perhatian: post ini hanyalah pengalaman peribadi saya menghadiri temuduga yang 'mencabar'. selamat mengambil iktibar kalau2 ada
********************************
sungguh saya sangat gugup. lebih-lebih lagi bila di fahamkan bahawa dekan sendiri yang akan menemuduga kami. silap-silap boleh kena heart-attack dengan kadar pengepaman darah yang luar biasa. "dengan manusia, macam ni punya gugup. dengan Allah?", sempat muhasabah..
selepas memberi salam, sekilas saya menoleh kepada 4 orang panel di hadapan. dua lelaki dan dua perempuan. masing-masing merenung dengan riak wajah yang sukar di tafsir. *dialog sudah di alih bahasa*
dekan: "jadi,najibah.. kenapa kamu di sini?"
tersentak sebentar. gemuruh sangat-sangat lalu terkeluarlah jawapan on-the-spot-without-prior-thinking "saya ingin meyakinkan anda supaya saya boleh belajar dentistry di sini". ringkas. dekan yang banyak bertanyakan soalan aka membuat lawak dan panel lain membantu provokasi sambil ketawa. tak pernah langsung saya menghadiri temuduga 'semeriah' ini.
dekan: "ceritakan pada saya tentang diri kamu."
ringkasnya, point saya semua tak sempat habis. baru dua tiga ayat, di potong dengan soalan bertubi-tubi.
dekan: "timbalan presiden cultural and art club.. oh, ok.. kebudayaan jenis apa yang anda ada?"
kaget dan blank sebentar. "kami ada berkolaborasi dengan foreigners untuk membuat persembahan.. dan.."
dekan: "maksud kamu persembahan macam mana? tarian?"
saya: "ya, ada juga.. tapi.."
dekan: "kamu pasti universiti kita benarkan persembahan tarian? kan Islam larang"
saya: "di bolehkan tetapi berasingan gender lelaki dan perempuan"
dekan: "kita ada ke aktiviti berasingan macam tu? kamu pasti..?"
provokasi berterusan ini di tambah dengan 'soalan belakang tabir' yang saya kurang dengar dari panel-panel lain. yang pasti, mereka asyik ketawa.
saya: "ada. sisters night..."
dekan: "kalau macam tu, kebudayaan apa yang boleh bercampur lelaki perempuan? ada beza ke tarian dan persembahan? kalau tarian yang tak bergerak badan macam sarawak tu pun tak boleh?"
saya: "persembahan boleh jadi membaca puisi dan tak semestinya tarian sahaja. kalau perempuan yang tarikan, tak boleh sebab masih ada gerakan badan."
ada panel wanita yang kurang jelas dengan jawapan saya bertanya pada dekan, "what did she said just now?"
dekan: "she's promoting homosexuality!"
riuh satu bilik temuduga. saya terpempam tak terkata. boleh tahan juga para pensyarah ini mengenakan orang.
dekan: "habis kenapa ada certain state yang lelaki menari tetapi perempuan boleh tengok?"
saya: "kalau lelaki yang menari, tidak mengapa.. tapi.."
dekan: "aik? boleh pula.. tapi perempuan menari, lelaki tak boleh tengok pulak"
tak tahu nak gambarkan perasaan waktu tu. ayat tergantung dengan soalan bertubi-tubi. menjaga pandangan adalah perlu bagi kedua pihak! dalam yakin tak yakin, saya teringat kata-kata berkenaan 9 akal 1 nafsu lelaki dan sebaliknya bagi wanita oleh rabi'atul adawiyah. (ada yang mengatakan ada hadis dan ada yang mengatakan tidak. wallahu'alam)
panel wanita 2: "kalau lelaki ada 9 akal, dia sepatutnya boleh laa kawal satu emosi dia tu"
dekan: "eh, tak rasa apa-apa pun.. etc.. etc.."
saya hanya mampu mengenyit mata pada panel wanita 2 sambil membuat muka kasihan "tolonglah saya.." =.="
saya: "tapi ramai yang emosi satu tu umpama raja.. dan tertumpu pada wanita"
panel wanita 2: "a'ah,kan.. kira yang satu tu dominan la.."
dekan: "no.. no.. saya tak setuju.."
bilik temuduga riuh lagi. seolah ada dua puak, wanita vs lelaki. "let's go back to dentistry", kata salah seorang panel sambil ketawa.
dekan: "apa yang kamu tahu tentang kerjaya dentist?"
