[12.40 pm]
(scene 1-lecture hall)
waktu pengajian sepatutnya tamat empat puluh minit yang lalu. sesi Q&A session sedang berlangsung.
“jom keluar kelas. waktu dah habis”, resah.
“emm.. kurang sopan la mira keluar waktu lecturer bercakap..”
buntu.
‘bagusnya ada sahabat peringatkan cara beradab dengan guru. tapi.. macam mana dengan janji?’
timbang tara aulawiyat.
“betul tu. dilemanya.. maaf aisyah, mira sangat terpaksa pergi dulu ni. aisyah keluar kemudian pun takpa”
lebih aula di sebelah sini.
mencari ruang dan peluang. bingkas bangun dan berlalu.
----------------------------------------
[12.45 pm]
(scene 2-cafe)
“hari ni kan jumaat, break lama. mira kena jaga hak badan, nanti gastric kalau skip lunch. maaf ya tanya, kenapa mira rush?”
curious.
“mira ada janji sebenarnya.. halaqah pukul satu, lepas tu kan kita ada kelas lagi”
“ye ke.. padan la tadi taknak lunch.. ni makan laju semacam pula. lain dari biasa! kesian kat mira..”
senyum. kelat.
“nak kata orang sokmo makan lambat la tu =) ada perkara yang kita terpaksa utamakan lebih dari yang lain. menepati janji adalah WAJIB dan makan dengan tertib adalah akhlak Islamiah. takut juga terjadi fitnah kalau orang nampak. if possible, don’t try this at home ya. anywhere indeed. moga mereka yang terlihat, Allah detikkan hati mereka untuk bersangka baik..”, berharap.
mencerna.
“selemah-lemah ukhwwah kan bersangka baik dan berlapang dada? InsyaAllah, don't worry.. utamakan pandangan Allah! Allah lebih tahu.. pantas mira, antara ciri-ciri munafiqun adalah bila dia berjanji, tidak dia tepati”
Allah!
-----------------------------------------
[12.55 pm]
(scene 3-kaki lima)
“5 minit ja tinggal ni.. Allah... jalan kaki ni paling kurang 15 minit”
“masa itu milik Allah, yakinlah.. bukan mira sengaja lewat-lewatkan. mana tahu ada princess charming tumpangkan kereta ke kejap lagi”
[tett.. tett.. 1 message received]
“assalamualaikum. kak farah datang lambat sikit, ada hal. maaf sangat-sangat. halaqah kita start pukul 1.30 pm, adik-adik boleh solat dulu”“Alhamdulillah.. sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat qoreeb untuk mereka yang yakin dan percaya. halaqah tangguh 1.30, aisyah.. kak farah ada masyaqqah, mungkin. giliran kita husnudzon dan berlapang dada..”, gembira.
“Allah memberi pertolongan dari jalan yang tak kita sangka. Memang terbaik! Alhamdulillah, berlepas dari memiliki ciri seorang munafiq juga.. naudzubillahi min dzalik”
-----------------------------------
apa khabar aulawiyat kita?
apa khabar ukhwah kita?
Glosari:
aulawiyat/aula = keutamaan/lebih utama
munafiqun = golongan yang mengaku Islam zahirnya tetapi batinnya menentang Islam
qoreeb = dekat/rapat/hampir
ukhuwwah = hubungan
masyaqqah = halangan/kesulitan/kepayahan
husnu dzon = bersangka baik
sokmo = selalu (dialek pantai timur)
2 comments:
tobak khatam doh buku fiqh aulawiyyat nih...
fiqh harakah & sirah pun banyak tak khatam & hadam.
terima kasih ingatkan
Post a Comment