"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Sunday, March 21, 2010

kuliyyah of dentistry vs usul fiqh

bismillah..

perhatian: post ini hanyalah pengalaman peribadi saya menghadiri temuduga yang 'mencabar'. selamat mengambil iktibar kalau2 ada

********************************

sungguh saya sangat gugup. lebih-lebih lagi bila di fahamkan bahawa dekan sendiri yang akan menemuduga kami. silap-silap boleh kena heart-attack dengan kadar pengepaman darah yang luar biasa. "dengan manusia, macam ni punya gugup. dengan Allah?", sempat muhasabah..

selepas memberi salam, sekilas saya menoleh kepada 4 orang panel di hadapan. dua lelaki dan dua perempuan. masing-masing merenung dengan riak wajah yang sukar di tafsir. *dialog sudah di alih bahasa*

dekan: "jadi,najibah.. kenapa kamu di sini?"

tersentak sebentar. gemuruh sangat-sangat lalu terkeluarlah jawapan on-the-spot-without-prior-thinking "saya ingin meyakinkan anda supaya saya boleh belajar dentistry di sini". ringkas. dekan yang banyak bertanyakan soalan aka membuat lawak dan panel lain membantu provokasi sambil ketawa. tak pernah langsung saya menghadiri temuduga 'semeriah' ini.

dekan: "ceritakan pada saya tentang diri kamu."

ringkasnya, point saya semua tak sempat habis. baru dua tiga ayat, di potong dengan soalan bertubi-tubi.

dekan: "timbalan presiden cultural and art club.. oh, ok.. kebudayaan jenis apa yang anda ada?"

kaget dan blank sebentar. "kami ada berkolaborasi dengan foreigners untuk membuat persembahan.. dan.."

dekan: "maksud kamu persembahan macam mana? tarian?"

saya: "ya, ada juga.. tapi.."

dekan: "kamu pasti universiti kita benarkan persembahan tarian? kan Islam larang"

saya: "di bolehkan tetapi berasingan gender lelaki dan perempuan"

dekan: "kita ada ke aktiviti berasingan macam tu? kamu pasti..?"

provokasi berterusan ini di tambah dengan 'soalan belakang tabir' yang saya kurang dengar dari panel-panel lain. yang pasti, mereka asyik ketawa.

saya: "ada. sisters night..."

dekan: "kalau macam tu, kebudayaan apa yang boleh bercampur lelaki perempuan? ada beza ke tarian dan persembahan? kalau tarian yang tak bergerak badan macam sarawak tu pun tak boleh?"

saya: "persembahan boleh jadi membaca puisi dan tak semestinya tarian sahaja. kalau perempuan yang tarikan, tak boleh sebab masih ada gerakan badan."

ada panel wanita yang kurang jelas dengan jawapan saya bertanya pada dekan, "what did she said just now?"

dekan: "she's promoting homosexuality!"

riuh satu bilik temuduga. saya terpempam tak terkata. boleh tahan juga para pensyarah ini mengenakan orang.

dekan: "habis kenapa ada certain state yang lelaki menari tetapi perempuan boleh tengok?"

saya: "kalau lelaki yang menari, tidak mengapa.. tapi.."

dekan: "aik? boleh pula.. tapi perempuan menari, lelaki tak boleh tengok pulak"

tak tahu nak gambarkan perasaan waktu tu. ayat tergantung dengan soalan bertubi-tubi. menjaga pandangan adalah perlu bagi kedua pihak! dalam yakin tak yakin, saya teringat kata-kata berkenaan 9 akal 1 nafsu lelaki dan sebaliknya bagi wanita oleh rabi'atul adawiyah. (ada yang mengatakan ada hadis dan ada yang mengatakan tidak. wallahu'alam)

panel wanita 2: "kalau lelaki ada 9 akal, dia sepatutnya boleh laa kawal satu emosi dia tu"

dekan: "eh, tak rasa apa-apa pun.. etc.. etc.."

saya hanya mampu mengenyit mata pada panel wanita 2 sambil membuat muka kasihan "tolonglah saya.." =.="

saya: "tapi ramai yang emosi satu tu umpama raja.. dan tertumpu pada wanita"

panel wanita 2: "a'ah,kan.. kira yang satu tu dominan la.."

dekan: "no.. no.. saya tak setuju.."

bilik temuduga riuh lagi. seolah ada dua puak, wanita vs lelaki. "let's go back to dentistry", kata salah seorang panel sambil ketawa.

dekan: "apa yang kamu tahu tentang kerjaya dentist?"

