"husband saya cina.. kahwin laa campur nanti anak comel2, bijak2 tau.", ujar guru kelas saya yang berbangsa siam sewaktu di tingkatan 3.
Dalam perjalanan ke rumah, saya ceritakan pada abah. balas abah, "try not to study and let us see how's your result then". ok, setuju.
pelbagai reaksi kita dapat lihat hari ini tentang kahwin campur (muslim & non-muslim). ada yang menyokong dan tak kurang juga yang menentang. saya sendiri belum berkahwin dan pendapat saya pasti ada yang tempang. penulisan saya lebih kepada pandangan seorang anak remaja berdasarkan pengalaman yang sedikit tentang "ada apa dengan mixed marriage".
bukan mudah berkahwin campur
petikan akhbar sering memaparkan pasangan yang berkahwin campur akhirnya bercerai selepas tinggal sebumbung. rata-rata kerana tiada keserasian. sungguh, waktu bercinta ramai yang buta. yang indah-indah saja terlihat. hidung mancung, dahi licin, mata biru. kurang nampak aspek perbezaan fahaman dan budaya yang nyata antara mereka. bila dah kahwin, si isteri marahkan suami yang makan petai. busuk, kata dia. si suami pula dah tahap mengidam. contoh.. akhirnya bergaduh dek kerana hal ini.
ada juga yang memeluk agama Islam semata-mata kerana hendak berkahwin. selepas itu solat puasa entah ke mana, keberkatan rumahtangga menjadi taruhan. si isteri tak menghormati suami yang muallaf sebagai ketua keluarga dan si suami tadi ego untuk berguru dengan isteri demi mengenal Allah dan rasul. si suami yang mukallaf pula tak bersedia mendidik isteri untuk menepati garis panduan Islam dan isteri pula gagal mencorak anak seiring dengan kehendak agama. pola seumpama ini yang berterusan langsung membawa keretakan sesebuah institusi perkahwinan.
selepas mendirikan rumahtangga, perlu di fikirkan pula bagaimana hubungan dengan pihak keluarga yang bukan Islam. pergaulan macam mana? aurat macam mana? bagaimana sambutan perayaan, yang mana boleh yang mana tidak? halalkah harta pencarian sebelum memeluk Islam? bagaimanakah mendidik anak untuk menghormati keluarga kedua-dua belah pihak dalam masa yang sama mengekalkan jati diri seorang muslim? takut-takut perkahwinan yang bertujuan dakwah dan menyambung silaturrahim terputus dek kejahilan sendiri. Perkara yang Islam haramkan kita halalkan dek kurang kefahaman dan kesediaan. dan naudzubillahimindzalik andai kata si isteri mahupun anak-anak menarik si ayah ke neraka kerana didikan agama yang kurang sempurna. jadi, bukanlah mudah kahwin campur..
tak boleh ke kahwin campur?
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Janganlah engkau nikahi orang-orang yang masih berkerabat kerana anak diciptakan laksana cahaya. Carilah wanita-wanita yang jauh dan janganlah engkau memilih yang dekat hubungannya." (Riwayat Ahmad, Malik & Al-Nasai)Islam sendiri menganjurkan kahwin jauh dan perkahwinan campur mampu membawa lebih ramai insan kembali mentauhidkan Allah SWT selain mengurangkan risiko penyakit keturunan dan mendapat anak-anak yang comel sebagai bonus. sejarah menunjukkan nabi SAW sendiri berkahwin dengan Shafiyah binti Huyai, seorang yang baru memeluk Islam dan berbangsa Yahudi.
"kami tidak serasi" "budaya kami tidak sama" adalah antara alasan yang biasa di dengari akibat penceraian. selepas itu mula terdengar bisikan,
"orang melayu ramai, mat saleh/cina/india tu jugak yang die nak. kan dah bercerai.."
salah siapa sebenarnya? jangan menunding salah pada bangsa lain. kalau asbab perkahwinan campur puncanya, kadar penceraian sesama bangsa melayu pun boleh tahan banyak juga. jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. keharmonian dalam perkahwinan campur mungkin nampak susah tapi tak mustahil. orang-orang hebat di sekeliling saya telah membuktikan.
