Wahai teman, bisikkan di hati kecilmu "Wahai Tuhanku, tiadalah daya aku berjuang jika bukan kerana kudrat dan kekuatan dariMu. Tuhan, di sisiMu jua ku pohon segala bantuan agar hati ini sentiasa di anyam kekuatan buatku kental dan tabah menempuh ujian mendatang. Di mana penghujungnya nanti ku harapkan moga berkekalan iman. ameen.." [Dahlia Husna]Hakikat kehidupan ini satu perjalanan yang panjang dan penuh ujian di mana hujungnya nanti akan di hisab segala amalan. Ianya umpama pentas opera yang menunggu masa tayangan pada yaum-ul-zalzalah. Kitalah pelakon utama yang menjadi perhatian penonton di layar Mahsyar, nafsu dan syaitan pula pelakon pembantu yang senantiasa berusaha memacu hikayat kamu, malaikat saat itu bukan lagi saksi bisu, dan Allah adalah juri yang satu. Siapa yang berjaya merangkul gelaran artis wanita/lelaki TER-soleh? artis wanita/lelaki TER-kufur (naudzubillahi min dzalik)?
Carilah teman yang mampu menasihatimu kala jauh, rela bersama mu kala kau jatuh. Untuk mendapatkan semua itu bukan sekadar harap dan menanti, tapi kau juga harus menjadi. Terima kasih buat teman yang umpama penjual minyak wangi. Walau ku tak mampu menjadi seperti kalian, izinkan aku menikmati sedikit haruman buat teladan.
ingatkan aku kala aku lupa,
pujuklah aku kala aku sendu,
didiklah aku kala mula alpa,
sedarkan aku bahawa syurga bukan percuma~
4 comments:
Tak faham ayat satera...apa2 pun..terima kasih..teruskan berjuang
sangat indah..
mendalam makna..
terima kasih..
*salam ziarah jua~
salam shbatku..
terima kasih juga krn tdak prnah jemu mmbimbing dri ini..
hakikat sebuah khidupan,hidup ini perlu saling mengingati..sambut salam ku wahai rkanku, gengam tgnku jgn biar lepas..utk bersama mggapai impian ke destinasi abadi..
insyallah syurga menanti..
~ukhwah fillah ilal jannah~
-dahlia husna-
to ibnu umar:
asif ats penulisan yg kurg jelas.
qusyairi:
terima kasih atas komen saudara
moga bermanfaat,insyaAllah
dahlia husna:
wsalam bidadari banglore =)
alhamdulillah.. sama2 kasih kerana Dia~
insyaAllah, moga bertemu di negeri abadi..
*sayang selalu*
Post a Comment