"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Sunday, March 29, 2009

perempuan cahaya di taman zikir

Panas matari hujan air mata rindu
Menyemai taman zikir taman doamu
Mawar-mawar yang dia kirimkan padaMu
Tumbuh merekah, hiasi sajadah
Yang terus memanjang pada sisa kala

Di taman zikir, taman hening yang mawar itu
Kau temui ribuan perempuan cahaya
Menjelangnya, memohon untuk merengkuhmu

Tlah kau tumpukan, penuh awan-awan asa
Dan kau dekap pelangi MahabbahNya
Kau fana yang memanjati langit ma'rifatNya

Di taman zikir, taman doa dan nafasMu
Di tengah perempuan, perempuan cahaya
Kau menjaga dengan air mata

Di taman zikir
Taman doa dan nafasMu
Di tengah perempuan, perempuan cahaya
Nyala masa yang tersisa
Demi hasrat abadi itu

(Renungan):
Tuhan... Bila sujudku padaMu
Karena aku takut neraka
Bakar aku dengan apiNya
Bila sujudku padaMu
Karena damba syurga
Tutup untukku syurga itu
Namun bila sujudku demi Kau semata
Jangan palingkan wajahMu
Tuhan... Aku rindu menatap keindahanMu

Sungguh telah Dia Fanakan dirimu itu
Tetapi tidak cintamu kepadaNya
Sebab di taman zikir, Doa dan nafasMu
Oh cintaMu dan kekasih adalah baka.

Tuesday, March 17, 2009

karamah mujahideen di GAZA







"dan jangan sekali-kali kamu mengira bahawa orang2 yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka itu hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepadanya, dan bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati" (al-imran :169-170)




Karamah Mujahideen di Perang Gaza
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh : nailofarz*
Editor : naadherah



Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut.

Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian puti dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. "
(Fussilat:52)


Sunday, March 15, 2009

yang dimandikan malaikat

bismillah..


Salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah SAW yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja dinikahkan. Oleh karena itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah cara Rasulullah untuk merayaikan kebahagiaan sahabat baginda.

Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat berita bahwa tentera Islam mendapat tentangan yang hebat dan dalam keadaan terlalu genting.

Tanpa membuang masa lagi Hanzalah, lalu memakai pakaian perang lalu mengambil pedang. Dia menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.

Maka terjadilah pertempuran hebat sehingga banyak dari pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut menjadi korban dalam keadaan sedang junub.

Maka Rasulullah SAW pun melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana termaktub dalam sabdanya: “Aku melihat diantara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air dari awan di dalam bejana perak.”

Para sahabat tercengang-cengang mendengar kenyataan itu. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah terjadi dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhada menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab.

subhanallah…

Wednesday, March 11, 2009

Insiden 26 february~

Bismillah..





Peperiksaan semester II dah hampir  seminggu berlalu. Baru hari ni punya kekuatan nak menulis tentangnya.. "wat mende dok takut ke exam tuh.. amik peng, tulih jaa atas ketas.. dok nye makang mu tuh..", Mariam berbicara ala2 'best' dengan loghat ganung nye sambil di hadiahi sekehan ke bahu + sedikit cubitan.. Oh, Mariam.. kte tau, snanya nk sedapkan hati sendiri jgk, kn..? kami ketawa meredakan ketegangan yg melanda jiwa masing2 saat menunggu 'lamaran' chemistry pada hari terakhir.. ah, damainya rumah Allah ni yang jarang2 berpenghuni sesudah solat berjema'ah didirikan.. selesai sesi tangisan luah perasaan *malunya nangis sbb.... tekanan duniawi..?? manusia punya rasa.. punya jiwa..*



24 februari 2009..
di bilik study level 1..


saleha : tak study bio, ke..? asek study physics, ja.. kan lambat lg..

kte : bio..? umm.. risau ke physics ni.. carry mark terok, kot walaupun tak kuar lg..

saleha : oo.. hebat laa ni carry mark bio.. xpe2, paham.. *sengihan penuh makna*

kte : perlian membina.. bkn sbb hebat, sbb physic lg merisaukan..


