"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Thursday, April 29, 2010

mahu cantik seperti bidadari

bismillah..

bila diceritakan tentang bidadari, melonjak semangat kaum lelaki nak masuk syurga. manakan tidak,air peluhnya saja mengalahkan bau perfume yang paling wangi di dunia. sebutlah apa yang di inginkan lelaki pada wanita, katakan apakah impian wanita pada diri.. apa yang di miliki bidadari jauh lebih baik dari semua itu. pada mereka terhimpun pesona khazanah lahiriah dan batiniah; akhlak yang molek dan fizikal yang tiada tolok banding. tak cukup vocab untuk menggambarkan dan tak mampu akal untuk membayangkan.

bagi kaum wanita, mungkin rasa cemburu menyelubungi perasaan. baik terhukum mati dari menanggung derita hati. bayangkan bidadari syurga sedang menunggu putera hati dengan penuh rindu dan setia. yang manakah nanti pilihan si dia? perbandingan lahiriah dengan gambaran bidadari saja sudah jauh, inikan pula akhlak terindah milik mereka. di kala kaum adam terasa seperti hendak pengsan mengkagumi kecantikan bidadari, kaum wanita pula mungkin terasa seperti menemui maut mencemburui mereka.

~gambar hiasan~

Wahai para wanita... mahu seperti bidadari?
ini khabar gembira untuk semua. kita ada peluang menandingi kecantikan bidadari. bukalah mata hati, persiapkan minda kerana Rasullullah s.a.w. sendiri pernah menceritakan tentang peluang ini. mari kita teliti sebahagian daripada perbualan antara Rasulullah dengan salah seorang isterinya, iaitu Ummu Salamah, sepertimana diriwayatkan oleh At-Thabrani.
“Wahai Rasullullah, manakah lebih utama, wanita dunia atau bidadari syurga bermata jeli ?”
“Wanita-wanita dunia lebih utama daripada badadari-bidadari bermata jeli seperti kelebihan sesuatu yang tidak kelihatan dengan yang kelihatan."
“Kenapa wanita dunia lebih utama daripada mereka?”
“Kerana solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya pada wajah mereka, tubuh mereka dari kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sikatnya diperbuat daripada emas. Mereka berkata : Kami hidup abadi dan tidak akan mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.”
“ Wahai Rasullullah, kalau wanita pernah bernikah dua, tiga atau empat lelaki lalu dia meninggal dunia. dia masuk syurga dan mereka juga masuk syurga. siapakah antara lelaki itu yang akan menjadi suaminya di syurga?”
“ Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih, lalu dia pun memilih siapa antara mereka yang akhlaknya paling bagus. lalu ia berkata: ‘Wahai Tuhanku, inilah lelaki yang paling baik akhlaknya tatkala hidup bersamaku didunia. maka nikahkanlah aku dengannya. Wahai Ummu Salamah, akhlak yang baik itu akan pergi membawa dua kebaikan- dunia dan akhirat.”
Subhanallah.. Maha Suci Allah yang meletakkan wanita-wanita dunia yang berjaya menghuni syurga lebih utama daripada bidadari-bidadari syurga. malah bidadari-bidadari menjadi khadam mereka di syurga. solat, puasa dan ibadah yang didirikan adalah amalan yang akan meletakkan kita di taraf tersebut. bayangkanlah dengan solat, puasa dan ibadah, kita akan sama cantik dengan bidadari malah lebih utama daripada mereka.

apabila kita memilih untuk patuh sebagai hamba Allah lalu membuktikan kehambaan kita dengan menjadikan setiap aktiviti hidup sebagai ibadah untuk dipersembahkan kepada Allah, menjaga setiap peraturan yang Allah tetapkan dalam syariat walaupun terpaksa mengharungi seribu rintangan dan cabaran, maka kita telah pun menempuh jalan kebenaran. jalan kebenaran ini secara automatik melayakkan kita menandingi pesona lahir dan batin para bidadari di syurga. ketika itu, tiada lagi kebimbangan , tiada lagi kecemburuan kerana pastinya suami yang menjadi ahli syurga akan lebih terpesona dengan isterinya yang telah mencipta banyak kenangan pahit , manis, susah dan senang ketika di dunia.

