"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Sunday, May 16, 2010

ilmu dan penyelewengan dalam jalan dakwah

bismillah..

Ilmu dan penyelewengan dalam jalan dakwah pesanan Al-Ustaz Mustafa Masyhur dari Kitab At-Tariq Ad-Da'wah (Jalan Da'wah) Ilmu dan Penyelewengan: Tempat tergelincir yang paling merbahaya ialah fitnah ilmu. Kadangkala orang yang melalui jalan dakwah yang mencari ilmu dasar ma'rifah akan mendapat sedikit sebanyak ilmu kemudiannya ia akan merasakan satu perubahan yang besar dalam dirinya, setelah merasai hidup dalam kekosongan dan kesesatan. Dia kagum dan silau matanya dengan sinaran ilmu dan ma'rifah yang diperolehinya dari hasil kajiannya dan dalam kitab-kitab dan buku dakwah Islam. Dia yakin pula bahawa ilmu yang diperolehinya itu telah banyak, lantas menyangka dia telah mempunyai kemampuan untuk beristinbat dan mengeluarkan hukum dari ilmu yang telah diketahuinya dari nas-nas, dalil-dalil Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah saw.

Kadangkala pula dia berpegang teguh sebab lahiriah satu-satu dalil dan tidak mahu menerima hujah dari seseorang. Di kala lain pula dia mudah terpedaya lantas menganggap dirinya telah sampai kepada darjah mujtahid lantas dengan beraninya mengeluarkan fatwa-fatwa hukum syara' di dalam beberapa perkara yang didedahkan kepadanya. Benarlah ada orang yang berkata: "Orang yang paling berani megeluarkan fatwa ialah orang yang paling kurang ilmunya." Lebih merbahaya dari itu ia berani pula merendah-rendahkan darjah imam-imam mujtahidin yang silam jika didapati pandangannya bertentangan dengan pandangan mereka.

Satu lagi tempat tergelincir ilmu iaitu apabila orang yang berjalan di atas jalan dakwah telah dikuasai oleh kelazatan dan keenakan ma'rifah nabi, dimabukkan oleh pembacaan dan mutala'ah semata-mata, sehinggakan jihadnya tertumpu di dalam bidang itu sahaja tanpa melibatkan dirinya lagi di dalam jihad dan amal yang lain yang dituntut oleh agama. Akhirnya hatinya menjadi terlalu seronok dan khusyuk dalam membaca berbagai kitab dan berlumba-lumba membaca berbagai majalah yang dipenuhi makalah ilmiah semata-mata. Ini membuatkan dia leka dari memberi perhatian ke arah menyuburkan iman memperkuat jihad dan latihan dakwah Islam. Ini adalah membalik-songsangkan segala pertimbangan dan menyalahgunakan pengertian yang menyokong usaha tolong menolong yang membawa hasil.

Cara untuk memelihara diri:

1) menuntut ilmu yang berguna tanpa mudah terpedaya dan tidak melewati batas.
2) dan selalulah merasa yakin bahawa apa yang telah kita ketahui adalah lebih baik dari apa yang belum kita ketahui.
3) beramal dengan ilmu yang di perolehi.
4) jangan terlalu berani mengeluarkan fatwa.
5) sentiasa berlapang dada menerima pandangan dan fikiran yang sahih dan benar tanpa membekukan diri dengan fahaman kita yang terbatas.
6) meletakkan manusia dan menilai mereka mengikut darjah dan kedudukan mereka.

sesungguhnya, barangsiapa yang mengaku bahawa ia telah mengetahui maka dia telah menjadi jahil.

Beberapa Petunjuk Di Atas Jalan: Al Imam Hasan al-Banna rahmatullah telah menjelaskan di dalam tulisan-tulisannya, di dalam risalah-risalah dan di dalam ceramah-ceramahnya beberapa petunjuk jalan dan menekankan perlunya kita iltizam dengannya tanpa menafikannya. Beliau bersungguh-sungguh menjauh dari ta'asub mazhab atau dari penyelewengan fikrah yang menyebabkan timbulnya perpecahan yang boleh menggugat persatuan Muslim dan menjadikan mereka berpuak-puak dan bergolong-golongan. Beliau menegaskan bahawa kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w itu merupakan dua sumber rujukan Muslim yang terpenting dalam segala urusan. Beliau telah menyuruh kita berjaga-jaga dan berwaspada dari takfir, kafir-mengkafirkan berpuluh-puluh tahun sebelum munculnya pemikiran seperti ini.

Penekanan beliau bertujuan supaya kita berwaspada dari penyelewengan harakiah seperti "terburu-buru untuk memetik buah sebelum masaknya". Beliau telah menerangkan bahawa jalan ini adalah susah dan panjang akan tetapi di sana tidak ada jalan lain daripada itu, jalan ini memerlukan kesabaran dan mujahadah - berjuang melawan hawa nafsu - di samping memperdalam kefahaman, pembentukan yang rapi dan amal yang berterusan.

