"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Friday, November 20, 2009

bedah buku: Lembaran Hidup Ulama;warisan ilmuan Islam

bismillah..

Lembaran Hidup Ulama warisan ilmuan Islam kini menjadi pilihan. Masih banyak baki helaian yang belum sempat saya selak dan InsyaAllah akan saya lebih utamakan peng-hadam-an dari peng-khatam-an. Buku yang menghimpunkan kisah imam2 agung sangat berguna dalam memberi tarbiyyah rohaniah. Sungguh saya terkejut melihatkan penulis buku ini adalah seorang anak muda yang baru berusia 20 tahun (1989)! Beliau berasal dari pulau borneo dan langsung tidak berada dalam institusi pengajian formal dalam bidang agama. Pengetahuan agamanya terasah melalui minat yg tinggi dan inisiatif diri. SubhanAllah. Dalam usia 20 tahun sudah mampu menghasilkan buku yang bermaanfaat sedang aku?

Sangat tak rugi rasanya wang yang di infak untuk ilmu Allah cuma terkadang perasaan sedikit menekan sehingga tercetus 'perang kecil' dalam diri. Buku-buku akademik saya put aside dan menghabiskan novel non-fiction Hari-hari dalam hidupku (ehsan roommate tersayang) karangan Zainab al-Ghazali al-Jubaili, salah seorang pimpinan muslimat Ikhwanul muslimeen. Buku yang mengisahkan penderaan di penjara tentera Mesir ini sangat tak tergambar dek akal! Seorang wanita di gantung up-side-down sambil di sebat sehingga pengsan, bermandikan darah, di kurung berjam2 lamanya bersama anjing yang kelaparan sehingga terobek kulit, ibadat di sekat dan bermacam2 lagi jenis seksa yang hanya mampu di lakukan manusia tak berperikemanusiaan. Kemanisan yang sangat terasa dari kisah ini apabila Zainab bermimpi bertemu Rasulullah beberapa kali, di beri tasyji' dan janji indah. Maha Suci Allah yang memberi nikmat kepada hambaNya yang di kehendaki.

Zainab al-ghazali merakam jerit perih dalam perjuangan menegakkan kalimah Laailahaillallah Muhammadurrasulullah.. Di seksa, di keji, di caci, di maki, segala bentuk deraan mental mahupun fizikal. Namun Zainab tetap cekal dan tabah, beliau tak rebah jauh sekali mengaku kalah. Layaklah janji indah buat beliau, semoga Allah merahmati beliau. Adakah aku mampu seperti itu....? masihkah ada lagi srikandi harakah sehebat srikandi-srikandi lalu....? bangkit muslimat bangkit!

2 comments:

IBNUSIS said...

salam

hmmm
nice
tq2

wardatul asrar said...

wsalam

welcome. try baca, sgt2 best.