saya experince autopsi aka bedah siasat dahulu sebelum diri sendiri kena bedah tikus. memandangkan sepanjang autopsi tu saya hanya menjadi penonton, melihat setiap satu dari organ si mati itu di keluarkan, di hiris dan sebagainya bagi mengenalpasti punca kematian, tidaklah terlalu memberi kesan seandainya saya sendiri yang kena melakukannya.
sepanjang di maktab, tak pernah kena bedah tikus hatta katak sekalipun. bila di beri seekor tikus untuk setiap student 'explore' di sini, pastinya satu pengalaman yg mengujakan (menggerunkan). untuk eksperimen pertama, kami kena checkout for internal organ sahaja. memandangkan kelas hari tu di hujung hari, saya mengagak bahawa tikus2 tersebut sudah mati. badan tikus tu pun dah sejuk.
" sebelum pin tangan dan kaki tikus, basahkan dulu badan tikus. tekan sikit perut dia untuk keluarkn najis " arahan kami terima. tikus dalam tray, saya perhati. memang, ada sedikit najis pada tikus tu. (thanks nawal for your help)
"mesti sakit sangatkn masa sakaratulmaut tikus ni..", tangan saya menggeletar dan beberapa kali saya cuba untuk pin kan tangan dan kaki tikus tu di tray. mungkin saya terlebih menyelami perasaan sakit si tikus.
"amek medic,kn? camana ni.. tak boleh laa takut.." "niat kte nak belaja.. bolehnye.." , sahabat memberi perangsang. tak kurang juga yang mengusik. terima kasih semua.
saya berjaya mngatasi perasaan takut. selamat juga tikus tu saya 'explore' satu per satu bahagian dalamnya. sangat menarik.
******************************************
"yang kak cik tengok tu, tikus. manusia pun lebih kurang dan mungkin lagi sakit sampai terkeluar najis dan sebagainya", ummi mengulas bila saya kongsikan pengalaman tersebut.
tiba pula eksperimen untuk membedah tikus kali ke dua. kali ni, kelas saya di awal hari. ada sesetengah tikus yang badannya masih terasa suam, baru di bius mungkin.
untuk kali ni, kurang sikit ketakukan saya. saya bedah tikus tu macam yang kami belajar minggu lepas sebelum di kehendaki untuk 'memancung kepala' si tikus bagi mengeksplore otak tikus tersebut.
rib cage tikus tu saya gunting. selaput2 yang menghalang saya untuk nampak jantung tikus tu, saya bersihkan. bila saya nampak saja jantung tikus tu, aktiviti pembedahan tak dapat saya teruskan. jantung tikus tu masih berdegup, tikus tu masih hidup! bermacam perkara yang bermain di minda saya hingga perbedahan tikus hanyalah setakat itu.
saya panggil lecturer, berlaku jujur yang saya tak mampu nak pancung kepala tikus tu dalam keadaan macam tu. "kalau kamu jahit balik pun, kemungkinan besar tikus tu tak dapat hidup jugak. rib cage dah tak da, usus-usus semua dah kena tarik..", miss rositi explain sambil sengih. lucu mungkin melihatkan anak muridnya yang sorang ni.
tikus tu saya tinggalkan macam tu,ja (kejam) sambil saya ke meja sahabat lain untuk melihat tikus2 mereka. sekali2 saya jenguk juga keadaan tikus saya tu. makin lama, degupan jantung makin slow tapi tetap juga ada. "susahnya nyawa nak keluar.. tu baru tikus yang tak kena hisab. kalau manusia..?" aduh.. sakitnya sakaratulmaut...
elok bunuh ja dari biar tikus tu terseksa. ya, memang saya belajar macam tu tapi bila berada dalam keadaan tersebut, saya tak mampu nak putuskan salur darah utama tikus tu dengan harapan, cepatlah nyawa dia keluar. tapi saya silap. sampai habis kelas, masih jantungnya berdegup.. (i'm sorry tikus.. so, sorry.. ~ighfir zunuby, Ya Allah..)