-edited & share-

Friday, April 23, 2010

NST Online Govt opens door to orthodontists

By Annie Freeda Cruez


PUTRAJAYA: With only 33 orthodontists in government dental facilities, the Health Ministry has opened its doors for those in the private sector to work in its facilities nationwide. Director-general of Health Tan Sri Dr Ismail Merican said the 71 private orthodontists could serve at the ministry's dental facilities and would be paid the same rates offered to private practitioners and specialists.

Private doctors and specialists are paid between RM80 and RM120 an hour in government hospitals or clinics. They work during normal working hours from 8am to 5pm, or from 5pm to 9.30pm from Mondays to Fridays and from 8am till noon on Saturdays.

Shocked at knowing there were only 117 orthodontists for Malaysia's population, he said local medical universities should look into offering programmes to churn out more. Only Universiti Malaya and Universiti Kebangsaan Malaysia are offering courses but they are said to have problems getting competent trainers. Besides the 33 working in the ministry's dental facilities, three others are serving the Ministry of Defence and 10 in universities.

Currently, there is only one orthodontist per 241,738 of the population. The nation needs another 70 for a ratio of 1:100,000 population.

To get more Malaysians to specialise in the field, the Malaysian Association of Orthodontists (MAO) will host its 16th MAO International Scientific Conference and Trade Exhibition on April 24-26 in Kuching. MAO president Dr Noraini Alwi said the organisation was working together with the ministry to educate the public on the orthodontic specialty. The MAO, she added, has also embarked on "The Laila Taib Smile of Hope Project" where they would give free orthodontic treatment for 10 orphans with RM100,000 provided by the Sarawak government.

"We hope to provide this free treatment to another 20 orphans next year with donations from corporations and individuals," she added.

p/s: abah told me to read this. my roommate who used to wear braces ask me to become one.. InsyaAllah..

gossip girls: saya pilih durian

bismillah..

nota awal: entri ini tiada kaitan dengan siri drama/novel 'omputeh', gossip girl.

pada senja selepas solat maghrib, 'usrah gossip girls' bermula. perkongsian yang membawa kepada pecah tawa. bicara tentang duri-durian.

"cik nana burst *ketawa*! habis laa hilang syauqah (duri)..", cik lin ketawa mengusik.

"alamak! habis la kite.. tu la, banyak sangat gelak..", respon cik nana. "ha.. cik lin kan nak jadi syauqah, boleh laa tolong kite asah.. ke nak jadi durian? lagi banyak duri"

sekali lagi, penghuni bilik memecah tawa.

"boleh laa cik lin jadi durian.. orang nak pegang pun susah. tapi, kulit durian keras.. kena guna parang nak belah", cik leha menambah.

"ok, lin jadi durian la.. luar je nampak keras tapi dalam lembut. macam diri lin, luaran je keras tapi dalaman lembut. berbaloi la walaupun susah nak bukak", cik lin mem-perahsankan diri.

"tapi sebab baunya, durian masuk fear factor! cik lin jadi durian ye? hehhe", cik nana menyambung.

"ala.. lin jadi durian yang wangi,laa...", cik lin membela.

***********
belajar dari Durian

seronok belajar dari alam. saya teringat perbualan kekasih Allah, Muhammad SAW dengan puteri kesayangannya, Saidatina Fatimah r.a. berkenaan pohon semalu dan kaitannya dengan wanita. kali ini, saya tertarik untuk belajar dari durian.

luarannya, durian nampak kurang menarik. sudah la berkulit keras, banyak pula duri. kepada bukan penggemar dan tidak tahu menahu tentangnya, durian di pandang sebelah mata. malah akan ada yang menekup hidung, "durian itu busuk!". cukup untuk meluahkan impresi negatif tanpa ada keinginan untuk menjamah isinya.

analogi kepada manusia yang 'biasa-biasa' di mata manusia lain. kadang-kadang di ambil peduli, kadang-kadang di tinggal saja. "sombonglah dia, pakaian selekeh pula", meskipun yang mengata tak mengenali peribadi orang yang dikata. kalau ada perbuatan yang tak berkenan di hati, mulalah timbul cakap-cakap belakang. ini kebiasaan yang tak sepatutnya di biasakan.

berbeza dengan penggemar yang benar-benar mengenali durian, bau yang 'busuk' itulah pujaan hati. tertunggu-tunggu bila tibanya musim durian. rupanya di sebalik luarannya yang tak menarik, terselit berpangsa-pangsa isi yang lembut dan manis. hadiah buat penggemar durian yang sabar mengharungi duri dan kulit durian yang keras lagi tak menarik!

