"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Wednesday, December 7, 2011

ada apa dengan dentistry?

Bismillah..
[nota: entri ini agak sangat panjang. Selamat membaca bagi sesiapa yang berminat]

Atas dasar menunaikan janji, maka saya nukilkan tulisan ini. Ini draf yang entah kali keberapa. Maaf sangat-sangat atas keterlewatan. Terima kasih kepada yang sudi bertanya. Moga tulisan ini mampu memberi pencerahan kepada adik-adik yang bertanya dan sahabat-sahabat yang tertanya-tanya;

“apa sebenarnya dentistry ni?”

“apa yang di pelajari?”

“kenapa sampai lima tahun belajar pasal gigi je?”

“betul ke lagi susah dari medic?”

Sejujurnya, saya pun masih bertatih dan banyak lagi tak tahu tentang dentistry. Bukan saya seorang, malah senior-senior saya juga tak kurang yang ‘main aci redah ja’ bidang ini. Circle ini berterusan hingga kini kerana jumlah dentist di Malaysia masih kurang dan jumlah yang terbatas ini menghadkan usaha penyebaran. Tidak seperti bidang perubatan yang popular.

Sebelum saya teruskan, suka saya ucapkan se-infinity terima kasih kepada kak afzan (final year, UIA Kuantan) yang solehah lagi baik hati kerana sudi di interview :)

Niat duniawi saya semasa nak masuk dentistry dulu;


1) Tak ada on call bila bekerja.
2) Belajar bahagian kepala & muka sahaja (kurang sikit)
3) Macam best ja kerja duduk, tak payah jalan-jalan.


Rupa-rupanya..?

Perlu pandai ke nak jadi dentist?

Terima kasih kepada adik yang bertanya.


Kakak saya pernah kata, “Tidak perlu genius pun untuk melayakkan seseorang itu menjadi doktor. Kuncinya, rajin dan sangat rajin membaca. Sesiapa pun boleh pass menjadi doktor tetapi… berbezalah doktor yang berkualiti dengan tidak”


Jawapan saya kepada soalan adik, tidak perlu terlalu genius pun untuk jadi seorang dentist. Cukuplah seorang yang sedia belajar seumur hidup (kerana bidang sains kesihatan dan teknologi pergigian berkembang dari masa ke semasa), sabar yang sangat-sangat tinggi dan tidak cepat putus asa. Kalau mahir dalam kerja-kerja tangan yang halus, ia adalah bonus yang sangat hebat kerana “dentist is a combination of health care professional and artist”


Walaubagaimanapun, penempatan untuk bidang dentistry semakin sengit. Fakulti pergigian yang kurang, purata pengambilan setiap sesi yang sedikit (40 hingga 50 pelajar) dan permintaan yang tinggi antara faktor yang menyebabkan perlunya ‘pandai’ untuk masuk bidang ini.


Walaupun di kolej swasta, persaingannya juga tak kurang hebat. Saya pernah memohon untuk jurusan pergigian di kolej swasta tetapi di tawarkan jurusan kedoktoran.


Atas persaingan yang wujud, kecemerlangan dalam SPM menjadi tiket untuk memilih mana-mana bidang yang adik kehendaki.

Betul ke dentistry lagi susah daripada medic?


Seorang dental student berhenti pengajian separuh jalan dan kini dia bergelar medical doctor. Ini pengakuan biasa oleh medical doctor yang dental student dengar. Bukan untuk menakutkan, mungkin sebagai ‘alarm’ berjaga-jaga.


Dental student juga keluar masuk bilik mayat. Bukan belajar tentang gigi mayat ya, tetapi belajar anatomy seluruh tubuh manusia. Lain-lain subjek basic medical sciences dan basic medical practice seperti membaca tekanan darah, analisis degupan jantung, paru-paru, kanser dan penyakit-penyakit popular (yang tiada kaitan dengan oral cavity) beserta cara rawatan juga akan di pelajari. Pathology, pharmacology, microbiology dan segala –ogy termasuklah praktikal di makmal akan dental student pelajari di tambah lagi dengan dental subjek dan dental practice.


