"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Saturday, April 10, 2010

Maya az-Zahrah

 bismillah..

"buka pintu ni sayang.. biar ibu jelaskan..", pujuk si ibu.

senyap, tanpa respon.

sesekali terdengar esakkan dari dalam.

"sabarlah Ani.. maya mungkin terkejut..", Encik Abdullah cuba menenangkan isterinya. pintu bilik Maya di buka menggunakan kunci pendua.

Maya merebahkan badannya ke katil. wajahnya di tekup dengan bantal. sesekali bahunya terhincut-hincut menahan sendu.

sedih hati maya, pedih lagi hati ibu melihatkan satu-satunya permata hati di rundung pilu. doktor telah pun mengesahkan bahawa Puan Ani tidak dapat lagi mengandung setelah menjalani pembedahan pembuangan ovari akibat kanser. kini, seluruh kasihnya tumpah hanya pada Maya Az-Zahrah.

"maafkan ibu,sayang..", takungan di bibir mata melimpah. bahu Maya di sentuh lembut. dalam hati, Puan Ani mengulang asma' Allah, 'Al-Latif'. moga hati puterinya yang di asuh sejak bayi terus lembut dan pasrah mendengar penjelasannya.
********************
Encik Abdullah menyambut gembira kedatangan Adilah, anak arwah kak long nya setelah hampir empat tahun tidak bersua. kali terakhir dia mendapat berita tentang Adilah adalah ketika dia di tahun akhir pengajiannya dalam bidang kejuruteraan di Universiti Vanderbilt. sewaktu kecil, Adilah lah teman sepermainannya memandangkan jarak usia mereka tidak jauh.

"Pak Su.. Dila datang ada hajat", wajahnya di tunduk menghadap lantai. jarinya memintal hujung lengan baju kurung. air mukanya mendung. sesekali dia mengesat matanya dengan tisu.

Puan Ani memandang tepat ke arah anak saudaranya. "cakaplah.. kalau Mak Su boleh bantu, Mak Su bantu.. Dila pun bukan orang lain dengan kami."

lambat-lambat Adilah menutur kata. mendengar penjelasan Adilah, Encik Abdullah dan Puan Ani beristighfar panjang. sesekali mereka menjeling perut Adilah yang hanya menunggu masa melahirkan.
 
“Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” (al-Israa': 32)
awalnya, mereka bersangka baik kalau-kalau Adilah telah pun bersuami. rupanya, Adilah juga salah seorang mangsa 'kejutan budaya barat'.
"Dila ingat.. nak gugurkan tapi doktor kata dah terlalu lambat," Adilah menyambung ayatnya.

satu tamparan hinggap di pipi Adilah. sudahlah mengandungkan anak luar nikah, berhajat pula meneruskan dosa membunuh darah daging yang tidak berdosa. Encik Abdullah benar-benar hilang sabar.

"mengucap, bang.. benda dah jadi", Puan Ani cuba meredakan kemarahan suaminya.

"Pak Su tak sangka pemikiran Dila sampai ke situ. bayi tu langsung tak berdosa. yang berdosanya kamu, bertaubatlah! jangan kamu siksa bayi tu", Encik Abdullah membacakan ayat 33 dari surah al-isra':-
“Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan ahli warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak)” (Al-Israa': 33)
esakkan Adilah menjadi-jadi. antara takut dan insaf, Adilah bingung.
"bertaubatlah Dila, masih belum terlambat.. berdoalah moga anak yang lahir nanti mampu menjadi saham Dila di sana nanti", Puan Ani memeluk erat anak saudaranya sambil memberikan kata-kata semangat.

baginya, kesalahan bukan seratus-peratus terletak di bahu Adilah. dia kurang bimbingan dari orang tuanya. meskipun ayahnya masih hidup, abang long sibuk dengan keluarga barunya. Adilah terbiar tanpa didikan agama yang sempurna meskipun dalam segi akademik, dia seorang pelajar yang cemerlang.

"tinggallah dengan Mak Su", Puan Ani ingin menebus hak Adilah padanya. seharusnya dia lebih prihatin dengan nasib anak saudaranya itu sejak dulu lagi.

********************
hari-hari Adilah kini di penuhi dengan aktiviti yang dapat mendekatkan dirinya dengan Allah. Pak Su dan Mak Su nya sendiri menjadi pendidik setia. setiap hari, Adilah berusaha menghabiskan surah maryam, yusuf dan luqman mengikut nasihat Mak Su nya

"sudi tak Allah nak ampunkan Dila, Mak Su?," Adilah merebahkan kepalanya ke riba Puan Ani usai solat maghrib berjema'ah. air mukanya semakin bercahaya.

"orang yang bertaubat itu macam bayi yang baru lahir, Dila.. janganlah Dila risau, keampunan Allah itu sangat luas.. Dila ingat kisah Jibril menegur nabi Musa?"

Adila menggeleng. "Mak Su ceritalah.."

