nota awal: entri ini tiada kaitan dengan siri drama/novel 'omputeh', gossip girl.
pada senja selepas solat maghrib, 'usrah gossip girls' bermula. perkongsian yang membawa kepada pecah tawa. bicara tentang duri-durian.
"cik nana burst *ketawa*! habis laa hilang syauqah (duri)..", cik lin ketawa mengusik.
"alamak! habis la kite.. tu la, banyak sangat gelak..", respon cik nana. "ha.. cik lin kan nak jadi syauqah, boleh laa tolong kite asah.. ke nak jadi durian? lagi banyak duri"
sekali lagi, penghuni bilik memecah tawa.
"boleh laa cik lin jadi durian.. orang nak pegang pun susah. tapi, kulit durian keras.. kena guna parang nak belah", cik leha menambah.
"ok, lin jadi durian la.. luar je nampak keras tapi dalam lembut. macam diri lin, luaran je keras tapi dalaman lembut. berbaloi la walaupun susah nak bukak", cik lin mem-perahsankan diri.
"tapi sebab baunya, durian masuk fear factor! cik lin jadi durian ye? hehhe", cik nana menyambung.
"ala.. lin jadi durian yang wangi,laa...", cik lin membela.
***********
belajar dari Durian
seronok belajar dari alam. saya teringat perbualan kekasih Allah, Muhammad SAW dengan puteri kesayangannya, Saidatina Fatimah r.a. berkenaan pohon semalu dan kaitannya dengan wanita. kali ini, saya tertarik untuk belajar dari durian.
luarannya, durian nampak kurang menarik. sudah la berkulit keras, banyak pula duri. kepada bukan penggemar dan tidak tahu menahu tentangnya, durian di pandang sebelah mata. malah akan ada yang menekup hidung, "durian itu busuk!". cukup untuk meluahkan impresi negatif tanpa ada keinginan untuk menjamah isinya.
analogi kepada manusia yang 'biasa-biasa' di mata manusia lain. kadang-kadang di ambil peduli, kadang-kadang di tinggal saja. "sombonglah dia, pakaian selekeh pula", meskipun yang mengata tak mengenali peribadi orang yang dikata. kalau ada perbuatan yang tak berkenan di hati, mulalah timbul cakap-cakap belakang. ini kebiasaan yang tak sepatutnya di biasakan.
berbeza dengan penggemar yang benar-benar mengenali durian, bau yang 'busuk' itulah pujaan hati. tertunggu-tunggu bila tibanya musim durian. rupanya di sebalik luarannya yang tak menarik, terselit berpangsa-pangsa isi yang lembut dan manis. hadiah buat penggemar durian yang sabar mengharungi duri dan kulit durian yang keras lagi tak menarik!
samalah seperti manusia yang menyelami hati (isi) sahabatnya. mulanya mungkin rasa kekok dan tak serasi. "macam tak dapat 'masuk' ja dengan dia ni". tapi bila dah kenal, hati mula terikat dan jatuh sayang. mungkin saja first impression kita tersasar 180 darjah. rupanya di sebalik luaran yang 'keras', terselit hati yang lembut dan mudah di lentur. dan... mungkin saja luaran yang lembut, terselit hati yang keras dan pendendam! yang ini bahaya..
************
lin: "ramai yang cakap, diorang dulu takut dengan lin. orang yang tak kenal, selalu ada negative perception kat lin."nana: "alamak, kite terasa.. thirah pun terkejut kite rapat dengan lin =) lumrah manusia, tak lepas dari kesilapan. yang penting, usaha untuk baiki kesilapan tu. kebanyakan manusia memang mudah nampak kesalahan orang lain dan jarang reflek diri, "adakah aku melakukan kesilapan yang sama?". manusia boleh berubah kepada lebih baik atau kurang baik, iman itu sifatnya yazid wa yanqus (menaik dan menurun) sebab tu lin kena jadi kawan kite, untuk ingatkan kite. lin kan nak jadi durian, biarlah luarannya orang nampak tak best tapi hati kita best.. tak semua orang boleh tahu diri kita yang sebenar macam mana sebab kita 'istimewa', cukuplah sedikit orang-orang 'istimewa' macam kite je dapat kenal diri lin. ramai sangat nanti, kite jeles..~"
lin: "nana memang faham lin..~ tak jadi nak down, dah semangat balik!"
3 comments:
durian sedap oo... sape cakap busuk??
Salam,
Durian.. (-.-)..
Telan air liur dari jauh..
Kalau sampai benua ni pon biasanya dlm bentuk tempoyak.. Jadilah.. Xda kaitan dgn artikel..
Wassalam
to anonimes:
ada sesetengah =) bkn pnggemar mgkin..
to AAM:
wa'alaikumsalam
nnti balik la sini waktu musim durian
mintak ummi simpan stok byk2
it's ok =) mngimbau kenangan di tanah air pn jadilah
Post a Comment