Saya tak layak untuk mengklasifikasikan yang mana lebih susah atau yang mana lebih mudah kerana saya sendiri tidak pernah menjadi pelajar perubatan. Melihat seorang kakak, adik dan sahabat, saya tak rasa medic itu senang. Susah atau senang itu saya kira terlalu subjektif dan bergantung kepada minat dan nature study pilihan anda.


Jika anda seorang yang ‘ter’amat rajin membaca, minat dalam pembelajaran kesihatan tetapi kurang gemar dengan kerja-kerja teknikal, seni dan melibatkan ruangan size sekecil 0.5mm, medic mungkin pilihan anda. Percayalah, medical student tenggelam dalam timbunan nota kuliah yang jauh banyaknya berbanding medical subject yang dental student pelajari. Saya ulang, medical student haruslah seorang yang ‘ter’sangat rajin membaca.


Untuk lanjutan mengenai jurusan perubatan, boleh rujuk mana-mana pelajar perubatan. Kalau nak saya cadangkan mana-mana individu pun boleh juga. (sahabat medic yang nak menawarkan diri bagi pencerahan amat di alu-alukan)

Jika anda seorang yang rajin membaca, minat dalam pembelajaran kesihatan, kecantikan (esthetic) dan mempunyai tangan yang berseni (skillful hand), maka dentistry mungkin lebih baik bagi anda.

Dental studies


Andai berbicara tentang nota kuliah, hafalan dan pemahaman, saya kira mana-mana jurusan pun menuntut perkara yang sama. Sejak tadika lagi kita di doktrin dengan exam-oriented, kena hafal, hafal, hafal dan muntahkan segala ilmu dalam peperiksaan. Hebat dalam kertas tapi belum tentu secara praktikal.


Dental studies menuntut sangat banyak praktikal. Ini yang selalunya mengundang air mata dan menjadi asbab ‘susah’nya dentistry.


Sewaktu tahun satu, saya pernah mengukir gigi (menggunakan wax) dari jam 8.30pm selepas isya’ sehingga 12.30pm. usaha empat jam tiba-tiba punah dengan hanya satu tusukan lecrone! Ukiran saya patah. Waktu itu rasa.. Allah sahaja tahu.


“semakin meningkat tahun ke tahun, ujian semakin besar dan semakin mencabar”,kata kak afzan.


Saya akui dan sedang merasai. Dulu saya juga pernah rasa, “betul ke sesah sangat? Apa yang susah?”. Terjunlah ke bidang ini dan alamilah sendiri. (macam demotivating pula,kan. Tunggu.. teruskan membaca)


Jika ada satu ayat untuk menggambarkan dentistry, saya kata “dentistry is FUN and FATIGUING”


Anda belajar teori dalam masa yang sama anda praktikkan apa yang anda pelajari. Pembelajaran anda akan berputar sekitar dental clinic, makmal, dan bilik kuliah.


Pre-clinical year


Pre-clinical (tahun satu dan dua) studies tidak berurusan terus dengan pesakit. Rawatan hanya di buat pada pak cik ma’aruf (nama dummy/patung) yang menjadi ‘pesakit’. Ianya lebih kepada latihan mengenal secara terperinci setiap gigi (kalau terjumpa gigi tepi jalan tu sepatutnya dah boleh tau gigi tu gigi susu atau gigi kekal, gigi atas ke bawah, belah kanan ke kiri), praktikal di dental clinic (jenis-jenis tampalan, scaling) dan kerja-kerja makmal (membuat gigi palsu).