25 february 2009..
study room level 1..


saleha : esok exam kt mane..?

kte : esok..? mu kt mane..? (sambil menyemak kotak memori, esok exam ape..)


saleha : ye, la.. bio esok kt mane.. mas kat ly 04, tak silap..

esok ke bio..?? sambil tgk planner di f330 ku.. sah, 'bio exam!!' di mark pada tarikh 2 mac..

kte : esok ye bio..? (...reaksi apa yg harus ku tunjuk...)

saleha : laa... cube tgk CRS.. *muke pelik*

oh,yea.. Course Registration Slip ada tarikh yg lebih tepat.. *darah berlumba-lumba ke wajah* sungguh! esok! Ya Allah.... Farisham..! ah.. perlu ke salahkn die..? salah kte jgk tak check balik.. copy paste bulat2 apa yg dia bgtau.. Chapters in biology II berselang-seli bermain di minda.. Development.. Reproduction.. Immunology.. Skeleton (ade ke chapter ni?) atau lebih tepat, Locomotion.. nak mulakan yang mana dulu? mechanisms yg perlu di fahamkan.. sempat,ke..? oh, kenapa air mata mula bergenang nih..? ~amik wudu'~


12.00++ am..
26 february 2009..
study room level 1..


saleha : nk tido pukul berapa nih..? *sambil kemas2 buku*

kte : emm.. (pukul bpe nk ckp ni..) 4..? *sengih*

saleha : *merenung dgn wajah yg sukar di tafsir* exam pagi kejap lagi.. tido laa awal.. kesian badan tu..

kte : ok2, dua... 2 setengah.. *sengih* please... byk lagi tak bace ni...

saleha : iyye lah.. *geleng*

kte : tp... kalau tak habis baca camana..?

saleha : buat setakat mampu.. belum tentu baca tu masuk.. kalau denga cakap mas, mas doakn jibah dpt buat esok..

kte : baik.... *cepat2 study*  bye, selamat tido..

*he was muhammad... sallahualaihi wasallam....* ~message tone~
*1 new message from masitah saleha*

" mas pegang kata2 jibah.."

*reply*

"ok.... (-_-")"

padan laa cuti hari tu rasa macam nak baca bio.. ini hikmahnya.. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.. Ingatkanlah aku segala apa yang pernah aku baca sebelum ni.. Ya Allah, sungguh masa itu milikmu, maka permudahkanlah aku dengan aturan masa di genggamMu..


26 february 2009..
study room level 1..



saleha kembali dengan wajahnya yang basah.. baru lepas amik wudu', mungkin.. tak tido lagi rupanya..

saleha : *sengihan penuh makna*

kte : *pelik* *abaikan.. study di sisi kak nick yg banyak bebel dr membantu..(~~)*

saleha : jibah.. *sengih2* ingat jap lagi exam pukul berapa..?

kte : iyye.. napenye mas..? *sudah.. pelik kwn ku sorg nih...* pukul.... 9..?

saleha : *sengih yg makin galak* mas dah malu ni kena gelakkan dgn roommate.. esok exam pukul 2.30 laa..

Ya Allah.. sungguh MASA itu milikMu.. rasa bahagia menyimbah2 macamlah exam tu di tunda seminggu lagi (~~,)


26 february 2009..
LY 006..
sesudah paper di kutip..


merenung wajah2 sahabat yang sukar di tafsir.. payah..? senang..? soalan yang lagi susah untuk di jawab berbanding soalan tadi sbb tak ada skema jawapan..


MORAL

1) MASA itu milik Allah, maka mintalah pertolongan dariNya..
2) TENGOK jadual peperiksaan dengan teliti..
3) Tunaikan hak-hak badan..
4) Silakan sesiapa yang ada tambahan..

wahai diriku, mengertilah






WAHAI DIRIKU MENGERTILAH

Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya
Merasa terpikul amanah ad-deen ini.
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.


Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu.


Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyu'mu kurang,
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya,
Terlalu banyak kurang & salahmu.


Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang..
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan,
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini.