"dentist adalah gabungan artist dan juga health care professional.. etc.. etc.."
seterusnya saya di minta menerangkan tentang latar belakang keluarga. berdarah campur,ke? mak ayah bekerja di mana dan sebagainya.. tibalah soalan separa cepu-cemas..
dekan: "kamu rasa, penting tak seorang dentist untuk nampak cantik?"
saya: "ya"
dekan: "kenapa?"
saya: "sebab kita nak rawat orang dan perlu bagi kita untuk nampak kemas dan meyakinkan. baru orang percaya pada kita"
dekan: "perlu tak pakai make-up?"
saya: "perlu", maksud saya dengan ala kadar.
dekan: "kenapa?"
saya: "*ulang jawapan tadi* kalau kita nampak lesu, orang pun takut untuk di rawat oleh kita. kita nak 'cantikkan' orang tapi kita sendiri nampak tak terurus"
dekan: "tapi kamu tak pakai apa-apa make-up"
rasa terkena paku buah keras! "eh, saya pakai...", dalam hati saya meniatkan satu-satunya 'make-up' iaitu lip care yang saya calit selepas solat zohor.
panel wanita: "yela.. perjalanankan jauh, dah pudar laa tu".
dekan: "ok... jadi se-merah mana lipstick yang kamu pakai?"
aduh. macam mana nak jawab soalan ni? hanya mampu berterima kasih pada panel wanita itu dalam hati. dekan kemudiannya menyampaikan kepentingan dentist yang bekerja dengan masyarakat untuk nampak kemas dan profesional. beliau secara tak langsung seolah mengatakan "you look dull~" saya faham. (t.t)
dekan: "kamu tahu kita ada kelas grooming, khas buat pelajar dentistry?"
grooming? khas? saya teringat kelab grooming di maktab lama dahulu. ~scary~ itu sahaja yang terbayang.
saya: "tak, saya tak tahu"
dekan meyakinkan bahawa akan ada kelas grooming untuk pelajar dentistry. fikiran saya melayang pada senior atau lecturer yang tak dapat kami bezakan di luar bilik temuduga tadi. smart, langkah berkeyakinan, rata2 nampak bercalit make-up nipis. ini first impression kami, pelajar junior. macam-macam di minda saya...
dekan: "saya bagi kamu situasi. study kamu bagus dan kamu kena viva. pihak kami menjemput penyarah luar negara, dari australia misalnya. dia lelaki dan greet kamu dengan menghulur tangan. apa respon kamu?"
soalan cepu-cemas lagi. saya sesungguhnya amat jahil dan tak berani menjawab soalan serupa ini. takut tersalah faham, tersilap dalil dan hujah. lambat-lambat saya respon...
saya: "ada pendapat yang saya dengar... di bolehkan kalau dia yang menghulur tangan dahulu dengan niat untuk tidak mengaibkan orang tersebut..."
point saya tak habis lagi. banyak yang berlegar-legar di minda. "kena faqih dalam mazhab tersebut, tak boleh bernafsu dan sebagainya" "kena ada lapik, aman dari fitnah" "tapi... banyak juga hadis yang menegaskan nabi tidak bersalaman dengan wanita". pening.. konklusi 'battle in my mind' yang jahil dan langsung tak faqih bab-bab khilaf, saya menyambut baik pandangan yang ada dalam mana-mana mazhab imam yang empat. saya bukan pengkaji, jadi sangat tak layak untuk mengemukakan pendapat sendiri.
dekan: "bagus. kamu tahu apa akibatnya kalau kamu tak sambut?"
saya: "memalukan dia?"
dekan: "kamu juga memalukan semua kami di sini.. for that answer, i will accept you.. congratulation and welcome to KOD".
oh. bingung.
beliau kemudiannya menyampaikan amanatnya serba sedikit.
dekan: "kamu rasa medicine lagi susah dari dentisty?"
saya: "tidak"
dekan: "jadi kamu tahu yang dentistry lagi susah dari medicine?"
saya: "ya", dengar-dengar saja yang dentistry lagi susah. tapi pasti, bergantung pada individu juga,kan. fikiran saya terus melayang sambil dekan dan panel-panel lain menyambung amanat mereka. bersedia untuk 5 tahun yang mencabar dan sangat sedikit cuti! <-- part ini saya ingat...
seketika saya terasa macam di temuduga untuk memasuki kuliyyah usul fiqh. 20% sahaja saya rasa secara terus berkait dengan dentistry. yang lain, kurang berkait tapi mencabar 'jiwa seorang muslim'. betulkah hujjah-hujjah kamu? nas dari mana? sejauh mana kamu kenal agama kamu?
