"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Sunday, May 8, 2011

di mana dunia di hatiku?

bismillah..

ini ceritera kezuhudan seorang faqih, Sheikh Muhammad namanya. beliau punya beratus anak murid yang bertaraf wali. kalimah hikmah sentiasa meniti demi mendidik anak murid tercinta. pandangan sang murobbi daripada atas anak tangga sahaja sudah mampu menggetarkan sanubadi anak murid yang berbuat sia-sia.

tiadalah si murobbi ini punya harta melainkan pondok usang yang di diaminya dan juga sebuah kendi kecil. dengan kendi itulah di gunakan untuk mengambil wudu' dan daripada kendi itulah dia minum.

suatu hari, berkatalah sang murobbi kepada salah seorang anak muridnya,

"pergilah kamu wahai Abdullah berjumpa guruku di kota Baghdad. pintalah daripadanya nasihat untuk di berikan kepadaku"

maka berjalanlah anak murid ini tadi menempuhi onak untuk berjumpa dengan guru kepada gurunya. belum pernah Abdullah berjumpa dengan guru kepada Sheikh Muhammad.

'pasti guru kepada guruku ini hebat orangnya', bisik hati Abdullah.

alangkah terkejutnya Abdullah apabila sampainya dia di kediaman guru kepada Sheikh Muhammad. kediamannya sungguh jauh daripada apa yang Sheikh Muhammad punya. mahligainya indah bagaikan istana layaknya. tersergam megah dengan ramainya pekerja di segenap ruang.

'sungguh guru ini tidak zuhud kepada dunia!', lalu pulanglah Abdullah ke tempat asalnya tanpa berjumpa dengan guru kepada Sheikh Muhammad.

apabila di tanya oleh Sheikh Muhammad kepada Abdullah tentang nasihat itu, tiadalah Abdullah dapat memberi apa-apa jawapan. lalu di suruh lagi untuk Abdullah berjumpa dengan gurunya.

dalam keberatan hati, berlalulah Abdullah ke kota baghdad. dalam hatinya tidak putus-putus bersangka, 'guruku lebih mulia daripada gurunya. guru ku ini zuhud kepada dunia dengan sedikitnya harta yang dia ada sedang gurunya sungguh mewah kehidupannya'

setelah lama berjalan, berjumpalah juga Abdullah ini dengan tuan empunya mahligai dan meminta nasihat daripadanya.

sekali lagi seorang Abdullah tergamam. bagaikan tidak percaya dengan apa yang di dengari;

"berzuhudlah dengan dunia!"

ya. itulah kalimah nasihat oleh guru kepada Sheikh Muhammad.

kemudian pulanglah Abdullah berjumpa gurunya. sekali lagi dia di tanya oleh Sheikh Muhammad akan nasihat yang di bawa.

berkata Abdullah kepada Sheikh Muhammad, gurunya berpesan untuk zuhud dengan dunia.

mendengar sahaja nasihat itu, maka meraunglah Sheikh Muhammad kerana kesedihan.

Abdullah menjadi bingung lalu bertanya;

"wahai guruku, aku melihat kediaman gurumu itu sungguh mewah seperti istana. pelayannya juga ramai. berbeza dengan dirimu yang begitu zuhud. jadi mengapakah guruku menangis apabila mendengar nasihat itu?"

Sheikh Muhammad lalu menjawab dalam nada yang begitu hiba;

"aku hanya punya sebuah kendi kecil. dengan kendi inilah aku minum dan mengambil wudu'. aku bimbang andai kendi ini tiada, maka tidaklah dapat aku melakukan ibadah seperti biasanya. aku bimbang kendi ini sudah berada di dalam hatiku! sedang guruku itu, walau hilang seluruh hartanya dalam sekelip mata, itu langsung tidak membimbangkan dan menggugah keimanannya. hal ini kerana, harta-hartanya yang banyak itu di letakkan hanya di tangannya, tapi bukan di hati. itulah tahap kezuhudan guruku!"

fahamlah si Abdullah akan kata-kata gurunya lalu turut sama melinangkan air mata.

*******
“Sesungguhnya dunia ini umpama taman hijau yang indah. Penuh dengan nikmat dan keindahan dan Allah menciptakannya untuk kamu. Oleh itu pastikan segala nikmat ini digunakan dengan sebaik-baiknya.” (Hadis riwayat Muslim dan Nasai’)
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu akan negeri akhirat, dan jaganlah kamu melupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) seperti mana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.” (surah al-Qasas, ayat 77)
“Ketahuilah bahawa kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan gurauan, berbangga dengan perhiasan, kekayaan dan keturunan seperti hujan yang mana tanamannya mengagumkan petani. Kemudian tanaman itu menjadi kering lalu hancur. Di akhirat nanti ada azab yang keras dan keampunan darinya juga. Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan yang palsu.” (Surah Al Hadid, ayat 20)


"ya Allah! letakkanlah dunia di dalam tangan umat Islam dan janganlah engkau meletakkan ia di dalam hati-hati kami"

4 comments:

Nur Mawaddah Mohd Shah said...

wahh, bestnya baca, :) tapi tk faham kenapa sheik tu cakap dia takut kalau kendi tu ada di hatinya..*confuse* hehe

Amin to the doa.. :)

wardatul asrar said...

'di dalam hati' bermaksud cintakan harta. sheikh takut dia terlalu cintakan satu-satunya harta yg dia ada iaitu kendi :)

hebatkan iman orang terdahulu. kita (saya) kalau barang rosak mesti sedih. ada orang sampai maki hamun segala. astaghfirullah.. itu tandanya tak redha bahawa barang itu Allah tak rezekikan buat kita.

sama-sama muhasabah, InsyaAllah..

Unknown said...

"letakkan dunia di jiwaku.
tanamkan akhirat di jiwaku."

sorang kwn pernah ckp camtu. tp terkadang kita lupa. huhu.

istighfar3..

wardatul asrar said...

first time dengar letakkan dunia di jiwa ku :) moga kita benar2 hayati & pahatkan akhirat dalam hati..