"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Friday, December 18, 2009

Andalus tersungkur kerana cinta!

bismillah..


“MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang krn kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.” Begitulah ucapan seorang bonda Raja dalam sejarah Islam di Andalus, Sepanyol. Ia diucapkan oleh Aisyah kepada anaknya Abu Abdullah daripada puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pd 21 Muharram 897 Hijrah (H) yang memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dengan itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yang berkuasa selama 800 tahun.

Bani al-Ahmar adalah puak terakhirr yang menguasai wilayah Islam Sepanyol iaitu Granada drpd 620 H hingga 897 H, pada tahun di mana perjanjian di atas dimeterai. Perjanjian yg membabitkan 67 perkara itu termasuk bahkan selepas jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yang pada akhirnya tidak pernah direalisasikan. 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun. Perjanjian ini akhirnya dimeterai kerana menerima banyak tekanan daripada orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dalam sejarah Islam pd 892 H. Pada masa itu ribuan umat Islam yg dijanjikan boleh menyelamatkan diri dgn berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Tentera Kristian dengan lantang menjanjikan keselamatan bagi orang Islam Sepanyol untuk keluar dari tempat pelindungan dengan membawa barang keperluan masing-masing. Mereka turut menjanjikan keselamatan untuk orang Islam Sepanyol yang ingin berlayar keluar dari Sepanyol. Mulanya, ramai yang tidak percaya dengan janji manis mereka. Namun melihatkan kapal-kapal di pelabuhan untuk membawa mereka keluar dari Sepanyol, Orang Islam mula percaya. Keesokkan harinya, beribu penduduk Muslim Granada keluar dari rumah masing-masing menuju kepelabuhan. Bagaimanapun, terdapat sebahagian yang tidak percaya dengan kata-kata tentera salib dan terus bersembunyi di rumah masing-masing.


Sampainya ribuan umat Islam Sepanyol di pelabuhan, tentera Kristian dengan pantasnya menggeledah dan membakar rumah pelindungan orang Islam. Tergamam mereka yang berada di pelabuhan apabila kapal yang dijanjikan untuk membawa mereka keluar dari Sepanyol turut di bakar semuanya. Umat Islam tidak menjangkakan semua ini dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka pula adalah wanita dan kanak-kanak tetapi tentera Kristian tetap mengepung mereka dengan pedang terhunus. Selepas menerima arahan pemimpin, mereka semua di bunuh dengan kejam! Laungan takbir dan jerit tangis langsung tidak di pedulikan tentera Kristian yang buas. Umat Islam bermandikan darah. Biru laut berubah merah hingga kehitaman. 300 tahun selepas Islam jatuh, segala tanda kewujudan Islam di hapuskan. Seolahnya Islam tidak pernah menjejak bumi Sepanyol.


******************************

Islam sudah menerangi Sepanyol dan kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol dengan tulus dan ikhlas memeluk Islaam juga berakhlak dengan akhlak Al-Quran. Keadaan aman seperti ini berlangsung selama hampir 6 abad lamanya di bawah pimpinan Islam yang pada masa itu sangat berwibawa digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yang mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yang dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dgn katanya: “Aku memerlukan tambahan untuk otakku bukan utk mengurangkannya.”

Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik utk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara untuk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dgn serangan pemikiran dan budaya.

Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.

Di samping itu, antara punca lain yg membuat Andalus hilang daripada peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yg mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dengan wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka kerana mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang menyedihkan ada umat Islam yang menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.

800 tahun bukan masa yg singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan menjadikannya bangsa yang bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu. Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pada satu masa dulu. Sepanyol sekarang adalah Sepanyol yg mempunyai seorang menteri pertahanan wanita, Carme Chacon yang boleh memeriksa barisan tentera negaranya walaupun dlm keadaan hamil seperti dilaporkan akhbar pd 14 April lalu.

Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin melenyapkan Islam sedapat mungkin dengan apa juga cara. Dgn mengambil contoh Andalus yang hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan akidah dan terlepas daripada jalur yang lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kepada bukan Islam, kesenangan yang tidak terkawal dan KECINTAAN TERHADAP DUNIA, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana. Dan ketika itu ucapan bonda Aisyah pada permulaan tulisan ini akan terdengar kembali. 


   FAKTA:
• Islam memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492.
• Banyak warisan ditinggalkan tamadun Islam di Sepanyol.
• Tariq ibni Ziyad mendarat di Gibralta pada 30 April 711 dan menamakan Sepanyol sebagai Al-Andalus.
• Pemerintah Islam membina istana yg besar dinamakan Alhambra dan masjid besar dinamakan Qardoba.


Wallahua'lam..


(edit dari penulis asal, Dr Danial Zainal Abidin) 

8 comments:

patenjihah said...

bile bace kisah ni, teringat lak pade satu ayat yang kakak usrah saye ade sebut:

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai.(Ali Imran:103)

sangat dalam kan. aqidah tulah sebenarnye masalah utame umat, selagi kite tak teguh pade tali tu, selagi tulah islam xkan menang.

p/s:dr danial tu penah dtg sekolah kite dulu, huhu tp x recall muke die cane :)

wardatul asrar said...

time kasih jihah atas perkongsian =) takut betul kalau terlepas dr pegangan.. lg takut kalau kite je perasan yg kite 'brpegang' tp hakikatnya, kita jauh mnyimpang (naudzubillah~)

p/s: oh.. hee.. kte tingat muka die kt buku2 yg die tulih.. =)

محمد حذوان بن حميدان said...

perkongsian yg mntap!!teruskan menulis ye.. (^_^)

wardatul asrar said...

InsyaAllah.. selagi dikurnia secebis Ilham drNya. doakan.

Anonymous said...

thanks..
mnginsafkan hati yg lemah ini.
andai semua mngerti
mungkin tiada lagi insan durjana di muka bumi

wardatul asrar said...

penulisan ini tertuju buat tuan empunya tangan (pinjaman Allah sebetulnya) yg menukil, yg dipertanggungjawabkn trhadap apa yg di nukilkn. bermanfaat hendaknya,InsyaAllah..

Anonymous said...

slm...bahan yg amat baik utk dikongsi and a very good reminder as well...keep up da good work :)


[7]

wardatul asrar said...

to [7]:

wsalam..

terima kasih.
InsyaAllah..