*bertepek-tepek terkena di wajah!*
itu baru panel temuduga, belum masyarakat umum yang kita kena deal sewaktu alam pekerjaan nanti.... terima kasih Ya Allah atas peringatan secara tak langsung ini.. terima kasih kerana menyedarkan hamba hina....
31 comments:
salam alaik
perkongsian menarik!..
*x habis2 senyum bila baca*
terfikir pula..
kalau ahli2 panel tu baca ini apa jadi??
*jeng3..
oh ya..kenapa berubah arah?
dentist..kenapa ya?
wa'alaikumsalam..
alhamdulillah, terima kasih. baru boleh tersenyum skarang.. waktu tu.. =.='
err.. *tolonglah jangan!*
kemampuan masa hadapan *kerjaya* diri sendiri.. parents.. result.. macam2 faktor =) Alhamdulillah, Allah knows best~
bhahahaha!!!
mencabar btul interview ni!
kalah interview oversea!
mengenai berjabat tangan dengan lelaki bukan mhram, cuba google pendapat Yusuf al-Qardawi.
Mungkin boleh membantu :)
timah:
suke ek timah.. saje interviewer nak menyakat =.='
a'ah, ade jgk baca pendapat yusuf qardawi.. kte setuju pendapat ulama' yg mu'tabar dalam bab2 ni sebab mereka mengkaji, kita talk.. tp kalau nk selamat, cuba sedaya upaya elakkan berjabat, kan.. =)
erm, Najibah, Assalamualaikum... brothers denti 9 je...
to herie farish:
wa'alaikumsalam.. ouh, sikit nya.. terima kasih..
Memang ulama lagi Faqih, tapi saya ingin bertanya 2 3 soalan...
1. Kenapa kita menjaga aib orang lain di hadapan manusia? Sedangkan kita akan aib di depan Allah jika melakukan perkara HARAM? Rujuk al-Quran ayat yang mengharamkan bersentuhan antara bukan mahram.
2. Adakah anda akan menukar kos ke kos IRK @ keluar kos dentistry dan belajar agama selepas anda sedar yang anda kurang ilmu agama? Kalau ya, kenapa dan kalau tidak kenapa?
harap soalan ni dijawab...orang lain pun blh jawab...
Kalau nak reply ke YM, tu lg baik...
mat_m27
salam...
izinkan sy jwb boleh?
ni pendapat sy la..
1. erm...rsenye boleh jugak kot nk rujuk ayat ALLAH suruh jaga hubungan dgn ALLAH n jaga hubungnan ngn manusia.erm mungkin perlu rujuk kitab adab.cbe cari kitab min adabi islam @ adabun mufrad.
2.kite kne taw erm mne yg lebih priority,mne yg fardhu ain n mne yg fardhu kifayah.knapa perlu keluar dr dentistry utk ambk IRK hanya krn ilmu pengetahuan kite ttg agama msih sedikit? xboleh ke nk ambk dua2 at the same time? kt cni pun ramai jek dak2 medic yg sgt arif ttg ilmu agama tp xdek plak mrk buat keuputusan utk tinggalkn medic sbb nk ambk pengajian agama,,,erm cm ssh nk terangkn kt cni..maaf
boleh approve sy klo nk ckp lebih panjang...
wslm
ust saifullah:
1) ana prnah dgr saying (kurg pasti rujukn) "sesiapa yg mnjaga aib manusia lain,Allah akn mnjaga aibnya di akhirat kelak". ana bkn pngkaji al-quran. untuk mnntukn hukum hanya dgn mmbaca ayt2 Allah amatlah tidak beradab untuk ana. imam mazhab yg 4 telah pn mngkaji hal ini secara mndlm dn menetapkn pndgn masing2. dn ana kira,xperlu untuk dipnjgkn perbahasan. brlapang dada dlm mnerima khilaf. ambillah pndpt yg ust rasa plg tepat,InsyaAllah. wallahu'alam.
