"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Wednesday, October 28, 2009

duhai puteri ku sayang

bismillah..

ke sini duhai puteri
bersimpuh di samping ku
mari kita buka lembaran lalu
yang sama2 pernah kita hayati dulu

ingatkah lagi pengorbanan ummu sulaim?
atau mungkin khaulah al-azwar al-khind?
"ah.. mereka sangat hebat sedang aku manusia biasa"
"shhtt.." sabar puteri ku
jangan biar emosi bicara
dengar bisikan halus iman mu
walau terkadang tenggelam timbul
itu lebih baik dari mati tanpa mujahadah

hebat mereka bukan dengan petikan
harum mereka dengan semangat perjuangan
tak layu dek mehnah sampingan
mereka punya Allah yang jadi pegangan
bukan ini cita mu dulu?

yakinlah puteri ku
andai ada izinNya
esok mentari kan muncul lagi
kelopakmu bisa mekar dan segar kembali
mungkin juga ada pelangi untuk mu
siapa tahu?

hapuslah air mata
sudah lama pipi mu basah
sini, genggam erat tanganku
ayuh! ayunkan langkah dengan laju
bukan di sini medan rehat mu
untuk mardhotillah, bongkahnya bukan satu
senyum... (^^,)
nah, ini baru puteri ku~


Friday, October 23, 2009

A dream of Muslimah

www.iluvislam.com
Oleh : Nur20
Editor : NuurZaffan


          I remember it was winter in England and I was catching a train back to the city where I lived. It was cold, I looked out, White snow was falling lightly from the gloomy sky. The train was moving fast, and as it moved I could see grounds in white all covered up by snow. ‘Covered up?’ the word rang in my head. Images of hijab and headscarf flashes on my mind.
          For the two hours journey, I couldnt sleep even once. There was too much on my mind. I was born as a Muslim. And I didn‘t pray five times a day like everybody else. I hardly could read the Quran. People could say I was illiterate in a way. Because at times, it took me a long while to finish even a short verse from the Quran. It was in Arabic and I was never taught Arabic, that was my excuse of not reading. I thought as long as you have a good heart that‘s good enough. And if you don’t commit huge sins, you’ll be fine. But what she said, made my whole perspective looked, vain. 
          I was from London and on my way back home to the North West region. My heart wasn’t at ease. What she said had made me thinking, and I was thinking real hard. She was a nice girl. ‘Be a true Muslim, and not just a Muslim by name,’ she said politely with a smile, but the meaning was intense. She was merely quoting and was not saying it to me but my heart was touched. What kind of Muslim, had I been all these while? I don’t want to be a Muslim and only by name. It doesn’t sound good either. As the train moved, heading to North West where I lived, I let out few sighs.
          Few months after later.. ‘Bismillahi Rahmani Rahim..,’ I read out loud before starting to read the Quran. My web-cam was on. That night We were in the middle of Quranic circle. It’s an activity that we do once a week. Through this circle, we read the Quran in turns. All were ladies. Sometimes we get to discussed about the meaning behind the Quran verses and some Hadith from Rasulullah. It was amazingly fun and I never thought I would actually had fun doing religious activity. I was very thankful to Siti and her older sister because now I can read the Quran much better. And since then, I keep on gradually changing, I realised. How I view life has changed too, a bit if not much. 
          At nights before I slept, I thought of going to a place. Somewhere faraway and seemed hard to reach but I knew its reachable. And if possible, I wanted to go there with someone that I loved. Of course that’s still remain as a wish and I hope it’ll come true one day. My life is never this calm! I now wear headscarf everywhere I go. It doesn’t feel right without it. Sometimes that leads to guilt, when people sees my hair. So I wear headscarf whenever I go out. My social activity especially when interacting with men has also changed. I used to be friendly and outgoing, even with the opposite gender. Now I feel sort of afraid. Sometimes I limit myself from being too ‘friendly’ with men. Sometimes, I think twice before I talked to them. Is it necessary or not to talk now? Because Women can be a fitnah to men, I don’t want to build up sins. 
          I used to look for a romantic boyfriend before. I searched high and low but funny that I never really had a boyfriend until now. I used to ask why? The question is why. Because I’m not unpretty. But now I understand the reason behind. Having a romantic relationship outside marriage can lead to something that breaks the law of Syariah. All praise to Allah, I’m glad I never had boyfriends before. I’m not worried if I don’t find a guy any sooner. I’m not looking for a relationship anymore. And definitely not looking for someone based on how romantic he is. I’m going with the flow, after all everything about humans has been written. I want to fix myself first. 
          I read somewhere about ‘Mencintai kerana Allah’ or ’Loving you because of God’. It was a nice Malay blog entry. I am aiming for that kind of love now. It sounds more pure than romantic love, to me. 