"dentist adalah gabungan artist dan juga health care professional.. etc.. etc.."

seterusnya saya di minta menerangkan tentang latar belakang keluarga. berdarah campur,ke? mak ayah bekerja di mana dan sebagainya.. tibalah soalan separa cepu-cemas..

dekan: "kamu rasa, penting tak seorang dentist untuk nampak cantik?"

saya: "ya"

dekan: "kenapa?"

saya: "sebab kita nak rawat orang dan perlu bagi kita untuk nampak kemas dan meyakinkan. baru orang percaya pada kita"

dekan: "perlu tak pakai make-up?"

saya: "perlu", maksud saya dengan ala kadar.

dekan: "kenapa?"

saya: "*ulang jawapan tadi* kalau kita nampak lesu, orang pun takut untuk di rawat oleh kita. kita nak 'cantikkan' orang tapi kita sendiri nampak tak terurus"

dekan: "tapi kamu tak pakai apa-apa make-up"

rasa terkena paku buah keras! "eh, saya pakai...", dalam hati saya meniatkan satu-satunya 'make-up' iaitu lip care yang saya calit selepas solat zohor.

panel wanita: "yela.. perjalanankan jauh, dah pudar laa tu".

dekan: "ok... jadi se-merah mana lipstick yang kamu pakai?"

aduh. macam mana nak jawab soalan ni? hanya mampu berterima kasih pada panel wanita itu dalam hati. dekan kemudiannya menyampaikan kepentingan dentist yang bekerja dengan masyarakat untuk nampak kemas dan profesional. beliau secara tak langsung seolah mengatakan "you look dull~" saya faham. (t.t)

dekan: "kamu tahu kita ada kelas grooming, khas buat pelajar dentistry?"

grooming? khas? saya teringat kelab grooming di maktab lama dahulu. ~scary~ itu sahaja yang terbayang.

saya: "tak, saya tak tahu"

dekan meyakinkan bahawa akan ada kelas grooming untuk pelajar dentistry. fikiran saya melayang pada senior atau lecturer yang tak dapat kami bezakan di luar bilik temuduga tadi. smart, langkah berkeyakinan, rata2 nampak bercalit make-up nipis. ini first impression kami, pelajar junior. macam-macam di minda saya...



dekan: "saya bagi kamu situasi. study kamu bagus dan kamu kena viva. pihak kami menjemput penyarah luar negara, dari australia misalnya. dia lelaki dan greet kamu dengan menghulur tangan. apa respon kamu?"

soalan cepu-cemas lagi. saya sesungguhnya amat jahil dan tak berani menjawab soalan serupa ini. takut tersalah faham, tersilap dalil dan hujah. lambat-lambat saya respon...

saya: "ada pendapat yang saya dengar... di bolehkan kalau dia yang menghulur tangan dahulu dengan niat untuk tidak mengaibkan orang tersebut..."

point saya tak habis lagi. banyak yang berlegar-legar di minda. "kena faqih dalam mazhab tersebut, tak boleh bernafsu dan sebagainya" "kena ada lapik, aman dari fitnah" "tapi... banyak juga hadis yang menegaskan nabi tidak bersalaman dengan wanita". pening.. konklusi 'battle in my mind' yang jahil dan langsung tak faqih bab-bab khilaf, saya menyambut baik pandangan yang ada dalam mana-mana mazhab imam yang empat. saya bukan pengkaji, jadi sangat tak layak untuk mengemukakan pendapat sendiri.

dekan: "bagus. kamu tahu apa akibatnya kalau kamu tak sambut?"

saya: "memalukan dia?"

dekan: "kamu juga memalukan semua kami di sini.. for that answer, i will accept you.. congratulation and welcome to KOD".

oh. bingung.

beliau kemudiannya menyampaikan amanatnya serba sedikit.