2) ibn haitam dan ibn sina adlh dua tokoh Islam yg cemerlang dlm bidang kedoktoran dan fizik, malah mereka jg ahli agama pd masa yg sama. InsyaAllah, strive to be like them. mengislamisasikn dunia dn mmncedok kembali ilmu Allah dr dunia Islam yg di curi barat. kalau belum baca, ana cadangkn ust baca 'denyut kasih medik' by Dr farhan hadi. InsyaAllah, we could have wider prospect towards the chances of implementing Islam in modern technologies.
to kie:
jazakallahu khairan jaza atas pndangan..
finally, u made ur choice!
tanak medic jugak camne pon
takpe2..
dentistry pn ok!
all da best..
to lukpi:
alhamdulillah.. thanks
Allah knows best~
all the best to you to, Dr for the ummah
kalau macam mereka berdua takpela sebab mereka arif kedua-dua sekali...
selamat mencuba untuk arif kedua-dua tapi jangan cakap sahaja...
besar kemurkaan Allah kepada sesiapa yang bercakap tapi tak buat...
Wallahu A'lam...
slam ust saifullah
erm..sebenarnya nk mnjadi sgt arif dlm kedua2 bidang tersebut mungkin xkn boleh.skarang ni cbe kite tgk pengkhussusan kerja.tugas doc adalah utk merawat org sakit.dlm mse yg sme boleh berdakwah tp kite kne taw tugas utama kite adalah merawat org bkn berdakwah.sbb 2 sy kata kite kne tgk mne yg lebih priority,sy nk tnye ust la kn..ust skang blaja dlm bidang agama.boleh x dlm mse yg sama ust blaja medic n merawat org? x boleh kn? samala mcm kami.major kami adaloah medic.minor kami adalh bidang agama.pengetahuan ttg agama sekadar boleh beramal itu sudah cukup. btol x?
maaf andai terkasar bahasa...
n thanx utk ayat Quran 2.bru jek dgr tazkirah psl ayat 2..
salam..
anje,seronok baca interview ni.. :)
nmpk cam santai,tp insyaAllah membuka pemikiran dan bg idea kat org yg nk g interview..
be urself,no matter what.. itu yg terbaik.. :)
congrats and all the best in dentistry :)
-angah-
oh. tahniah jibah.
dasat jgk na soalan depa. hihi
all the best :)
Allah tak melihat hasil dr usaha kita tp mengira tiap titisan yg jatuh dlm usaha menegakkn kalimah Allah di muka bumi. moga sama2 tergolong dlm golongan yg beruntung.. ameen..
angah:
wa'alaikumsalam =)
hehe.. anje blaja something.. expect the unexpected! kemain lg baca psl dentistry.. siap abah print out notes.. skali.. =p thanks,angah.. all the best untuk angah jugak@ doakn anje slalu..
sumaiyah:
saje je nk nyakat org.. terrer interviewer nih.. hehe.. all the best untuk sue jugak =)
Nampaknya Muhammad Saifullah bin Umar tidak jawab...jadi saya ingin melontarkan pandangan saya...terutamanya kepada Kie...
"pengkhussusan kerja"?
"major kami adaloah medic.minor kami adalh bidang agama."
Pelik orang sekarang...belajar kerana nak kerja, duit...
major medic, minor agama = major dunia, minor akhirat.
mati, lubang mana antara dua lubang yang dia nak masuk agaknya?
Mungkin seseorang tidak dapat menjadi major dalam kedua-dua. Tapi kalau betul seseorang cinta akan Allah, dia tidak akn menjadikan yang agama sebagai minor.
Walaupun saya sendiri bukan dalam bidang agama, tetapi saya tidak pernah menganggap sains adalah major saya.
Saya selalu dengar ceramah ustaz Azhar, jadi saya berpandangan hampir sama dengannya...
Jadi anda bolehlah menonton atau mendengar ceramah beliau supaya anda lebih faham apa yang saa nyatakan di sini...
Sekadar Pendapat.
Wallahu A'lam.
sy amat menggalakkan perbahasan ilmu di sini tapi sy harap, masing2 berlapang dada. berbahas dgn hikmah,InsyaAllah..