Diriku,
Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu,
Pada qiamullail di keheningan malam,
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya,
Di situ ada bekalnya...
Lazimilah awal dirimu dengan al-Mathurat,
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie.


Diriku,
Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Ada ketenangan dan kekuatanmu.


Diriku,
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja,
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati,
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan hati yang sakit,
Apatah lagi menghidupkan hati yang mati.


Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia Kerana kedaulatan Tuhanmu.
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadapan qudrat dan iradat-Nya.


PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN



(terjumpa sewaktu berjalan-jalan di alam maya.. terasa.. menghembus debu sahara iman.. Allahu Robbi..)





Friday, March 6, 2009

Should Yoga be banned?

 bismillah..

Ruang rehat di rumah menjadi havoc seketika apabila berita memaparkan sedutan persidangan parlimen pada buletin utama malam tadi. Perdebatan tentang Yoga. "Yoga lagi", hati saya terdetik. Mengomel sendirian melihatkan perangai masyarakat zaman ini. Baru perihal Yoga, belum lagi pengharaman konsert2 jahiliah yang lebih dari cendawan tumbuh selepas hujan. 'Aurat' artis wanita dan artis lelaki yang 'menjadi sama' dalam industri hiburan tanah air. "Artis hendaklah menutup paras dada hingga ke lutut". Geram saya membaca keratan akhbar tersebut sewaktu negara kecoh dengan insiden kurang bermoral seorang artis lelaki tanah air. Tapi belum pernah pula saya dengar artis wanita yang berpakaian seksi seksa dan merosakkan minda belia ini di gam atau dikenakan tindakan undang2. Paling2 pun menerima kecaman dari wartawan hiburan dan yang 'ok' sikit (pada pandangan mereka) di puja puji melambung. aduhai masyarakat.


akal vs ilmu

Ada yang menarik pada perbincangan parlimen semalam saya rasakan. Hujah membantah pengharaman yoga yang dikeluarkan oleh seorang ahli parlimen dari sebuah parti ini di counter oleh ahli parlimen dari parti yang sama. Menarik, bukan? Inilah yang saya katakan beza antara orang yang berbicara menggunakan akal dengan berhujah menggunakan ilmu.

Apabila ahli parlimen 'A' mengeluarkan hujah membantah pengharaman yoga kerana dianggap satu senaman biasa yang menyihatkan dan niat baiknya yang tidak mahu orang lain mengganggap Islam ini tidak syummul, seorang lagi ahli parlimen dari parti yang sama bangun untuk membetulkan hujah temannya. Ahli parlimen 'B' sememangnya di akui tahap keilmuan yang di miliki mengeluarkan hujah yang mantap beserta kaedah fiqh. Islam mengharamkan sesuatu yang nampaknya biasa pada waktu sekarang tetapi bakal menimbulkan kemudharatan pada masa akan datang. Ramai yang maklum bahawa Yoga memerlukan pembacaan mentera yang ada kaitan dengan unsur hinduism tetapi menganggap hal ini remeh walhal para ulama' merasakan hal ini bakal menjadi virus dalam merosakkan pegangan umat Islam pada masa akan datang. Yang jelas, kaedah fiqh tidak akan membenarkan berdirinya sesuatu kebaikan itu di atas sesuatu yang haram.


"Should Yoga be banned?"

Teringat saya pada kelas Sir Obama. Lecturer english kami berasal dari Amerika dan pernah memperkenalkan diri sebagai Firdaus Obama berikutan kemenangan Obama dalam pilihanraya pada tahun itu. Pada semester lepas, kami dikehendaki menulis karangan yang berformat argumentative. Maka banyaklah isu2 sensitif yang Sir keluarkan sehingga menimbulkan ketidak puasan hati pelajar. Bagi saya, isunya agak menarik dan membuka minda cuma tak berkaitan dengan syllibus essay di tahap pembelajaran kami. Antaranya "Man should married more than one woman", "Man no need to ask his first wife to marry another woman" dan yang terakhir adalah "Should Yoga be banned?"