"satu hari ada wanita datang kepada nabi Musa a.s. memohon agar nabi doakan dirinya sambil menangis teresa-esak. dia telah berzina dan membunuh bayinya. bila mendengar kisah wanita itu, nabi berasa marah dan menghalau wanita tersebut. kemudian, datanglah Jibril menegur nabi Musa a.s. yang menolak wanita yang ingin bertaubat dari dosanya. Jibril kemudian betanyakan nabi Musa a.s, tidakkah baginda tahu dosa yang lebih besar dari berzina? Jibril kemudian menyatakan bahawa dosa orang meninggalkan solat dengan sengaja tanpa menyesal adalah lebih besar daripada seribu kali berzina. nabi kemudiannya memanggil semula perempuan itu dan berdoa dengan khusyuk agar Allah mengampunkannya", Puan Ani mengakhiri kisahnya sambil mengusap lembut kepala Adilah.

"begitu luas pengampunan dan kasih sayang Dia..", buat kesekian kalinya, Adila mengalirkan air mata keinsafan.
*******************
sudah dua paket darah di masukkan ke badan Adilah bagi menggantikan darahnya yang hilang akibat pendarahan. usaha Doktor Nazmi tidak kelihatan berhasil. denyutan jantung Adilah terus-terusan lemah selepas selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

Di luar dewan bedah, Encik Abdullah dan Puan Ani tak putus-putus berdoa agar Allah menyelamatkan Adilah dan bayinya. "Robbi yassir wala tu'assir... robbi tammim bil khayr.."

debaran mereka memuncak saat lampu merah di bilik bedah terpadam. Doktor Nazmi keluar demi menyampaikan berita yang amat memilukan. "sehebat mana perancangan manusia, hebat lagi perancangan Dia. berdoalah dan bersabarlah.." Adilah di sahkan meninggal dunia selepas empat jam bertarung nyawa di operation theater. 

Puan Ani terduduk saat menerima berita tersebut. namun, dia dan suaminya pasrah menerima ketentuan Ilahi. mereka berazam menjaga bayi yang di beri nama Maya Az-Zahrah binti Abdullah itu sebaik mungkin. kebetulan nasab yang sama dengan nama bapa angkatnya.
********************
"ibu rasa, bayi tu dah cukup cekal dan solehah macam mama dia untuk terima berita ni. sebab tu ibu bagitahu Maya sekarang", rambut Maya di usap lembut.

kekuatan di kumpul. Maya bangkit menghadap ibunya."Maya.. sedih ibu..", tangisannya makin reda meski masih bersisa.

kalaulah segala kesedihan Maya dapat di pindahkan, sanggup Puan Ani menanggung segalanya. Siapa yang tak sedih bila tahu dirinya bukan anak kandung ibu dan ayah? anak luar nikah pula?
"maafkan ibu sayang..", Puan Ani mengungkap lemah.

fikiran Maya bercelaru. dalam usia yang baru menginjak belasan tahun, emosi Maya mudah terusik.

"apa pun orang kata, Maya tetap anak ibu dan abah sampai bila-bila. Maya adalah hadiah Allah buat ibu", kata-kata puan Ani terhenti. dia dapat mengagak apa yang bermain di minda puterinya.

"Maya tahu.. fitnah bayi dalam Islam itu bersih tanpa dosa. bukanlah macam kepercayaan Kristian bahawa bayi yang baru lahir mewarisi dosa nabi Adam. ibu dah corak Maya dan akan terus mencorakkan Maya supaya satu hari nanti, Maya jadi muslimah yang solehah. bukan asal keturunan Maya yang Allah tanya tapi di mana taqwa yang menjadi timbangannya", puan Ani mengucup lemput pipi Maya.

"Ya Allah. tabahkanlah dia", bisik hati kecil Puan Ani.

"terima kasih ibu..", Maya membalas pelukan erat ibunya.

4 comments:

mawaddah said...

salam najibah :) cepat kan i comment..kebetulan check.hehe..wahhh..sedih dengar criter ni..tapi kan kesian jugak dengan baby tu sbb anak luar nikah tak dapat warisi harta ibu bapa angkat dier kan..n dia tk dapat apa2 hak yang istimewa kan..so kesian lah anak tu.. masalh buang bayi tk akan berlaku klu mereka ni tk brzina..agree? so nk kena cegah ebih baik dari rawat..senang ckp tapi remaja2 yang terlanjur tu tk pikir ke pasal ni sumer? naudzubillahiminzaalik

najibah said...

wa'alaikumsalam..

agak,la.. pantas! =D betul.. sangat kesian kt baby2 ni.. snanya tergerak nk tulis cerpen ni sbb hari2 bukak paper ada kes buang bayi..

agreed, cegah dari bawah. takda buang bayi kalau takda org berzina. takda org berzina kalau nafsu tak bergelora. takda org tak bergelora nafsu kalau tak ada 'punca'nya. jadi, cantas 'punca' yg mnaikkan nafsu. harapnya pihak media lebih strict~

mawaddah said...

yup2..nk tmbah sket..best topic ni
so basic dier kena tutup aurat dan tundukkan pandanagn..chey2..* dari yang tk arif ni* heh

najibah said...

yup, mencegah lebih baik dr mengubati.. dan cara pncegahan semuanya dh ada dlm Islam.. tinggal nk ikut ke tak je,kn..

Ya Allah, thabbit qulubana ala deenik wa 'ala tho'athik