'major' atau 'minor' bg sy adalah prmainan bahasa shj, mngikut kelulusan akademik. org yg ambil kedoktoran misalnya,akn di sebut 'major dlm medic' meskipun dia belajar di pondok dan ilmu agamanya tinggi. guru sejarah sy, 'major' in history dan 'minor' dlm bidang agama. tp ilmunya, masyaAllah.. anak seorang ulama', hafaz kitab arab lg.
apa pun ilmu di dunia adalah ilmu Allah. maka,tak adil andai di katakn ilmu medik adlh "ilmu dunia" sedangkn ia juga adlh satu tuntutan. tak perlu adanya diskriminasi ilmu.
pelajar IRK mmbantu ummah dgn ilmu agamanya. pelajar medik mmbantu ummah dgn ilmu kedoktorannya begitu jg dgn course2 lain. indahkan Islam? saling melengkapi.. andai medik di akari Islam, medik jg adalah ilmu agama sebenarnya. cthnya,siapa yg akn mnjadi pakar dlm fiqh perubatan kalau bkn pelajar medik yg Muslim? Islam tak suruh semua umatnya menguasai semua bidang sbb itu di khususnya fardhu ain dan fardhu kifayah. saling melengkapi, InsyaAllah.. =)
maaf kalau ada tersilap kata, tersalah bahasa. do correct me if i'm wrong. wallahu'alam..
Salam,
Good girl..
Baguslah tu amek dentist..
Perempuan amek medic saham jatuh org kata..(Sori sape amik medic..)..
Sbb kurg masa dengan family.. Kalau lelaki pon kurang masa dengan family but perempuan lebih sinonim dengan rumah(Waqi' Malaysia).. Dan perempuan aka ibu adalah lebih sinonim dengan menjaga anak dari bapa..
Tapi amek usulfiqh pon ok pe? Kalau kat sini bachelor usulfiqh tade kot.. Master adalah.. Malaysia tataw cane..
Wassalam
to AAM:
wa'alaikumsalam.
kesian kt mereka =) takpe lah,mereka tunaikn fardhu kifayah jg,kn. susah jgk kaum hawa kalau takda mereka
exactly. emm.. tu la hujjah ummi. InsyaAllah, He knows best. kemampuan masing2 brbeza. lepas istikharah + doa ummi abah, terasa dentistry yg plg dekat di hati. doakn moga Allah mudahkn urusan kte slps ini.
kt sini,under kuliyyah ilmu wahyu, ada rasanya pengkhususan fiqh. kte pn tak tau sgt.. jgnkan nk masuk, nk apply pn tak cukup requirement.
=)
keadaan menggambarkn betapa masih ada lagi y ambil berat ttg ummah..
*masih tersenyum*
setujukah kalau aku kata brg2 di dunia ni sebagai alat?
batu loncatan utk akhirat..
biar pn keluarga,harta,ilmu apa2 kata nama lain bagi rezeki kurniaanya sekalipn..
tetap ''alat'' utk berjaya..
*sume faham kut ni..kan?
hehe..
islam itu luas..
cantik lagi..
*setuju dgn diatas punya diatas!..lagi satu diatas komen..
sekian..
"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain" (riwayat Al-Qudhi)
"Dan carilah dalam kurniaan yang Allah berikan kepadamu itu (keselamatan) negeri akhirat. Tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu dari di dunia." (Al-Qasas:77)
sangat setuju, dunia adalah jambatan menuju akhirat. moga sama2 dpt manfaatkn sebaiknya.
terima kasih, bagi pihak pengomen..
salam..
'perempuan amik medic jatuh saham?'
biarlah saham dunia..yg penting Allah tahu apa dalam hati dia.selagi dia benar dan mampu menguruskn keluarga, Allah akan bg saham akhirat.
kalu takde perempuan amik medic,siapa yg nk jd doktor OnG aka pakar sakit puan?
sedarkah kita doktor lelaki yg plg byk dalam bidang tu?
sy nk tny saudara AAM..saudara sanggupkh biarkan isteri saudara berbidankn doktor lelaki? ataupun kalu anda adalah saudari,sanggupkah?
kalu tiada pilihan tu takpelah.tapi di sini lah kita perlu lahirkan ramai pakar sakit puan yg terdiri dr wanita. dan asasnya mereka ini adalah student Medic.