‘What’s your dream guy like?’ a friend asked me one day while we ride on a taxi.
I didn’t replied him immediately though, ‘and have you found him?’ he added quickly.
‘Why do you want to know’ I politely asked with a smile.
‘Well, only asking,’ he replied calmly. Then there were silent. The road was wet due to the rain. It was soon before the taxi reached my home.
‘Was he like me?’ he then added. He was hinting something, I knew. I’ve been waiting for this moment all this year. And this could be a dream come true, but..


‘My dream guy is,’ I began ‘Someone who can guide me, you know, he leads and I follow,’ Then I paused.
‘I can be the guy,’ He said confidently.
There was silence again, a long one. The taxi finally reached my home. I said goodbyes to him and walked to my front door. I wave before the taxi accelerated again. He smiled to me even though I didn’t gave him the answer. He was a nice guy but he couldn‘t be the guy. Because… 
          I want to live with a guy who could guide me, so that I can get closer to My Creator. I want a man who can lead as an Imam, in every prayers that we’re gonna do together as married couple. A man who would tell Islamic history as a bed-time-stories to our children in the future. I want a man who’ll read the holly Quran to me, to cheer me every time I’m down. That is my dream guy and before I can meet him, I knew I need to fix myself first.
          One beautiful spring afternoon, I was at a function. There were many Malays all gathered. That’s when I met him. He’s not just decent but he has the characteristic of my dream guy. Every time our eyes met accidentally during the event, he quickly moved away his stare. That convinced me, even more. I knew he’ll be a good amir, a leader of a family. Secretly I prayed: O‘ Allah, I want that kind of guy as a partner in life. At nights before I slept, I thought of going to a place. Somewhere faraway and seemed hard to reach but I knew its reachable. And if possible, I wanted to go there with someone that I loved. I want to go to Jannah (the heaven) with him! I’ll wait here and I know the wait is worthy.

Tuesday, October 20, 2009

susah tak jadi lelaki akhir zaman?

bismillah..

jalan2 di pasaraya, pasar malam, atau mana2 tempat sekali pun, akan ada wanita yang tidak menutup aurat. teringat kisah imam asy-syafie yang mengadu pada gurunya tentang hafalannya yang terjejas. gurunya menasihati agar dia meninggalkan maksiat. bila imam asy-syafie mengkaji, berjumpalah beliau akan 'maksiat' yang di maksudkan iaitu TERlihat betis seorang wanita sewaktu di pasar. (note the 'ter' part)

kalau tak keluar rumah sekalipun, petik saja suis TV akan ternampak aurat wanita. ada ust yang syadid (keras, skema, tegas) dalam hal ini berkata, lelaki hanya boleh mendengar berita dan tidak boleh melihat pembaca berita yang wanitanya tidak menutup aurat. kini makin banyak drama/filem 'islamik' (maaf peminat nur kasih sekalian) yang mengaburi masyarakat bahawa terdapat adegan yang di lakonkan oleh pelakon2 itu haram di sisi agama (berlagak seperti suami-isteri, perpegangan tangan dgn bukan mahram, membuka aurat, dsbgnya). matlamat tak menghalalkan cara.

tambahan pula hari ini, makin ramai penyanyi2 wanita. baru2 ini saja kita di meriahkan dengan dendangan lagu2 raya yang mana penyanyinya ada terdiri daripada kaum hawa. tak kiralah melayu, cina, mahupun penyanyi barat, lagu2 lagha mahupun lagu berunsur dakwah, suara wanita (beralun, menyanyi) mengikut pendapat ulama' yang mahsyur adalah haram di dengari lelaki ajnabi. (lajut: rujuk di sini).

ini adalah cebisan yang mampu saya tulis. mungkin banyak lagi dugaan2 yang perlu di hadapi lelaki di sebabkan wanita. seorang sahabat pernah berkata; "lelaki akan hidup aman kalau wanita pandai jaga diri". betulkah? susah tak jadi lelaki akhir zaman?

