bismillah..
pertamanya, saya ingin memohon jutaan kemaafan andai penulisan saya selepas ini menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. entri ini adalah pendapat peribadi penulis dan tiada di kaitkan dengan yang hidup atau yang telah kembali ke rahmatullah. (entri ini di tulis dalam keadaan emosi yg kurang stabil. sebarang kesilapan kata, harap di maafkn)
ada beberapa hal yang membuatkan saya terimbas kembali peristiwa lalu. pasti ramai yang maklum akan keadaan di PC fair yang penuh sesak hinggakan nak bernafas pun susah lebih-lebih lagi bila tibanya waktu puncak (pada hari-hari terakhir). dalam keadaan separa terpaksa, saya langkahkan juga kaki kesana untuk membeli keperluan wajib. sesekali, abah di jadikan benteng merempuh ribuan makluk yang pelbagai ragam.
sememangnya saya mudah pening pabila berada dalam keadaan yang sangat ramai orang. di tambah dengan permandangan yang menyakitkan mata, cukup package untuk saya katakan, saya kurang gemar PC fair (shopping mall, exhibition and etc~). tak cukup dengan rojak manusia lelaki dan perempuan, model2 yang membantu 'melariskan jualan' turut sama 'memanaskan keadaan'. aduh.. sakit mata di buatnya. malu, segan, geram, kesian, segalanya jadi rojak juga.
"nk jual barang ke, nak jual orang?"
persoalan yg tercetus di minda bila berhadapan dengan situasi seperti ini. perasaan yang pertama sekali timbul adalah 'kasihan'. kasihan kan wanita2 yang tak sedar bahawa diri mereka di eksploitasi untuk melariskan jualan. kostum yang jelas kekurangan kain di jadikan pakaian. tubuh gebu dan langsing mereka menjadi tatapan umum dan jamahan ribuan mata yang memandang. malu saya nak gambarkan selebihnya. kasihan diri mu, wanita....
kasihan juga pada lelaki2 yang ingin menjaga pandangan. pasti sukar, bukan? meskipun model2 itu rata2 bukan beragama Islam, akibat daripada pendedahan tubuh mereka yang terlampau adalah sama. wanita marahkan lelaki yang bermata keranjang, merenung setiap inci tubuh mereka tapi mereka yang dedahkan. umpama umpan di tayang2 depan mata, kemudian kita pula marahkan ikan yang memakannya.
seterusnya adalah keadaan filem2 terutama filem melayu yang usahkan di tanya tentang nilai2 Islam, nilai ketimuran juga entah tercampak ke lubuk mana. nak jual filem atau jual pelakon? rempit, anak halal dan yang terbaru saya dengar adalah BOHSIA. terlihatkan triller nya saja sudah menjijikkan (maaf, sedikit kasar), tak sanggup nak tengok. demi untuk menginsafkan KONONNYA, pelakon2 wanita yang MUSLIM berpakaian seperti... (kalian sedia maklum, mungkin). kalau dulu heboh artis lelaki di banned kerana beraksi kurang sopan, kenapa artis2 wanita ini di halalkan saja tindakan mereka? setelah beberapa filem 'menginsafkan' seperti ini di keluarkan, tidak pula saya dapati kes gejala sosial berkurang. makin parah, adalah. inilah situasi negara Islam.
perkongsian dari kak had setelah merujuk seorang ustaz, aurat itu adalah sesuatu yang HARAM di dedahkan dan HARAM di lihat. Dosa bagi yang mendedahkan dan dosa juga pada yang melihat. bagaimana lelaki nak tengok berita andai pembacanya seorang perempuan yang tidak bertudung? bagi ulama' yang syadid, mereka menyatakan untuk mendengar suara sahaja tanpa melihat si pembaca berita. serius kan hal ini? andai dalam hal yang penting seperti menonton siaran berita juga di haramkan, melihat filem2 sebegini apatah lagi.
rata2 masyarakat marahkan statistik gejala sosial yang meningkat tapi virus2 yang mendorong ke arah itu, tidak pula di bendung yang akhirnya menjadi barah! nah, akibatnya gejala rogol, sumbang mahram, cabul dan sebagainya makin berleluasa. lebih parah lagi bila ikan2 sudah tak kenal umpan asli dan umpan bayangan sehinggakan yang bertudung litup juga menjadi mangsa. saya kurang pasti sama ada, etika pemakaian untuk pameran seperti PC fair wujud. tapi etika pemakaian untuk pelakon saya pasti, ada. namun setakat mana penguatkuasaannya, boleh kita nilai sendiri... wallahu'alam..
3 comments:
salam....
btol2!!!
sgt brsetuju dgn pndapat mu!!
lelaki je kene blame sbb sekodeng pmpuan,sedangkan pmpuan pon sptutnye disalahkn jgak...
ape tjuan sbnrnye diorg pkai ketat2??
dah sah2 utk tunjuk kt org, and nak suruh org tgk..
bile org tgk,dikatenye sekodeng..
xpatut!!!!
ishhhhh~
(xbrmkne ak yg tgk deh!mu jangn buruk sangka!!)
betul betul betul. sakit gak ah mata aku nengok.
eleh kalo the guys yang tengok, konon cakap seksi la, tu la ni la padahal bende FREE sape yg xnk tengok!! lol
salam alaikum..
to ahmad fitri : hok bukok saloh, hok sngajo tgok pong saloh. (dok kate ke mung pong..)
to ain : (^^,)V ~no komen~
Post a Comment