Dentistry is FUN


Seronok tau pakai mask, gloves, operation gown, operate dental chair, ‘berborak’ dengan pak cik ma’aruf, rasa macam doktor betul pun ada :) waktu ketuk sana sini dalam proses buat gigi palsu, rasa macam tukang kayu pun ada :) setiap hari juga kena bersihkan habuk, disinfect dental chair, basuh dental instruments, rasa macam suri rumah pun ada :) waktu buat bancuhan dalam pembuatan gigi palsu, rasa macam tengah buat kek pun ada :)


Tetapi… bila perkataan “re-do” keluar dari mulut pensyarah, FUN mula bertukar menjadi FATIGUING. Tidak sedikit assignment yang di reject dan di suruh buat semula.


Selepas self-assessment, saya membuat cavity berukuran 1.5mm (boleh lihat pada pembaris ukurannya) sebanyak lapan kali. Natijahnya, pening kepala yang teramat sepanjang hari dek tumpuan 101% yang terpaksa di berikan. Posture duduk yang tak betul pula mengakibatkan sakit belakang dan leher.


Di makmal pula, anda bermain dengan pelbagai jenis bahan kimia, pisau dan api. Luka tertoreh wax knife, melepuh terkena lilin panas atau melecur terkena air panas dan api itu asam garam yang perlu di hadapi. parut-parut usaha dan kerja keras mula kelihatan.


“Dentistry is all about esthetics”, bak kata Prof Barzighan. Perkataan esthetic akan selalu ada dalam setiap learning objectives. Setiap steps yang kita lakukan wajib punya elemen kekemasan dan kecantikan. Walaupun perempuan sukakan kecantikan, ghenyah sangat pun letih juga.


Jadual kelas selalunya padat daripada 8 pagi hingga 5 petang (bergantung kepada universiti). Andai di takdirkan kelas tiada, tugasan makmal masih setia menanti. jadi bila nak buat assignment? Nak baca nota kuliah? Peperiksaan tak lama lagi dengan tiada cuti untuk study week? Nak balik kampung lagi…


Di sinilah peranan ilmu stress management, time management, sabar dan sokongan moral insan sekeliling amat di perlukan. Sebab ni saya lama tak up date blog. << (alasan2)


[Bersambung… untuk clinical year InshaAllah andai panjang umur dan di izinkan Allah. Perlu lebih banyak kajian]


Wallahu’alam..

14 comments:

Nur Amirah Tarmizi said...

assalamualaikum...time kasih atas penerangan akak atas soalan saya sblm ni..hee..
btul la tu..stdy mana2 pun konsep blaja nya tetap sama..kan..?
mne ade benda yang senang..
usaha seseorang tu yang menjadikan kita lain antara satu sama lain..
to kakak~
#teruskan perjuangan..
#kuatkan tekad..
#teruskan usaha..
#semoga berjaya..
#semoga menjadi doktor gigi yang berkualiti..
#doakan saya join akak dlm bidang ni..(kalau ade rezeki) =)
nnty ade cter baru akak story ye..hehehe..
hati2..jaga diri..assalamualaikum.. =)

effa said...

:O , hebat :D
x de cuti for study week ?? like , seriously..?? hehehe..

apepun , entry yg menarik .. saya nak jadi dentist juge walau sehard manepun..hehe.. n sedang berusaha :D

tq kak for de entry..:)

wardatul asrar said...

>nur amirah

wa'alaikumsalam..

sama-sama,dik. terima kasih sudi bertanya :)

Allahumma ameen.. buat adik juga, moga Allah mudahkan segala urusan.

"bukan minta padaNya apa yang kau mahu tapi pintalah padaNya apa yang terbaik buatmu"

jaga diri, iman, amal. jaga hati.. wa'alaikumsalam wbt.


