"dentist antara career yang memang boleh buat duit.. nak tipu orang pun senang", ujar kak anem sambil senyum nipis. sengaja di tekankan perihal kewangan kerana itu yang selalunya menjadi sasaran manusia bekerjaya.
"pak cik, pak cik.. sila buka mulut,ya.. pak cik tu pun buka mulut. apa kita buat kat dalam mulut pak cik, bukan dia tahu. kita cakap ada lubang ke apa, dia akan percaya je. patient tak dapat tengok apa yang berlaku dalam mulut dia.", sambung kak anem lagi.
"sebab tu dalam apa-apa pun tindakan kita, kita kena ingat.. walaupun manusia tak tahu, ada yang sentiasa memerhati. pak cik tu mungkin tak tahu tapi Allah tahu." khusyuk kami adik-adik junior mendengar penerangan kak anem yang datang jauh dari kuantan. kagum dengan seniors yang sanggup turun ke pj semata-mata untuk berjumpa dengan kami. malam itu juga mereka terpaksa kembali semula ke kuantan untuk menghadiri kelas pada jam 8 pagi.
sesekali kami mengangguk tanda faham dengan penerangan kak anem berkenaan realiti yang bakal di hadapi oleh seorang doktor gigi. takut juga kalau tersungkur dalam jenayah tidak berbau ini. benarlah kata-kata yang menyebut, di uji dengan kesenangan itu kadangkala lebih sukar dari di uji dengan penderitaan. manusia selalunya kembali kepada Pencipta di saat genting dan seringkali lalai daripada mengingati Allah bila senang. istidraj, mungkin. di sangkakan rahmat, rupanya laknat!
saya mengimbau kisah lebih sepuluh tahun lalu. memori dengan seorang doktor gigi di private clinic yang sering menjadi tumpuan kami sekeluarga. setiap bulan, ada saja greeting card yang sampai ke rumah dari klinik beliau. sangat mesra pelanggan. saya tak ingat nama doktor tu jadi saya gelar beliau dengan nama Dr Nathan.
tapi panas taklah sampai ke petang. ada hujan, petir dan segala macam kilat di tengah hari.
Dr Nathan cakap, gigi saya ada cavity yang tak kelihatan. kena buat tampalan dengan segera. tapi saya yakin sangat, gigi saya bebas cavity. doktor gigi yang datang kat sekolah selalu cakap gigi saya "good!", siap ada rekod. bila sampai rumah, mulalah saya 'beggar' dengan family members. kanak-kanak~ lagipun, saya takda rasa sakit atau sesuatu yang luar biasa pada gigi saya. tapi suara kana-kanak, siapalah sangat yang nak dengar. abah pun benarkan Dr Nathan buat 'treatment' dan filling segala. ngilu sangat-sangat waktu kena 'gerudi'. saya cakap dengan abah, rasa macam Dr Nathan buat lubang sendiri dan tampal balik,ja. bukan sekali saya 'kena' tapi banyak kali.
satu ja nak cakap, umi sangat bernasib baik tak kena 'gerudi', operation buang gigi segala. baru-baru ni saya tengok klinik tersebut dah di tutup. dengar kata, kena saman. wallahu'alam.
"buat kerja pun kena ada iman", kata abah. kalau tidak, perkara pelik-pelik macam ni juga yang akan jadi. saya mengingatkan diri saya sebelum semua sahabat, bakal profesional muslim yang saya kasihi sekalian. tak kira dalam bidang apa pun kita, jom inspect hati. kenapakah aku di jalan ini sekarang. tajdid niat senantiasa, InsyaAllah.. semoga kita menjadi salah seorang yang menjulang nama Islam dan bukannya yang membawa fitnah kepada Islam. saya rindukan zaman emas Islam di mana kepentingan ilmu dan amal itu julang. kita yang memilih, jenis profesional muslim apakah kita nanti? bidang ini bukan bidang sampingan tetapi tuntutan keatas semua muslim yang tergalas sebagai fardhu kifayah di atas bahu-bahu kita. maka tunaikanlah sebaiknya. medan ini bukanlah batu loncatan untuk meraih syurga dunia idaman nafsu yang tak terdidik, langsung membawa kepada muflis di akhirat kelak. semoga Allah memudahkan jalan kita menuju syurga dalam mujahadah kita menuntut ilmu..
"Ya Allah, letakkanlah dunia dalam tangan-tangan kami (orang Islam) tetapi bukan dalam hati-hati kami"wallahu'alam.