"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Saturday, April 17, 2010

moga Allah redha denganku

bismillah..

"eh,ustaz.. sila lah duduk. saya dan ajk lain boleh susun kerusi ni", pinta ajk program. pelik melihatkan seorang ustaz yang sepatutnya memberi ceramah, bersama-sama dengan ahli jawatankuasa program untuk menyusun kerusi sebelum majlis bermula.

"takpa, biarlah saya bantu. saya pun tak tahu amalan saya yang mana Allah redha", pinta penceramah.

mendengar kisah di atas dari seorang sahabiah membawa saya berfikir jauh. ringkas ayat sang ustaz tapi menusuk. apakah kita tahu, amalan kita yang mana satu Allah redha? amalan kita yang manakah menjadi pemberat mizan hasanah di Hari Kebangkitan?

semalam, sekali lagi saya mendengar kisah berbeza dengan tema yang serupa. kisah seorang kaya bernama Abdullah Bin Ja'far daripada ustaz saya di sini.

sedang Abdullah Bin Ja'far berjalan-jalan, dia ternampak seorang kanak-kanak membaling roti kepada sekumpulan anjing. kanak-kanak itu adalah seorang hamba yang hitam kulitnya. Abdullah merasa hairan dan bertanya, mengapakah dia memberi roti kepada anjing-anjing itu?

budak itu menjawab, di tempat ini sepatutnya tidak akan ada anjing. jika ada anjing yang sampai ke sini, pasti anjing itu telah berjalan jauh dan kelaparan. maka, sebab itulah kanak-kanak itu membaling sebuku roti. melihatkan anjing-anjing yang makan dengan lahap, dia baling sebuku lagi sehingga habis buku roti yang ketiga.

Abdullah kemudian bertanya, apakah yang budak itu makan? budak itu menjawab, roti-roti itulah pemberian tuannya kepada dia dan hari ini dia tidak makan dan berpuasa. mendengar jawapan hamba kecil itu, terdetik di hati Abdullah akan betapa dermawannya seorang hamba. beliau kemudian membeli kanak-kanak tersebut dan memerdekakannya serta menghadiahkan kebun tempat hamba kecil itu bekerja. inilah contoh amalan yang berkat dan Allah melipatkaliganda rezeki si hamba tadi.

kita tak tahu apakah qiyamullail, solat sunat atau puasa sunat kita yang Allah redha? mana tahu salam yang kita sebarkan, seringgit yang kita dermakan ke tabung surau atau sampah yang kita kutip di jalan yang Allah lebih redha? saya di ingatkan lagi hari ini.. jangan memilih dalam beramal. niatlah beramal dengan tujuan yang satu, "moga Allah redha denganku."

6 comments:

sham moduLLus said...

hmm. pagi2 update blog. bagos2

hmm. tq

fatin nazihah ashari said...

:(

yup..betul tu
timekasih :)

najibah said...

to sham:

ilham di pagi hari

jihah:

senyum laa =) alhamdulillah..

mawaddah said...

yup..saya pun terharu dengar ni..lagi2 hamba yang hina macam kita ni kan..takut klu Allah tak terima amalan kita..perkongsian yang menyentuh hati ya najibah..:)

bob said...

jolo doh~

najibah said...

to mawaddah:

yup.. takut sgt kalau beramal syok sendiri.. "di sangka diri sedang taat, rupanya bukan rahmat yang kita dapat~" moga ada amalan kita yg sedikit ini, Allah terima..

bob:

terima kasih. sama2 muhasabah