"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Sunday, February 21, 2010

kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang perjalanan

bismillah..

abah: "pernah masuk?" *tunjuk panggung wayang*
 *geleng2* "macam abah pernah bagi.."
 abah: "serious? saya pun pernah masuk walaupun sekali je, waktu muda dulu la. ni tak pernah langsung? *sengih bermakna* it's ok.. nantilah one day saya bawak you all..
 "ye ke..? janji..?"
 ummi: *pandangan lain macam* "nak ke masuk tempat penuh maksiat? memang la kita tak buat tapi kalau Allah turun bala tak pasal kita kena sekali. beli cd tengok kat rumah satu family dah,la.. lagi bagus." *dan seterusnya*
 abah: "haa.. ustazah dah ceramah.. tak boleh2" *mengusik* 
 *sedikit kecewa*
------------------------------------

post terbaru ust hasrizal mengimbau memori. meski dah lama berlalu, 'janji' abah masih saya ingat. jujur saya katakan, kerap juga termakan hati dengan ummi dan abah. terasa jugalah 'kongkongan' dek jiwa remaja yang nak bebas kononnya. bila minta izin untuk turut serta reunion, alasan ummi, muamalat tak terjaga. bila menghadap TV tengok drama, lagho ummi abah kata. diminta tukar ke rancangan yang lebih ilmiah atau tutup saja. bila keluar rumah, pasti bertemankan ummi atau abah. pernah saya ajukan soalan berunsur sedikit protes, sampai bila ummi dan abah nak temankan saya?
"sampai anak perempuan ummi kahwin. waktu tu, bukan bawah tanggungjawab ummi abah lagi. ummi taknak apa2 jadi kat anak ummi. menangis air mata darah pun dah takda guna"
terkesima sambil menghintung masa. sampai ke sudah la saya tak tahu naik bas nanti.. fikir saya waktu tu. saya setuju dengan ust pahrol dalam pendahuluan bukunya, tentang cinta (sempat baca pendahuluan saja). bila kita melihat objek dengan terlalu dekat, jarang kita dapat mengenal pasti apakah objek itu sebenarnya. masa yang sedang kita lalui umpama kita melihat sesuatu itu dengan jarak yang dekat. jarang kita dapat ungkapkan hikmahnya sehinggalah kita meninggalkan zaman tersebut.

kerana sayang

sangat benar bahawa tahap kematangan individu itu berbeza-beza. kalau tidak, takkan ada dua golongan pelajar; yang pandai jaga diri dan yang culture shock bila belajar di luar negara. ini sekadar contoh. ibu bapa lebih mengenali anak2 dan langkah mendidik perlulah selari. bukan ibu tak bagi nak berhibur, tapi biarlah berlandaskan syara'. larangan ibu bapa itu adalah didikan sebenarnya. barulah si anak tahu, yang mana betul dan yang mana salah. barulah lahir remaja yang sedar bahawa filem bohsia sangat patut di banned!  (contoh...)

cukuplah dunia hari ini mendedahkan tahap kebejatan sosial yang amat tinggi. ibu bapa yang sayangkan anak pasti tak mahu anaknya tersenarai dalam golongan tersebut. bukan ibu tak bagi nak keluar sendiri, tapi anak perlulah buktikan yang kita sudah benar2 matang dan boleh bawa diri. tahu halal-haram, baik-buruk. barulah ibu ayah senang hati nak lepaskan. hal2 yang dah tentu wajib bagi kita, lanksanakanlah sebaik mungkin. tapi kalau dah solat pun kena suruh, macam mana ibu ayah nak yakin? kadang2 tu juga, bukan ibu ayah tak yakin pada kita tetapi tidak yakin dengan orang2 di luar dek kes jenayah yang menjadi-jadi.

ikhlas dari saya, bersyukurlah anda yang pernah atau sedang di 'kongkong'. ibu ayah sangat sayangkan kita. kepada yang di beri kepercayaan oleh ibu ayah, tahniah kerana telah berjaya mencapai kematangan dan peliharalah kepercayaan itu sebaiknya. saya sayang ummi.. saya sayang abah.. sudah jalankan tanggungjawab dengan mendoakan kesejahteraan mereka? jom lakukan sekarang.

13 comments:

Rerama Ungu said...

anda sebenarnya bukan dikongkong,tetapi anda sebenarnya dibelai kasih-sayang yang tak ternilai...hargailah mereka selagi mereka masih hidup...

aku bukan aku said...

sgt menyentuh hati..
sedikit jeles mungkin?

=)

*syndrom bila 'tak dapat' ..

cumanya..
bila lahir dlm suasana terpelihara..
akan janggal dalam macam2 hal..

seperti?..
praktikal dlm ikhtilat sbg cth..

kadang x sedar pun lebih garisan..
kadang org nampak jumud sgt smpai tuding pada agama..

----------
jauhi mereka=jaga diri
????= jaga mereka

equation yg org sekitar gelar..
sellfish..

apa-apa pun..
moga terus thabat..

