"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Tuesday, October 7, 2008

semarak semangat mujahid~


mengapa harus terasa sunyi,
saat sahabat tiada disisi?
mengapa harus pudar semangat
tika manusia bukan lagi teman?
mengapa harus hilang tuju,
bila tiada insan memandu?

bukankah Dia sentiasa di sisi,
tiap saat setia menemani?
bukankah Dia Maha Besar,
peniup semangat yg kian pudar?
bukankah Dia pemberi petunjuk,
yg Maha Agung melebihi makhluk?
jadi mengapa harus diri sedih?
mengapa jiwa harus sepi?

kini bukan lagi masa bertatih
pulihkan yg pudar
segarkan yg layu
sembuhkan yg terluka
kembalikan yg hilang

berlarilah menuju obor
menggenggam bara agama
semarak semangat mujahid!
mara tuju kemenangan!

bangkitlah hati-hati yang berjuang,
bangkit dari esak yang panjang!
bangkitlah jiwa-jiwa yang berjihad,
bangkit menuju kegemilangan!

bangunlah diri..
pulihlah iman..
sembuhlah hati..
maraklah semangat..

3 comments:

fatal1ty said...

where's the next entry??

Anonymous said...

Same here..itu la yg ija ingat jgk..tag along, ur nasihat and everything..keep posting lots of tazkirah tau..i'm missing it..ija tak de subjek ag tau kat sini..

yup..I do have 2 blogs..yg pre-law blog tu for subjek comp..

ur blog is nice, mcm ne nk wat senice tu? tk lrat nk discover da..

wardatul asrar said...

salam alaikum..

fatal1ty, i'm sorry. quite busy this week with final exams and so on. later,insyaAllah during the sem break, i'll post something. thanks for your comment.

ija, insyaAllah.. ija pun ingat2 kn kte slalu yea.. nice..? =) thanks.. kte pun xde dscover mane.. nnty mse on ym, kte sharing info,yea =)