dekan: "kamu rasa medicine lagi susah dari dentisty?"

saya: "tidak"

dekan: "jadi kamu tahu yang dentistry lagi susah dari medicine?"

saya: "ya", dengar-dengar saja yang dentistry lagi susah. tapi pasti, bergantung pada individu juga,kan. fikiran saya terus melayang sambil dekan dan panel-panel lain menyambung amanat mereka. bersedia untuk 5 tahun yang mencabar dan sangat sedikit cuti! <-- part ini saya ingat...

seketika saya terasa macam di temuduga untuk memasuki kuliyyah usul fiqh. 20% sahaja saya rasa secara terus berkait dengan dentistry. yang lain, kurang berkait tapi mencabar 'jiwa seorang muslim'. betulkah hujjah-hujjah kamu? nas dari mana? sejauh mana kamu kenal agama kamu?

*bertepek-tepek terkena di wajah!*

itu baru panel temuduga, belum masyarakat umum yang kita kena deal sewaktu alam pekerjaan nanti.... terima kasih Ya Allah atas peringatan secara tak langsung ini.. terima kasih kerana menyedarkan hamba hina....

Monday, March 15, 2010

coretan hati kami

bismillah..

salam ukhwah buat teman seakidah
bingkisan ini ku utuskan buatmu
teman sejatiku dunia akhirat
semoga ukhwah kita kekal
hingga ke syurga

terguris rindu dengan perpisahan
hanyalah satu ujian
bukan satu halangan untuk berkasih sayang
hadapilah dengan iman
suburkanlah dengan setulus ingatan
suratkanlah doa mendoakan

berjanjilah wahai teman
ukhwah kita yang terbina
kerana cinta kepadaNya
takkan terhalang oleh tembok minda manusia
takkan hilang dek api yang menjulang
takkan sirna dek kabus yang kelam

ketahuilah teman
dirimu amat bererti buatku
kata-katamu penghibur hatiku
walau kini kau jauh di mata
walau sesibuk mana urusanku
walau ku tak punyai banyak waktu untukmu
dirimu sentiasa wujud dalam setiap kudus doaku
dirimu sentiasa mengiringi perjuanganku
menghidupkan hatiku
kini selalu dan selama waktu

ku harap mekar di hati ini
agar persahabatan suci ini
kan terus mantap menjadi syafaat
insya'Allah kita kan ketemu lagi
jika diizinkan Ilahi
moga ukwhah ini
kan TERUKIR indah di pintu jannah
"ana uhubbuki fillah"


-dahlia husna-
-banglore, india-


I felt very grateful that on my short journey in this world, Allah has given me chance to meet such a caring, protective, brilliant and nice person like you. You are irreplacable, no one has know me better than you :( I'm sure that all of you will be succesfull in this world because you have taught me a lot during our 3 years at Puteri Wilayah.
Please take good care of yourself, iman, kesihatan :)
I LOVE YOU BECAUSE OF ALLAH.
-noor hannah-

Allahuakbar..
thank you Allah for given me such a great sahabiah,
to pull me up when i'm down,
to show me the right path when i'm about to astray,
oh Allah, do bless my princess,
dahlia husna, noor hannah and muhsonat,
even we are far apart,
may our heart always close together..
~our ukhwah will last eternally~
-najibah kazmin-

Friday, March 12, 2010

ada apa dengan kahwin campur?

bismillah..

"husband saya cina.. kahwin laa campur nanti anak comel2, bijak2 tau.", ujar guru kelas saya yang berbangsa siam sewaktu di tingkatan 3.

Dalam perjalanan ke rumah, saya ceritakan pada abah. balas abah, "try not to study and let us see how's your result then". ok, setuju.

pelbagai reaksi kita dapat lihat hari ini tentang kahwin campur (muslim & non-muslim). ada yang menyokong dan tak kurang juga yang menentang. saya sendiri belum berkahwin dan pendapat saya pasti ada yang tempang. penulisan saya lebih kepada pandangan seorang anak remaja berdasarkan pengalaman yang sedikit tentang "ada apa dengan mixed marriage".

