buku2 lain yang menceritakan kehebatan insan idola ummah ini sehingga ramai mengaku, aku cinta Muhammad SAW!
kita mengaku cintakan dia, tapi bagaimana adab kita dengan baginda? bagaimana pengamalan kita dengan sunnah baginda? adakah baginda akan kenal kita kelak sebagai ummatnya? adakah kita penyambung mata rantai perjuangan baginda? sungguh saya malu menulis post ini. sangat malu dengan diri. ramai yang mampu berdegar2 menyatakan cinta tapi sejauh mana cinta itu lahir dari hati dan terzahir dengan perbuatan sepertimana pengakuan cinta baginda kepada kita?
baginda cinta umat, dia janjikan syafaat. baginda cinta ummat sehingga akhir hayatnya tak lekang menyebut "ummati.. ummati.. ummati". walau sedang baginda berpeluh menahan sakitnya sakaratul maut sehingga malaikat pun tidak sanggup memandang wajah kekasih Allah di saat itu, masih baginda bertanyakan nasib ummatnya kelak.
baginda cinta ummat sehingga merelakan dirinya di lukai luar dan dalam. Baginda terpaksa menadah darah yang tumpah agar tak jatuh di bumi Thaif bagi mengelak celaka menimpa bumi tersebut. baginda terpaksa berdepan dengan penentangan yang sangat hebat sehinggakan malaikat menawarkan untuk menghempap kaum yang ingkar itu dengan gunung Thaif. Cintanya baginda kepada ummat, langsung baginda melarang malah menyatakan suatu hari nanti akan keluar ulama' dari bumi Thaif ini.
itu kisah cinta baginda kepada kita. kisah 'cinta' kita kepada baginda pula bagaimana? kita robek hati baginda dengan pengabaian kita kepada Allah. kita siat2 kulit baginda dengan memperlekeh anjuran kitabullah. kita siram luka baginda dengan kemaksiatan setiap hari. itu bukti cinta kita kepada baginda. itu bukti rindu kita kepada baginda. pasti baginda pedih, sedih, pilu melihatkan ummat yang baginda cinta. kalau