Eid Mubarak buat semua pengunjung ~::W@RD@TuL ASR@R::~. moga gradnya kita dari madrasah tarbiyyah Ramadhan al-Mubarak ini dengan mumtaz. Allahumma ameen.. tetap dan istiqomah dalam beramal agar kita menjadi insan Rabbani dan bukannya insan Ramadhani. peringatan ini buat saya terutamanya. maaf andai ada salah silap, terkasar bahasa, tersinggung rasa dengan segala mazmumah. sungguh hamba ini dhoif dan penuh khilaf.
terima kasih sahabat-sahabiah yang tag, hantar mesej dan call untuk ucapan eidul fitri. maaf kalau ada yang terlambat balas,ya. eid kali ini sedikit berbeza bila ustaz yang menghantar salam ingatan dahulu kepada anak murid. Semoga Allah memuliakan kalian. jazakumullahu khairan atas curahan ilmu dan doa.
[received from sheikhuna; ustaz Muhadhir B Haji Joll]
Amalan malam 'Aidain (Dua Hari Raya)
1- Solat Tahajjud
2- Solat Tasbih (4 rakaat 2 salam)
3- Solat Hajat
4- Laa ilaaha illAllah (1000x) kemudian baca Allahumma thabbitnaa bi qaulith thaabit (3x)
5- Istighfar (1000x)
6- Selawat (1000x)
7- Yaa Hayyu Yaa Qayyuum, Laa ilaaha illa Anta (40x)
8- Yaa Hayyu Yaa Qayyuum. Ahyil Quluuba Tahyaa, wa aslih lanal a'maala fid diini wad dunya (18x)
panjang-panjangkan untuk manfaat..
amanat sheikhuna: "hiasilah diri entum dengan ilmu, hikmah dan adab. cintailah ilmu dan ulama' kerana padanya ada keberkatan"
p/s: sesiapa yang boleh tolong translate dzikir-dzikir di atas, amat di alu-alukan.
harap tak hanya di aidil fitri,
salam lebaran ucapan meniti,
moga kembali ke fitrah yang suci.
Kuliyyah of dentistry end block examination
13/9/2010: Anatomy
14/9/2010: Dental anatomy
15/9/2010: Biochemistry
17/9/2010: Physiology
selamat beraya dengan buku dan nota, sahabat =) doakan kami..
No comments:
Post a Comment