=)

bob said...

anok tino meme la keno jago...
alhamdulillah la mu jd gini...
xleh baye kalu mu jd supo tino laen...

patenjihah said...

huhu..
ni berkaitan post "kasih ibu bapa tak bersyarat" tu ye?
haah, tesentuh gak bace pasal tu..isk3

bagusnye jibah, dikawal rapi. even u're not allowed to do that and that untuk dpt experience, macam contoh komen di atas, "praktikal dalam ikhtilat".
tapi awak still leh praktikkan berikhtilat dalam uruskan persatuan, majlis2.. itu pun dah kire ok kan?

i kno that sebab my junior, sukma atiqah aritu foto dia kene tag same2 awak untuk program CAC ? hehehe

wardatul asrar said...

ust saifullah:

insyaAllah. walau hebat mana kita hargai, masih tak setanding dgn kasih mereka. tu la org kata, ibu ayah boleh jaga 10 anak tp belum tntu ank boleh jg sorg ibu atau ayah.

qusyairi:

jeles tak 'terkongkong'? lelaki lain caranya + anda matang mungkin

sgt setuju. it takes time to cope but that's not an excuse. have our friends to correct us, InsyaAllah we wont diverge too far from the right path.

???=dekati mereka?
bila kematangan trcapai, silakn apa saja
jadi sprti ikan di laut masin, kekal dgn rasa yg asli
jgn jd manusia yg hanyut dgn arus deras
we gotta know ourselves
*antara prinsip & toleransi (prev post)*

Allahumma ameen. Allah pasti akn uji saya slps ini..

bob:

jd supo tino laing tu gano? takut weyh kalu Allah uji nati.. blum tentu pass (naudzubillah)

jihah:

muamalat dlm prsatuan after all the hardship =) seryes! kdg2 rse taknak ingt tp sbb nk amik pengajaran, kna ingt jgk. perit sgt kna boycott, kena cabar, kna usik, aish.. mcm2 ='( salah diri sndiri yg x pndai sesuaikn keadaan. ini pn pengalaman,kn? =D

jihah mesti knal farah aqilah,kn? same batch tp die masuk dq. hr tu borak2 psl jihah.. hee.. sukma tu pewaris post kte @ CAC. harap2 dpt jg CAC dgn baik. jgn jg cm kte.. isk..

bob said...

tino laen=tino dale golongan kebanyakan...

najibah kazmin said...

bob:

*simpan pemahaman sy dlm hati saja*
terima kasih..

patenjihah said...

eh, farah aqilah.. she's my classmate since form 1 until form 5..
ha.. borak ape?
bahaye ni isk3... kalau ade yg tak best didengar tu, anggaple sume tu perangai zaman bebudak.. haha

*waah blushing da ni. si farah ni jage die, suke2 cite pasal org. huhu

wardatul asrar said...

jeng3! haa... jihah nakal,ek..? =p memule waktu kte tnye knal jihah ke? pastu die ingt kte sepupu.. hehehe.. muke lebih kurg die kate.. tak ngumpat pown.. x elok back-biting. ckp belakang je.. =D

Nur Mawaddah Mohd Shah said...

salam najibah ! =) hehe
eh saya suka post awak..mmg tertunggu2 untuk sesiapa blog mengenai tengok wayang..so ..mmg tak boleh kan masuk cinema cos campur lelaki perempuan unless ade cinema for all-girls or separate seating..how i wish tat will happen! hehe..nak masuk juga dengan all girls kan..mesti best! haha..tapi bila beritahu orang lain yang masuk panggung wayang tu haram , diorang kata taklah apelah..so susah nak jelaskan kat orng2 yang susah nak faham ni..
aniway..really like ur post! hehe
im glad to have friend like u even though tak pernah jumpa..cume friends kat fb je..ok..=)

wardatul asrar said...

mawaddah:

dgr cerita, kt kelantan ade yg separate seating.. tp tak taula betul ke tak sbb sy pn tak pernah pegi.. hehe..
nk buat camanakn kalau org dh taknak dgr.. kite takda kuasa nk hukum.. bgtau je la setakat mmpu sebagai pelepas tanggungjawab InsyaAllah..
glad to know you too =) fb connectng people.. hehe

aku bukan aku said...

=)

bukan jeles x 'terkongkong'..
jeles sudah x dikongkong..

tiada lagi penegur terang2an..
yg jelas..
memastikan pagar..

mungkin hanya iman sebegai pengganti pemantau..
selepas berbelas2 tahun dilatih bawah abi & ummi..


toleransi..
=)

x ramai y nmpk akn hal ni..

apa-apa pun..terima kasih..
*nice post.

waslm.

wardatul asrar said...

qusyairi:

parents dh percaya,InsyaAllah.. setiap individu berbeza..

"abg *adk lelaki* keluar td.."
ummi:"emm.. main futsal"
*oh, ummi tau*
"kat mana?"
ummi:"ampang"
"jauh.. emm.. abg boleh kluar.. kak cik after spm.. emm.. duk rumah je.."
ummi:"nk ikut jgk ke..?"
*senyum* *"xnk pon.." ckp dlm hati*

see.. parents knows best on how to tackle their children =) lelaki lbh cepat di 'lepaskn', mgkn lbh 'selamat'. untuk kalian belajar lebih lg.. nakhoda keluarga kelak,kn?

~learn through experiences~

thanks, harapnya mmberi manfaat bersama.