bukan mudah berkahwin campur

petikan akhbar sering memaparkan pasangan yang berkahwin campur akhirnya bercerai selepas tinggal sebumbung. rata-rata kerana tiada keserasian. sungguh, waktu bercinta ramai yang buta. yang indah-indah saja terlihat. hidung mancung, dahi licin, mata biru. kurang nampak aspek perbezaan fahaman dan budaya yang nyata antara mereka. bila dah kahwin, si isteri marahkan suami yang makan petai. busuk, kata dia. si suami pula dah tahap mengidam. contoh.. akhirnya bergaduh dek kerana hal ini.

ada juga yang memeluk agama Islam semata-mata kerana hendak berkahwin. selepas itu solat puasa entah ke mana, keberkatan rumahtangga menjadi taruhan. si isteri tak menghormati suami yang muallaf sebagai ketua keluarga dan si suami tadi ego untuk berguru dengan isteri demi mengenal Allah dan rasul. si suami yang mukallaf pula tak bersedia mendidik isteri untuk menepati garis panduan Islam dan isteri pula gagal mencorak anak seiring dengan kehendak agama. pola seumpama ini yang berterusan langsung membawa keretakan sesebuah institusi perkahwinan.

selepas mendirikan rumahtangga, perlu di fikirkan pula bagaimana hubungan dengan pihak keluarga yang bukan Islam. pergaulan macam mana? aurat macam mana? bagaimana sambutan perayaan, yang mana boleh yang mana tidak? halalkah harta pencarian sebelum memeluk Islam? bagaimanakah mendidik anak untuk menghormati keluarga kedua-dua belah pihak dalam masa yang sama mengekalkan jati diri seorang muslim? takut-takut perkahwinan yang bertujuan dakwah dan menyambung silaturrahim terputus dek kejahilan sendiri. Perkara yang Islam haramkan kita halalkan dek kurang kefahaman dan kesediaan. dan naudzubillahimindzalik andai kata si isteri mahupun anak-anak menarik si ayah ke neraka kerana didikan agama yang kurang sempurna. jadi, bukanlah mudah kahwin campur..

tak boleh ke kahwin campur?

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Janganlah engkau nikahi orang-orang yang masih berkerabat kerana anak diciptakan laksana cahaya. Carilah wanita-wanita yang jauh dan janganlah engkau memilih yang dekat hubungannya." (Riwayat Ahmad, Malik & Al-Nasai)
Islam sendiri menganjurkan kahwin jauh dan perkahwinan campur mampu membawa lebih ramai insan kembali mentauhidkan Allah SWT selain mengurangkan risiko penyakit keturunan dan mendapat anak-anak yang comel sebagai bonus. sejarah menunjukkan nabi SAW sendiri berkahwin dengan Shafiyah binti Huyai, seorang yang baru memeluk Islam dan berbangsa Yahudi.

"kami tidak serasi" "budaya kami tidak sama" adalah antara alasan yang biasa di dengari akibat penceraian. selepas itu mula terdengar bisikan,

"orang melayu ramai, mat saleh/cina/india tu jugak yang die nak. kan dah bercerai.."

salah siapa sebenarnya? jangan menunding salah pada bangsa lain. kalau asbab perkahwinan campur puncanya, kadar penceraian sesama bangsa melayu pun boleh tahan banyak juga. jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. keharmonian dalam perkahwinan campur mungkin nampak susah tapi tak mustahil. orang-orang hebat di sekeliling saya telah membuktikan.

sahabat ibu saya berkahwin dengan wanita berbangsa cina. atas didikan si suami, isterinya kini muslimah bertudung labuh dan berjubah malah ada antara anaknya yang menghafaz al-quran. masyaAllah, hebat sungguh benih yang tumbuh dari wanita yang sebelumnya kafir. guru sejarah saya juga bersuamikan seorang yang berbangsa German. comel sangat puteri-puteri mereka dan dari perkongsiannya, keluarganya alhamdulillah bahagia. asimilasi budaya yang positif menghilangkan konsep "janji melayu" dalam hidup mereka kerana suaminya sangat mementingkan masa.