Al Imam Asy Syahid itu juga telah menegaskan bagaimana perlunya kita beriltizam di atas manhaj tarbiah dan mempersiapkan individu Muslim sebagai pendukung aqidah dan menjauhi cara-cara parti politik - (yang bukan Islam) - tetapi menumpukan segala tenaga untuk beramal dan menjauhi pertengkaran dan bantah membantah yang membuang masa dan mematikan kesungguhan dan kadang-kadang menyakitkan hati. Beliau sentiasa berpesan kepada kita tentang ukhuwwah supaya memperkuatkan ikatan dan cinta kerana Allah dan pada Allah. Dia mendorong para petugas, para amilin di bidang dakwah lslam supaya mereka tolong-menolong dan menyelaraskan segala usaha untuk dakwah Islam. Perbezaan pendapat di dalam perkara furu'iah tidak boleh dijadikan sebagai penghalang untuk tolong menolong selagi kita bersatu di dalam urusan pokok dan dasar.

Beliau sentiasa menegaskan bahawa jamaah al Ikhwan di atas jalan dakwahnya akan terdedah kepada berbagai-bagai ujian dan bencana, sepuluh tahun sebelum terjadinya ujian dan bencana itu. Kerana ujian itu telah menjadi sunnah Allah di dalam dakwah - dan beliau bertanya: "Boleh jadi ujian itu lama untuk kamu maka adakah kamu bertahan?". jalan ini terlalu sukar dan hanya mereka yang telah di tapis Allah mampu bertahan hingga ke hujungnya, di negeri abadi. Beliau juga dapat menjangka setelah pimpinan kemanusiaan yang di laungkan oleh boneka Barat telah tersasul dan terhoyong-hayang dan kebingungan dalam laluan ciptaan sendiri, menerka akan kembali semula kepada Timur Islam, di tangan tentera iman yang kuat dan teguh sehingga tidak ada lagi fitnah dan gangguan. Pada waktu itulah, terbukti seluruh agama itu milik Allah.

di edit: ilmu dan penyelewengan dalam jalan dakwah

Friday, May 14, 2010

promosi: majlis maulidul rasul SAW

bismillah..



Tarikh: 15hb. Mei 2010.

Masa: 5.00 ptg – 9.00 mlm.

Lokasi: Masjid Negara, KL.

Penceramah:

1)Dr. Muhammad ‘Uthman el-Muhammady (ISTAC).
2)Al-Habib ‘Umar Hamid al-Gailani (Makkah).
3)Sayyid ‘Abbas bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (Makkah).
4)Prof. Dr. Ahmad ‘Umar Hashim (Mantan Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir)
5).Al-Habib Hassan bin Mohammad bin Salim al-Attas (Masjid Ba’alawi, Singapura)
6).Syeikh Afeefuddin ‘Abdul Qadir al-Jaylani (Pengerusi Amanah Al-Wariseen)
7).Prof. Dr. Ahmad Obaid al-Kubaisi (Iraq)



p/s: sesiapa yang berhajat untuk hadir, boleh turun di komuter kuala lumpur (stesen). tiada bayaran penyertaan. Allahumma solly wa sallim ála habibina Muhammad~

Tuesday, May 11, 2010

banyak lagi langkah

bismillah..

abah cakap, kawan itu sementara
bila umur meningkat, fasa hidup berubah
dari zaman sekolah ke zaman universiti
dari zaman universiti ke zaman kerjaya
dari zaman single ke zaman berkeluarga
kita akan jumpa diri kita dengan kawan yang berbeza

mungkin secara literal itu hukumnya
walau berbumbungkan langit biru yang sama
tanah yang kita pijak berbeza
saya meniti dalam dunia sendiri
kamu pula menari dengan cara itu
kita tak lagi serupa

~moga ada seri di hujung nanti~ 

oh, kamu ingat pada fairy tales?
snow white di kecam si tukang sihir 
cinderella di dera si ibu tiri 
rapunzel di kurung dalam menara tinggi 
aurora tak terlepas dari sumpahan maleficent
belle juga takut berjumpa beast

ya, itu dongeng zaman kanak-kanak
tapi saya juga belajar satu perkara
mereka tempuh semua sebelum di akhir cerita 
"they live happily ever after"
oh, manisnya mengalahkan gula
dan lagi sweet, bila ada yang lebih pasti 
"Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (al-Nahl, ayat 96)
saya cuba untuk semat dalam jiwa
dunia ini bukan hanya ada kamu dan saya
tapi dunia ini ada semua
open our hearts~ terima ketentuan seadanya
Allah tak menjanjikan hidup ini senang kata kamu
tapi Dia janjikan kebahagiaan hakiki nanti

moga kita dalam golongan yang bersama Dia
yang bertemu dan berpisah kerana Dia
di alam yang kita tahu indahnya statik
kamu tahu,kan? :)
jom, masih banyak lagi langkah..

