hari yang berlalu dah tak semudah semalam. rembesan adrenalin tahap hyper. dah tak boleh malas jogging lagi sebab kalau pergi kelas naik bas, balik kelas banyaknya kena jalan kaki. sambil zikir-nyanyi menghibur hati selepas sepanjang hari berperang dengan kantuk dan janaan minda. dari minggu pertama semacam peluru tepat M16 tuju ke kepala. campur dengan bom mortar sekali bila lecture laju sangat tambah dengan tak faham dan lambat pick up. seniors yang concern suka tanya, macam mana study? tak terjawab rasanya. fuh. tak sampai sebulan lagi.
terima kasih pada Allah yang membuka hati seniors yang sangat-sangat baik hati untuk menumpangkan adik junior mereka saat tengok kami berkawad di tengah mentari, bermujahadah ke kelas-hostel. takdalah lama mana, dalam 15-20 minit perjalanan saja. nasib kelas ada pendingin hawa. "ai, cepat sampai" "seniors yang baik hati tumpangkan keta". mengenal konsep ta'awun dengan lebih mendalam kat sini. dia-saya, tak kenal pun. tapi dia tahu saya susah, maka dia tolong. terima kasih sangat^infinity.
ok. giliran lecturer pula.
caring. macam ibu ayah sendiri. "aii anak aku.. look here", sambil dia betulkan kedudukan microscope. malu. segan. bangga? haha. sebab dapat 'anak'. mereka yang lain ketawa. biarlah. bahagia. "kau boleh jadi menantu aku!" lagi sekali. tapi dia tuju kat orang lain. ketawa lagi. pecah tembok lecturer garang dengan student tekun-takut-lecturer. mereka suka berzikir dengan perkataan "distinction" dan "viva". sungguh. rugi pula tak kira berapa kali perkataan tu di sebut sejak hari pertama kelas. bila 'zikir' tu di sebut, kami tengok-tengok sesama kami. senyum. tapi kelat. aha.. masing-masing faham perasaan masing-masing. under pressure? harapnya lebih bersemangat. mereka nak kami sedar, kat sini dah tak mudah macam dulu-dulu. kalau dulu "nak A, nak A" sekarang.. "moga-moga lulus" oh, berbeza.
bukan saya seorang, tapi kami. dah macam keluarga besar pulak kat sini. satu batch, 40++ ja. campur dengan seniors, ada la dalam 200 orang. tambah dengan staff clinic yang jadi kakak-abang-mak cik-pak cik kami. baik. "first year ye?" "ha'ah.. akak keja sini?" "padan tak penah nampak muka.. akak kat lab. nanti masuk lab jumpa la akak" ramah belaka. dean pun mesra student. sampai ada yang takut nak berselisih dengan dean, nanti dia tegur. macam-macam.
terubat sikit pressure belajar bila intai-intai klinik waktu break. tengok mak cik pak cik tunggu giliran di rawat. dengar kanak-kanak menjerit over dental procedure. ada juga yang lari-lari sambil ibu dia kejar. lucu. teringat zaman dulu-dulu. tak jauh beza pun. "adik.. nama sape? kenape tak nak masuk?" jeling. lari. mata dia masih basah. gagal..
"along your way, you'll see a lot of people walking, standing by your side and running. dont wait but run with others!" "A true Muslim will always do the best for others" (prof mohanna)wassalam.
7 comments:
=)
salam alaik wbt.
saje nk ucap
''slamat datang''
moga Allah permudahkan..
*hectic-kan?
byk Allah hantar org bantu tu..
betuah..
''hamdalah''
Alhamdulillah... =)
Salam Najibah... sangat-sangat terharu baca post ni... :-)
for the next five years will be the most unexplainable journey, yet, InsyaAllah, He will chart our paths with His ultimate guidance... So, good luck!
Welcome to our world!
.
But a lone girl ranger wif ur determination bound to make it.
.
.
It's me i'm worry about.
.
.
.
to qusyairi:
wa'alaiukumsalam wbt
alhamdulillah..
terima kasih, moga Allah prmudahkn jln kamu & kita semua jg.
to hanif borhan:
byk sgt2 bantu kami. terima kasih byk2 senior. jazakallahu khair
to herie:
wa'alaikumsalam, herie. kita sama2 rasa.
unexplainable journey? nice one. there's a long way to go. InsyaAllah, may His bless be with us always and forever. all the best to you too.
to AAM:
thank you so much
InsyaAllah.. tp, lone ranger pn perlukn assistance. at least from Him.
worry? why?
syukur. best la kamu. insyaAllah sume org de part msg2:)
to fareha:
so far, alhamdulillah.. harap2 masih terus mampu terus mengucap syukur lepas2 ni jgk wlpn lidah kadang2 (selalu,mungkin) terselit keluhan..
ujian itu sunnatullah,kan =)
Post a Comment