sahabat ibu saya berkahwin dengan wanita berbangsa cina. atas didikan si suami, isterinya kini muslimah bertudung labuh dan berjubah malah ada antara anaknya yang menghafaz al-quran. masyaAllah, hebat sungguh benih yang tumbuh dari wanita yang sebelumnya kafir. guru sejarah saya juga bersuamikan seorang yang berbangsa German. comel sangat puteri-puteri mereka dan dari perkongsiannya, keluarganya alhamdulillah bahagia. asimilasi budaya yang positif menghilangkan konsep "janji melayu" dalam hidup mereka kerana suaminya sangat mementingkan masa.
formula saya, mudah. hendak seribu daya, mahu seribu cara. tak salah meredah arus berkahwin campur tetapi sertakan sekali kesediaan menghadapi persepsi masyarakat yang pelbagai juga cabaran hidup yang mendatang. peranan ini semestinya di mainkan oleh kedua belah pihak. sedia bertolak ansur bahawa institusi keluarga ini terbina antara dua insan yang berlainan budaya. hormati seleranya dan cara hidupnya asal tak bercanggah dengan Islam. cukupkan diri dengan ilmu agama supaya rahmat dan redha Allah melimpah kerana perkahwinan campur ini membawa si suami juga isteri ke dunia yang berbeza dari kehidupan satu bangsa-satu fahaman sebelumnya.
saya melihat anak hasil perkahwinan campur mempunyai bonus dari segi sosial kerana sejak kecil telah terdedah dengan hubungan kekeluargaan pelbagai kaum. anak-anak lebih terbuka mindanya untuk menghormati fahaman lain dalam pada masa yang sama mengekalkan jati diri seorang muslim. cuma syaratnya, ibu bapa perlulah memainkan peranan membekalkan anak dengan didikan sepatutnya. andai silap didik, saya khawatir si anak mungkin mengalami krisis identiti. nak kata melayu, pakaian serupa mat saleh. nak kata kafir, kadang-kadang nampak juga dia solat.
"nanti kakcik nak kerja kat oversea,lah. boleh kawin dengan mat saleh", saya melawak.
"tak payah la kakcik. bukan mudah kawin campur ni, ramai bercerai-berai. kawin dengan melayu je la", balas ummi.
"tapi.. ummi ngan abah?"
"ummi lain.. bukan cari sendiri..", kami ketawa.
colours of life~ kalau ada pihak yang menentang dan ada yang menyokong perkahwinan campur, saya memilih untuk suam-suam kuku. kahwin campur? terserah anda...
10 comments:
asimilasi perlu dalam kahwin campur. XD
ingat lagi.. yup, setuju
haha.
pendedahan yang baik anyways.
kalau lagi mendalam, boleh jadi promosi nih :)
sekadar berkongsi. promosi? harapnya tidak.. ikut kesesuaian diri masing2
i mean, promosi sunnah tu.
good thing to do what.
ouh.. ya, sgt2 baik kalau seseorg tu mampu supaya tak jd fitnah pd Islam kn =)
gud post.
*thumbs up*
Saya ingat satu ceramah ni, ustaz tu kata
"Contoh la.. yang laki tu indian, kepandaian dia 64%. yang perempuan tu turkish, kebijakan dy 77%. tak ke si anak tu nanti mewarisi 141% kebijakkan mereka..?"
wow. terbuka luas mata saya.
betul juga kan..
dan mula berfikir.=P
Akak kawen nanti jangan lupe ajak saya ea;)
fatimah:
hehe.. lawak laa ust tu.. kalau lah kebijaksanaan ni boleh di waris 100%,dik..
kmu fikir ape? habis laa akk lepas ni 'kena' dgn melayu konservatif~ :p
ntah bile dik.. kalau akk tak terjemput tu, maaf laa ye.. kot2 laa Die jemput dulukn =)
ko mmg konservatif,ha2
salam =)
yup2, setuju,bagi saya takde masalah, maksud saya kena berhati2..tapi klu nk cari, kenalah lihat pada agamanya ..klu elok baru boleh kahwin.hehe..
& ni off topic jap, i tak percaya sangat dengan term konsetvatif ni..kita wanita islam yang ikut perintah Allah, namanyer konservatif ker? not at all. we shud be proud cos we are the modern ones than those who tend to follow the bad western culture which is actually jahiliyyah insteas of us the true muslim women who are modern..=)
err, how long has my comment turned out? haha
Post a Comment