formula saya, mudah. hendak seribu daya, mahu seribu cara. tak salah meredah arus berkahwin campur tetapi sertakan sekali kesediaan menghadapi persepsi masyarakat yang pelbagai juga cabaran hidup yang mendatang. peranan ini semestinya di mainkan oleh kedua belah pihak. sedia bertolak ansur bahawa institusi keluarga ini terbina antara dua insan yang berlainan budaya. hormati seleranya dan cara hidupnya asal tak bercanggah dengan Islam. cukupkan diri dengan ilmu agama supaya rahmat dan redha Allah melimpah kerana perkahwinan campur ini membawa si suami juga isteri ke dunia yang berbeza dari kehidupan satu bangsa-satu fahaman sebelumnya.


saya melihat anak hasil perkahwinan campur mempunyai bonus dari segi sosial kerana sejak kecil telah terdedah dengan hubungan kekeluargaan pelbagai kaum. anak-anak lebih terbuka mindanya untuk menghormati fahaman lain dalam pada masa yang sama mengekalkan jati diri seorang muslim. cuma syaratnya, ibu bapa perlulah memainkan peranan membekalkan anak dengan didikan sepatutnya. andai silap didik, saya khawatir si anak mungkin mengalami krisis identiti. nak kata melayu, pakaian serupa mat saleh. nak kata kafir, kadang-kadang nampak juga dia solat.


"nanti kakcik nak kerja kat oversea,lah. boleh kawin dengan mat saleh", saya melawak.

"tak payah la kakcik. bukan mudah kawin campur ni, ramai bercerai-berai. kawin dengan melayu je la", balas ummi.

"tapi.. ummi ngan abah?"

"ummi lain.. bukan cari sendiri..", kami ketawa.

colours of life~ kalau ada pihak yang menentang dan ada yang menyokong perkahwinan campur, saya memilih untuk suam-suam kuku. kahwin campur? terserah anda...

Monday, March 8, 2010

teman pilihan hati

bismillah..

athirah: "haa... bawak henset ke maktab~ ayang, nak tengok"
"amik la.. atas meja tu"
athirah: "nak tengok mesej boleh?"
*senyum* "iye, ape saje.. tengoklah.."

*buka inbox*

athirah: "emm.. muhsonat ni sape? banyaknye mesej die.."
"rasenye..?" *sengih*
athirah: "husnudzan.. husnudzan.. cakap laa sape.."
"hee.. bf"
athirah: "sejak bile ade bf ni? tak penah bagitau pun.. ish.. tak pecaye.."
"dah tak penah tanye.."
athirah: "miss you? kejap mesej islamic, kejap miss you.. ee.. tak baik bohong"
"mane ade bohong.. die kat KISAS.. baik tau.."
athirah: "tak kira laa sekolah ape pun.. kalau lelaki, lelaki jugak.. tak baik tau mesej ngan lelaki.. lagha2 pulak tu..  ayang jugak cakap,kan.." *tazkirah seterusnya*
*senyum* "bila pulak kite cakap muhsonat ni lelaki?"
athirah: "laa.. ayang cakap tadi.. err.. lelaki ke perempuan ni?"
"bf tu.. bestfriend,la.. hehe.. saje je nak tengok ayang camana.."
athirah: "ish.. buat orang takut,je.. tak baik tau.. tapi, macam nama lelaki je.."
"buka surah an-nisa', belah kiri, ayat atas sekali.. ade name die.. emm.. ingatkan kite selalu ye.."
athirah: "mengade laa die ni.. hee.. InsyaAllah.. ingatkan kite jugak.."

**************************************** 
seorang sahabat bertanya nabi SAW: "bagaimanakah ciri-ciri orang yang patut aku dampingi (untuk dijadikan teman)?"
baginda menjawab: "teman yang patut kamu dampingi ialah, apabila kamu melihatnya, kamu teringat akan Allah. apabila mendengar kata-katanya, akan bertambah ilmu mu dan apabila kamu melihat amalan-amalannya, kamu akan teringat negeri akhirat"
"seseorang itu menurut agama sahabatnya, oleh itu seseorang muslim itu hendaklah berhati-hati dengan siapakah yang harus dia pilih sebagai sahabat" (hadis riwayat Ahmad)

*gambar hiasan*
Jelas dari hadis di atas bahawa Islam amat menitik beratkan perihal sahabat. Malah terdapat banyak lagi hadis, ayat al-Quran, juga kata orang alim tentang peri pentingnya memilih sahabat. Dalam surah al-furqan ayat 27-29, Allah mengkhabarkan keadaan orang2 zalim yang tidak mengikut jalan Muhammad malah mengikut teman yang membawa mereka ke arah kebinasaan. Mereka menggigit kedua tangan sambil  menyesali perbuatan mereka yang lalu sedangkan waktu itu segalanya sudah tidak berguna.