samalah seperti manusia yang menyelami hati (isi) sahabatnya. mulanya mungkin rasa kekok dan tak serasi. "macam tak dapat 'masuk' ja dengan dia ni". tapi bila dah kenal, hati mula terikat dan jatuh sayang. mungkin saja first impression kita tersasar 180 darjah. rupanya di sebalik luaran yang 'keras', terselit hati yang lembut dan mudah di lentur. dan... mungkin saja luaran yang lembut, terselit hati yang keras dan pendendam! yang ini bahaya..
************
lin: "ramai yang cakap, diorang dulu takut dengan lin. orang yang tak kenal, selalu ada negative perception kat lin."

nana: "alamak, kite terasa.. thirah pun terkejut kite rapat dengan lin =) lumrah manusia, tak lepas dari kesilapan. yang penting, usaha untuk baiki kesilapan tu. kebanyakan manusia memang mudah nampak kesalahan orang lain dan jarang reflek diri, "adakah aku melakukan kesilapan yang sama?". manusia boleh berubah kepada lebih baik atau kurang baik, iman itu sifatnya yazid wa yanqus (menaik dan menurun) sebab tu lin kena jadi kawan kite, untuk ingatkan kite. lin kan nak jadi durian, biarlah luarannya orang nampak tak best tapi hati kita best.. tak semua orang boleh tahu diri kita yang sebenar macam mana sebab kita 'istimewa', cukuplah sedikit orang-orang 'istimewa' macam kite je dapat kenal diri lin. ramai sangat nanti, kite jeles..~"

lin: "nana memang faham lin..~ tak jadi nak down, dah semangat balik!"

Saturday, April 17, 2010

moga Allah redha denganku

bismillah..

"eh,ustaz.. sila lah duduk. saya dan ajk lain boleh susun kerusi ni", pinta ajk program. pelik melihatkan seorang ustaz yang sepatutnya memberi ceramah, bersama-sama dengan ahli jawatankuasa program untuk menyusun kerusi sebelum majlis bermula.

"takpa, biarlah saya bantu. saya pun tak tahu amalan saya yang mana Allah redha", pinta penceramah.

mendengar kisah di atas dari seorang sahabiah membawa saya berfikir jauh. ringkas ayat sang ustaz tapi menusuk. apakah kita tahu, amalan kita yang mana satu Allah redha? amalan kita yang manakah menjadi pemberat mizan hasanah di Hari Kebangkitan?

semalam, sekali lagi saya mendengar kisah berbeza dengan tema yang serupa. kisah seorang kaya bernama Abdullah Bin Ja'far daripada ustaz saya di sini.

sedang Abdullah Bin Ja'far berjalan-jalan, dia ternampak seorang kanak-kanak membaling roti kepada sekumpulan anjing. kanak-kanak itu adalah seorang hamba yang hitam kulitnya. Abdullah merasa hairan dan bertanya, mengapakah dia memberi roti kepada anjing-anjing itu?

budak itu menjawab, di tempat ini sepatutnya tidak akan ada anjing. jika ada anjing yang sampai ke sini, pasti anjing itu telah berjalan jauh dan kelaparan. maka, sebab itulah kanak-kanak itu membaling sebuku roti. melihatkan anjing-anjing yang makan dengan lahap, dia baling sebuku lagi sehingga habis buku roti yang ketiga.

Abdullah kemudian bertanya, apakah yang budak itu makan? budak itu menjawab, roti-roti itulah pemberian tuannya kepada dia dan hari ini dia tidak makan dan berpuasa. mendengar jawapan hamba kecil itu, terdetik di hati Abdullah akan betapa dermawannya seorang hamba. beliau kemudian membeli kanak-kanak tersebut dan memerdekakannya serta menghadiahkan kebun tempat hamba kecil itu bekerja. inilah contoh amalan yang berkat dan Allah melipatkaliganda rezeki si hamba tadi.

kita tak tahu apakah qiyamullail, solat sunat atau puasa sunat kita yang Allah redha? mana tahu salam yang kita sebarkan, seringgit yang kita dermakan ke tabung surau atau sampah yang kita kutip di jalan yang Allah lebih redha? saya di ingatkan lagi hari ini.. jangan memilih dalam beramal. niatlah beramal dengan tujuan yang satu, "moga Allah redha denganku."