"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Wednesday, November 25, 2009

melihat dunia

bismillah..

Setiap yang berlaku dalam hidup ni, walaupun sekadar gugurnya daun dari pokok, pasti ada hikmah. Ini adalah soal kewajipan kita untuk melihat dunia dari dimensi seorang khalifah. Allah berfirman dalam kitabNya yang agung, mafhumnya, tidak Dia ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Jadi, penting bagi orang yang mengaku hamba juga khalifah di bumi ini untuk mengambil cakna firman Allah ini dan mengkaji sebaiknya.

Kagum saya dengan seorang sahabat yang mampu 'bercakap' dengan haiwan dan tumbuhan. Alhamdulillah, dia masih lagi siuman, cuma dia sangat memasukkan jiwanya dalam jiwa makhluk Allah yang lain. Pernah sekali saya yang gatal tangan cuba memetik daun dari pokok berhampiran. Di usap lembut tangan saya lalu berkata penuh hikmah "macam mana kalau orang tarik rambut kita? sakitkan? macam tu jugak pokok, dia pun rasa sakit jugak macam kita". Kalau dia secara tak sengaja terbunuh seekor semut, pasti di ucapkan kata2 maaf berkali2. Awalnya memang agak lucu tapi akhirnya, saya pun terikut. Haiwan dan tumbuhan juga makhluk Allah. Mereka punya hak untuk hidup sama seperti kita. Maha Suci Allah yang telah menciptakan sahabat saya sebegitu dalam menjadi qudwah hasanah (contoh yang baik).

Setiap yang ada di langit juga di bumi adalah tarbiyyah (didikan) buat insan yang ingin mengambil pengajaran. Bila tersepak batu umpamanya, ada orang yang rasa geram dan marah. Ini adalah respon manusia biasa yang melihat batu itu atas dasar batu yang kaku sahaja. Ada pula orang yang insaf dan beristighfar. Inilah golongan yang ingin mengambil ibrah (pengajaran) atas apa yang berlaku. Mungkin Allah ingin menjadikan kesakitannya yang tersepak batu itu sebagai kifarah dosa2 lalu? Sabda nabi SAW mafhumnya, walau terpijak duri sekalipun Allah akan menjadikan ia kifarah kepada dosa hambaNya.

Marilah sama-sama melihat dunia dari sudut tarbiyyah. Nescaya kurang kecewa, tambahnya redha, dan terasa makin dekat denganNya. Wallau'alam..

3 comments:

patenjihah said...

Fatin Nazihah likes this :)

aku bukan aku said...

bercakap dgn haiwan??

beastmaster!!!

ingin juga memiliki 'hati' y sedemikian..

jzkk

wardatul asrar said...

to jihah: thanks =)

to remonez: teringin? cubalah. anda mmpu merubahnya!