Friday, October 16, 2009

Hatiku MilikMu [2]

by: fatimah syarha

Umar tercabar. Dia mendengus. Simcard baru diisi ke dalam handset. Sejurus selepas itu, irama handset berbunyi.

‘’Hello! Fathil…’’ suara lunak seorang gadis menerjah masuk ke gegendang telinga Umar.

‘’Err, hello. Fathil tak der,’’ Umar gugup berhadapan suara itu.

‘’Ah, alasan je tu! Fika tak percaya… Fika nak cakap dengan Fathil, cepatlah…’’ suara itu mendesak.

‘’Betul…dia keluar. Sumpah!’’ Umar meyakinkan.

‘’Dah dekat 1000 kali Fika call, kenapa dia tak angkat?’’

‘’Sebenarnya, Fathil dah pakai nombor baru. Ni dah jadi nombor saya,’’

‘’Fika dah agak…dia memang nak larikan diri dari Fika. Tak tahu apa salah Fika.. semua jantan memang macam tu, suka permainkan perempuan,’’ suara itu bertukar sebak. Tersentuh hati Umar.

‘’Tapi, tak semua….’’ Umar membela kaumnya.

‘’Fika tak pernah jumpa pun….semua lelaki yang Fika kenali tak boleh harap,’’

‘’Err, suatu hari nanti jumpa lah….’’

‘’Huh, entah bila…’’

‘’Berdoalah pada Allah,’’

‘’’Berdoa?’’ gadis itu ketawa terbahak-bahak mendengar saranan Umar.

(Aku buat lawak ke?) bisik Umar, keliru.

‘’Okeylah. Nanti saya duduk kat sejadah dan berdoa 24 jam. Untung-untung, putera kayangan pun rasa nak turun melamar saya. Okey, bye!’’ gadis itu melawak sambil ketawa lagi.

Hati Umar bergetar. Inilah kali pertama dia bercakap dengan perempuan melalui telefon. Itupun secara tidak sengaja. Suasana di Sekolah Taman Islamnya dulu tidak pernah memberi peluang da n ruang untuknya mengenali seorang perempuan dengan lebih dekat. Jauh sekali untuk berhubung begini. Kali pertama dia cuba mendekati perempuan sewaktu awal masuk ke universiti. Itupun tak dilayan. Masakan tidak, perempuan itu ialah Asiah Yusro, perempuan yang terkenal dengan waro’ di sekolahnya dulu.

Suara merdu gadis yang baru dikenali sebagai Fika itu terus terngiang-ngiang di pendengaran.

(Merdu sungguh suaranya., tentu wajahnya pun menawan. Lagipun, Fathil syok kat perempuan-perempuan cantik je. Tapi, kenapa boleh clash pulak?)

(Astargfirullah! Fitnah besar pada hati aku ni….)

Umar menepis bisikan-bisikan liar yang singgah di hatinya. Tiba-tiba irama handsetnya berbunyi lagi.

‘’Hello, Fika ni!’’

Gurlp! Umar menelan liur.

‘’Hello!’’ balas Umar.

‘’Mmm. Fika lupa nak kenalkan diri tadi. Saudara jugak tak kenalkan diri pun,’’ Umar terlopong. Suara merdu itu benar-benar menggetarkan hatinya.

‘’Nama penuh Fika, Nur Syafika bt Amir. Pelajar Kejururawatan. Saudara?’’

‘’Err…Umar Al-Mujahid bin Muhammad Suyuti,’’

‘’Wow, machonya nama. Orangnya pun mesti macho…’’

‘’Ish, tak der lah. Biasa je…’’

‘’Mmm, merendah diri pulak. Awak mesti best. Kalau Fika panggil abang Umar, boleh?’’

‘’Abang?!’’ Gurlp!!!

‘’A’ah….tanda respect Fika, bukanya ada apa-apa. Boleh kan abang Umar?!’’

