"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Saturday, September 4, 2010

bingkisan saat akhir

bismillah

kali ini jangankan nak berlawan hujah memberi usul, nak buka mata saja dia belum mampu. wajah Izwar berubah. bukan lagi rakan sejawat yang saya kenal dulu. lebam dan bengkak. tiub penuh di badan dan leher. graf ventilator setia menunjukkan bacaan turun naik.

hanya dua orang di benarkan melawat pada satu-satu masa. kebetulan waktu itu, ayahnya berada di sisi. jelas riak wajah risau yang cuba di selindung. tak sanggup melihat derita si anak lalu di sibukkan diri menguruskan hal pembiayaan hospital. sekali-sekali di respon pertanyaan berkenaan anaknya. senyuman kelat di hadiah.

sayu..
********************
"Alhamdulillah... Alhamdulillah.. berkat doa sahabat-sahabat.. ", bunyi suara di hujung talian. saya menyambut ucapan hamdalah dalam hati. rahmat, musibah, hidup, mati bahkan segalanya takkan terlepas dari percaturan Dia. ummi mengingatkan.

Izwar dah sedar walau masih di ICU. Doktor berikan ubat pelali setiap kali dia terjaga bagi mengurangkan kesakitan. tiga dari mereka dah pun di pindahkan ke hospital berdekatan kampung halaman masing-masing. keadaan semua makin stabil, alhamdulillah.

sejak berita kemalangan itu sampai pada pengetahuan, empat hingga lima kali sehari ummi telefon bertanyakan khabar. ada suara abah di sisi berpesan itu dan ini.

kadang saya hanya mampu mengangkat bahu. tiada perkembangan terbaru. setiap mesej yang masuk terasa berat untuk di baca. dalam dua bulan ini saja, hampir sepuluh sahabat terlibat dengan kemalangan dan kali ini yang paling kritikal. harapan hanya satu, moga Allah redhakan kami, juga mereka yang di uji.

"baru balik majlis ilmu.. doa banyak-banyak kat kawan.." tak jemu ummi pesan. doa sahabat buat sahabat. semoga mereka tabah dan mampu menjalani kehidupan normal seperti sebelumnya. jangan tinggal solat sunat sebelum bermusafir, mohon pertolongan Dia di mudahkan perjalanan. kita manusia hanya mampu usaha yang terbaik dan Dialah yang menentukan hikmah segalanya. jangan pernah rasa penat meminta dan memohon kepada Allah. sekali Allah uji bukan bermakna Allah benci. di uji mungkin saja meningkatkan martabat insan ke tahap lebih tinggi.

juga pesan ummi dalam mengisi ramadhan yang berbaki, rebutlah "sale" yang tinggal sebelum kita pasti adakah ramadhan lagi untuk kita. moga di murahkan rezeki dengan solat sunat dhuha. penuhi hari dengan al-quran. niatkan ke kelas demi menimba ilmu Allah swt. hidupkan malam dengan tahajjud. dan biarlah bibir senantiasa meniti zikrullah. dalam memburu lailatul qadar pula, di ajarkan oleh guru ummi untuk tak lupa meminta agar Allah mengabulkan doa kita pada bila-bila masa saja kita berdoa. moga hijab doa antara kita dan Dia menipis. pastinya amalan-amalan ini tidak hanya tertumpu di bulan ramadhan saja malah tetap istiqomah dan makin bertambah seiring usia bi iznillah..

moga kita semua di temukan dengan malam yang lebih baik daripada seribu bulan. berkenaan dengan tanda-tandanya, suka saya berkongsi sebahagian artikel dari link kak fatimah. moga bermanfaat InsyaAllah.

Tanda malam qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya jernih tidak terlalu terik;
3) Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Menurut guru kami, almuhtaram ustaz muhadir bin haji joll ,diantara tanda-tanda lailatul qadar itu ialah:-

1) Hari itu sangat tenang
2) Pada malam hari,tidak terdengar salakan anjing seperti malam-malam kebiasaan
3) Kadang-kadang pada malam itu,seseorang akan rasa termotivasi untuk melakukan amal ibadat berbanding dengan malam-malam yang lain.
4) Dan diantara petunjuk yang lain juga,seseorang itu akan rasa mengantuk teramat sangat utk melakukan ibadah
5) Jika diizinkan Allah,ada di kalangan seseorang hamba itu diberi peluang untuk melihat pokok-pokok seolah-olah dalam keadaan rukuk atau bersujud.
-Menurut guru kami lagi perkara ini pernah terjadi pada anak murid beliau.
6) Pada malam itu dimakbulkan akan segala doa.
-Ustaz menjelaskan sekiranya seseorang yang buta meminta agar ia disembuhkan, maka dia akan dapat melihat dan barangsiapa yang pekak meminta agar dia dapat mendengar, maka dia akan memperolehinya.

special thanks to:
1) Ust Majdi Nadwan [Mujahid Sepanjang Zaman]
2) Kak Fatimah [اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد]

wallahu'alam..

8 comments:

kina ;) said...

Alhamdulillah, syukur..syukur..semoga Izwar cepat sembuh..

Sama2 kita mengejar malam2 terakhir Ramadhan kali ini..Semoga kita bertemu dgn malam lailatul qadr..ameen...=)

najibah said...

InsyaAllah.. teruskan berdoa.
jom2 =) Allahumma ameen..

dell~ said...

semoga izwar semakins sembuh..

coqah, thanks for sharing. :)

najibah said...

Allahumma ameen.. welcome kakak dell =)

Erma Fatiha said...

salam dik,

akak pun terlibat ngan kemalangan waktu 21 ramadhan.alhamdulillah masih diselamatkan Dia.
Motor je pergi,akak sempat lompat..

btw,guru mana yang nti maksudkan?

p/s:ramadhan kareem,selamat hari raya=)

fatin nazihah ashari said...

Allah.. moge selamat semuanya..amin

najibah said...

to kak erma:

wa'alaikumsalam, kak

alhamdulillah, Allah masih bg ksempatan waktu untuk beramal dgn sempurna =)

guru yg mngajar talaqqi kt foundation dulu, al-fadhil ust muhadir hj joll

p/s balas: Allahu akram.. selamat hari raya juga..

najibah said...

to jihah:

Allahumma ameen.. =)

p/s: bila kembali ke layar maya? lama xnmpk.. kt fb pn.. hehe