"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Sunday, March 7, 2010

langkah tersasar

bismillah..

ku intai mana hati yang lalu
lukanya tiada darah
parahnya tanpa sedar
segalanya tampak jelita

kian lama hakikat menerjah
sudahnya diri makin lemas
dalam kata nista berwangian dosa
di selubungi kegelapan hingga ku terpenjara
tersentak itu mengintai cahaya
masihkah ada lagi?

biar selautan air mata
takkan terlenyap noda dosa
mana kataku? apa pula amalku?
sujudku malu di depanMu
apakah Kau terima diri penuh hina


di cebis iman yang tersisa
ku sembahkan segala kekusutan
ku dambakan sinar keampunan
padaMu Ya Robb...
izinku rasai kehangatan cinta lalu
berteman obor mardhotillah
sudilah Kau tuntun langkahku
jangan biar ku tersasar lagi..

-najibah kazmin-
-4.01 am-

5 comments:

aku abid said...

wat sendiri ke?? mantop!!

wardatul asrar said...

emosi tak menentu.. keluar segala~

M Syakirah said...

asal x tido ni sayang..?
ada masalah ke ni..?

wardatul asrar said...

masalah iman yg makin parah~

plus biological clock tak betul skit. tlg mak cik kt restoran die, tutp pkul 2 am *tlg tgk* =)

Anonymous said...

salam naj , kamu apa sihatkah? Maaf ganggukan hari kamu dimana ya cenfos barangkali masih. Salam