‘’Err…’’ kelu lidah Umar.

‘’Okeylah bang Umar. Fika chow dulu. Nanti Fika call lagi. Kalau rindu Fika, sms lah…miss you my hero! Ummmwah…’’

Gurlp! Sudah ke berapa kali Umar menelan liur. Fikirannya jauh menerawang. Dia cuba membayangkan wajah Fika. Hatinya dibuai bisikan-bisikan asyik tentang seungkap nama Nur Syafika. Suara halus selunak buluh perindu itu terus bermain-main di ingatan. Umar cuba menepis tapi kali ini dia tak berdaya lagi. Suara itu terlalu merdu dan menggoda. Umar mengukir senyuman sendiri.

Thursday, October 15, 2009

Hatiku MilikMu [1]

bismillah..

by: fatimah syarha

Semakin kuusir semakin ia hadir,
Semakin kulupakan, semakin ia membelenggu fikiran,
Kusedar kini,

HATIKU MILIKMU

Biarpun jauh kularikan diri,
Namun ia tetap melingkar di tangkai naluri…

HATIKU MILIKMU

(Bosan! Serabut! Boleh blahlah kau Asiah Yusro…aku tak nak seksa perasaan aku lagi) hati Umar merintih pedih. Penantian itu satu penyiksaan. Bertahun-tahun lamanya dia menanti handsetnya berirama dengan satu mesej kepastian daripada gadis itu. Bertahun-tahun itu jugalah jiwanya sentiasa resah. Entah bila penantiannya akan berakhir dengan satu jawapan. Entah bila…

‘’Umar, kau nak beli sim card baru, kan?’’ soal Fathil tatkala melihat teman
sebiliknya itu asyik membelek-belek handset..

‘’A’ah!’’ Umar mengangguk ringkas.

‘’Beli yang aku punya je lah,’’ tawar Fathil.

‘’Separuh harga?’’ acah Umar.

‘’Beres. Kau nak sekarang ke?’’

‘’Tak nak…’’ Umar acuh tak acuh.

‘’Cis, buang karen je!’’ bentak Fathil.

‘’Bukan tak nak beli tapi tak nak kau main-mainkan aku. Kau nak jual betul- betul ke ni?’’ Umar meragui.

‘’Muka hensem aku ni ada gaya penipu ke?’’ Fathil berwajah serius.

‘’Aku pelik sebenarnya. Bukan ke baru sebulan kau beli sim card tu? Tiba-tiba nak jual, mesti ada apa-apa,’’

‘’Tak sampai pun sebulan…’’ Fathil membetulkan fakta.

‘’Habis tu, nak beli yang lain pulak?’’

‘’Mmm..dah beli pun. Aku sebenarnya nak lari dari mak we aku. Malas nak ada apa-apa kenangan. Aku tak nak dia tahu nombor baru aku,’’

‘’Tiap-tiap malam gayut, tiap hujung minggu asyik dating pun, boleh clash jugak?’’

‘’Biasalah…lelaki mudah bosan. Seplayboy-playboy aku pun, aku nak cari perempuan baik tau. Dia ni emm…tak kena selera gadis idaman aku lah. Aku malas nak cerita kat kau. Kau tahu apa Umar…tak pernah bermak we,’’ Fathil meluahkan.

Dia sebenarnya cemburu apabila teman wanitanya asyik mendesak dia menceritakan tentang seorang lelaki. Teman wanitanya terlihat lelaki itu membonceng motornya pada suatu petang dan asyik memuji ketampanannya. (Siapa yang tidak cemburu…dan, kau tahu Umar….kaulah lelaki itu)

‘’Aku bukan jenis mainkan perempuan macam kau…’’ Umar menyindir.

‘’Eleh…nak kutuk aku lah tu. Kau tahu tak Umar, aku clash pun sebab aku tak nak mainkan dia lagi. Aku dah syok kat awek lain lah,’’

‘’Ish, awek malang mana lah pulak yang kan jadi mangsa kau kali ni,.. Dasar playboy!’’ sinis mengenakan Fathil sambil tersenyum.