>effa

bergantung pada universiti, dik :)

ayuh, usaha! ^^

raindrops said...

assalamualaikum, kak. betul ke nota menimbun budak medic? grr dan lepas baca entri akak ni, rasa macam saya lebih sesuai jd dentist je (sbb ciri2 artistik ittew hewhew ;p). tapi, jujurnya, saya rasa belajar dentistry ni mmg lah seronok (dan letih yeh?), kalau kerja? kerjaya bidang dentistry ni saya tengok macam tak meluas sangat. alih-alih bukak klinik gigi. tapi itu semua apa yg saya tengok, saya tahu mungkin saya silap sebab saya bukanlah expert pasal dentist2 ni. maka saya nak tanya akak, apa pendapat akak ttg bidan kerjaya seorang dentist ni?

raindrops said...

assalamualaikum, kak. betul ke nota menimbun budak medic? grr dan lepas baca entri akak ni, rasa macam saya lebih sesuai jd dentist je (sbb ciri2 artistik ittew hewhew ;p). tapi, jujurnya, saya rasa belajar dentistry ni mmg lah seronok (dan letih yeh?), kalau kerja? kerjaya bidang dentistry ni saya tengok macam tak meluas sangat. alih-alih bukak klinik gigi. tapi itu semua apa yg saya tengok, saya tahu mungkin saya silap sebab saya bukanlah expert pasal dentist2 ni. maka saya nak tanya akak, apa pendapat akak ttg bidan kerjaya seorang dentist ni?

wardatul asrar said...

> fareeda ai

wa'alaikumsalam.. sangat banyak. tp boleh ja go through kalau minat medical InshaAllah..

kalau brminat dgn dental practice, mmg nk kna jumpa gigi. nk buat side-business pn boleh tp mungkin tak berkait :) 'jumpa gigi' tu brbeza2 pula ikut kepakaran.

antara bidang kerjaya ikut kepakaran;

1)oral maxillofacial surgeon- pakar bedah bahagian kepala & leher. eg: accident muka, terbakar, bedah keluarkn gigi tak tumbuh, kerja di hospital atau boleh buka private practice.

2)pakar kanak2-rawat gigi kanak2 termasuk pembedahan, tampal, & sbgnya

3)pakar kesihatan pergigian awam-lebih kpd bg kesedaran, kempen, ceramah tntg kesihatan pergigian kpd org awam

4) oral pathologist- pakar penyakit mulut. eg: cancer, jangkitan.

5)penyelidik-join university & buat kajian

6) jadi lecturer :) join university & ajar student dentist.

ni secara kasarnya. harap membantu InshaAllah..

Unknown said...

Assalamualaikum.
Saya nk sangat jumpa akak2 yg dh ada pengalaman belajar pergigian.. Saya nk sangat masuk tapi perlukan sokongan dn dorongan dari org2 sekeliling. Boleh tak akak offer kat saya sape2 atau akak sendiri utk diinterview oleh saya? Saya nk sangat jumpa dpn2.. T_T

wardatul asrar said...

> farah shahira

wa'alaikumsalam, dik.

adik boleh ja tanya akak, inhaAllah akak jawab semampunya. nak jumpa tu tak janji sebab akak kat kampus

Unknown said...

Akak skrg dkt kampus mne ye?

wardatul asrar said...

Akak kat UIA Kuantan :)

Anonymous said...

Salam.. Akak, nk tnye, akak ad fb? Klu bleh,nk tau scra lbih dtail tntg brces di uia kuantan.. Gna fb lg snang,insyaAllah..

Unknown said...

Salam.. Akak, nk tnye, akak ad fb? Klu bleh,nk tau scra lbih dtail tntg brces di uia kuantan.. Gna fb lg snang,insyaAllah..

Anonymous said...

im intersted nak jadi dentist sejak umur 8 tahun lagi. thanks for sis advice yang membuatkan darah gemuruh saya berkurang. :) saya akan teruskan perjuangan dalam bidang dentistry, InshaAllah moga Allah permudahkan segalanya. :))

wardatul asrar said...

> anon

InshaAllah, boleh :) selamat maju jaya. belajar rajin2, lengkapkan diri dengan skill, komunikasi, teori. competition is very grate nowadays. all the best!