Apa yg penting,kita respect pilihan setiap org.sbb Allah telah mentakdirkan jalannya begitu.tiap org memilih bidangnya dgn alasan.
wanita yg sanggup ambil medic demi memikirkan permasalahan ummah,bukan dia tak tahu betapa sibuknya kerjaya doctor itu..tp kerana Allah semata2..moga Allah memberinya saham akhirat biarpun 'sahamnya; di dunia jatuh.
sekadar pandgn peribadi.tiap kita perlu memberi sumbgn pd Islam.dan niatkn apa juga bidg pilihn kita hanya kerana mcari redha Allah
to lOO (0_0):
kak aisyah yea? hehe.. congratz dapat capai ape yg akk nak, alhamdulillah.. :D
Allah knows best.. kemampuan individu itu berbeza.. kte cop akak as Dr OnG kte,tau =p
moga Allah redha dgn pilihan akk, pilihan saya, pilihan AAM dan pilihan sahabat2 lain.. yg penting, niat kerana Allah. InsyaAllah Dia akn mudahkan jalan kita seterusnya~
apa yang ingin saya nyatakan dalam komen baru-baru ini saya rasa sudah tercapai maknanya.
Apa yang nak saya sampaikan adalah agar ilmu agama tidak ditinggalkan.
Seperti kawan-kawan kita yang lain, kita tengok yang belajar sains masih ramai yang ilmu fardu ainnya tidak habis belajar. Malah belajar pun tidak.
P/S : ingat, ilmu fardhu ain bukan sahaja dalah ibadah, tetapi juga dalam perkara akidah. Dan dalam perkara akidah, tidak lengkap ilmu fardu ain jika kita tidak mengenal siapa Allah.
Jadi, kalau benar-benar ilmu fardu Ain dah lengkap. silakan belajar sains.
Jika persoalan "boleh Allah buat Allah yang lagi hebat daripada Allah?" boleh dijawab, silakan belajar sains.
Jika anda kata berdakwah dalam bidang anda, contohnya dentist, silakan belajar dan berdakwah jika anda mampu menjawab persoalan pelanggan anda yang bukan muslim jika mereka bertanya tentang Islam.
Jika anda rasa tidak mampu menjawab persoalan mereka atau jika mungkin anda rasa anda tidak mampu menjawab satu-satu persoalan tentang Islam, tinggalkan ilmu sains, belajarlah Islam dahulu. Kerana ia akan membawa fitnah kepada Islam. Contoh : jika ada non-Muslim yang bertanya anda tentang satu-satu perkara dalam Islam, anda tidak mampu menjawab, mereka memandang Islam yang rosak, bukan anda yang kurang ilmu.
Wallahu A'lam.
(Komen ini bukan untuk sesiapa, tetapi untuk diri sendiri. Jika ada manfaat ambil, jika tidak buanglah. Ganjarannya saya sedekahkan kepada arwah ayah saya)
ilmu 'aqidah' itu luas. walau diperuntuk seumur hidup untuk ilmu aqidah semata2, belum tentu dpt kuasai. apa yg ana nk sampikn juga sudah jelas. tidak meninggalkn aqidah juga mendokong fadhu kifayah. dan ana harap, ada berbaki kader2 dakwah dlm bidang profesional andai requirement untuk terjun ke bidang sains adalah seperti apa yg anta nyatakan.
wallahu'alam.
assalamualaikum warahmatullah...
kakak...
saya nk bertanya..
*berminat dengan dentistry*
mengapa panel2 tu mengatakan bahawa dentistry lagi susah dr medicine?
betul ke?
and kalau nak ambil dentistry ni mmg kne pandai ye?
wa'alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah.. ahlan2 ke kuliyyah of dentistry.
susah atau senang tu sgt subjektif,dik. byk faktor kena ambil kira. both ada pros & cons. akk yg tak berapa nk rajin ni rasa medic susah sbb byk kena baca :)
InshaAllah nanti akak buatkan post khas untuk adik pasal ni ya. ramai juga tak tahu realiti dental studies. akak sebelum masuk dentistry pun tak tahu sebenarnya. moga2 dapat membantu adik & sahabat2 lain.
terima kasih kakak ! isyaAllah akan sangat membantu saya mengenali bidang dentistry dgn lebih dekat lagi. syukren jazilan ! <3
haha..jawapan de mmg x boleh salam pung kalau bukan muhrim..x kire la ap pung..at least klu btul2x terdesak ke ap
Post a Comment