Kelompok individu muslim yang sedar kepentingan memartabatkan agama Allah di tempat tertinggi perlulah bergabung untuk saling menguatkan. Ini adalah penting kerana manusia itu takkan terlepas dari melakukan kesilapan. Kita tak mahu memiliki 'individu muslim 50 persen' yang semangat dan fahamnya sementara kemudian pudar kembali dek pengaruh rakan lain kerana hal ini melambatkan proses dakwah itu sendiri.

"adakah yang tak baik akan terus kawan dengan orang yang tak baik?"

Sahabat yang soleh akan menuntun sahabatnya ke jalan syurga manakala sahabat yang tholeh membawa sahabatnya ke lembah kebinasaan. Tapi ini bukan alasan mengabaikan golongan yang kurang faham, malah menjadi satu kewajipan pula kepada kelompok individu yang faham untuk mengislah masyarakat sekitarnya. Memperbaik diri dengan mendampingi orang soleh dan pada masa yang sama memperbaik masyarakat, membuat dua kerja dalam satu masa demi mencapai matlamat yang lebih utama.

Dari individu muslim, maka akan terlahir pula baitul muslim (rumahtangga muslim, perkahwinan dua individu yang berfikrah Islam), mujtama' muslim (masyarakat muslim, gabungan rumahtangga muslim), daulah islamiah (negara Islam, terbentuk hasil gabungan masyarakat yang berfikrah Islam), dan InsyaAllah Khilafah Islamiah (empayar Islam, gabungan negara Islam yang dilindung di pawah payung khalifah). Allahumma ameen..

Sunday, March 7, 2010

langkah tersasar

bismillah..

ku intai mana hati yang lalu
lukanya tiada darah
parahnya tanpa sedar
segalanya tampak jelita

kian lama hakikat menerjah
sudahnya diri makin lemas
dalam kata nista berwangian dosa
di selubungi kegelapan hingga ku terpenjara
tersentak itu mengintai cahaya
masihkah ada lagi?

biar selautan air mata
takkan terlenyap noda dosa
mana kataku? apa pula amalku?
sujudku malu di depanMu
apakah Kau terima diri penuh hina


di cebis iman yang tersisa
ku sembahkan segala kekusutan
ku dambakan sinar keampunan
padaMu Ya Robb...
izinku rasai kehangatan cinta lalu
berteman obor mardhotillah
sudilah Kau tuntun langkahku
jangan biar ku tersasar lagi..

-najibah kazmin-
-4.01 am-

Thursday, March 4, 2010

hanya Tuhan yang tahu

bismillah..

satu kelas riuh rendah. ada pesta ejek-mengejek. seorang pelajar lelaki menangis.

"ali *bukan nama sebenar* kenapa nangis?"

ali: "diorang gelakkan...!" *sambil menekup wajah di bahu*

*erk!* "takpe2, sabar ye.. emm.. cakap je alhamdulillah.. nanti Allah balas balik kat diorang" "eh, tak baiklah gelakkan orang!"

"ade budak,kan.. seluar die,kan.. koyak...! booo... seluar koyak..." sayup2 kedengaran suara mengejek.

*************************

emosi: rindu cenfos

motif post: masa berlalu, musim berubah, usia meningkat dewasa, segalanya dah takkan sama tapi kenangan tetap abadi

sila ukir senyuman (=^_^~)

walau di hati hanya Tuhan yang tahu

gombak-kuantan-lain2 *mungkin*


"Ukhuwwah tidak terletak pada kata-kata manis atau pertemuan, tetapi terletak pada ingatanmu terhadapnya di dalam doamu kepada Allah" (imam al-ghazali)
 salam jutaan kemaafan


salam sayang kerana Allah