"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Saturday, February 27, 2010

sejauhmana "aku cinta baginda?"

bismillah..


Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

bait lirik dari hijjaz membawa ingatan kepada insan agung, junjungan besar Muhammad SAW. Fiqh Sirah karangan Sa'id Ramadhan al-Buti, Sirah Rasulullah (S.A.W.) karangan Shaikh Sofiy ar-Rahman al-Mubarakfuri, Aisyah Ummul Mukminin: Keanggunan Sejati karangan Sulaiman an-Nadawi dan banyak lagi buku2 lain yang menceritakan kehebatan insan idola ummah ini sehingga ramai mengaku, aku cinta Muhammad SAW!

kita mengaku cintakan dia, tapi bagaimana adab kita dengan baginda? bagaimana pengamalan kita dengan sunnah baginda? adakah baginda akan kenal kita kelak sebagai ummatnya? adakah kita penyambung mata rantai perjuangan baginda? sungguh saya malu menulis post ini. sangat malu dengan diri. ramai yang mampu berdegar2 menyatakan cinta tapi sejauh mana cinta itu lahir dari hati dan terzahir dengan perbuatan sepertimana pengakuan cinta baginda kepada kita?

baginda cinta umat, dia janjikan syafaat. baginda cinta ummat sehingga akhir hayatnya tak lekang menyebut "ummati.. ummati.. ummati". walau sedang baginda berpeluh menahan sakitnya sakaratul maut sehingga malaikat pun tidak sanggup memandang wajah kekasih Allah di saat itu, masih baginda bertanyakan nasib ummatnya kelak.


baginda cinta ummat sehingga merelakan dirinya di lukai luar dan dalam. Baginda terpaksa menadah darah yang tumpah agar tak jatuh di bumi Thaif bagi mengelak celaka menimpa bumi tersebut. baginda terpaksa berdepan dengan penentangan yang sangat hebat sehinggakan malaikat menawarkan untuk menghempap kaum yang ingkar itu dengan gunung Thaif. Cintanya baginda kepada ummat, langsung baginda melarang malah menyatakan suatu hari nanti akan keluar ulama' dari bumi Thaif ini.

itu kisah cinta baginda kepada kita. kisah 'cinta' kita kepada baginda pula bagaimana? kita robek hati baginda dengan pengabaian kita kepada Allah. kita siat2 kulit baginda dengan memperlekeh anjuran kitabullah. kita siram luka baginda dengan kemaksiatan setiap hari. itu bukti cinta kita kepada baginda. itu bukti rindu kita kepada baginda. pasti baginda pedih, sedih, pilu melihatkan ummat yang baginda cinta. kalau ummu Sulaim al-khansa menangis kerana tiada lagi anak yang boleh di hantar ke medan jihad, ummat hari ini menangis kerana tiada lagi anak yang layak di hantar ke akademi fantasia. aduh.. sejauhmana kita cinta baginda sebenarnya? *saya malu.....*

11 comments:

patenjihah said...

suke lagu ni..
kan3..
yg Pemergianmu tu pun syahduuu :)

tula selalunye rase cm syahdu, rindu nabi time maulidurrasul je sbb time tula byk ceramah, byk blog2 buat entry Rasul, dpt muhasabah.. tapi time lain macam hmmhmmmm..

kene berusehe lebih nmpaknye. doakan :)

wardatul asrar said...

jihah:

a'ah.. teruk laa kte ni.. aish.. =( InsyaAllah.. dokan kte jgk..

fhii said...

salam naj kamu apakhabar? Lama tiada bicara ya? Maaf ganggukan kamu..

wardatul asrar said...

wa'alaikumsalam

alhamdulillah, sy ok ja..

Anonymous said...

owh bagus kedengarannya, kamu masih di cenfos kah

wardatul asrar said...

a'ah, masih @ cenfos

Nur Mawaddah Mohd Shah said...

saya pun suka lagu ni..=)

daripada masuk akademia fantasia yang rasanya tak membawa faedah langsung( kasar tak ) haha! cuma ujibakat suara sapa sedap and ..itu je kan..haha
lebih baik masuk akademi al.quran or untuk adik2 masuk ujibakat adik-adikku=) betul tak..aniway, tak boleh miss tengok rncangan tu..best!

Anonymous said...

slm...a very good reminder u've posted...erm kalau x silap saya, yg menangis kerana tiada lagi anak lelaki utk dihantar perang setelah 4 puteranya syahid adalah al-khansa', manakala ummu sulaim pula menghadiahkan anaknya Anas kpd Rasulullah...maaflah kalau sy tersilap...slm...


[7]

wardatul asrar said...

mawaddah:

betul3.. InsyaAllah, sama2 doakn saudara2 kita.. mungkin mreka kurg faham, mawaddah yg faham laa kna terangkn yea =) dekat sane pn ade rncangan m'sia yea..?

[7]:

w'salam.. emm, sy pn keliru jgk dgn maklumat ni.. baca @ iluvislam, yg menangis adalah ummu sulaim. bc @ riwayat bidadari syurga, yg menangis adalah al-khansa. tp majority yg sy check balik, al-khansa. terima kasih ats pmbetulan.. =)

Nusaibah said...

*pedih*
**terpukul**
***sedih***

aku sayangkan baginda..
sungguh!!
tapi sejauhmana??

(T.T)

jzkk 4 da peringatan

wardatul asrar said...

to saibah:

... takda jawapan...
...muhasabah 'cinta'...