bismillah..
saya pakai gigi besi.
yes, braces :)
I've been thinking & researching for almost 2 years before I made the decision and finally.. just like a 'click'- It's on my teeth alr!
kenapa pakai braces?
"gigi awak bukan dah ok ke? kenapa pakai braces?"
"student dentist memang kena pakai braces ke?"
ini adalah antara soalan-soalan yang kerap di tanya kepada saya oleh mereka yang ter-perasan saya pakai braces (kalau tak sengih over, orang tak perasan pun). mungkin sebab ramainya sahabat yang ambil bidang dentistry pakai braces dan tak kurang juga orang-orang luar yang mana pemakaian braces ni dah nampak macam 'trend' pula.
secara kasarnya, sebab orang pakai braces ni ada dua sahaja.
1) kecantikan/'trendy'/menunjuk-nunjuk
ulama' telah membincangkan panjang lebar bahawa ianya adalah salah, haram dan di laknat Allah swt kerana termasuk dalam hal yang mengubah ciptaan Allah tanpa asas yang kukuh.
atas inovasi dalam pemakaian braces, ramai pula ikut pakai sebab nampak comel dan kaya (atas kos rawatan yang mahal).
2) rawatan
ummi call saya tadi; "kakcik pakai sebab rawatan kan? bukan saja-saja kan? ummi dah rujuk perbincangan hal ni, haram kalau pakai saja-saja"
:)
risau ummi di buatnya.
InshaAllah, pemakaian saya bertujuan rawatan. itupun selepas saya belajar subjek orthodontics dan tahu serba sedikit pros & cons pemakaian braces dalam kes saya. kalau ikutkan, tak mahu pakai pun sebab
functionally and aesthetically pleasant.
cuma komplikasi akan timbul dalam jangka masa panjang sebab saya masih ada gigi susu yang mana akarnya sudah
resorb, tinggal sejemput dan bergoyang (
'floating on the gum' bak kata Dr). gigi kekal pula berada dalam lelangit, lari dari tempat asal dan terhalang penumbuhannya atas kehadiran bendasing.
plan rawatan:-
i) gunakan
braces untuk menjarakkan gigi di bahagian gigi susu (bagi ruang untuk buat
surgery, nanti kena gigi bersebelahan)
ii)
surgery di bahagian lelangit untuk menarik turun gigi kekal dan membuang odontom (bendasing, mungkin gigi terlebih). suntikan/surgery di bahagian lelangit adalah super-sakit berbanding ruang mulut yang lain.
oral surgeon cadangkan di buat
under sedation, General Anesthesia (Allah.. harapnya boleh ubah ke
Local Anesthesia sahaja)
iii) pemakaian
braces untuk tetapkan kedudukan gigi terutama sekali gigi kekal yang baru di tarik dan betulkan
occlusion.
iv) pakai
retainer seumur hidup untuk mengelakkan
relapse (kembali kepada keadaan asal kedudukan gigi)
berapa kos pemakaian braces?
kos pemakaian bergantung dengan kes individu, tempoh pemakaian dan jenis braces yang di gunakan. selalunya dalam RM3000-RM5000.
dalam kes saya, kosnya dalah percuma :) khas buat dental students dan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun. sesiapa tang tinggal di kawasan kuantan, jemputlah bawa adik/anak/saudara untuk rawatan ya.
[kami juga menyediakan rawatan cabutan, tampalan gigi, cuci gigi, buat gigi palsu, crowning, rawatan akar, dan lain-lain<< yang ni kena tanya senior]
best tak pakai braces?
sakit.
untuk lelaki, lagi sakit sebab
pain treshold lelaki lebih rendah berbanding perempuan. ada ja yang tak sakit tapi sangat-sangat jarang. bila pakai braces, gigi di paksa bergerak dan pergerakkan ini buatkan rasa sakit. mulanya saya perasan berada dalam golongan istimewa yang tak sakit ataupun boleh tahan sakit ni. namun lepas 24jam, Ya Salam.. Allah ja tahu betapa 'best'nya rasa itu.
dan setiap kali di ketatkan wire sepanjang tempoh rawatan,setiap kali tu akan rasa sakit. tapi setakat ni, saya masih jadi super srikandi, tak ambil ubat tahan sakit.
kaffarah dosa, Alhamdulillah...
penjagaan gigi
bila pakai braces, kebersihan gigi kena
extra jaga sebab bakteria mudah terkumpul di celah-celah braket lalu merosakkan gigi.
makanan
apa yang di makan pun kena jaga sebab kalau makan makanan keras, bracket boleh pecah dan mengganggu proses rawatan. katakan tidak kepada daging yang liat, buah-buahan (epal, pear, etc)
sakit makin terasa waktu makan. payah nak kunyah dan di nasihatkan untuk makan
soft diet.
bersyukur
rasa bersyukur sebab dapat rawatan percuma! heh.
this is not the main point..
"I love to treat dental student so that they can experience the pain and appreciate their patient more" (orthodontist)
bersyukur sebab dapat rasa kesakitan
patient-patient kita. dah lama tak rasa sakit gigi jadi bila rasa ni mula
'feel' nak rawat orang dengan sopan santun, simpati dan empati tu berganda-ganda.
sesiapa yang nak buat gigi palsu, nak cabut gigi ke, sila lah pm ya :) InshaAllah kami akan berikan rawatan terbaik buat anda.
wallahu ta'ala 'alam..