Tuesday, May 4, 2010

tribute: 'dia' yang di ingati

bismillah..

setelah di type-edit-delete-type *again*-edit *again* akhirnya ter-publish juga entri ini. macam-macam yang saya fikir. apa pun, alhamdulillah. harapnya beroleh pengajaran bagi yang membaca, InsyaAllah.

****************************
"sedapnya dia baca quran.. tenang.. beruntung siapa dapat dia. dapat syurga dunia!", ujar ida yang baru tiga hari saya kenal, sejak bermulanya minggu ta'aruf di ipta. sekilas saya menoleh ke arah 'dia' yang di maksudkan di sebalik rostrum. tak jelas di sebabkan jarak kami yang jauh.

ya, tenang bacaan dia walaupun tanpa hijjaz, bayati mahupun nahwan. senyuman saya hadiahkan buat sahabat. tak tahu respon apa yang sepatutnya saya beri. mungkin bukan saya untuk judge sesiapa seawal ini. dia yang tadinya di balik rostrum, kini di pentas pula mendendangkan nasyid bagi mengalu-alukan kedatangan kami, pelajar junior.

******************************
kadang-kadang saya nampak dia di pentas membuat persembahan, kadang-kadang saya nampak dia mengimamkan doa, kadang-kadang saya nampak dia mengalunkan ayat suci al-quran bagi memenuhi jemputan penganjur program. sangat aktif.

hari berlalu seperti biasa sehinggalah satu hari, kami dikejutkan dengan mesej yang tak terduga. baru saya sedar 'kehilangan' dia kebelakangan ini. rupanya dia kini terlantar di hospital akibat penyakit kronik. seminggu dua juga kami ter-up-date dengan keadaan beliau.

yang sempat saya ingat, dia lumpuh separuh badan. saat sahabat-sahabiah berlinangan air mata melihat keadaannya, dia masih mampu mengukir senyuman dan memberi tasyji' (motivasi). tak lama selepas itu, kami di khabarkan bahawa darah mula keluar dari rongga tubuhnya. kata kakak, bila darah mula keluar dari rongga itu tandanya majoriti organ dalaman sudah rosak. hanya dengan kuasa Allah sahaja dia mampu kembali normal.

terkedu. hebat sungguh ujian Allah pada dia. dia baru seusia kakak, masih muda. rencana Dia, tiada siapa mampu meneka. mungkin usia dia masih remaja namun imannya mampu menanggung semua. laa yukallifullahu nafsan illa wus'aha... tak beberapa lama selepas itu, kami terima perkhabaran bahawa Allah telah menjemput hamilul quran itu kembali. kepada Allah kita datang, kepada Dia jugalah tempat kembali.. 

kami para sahabiah tak mengenali dia secara peribadi namun saya yakin bumi cfs menghadapi kehilangan yang besar. masing-masing bergenang air mata. antara sedih dengan kehilangan juga muhasabah tentang satu kepastian : mati. sebaik menerima berita, terpacul kata-kata saya buat ida. "wanita dunia tak layak dapat dia. Ada bidadari syurga untuk dia, InsyaAllah."

*********************************
semenjak itu, tak pernah saya dengar berita yang kurang enak tentang dia. semuanya baik-baik belaka. dialah penghidup amalan sunnah di bumi cfs. dialah yang rajin ke kelas-kelas pengajian kitab. dialah yang sopan dan baik akhlaknya pada guru-guru juga sahabat. sejenak terfikir, salah satu tanda orang itu kembalinya dalam husnul khatimah, cerita-cerita kebaikkannya akan tetap subur diperkatakan orang. ah, cemburunya!

dua minggu berturut-turut sebaik kembalinya dia ke rahmatullah, ust muhadhir dan seluruh hadirin pengajian menghadiahkan al-fatihah kepadanya. kehilangannya di rasai. hebatnya dia di ingati di majlis talaqqi yang penuh barakah bersaksikan malaikat. setahun berlalu.. kelas pengajian kitab pada setiap jumaat bermula seperti biasa. ini adalah antara kelas-kelas terakhir buat mereka yang akan ke main campus. untuk kesekian kalinya, dia di ingati lagi. serbannya kemas tersusun seperti habib umar, kata ustaz. tenang saja jiwa ustaz setiap kali melihat dia.
*********************************
hebat sungguh manusia ini. dia sentiasa di ingati. kembalinya husnul khatimah, InsyaAllah. usia muda bukan janji hidup kita masih lama. bila-bila Dia kata "kun" maka jadilah ia tanpa ada sesiapa yang mampu menghalang. dia dah lepas fasa ujian yang banyak menghanyutkan manusia. saya tak tahu pengakhiran saya bagaimana. anda juga tak tahu pengakhiran anda bagaimana..
"Allahumma Ya Mukalibal Qulub.. tsabbit qulubana 'ala deenik wa'ala tho'athik.. wa'ala jihadu fisabeelik"
"Allahummakhtimlana bihusnil khotimah.. wala takhtim alaina ya Allah bi su'il khotimah"


 moga cebisan ini mampu memberi ibrah kepada kita yang masih hidup.

al-fatihah buat akh Nabil Marwan.