Beliau seorang muallaf yang sangat gemar membaca dan membuat perbandingan agama. Banyak informasi luar yang dikongsikan bersama pelajarnya sewaktu pembelajaran berlangsung. Perbincangan banyak kami lakukan di dalam kumpulan-kumpulan kecil dan Sir banyak menghabiskan masanya dalam perbincangan bersama kumpulan kami memandangkan kumpulan yang menyokong pengharaman yoga ini sedikit termasuklah kumpulan kami dan Sir merupakan orang yang membantah pengharaman Yoga. Antara hujah beliau :-

* Yoga hanyalah senaman biasa yang boleh menenangkan.
* Jangan berhujah hanya kerana mufti menyatakan demikian.
* Mentera-menteranya boleh di ubah kepada zikrullah supaya tidak bertetangan dengan syara'

Dan ada lagi beberapa point yang saya kurang ingat. Beliau juga ada menyatakan konsep yin dan yang yang digunapakai oleh orang beragama buddha sebenarnya di ambil dari ajaran Islam. Namun, kami sendiri kurang jelas dengan penerangan yang beliau nyatakan. Berbalik kepada isu Yoga. Saya agak terkesan dengan hujah kedua beliau. Kalau bukan ulama' yang menjadi pewaris nabi untuk kita ikut, siapa lagi yang layak? Tapi saya diamkan aja memandangakan keadaan kami (yang menyokong pengharaman Yoga) menjadi agak tegang dengan mereka yang menolak pengharaman ini.

Usai beliau mengeluarkan hujah, giliran kami menyampaikan pendapat. " What have we discovered is that, not only the chanting but the position in the Yoga itself portray the figure of hindu's God". "Ouh.. i don't know bout that.." Awalnya, saya agak takut untuk berkata2. Takut terkurang sopan dengan guru. Melihatkan minat yang beliau tunjukkan, saya sedkit lega. " I don't see any problem to practice Yoga if we change the chanting verses..." "but the fatwa said that anything called Yoga and related to it should be banned" Pemahaman kami berkaitan hal ini mungkin agak berbeza. Pada saya, fatwa mengharamkan aktiviti yang mempunyai unsur2 syirik pada pengamalannya dan bukan kerana namanya. Namun, saya percaya bahawa setiap sesuatu itu ada cara untuk mengamalkannya yang tersendiri. Kalau namanya Yoga, maka intipatinya adalah begini dan begini. Umpamanya solat tanpa bacaan al-fatihah, adakah dinamakan solat? "Yes, we might change the chanting verses into zikrullah or anything else but we cannot call the activity as Yoga anymore. Yogaislam, perhaps.. that's why maybe the fatwa banned Yoga for all.." *smile* sempat kami bercanda bagi mengurangkan keseriusan dalam perbincangan.

Kami sama-sama diam dan memikirkan apa yang di bincangkan. Di sini saya belajar, berlapang dada untuk menerima pandangan dan pendapat orang lain itu penting,kn. Meskipun kita rasa pendapat kita benar, janganlah terus menghentam dan gunalah jalan yang paling hikmah. Dengar dulu hujah pihak di sana kerana mungkin akibat dari kurang hikmahnya kita itu menyebabkan orang lain makin sukar menerima kebenaran yang cuba kita sampaikan. Sir mengagguk sambil wajahnya seolah-olah memikirkan sesuatu. Alhamdulillah.. Moga2 selepas ini, tiadalah golongan lebih2 lagi pendidik yang besar pengaruhnya kepada belia memandang serong terhadap golongan ulama'. " cakap-cakap juga,  write it down on paper.. prove it.." ujar Sir dalam sleng bahasa melayu nya yang pelat. Kami sama2 sengih *grind*

----------------------------------------------------------------

Selesai kelas, di hadapan annex 101.

"Hey you..!"

sekumpulan pelajar perempuan menoleh.

" Yes, Sir..", smile..

" You, nice argument,huhh..", sambil jari telunjuknya mengarah seorang pelajar, berlagak ala2 hero bintang filem.

serentak kumpulan pelajar itu tersengih melihat aksi lecturer mereka.


-the end-