‘’Dengki lah tu! Kau mengaku je lah Umar, kau tu tak berani macam aku nak cari mak we. Sampai sekarang tak der mak we. Dayus! Penakut!’’ Fathil pula
mengenakan Umar.

‘’Penakut?! Sikit pun aku tak takut lah…aku malas je!’’

‘’Eleh, cakap bolehlah. Kau kena tunjukkan pada aku, Aku cabar kau tackle Maziah,’’ Fathil tersenyum sinis. Dia yakin Umar akan tewas dengan cabarannya.

‘’Maziah mana pulak ni?’’

‘’Classmate aku. Sombong betul dia…buat aku tercabar je. Nanti ada peluang aku tunjuk kat kau. Tapi ingat, aku memang dah syok giler kat dia. Aku suruh kau tackle je, pas tu bagi jalan kat aku,’’

‘’Kau kan mahir bab-bab tackle perempuan ni. Kau je lah tackle dia,’’

‘’Kan betul kau penakut. Malu aku nak ngaku kawan… Kau tahu tak, Maziah ni bukan perempuan spesis biasa-biasa, dia lain sikit lah. Sebab tu kalau kau boleh tackle dia, memang aku tabik kat kau,’’

‘’Hey, aku berani lah! Tapi, buang masa aku je tackle perempuan..’’ Umar menolak cabaran.

‘’Kau ulang lah kata kau berani 1000 kali. Aku tak kan percaya selagi kau tak tunjukkan pada aku. Nah, ambil sim card ni. Kalau berani, aku cabar kau tackle Maziah dengan cara apa sekalipun…’’ wajah Fathil hambar. Dia keluar meninggalkan Umar sendirian. Dia ingin menghabiskan malamnya di cyber café, manalah tahu kalau boleh sangkut dengan mana-mana awek dalam laman chit- chat.

(Buang masa layan Umar. Jenis budak baik, budak baik juga lah…) bisik Fathil.

bersambung~

Monday, October 12, 2009

"bertudung pun belum tentu baik.."

bismillah..

Akhirnya saya tewas. Sukar untuk saya terima, tapi inilah hakikat. Syaitan mula berpesta ria setelah berjaya menarik seorang lagi temannya ke neraka jahannam! Apa yang saya dapat dengan menggadaikan hijab (baca: tudung) yang selama ini saya pertahankan? Apakah rasa mereka yang selama ini mendedahkan apa yang sepatutnya di pelihara? Kota itu saya redah dengan mahkota yang tercemar. Dunia saya rasakan asing. Saya intai secebis kebanggaan dari pertaruhan yang saya buat. Kosong. Tiada langsung rasa bangga yang terselit malah sebaliknya. Saya takut, malah terlalu takut..! Langkah saya laju, entah dari siapa ingin saya larikan diri. Yang pasti, saya terlalu takut. Saya malu berjumpa siapa pun, lebih saya malu pada Dia. Dalam resah saya melarikan diri, Allah kembalikan saya ke dunia realiti.. astaghfirullahal-adzim..

Lama saya termenung memikirkan mimpi yang baru saya alami. Pasti ada hikmah yang Dia ingin sampaikan dan perlu saya fikirkan. Sepanjang hari saya rasa takut dan resah. Seolah-olah alam mimpi tadi adalah realiti yang tertangguh (naudzubillah~) Alhamdulillah.. semua itu hanyalah mimpi yang memberi ilham untuk saya menulis hari ini.

hijab: mahkota muslimah



Duhai muslimah yang ku kasih, andai kau cari "kebebasan" dengan membebaskan dirimu dari hijab, maka telah tertipulah di kau. Mana mungkin hadir ketenangan dan kebahagian dalam kemurkaan Dia. Membebaskan dirimu dari hijab samalah seperti mendedahkan diri dengan bahaya yang amat dasyat. Dari mawar yang di pagari duri, tersimpan molek dalam cermin kaca, kau telah cantas kesemua durinya. Telah kau pecahnya pelindung kacanya. Kau memancing mata-mata liar untuk memandangmu, juga tangan-tangan gatal untuk menyentuh mu. Apa lagi yang tinggal selepas itu? Ketahuilah bahawa hijab adalah pemelihara maruah mu, petanda kau wanita punya martabat.

"bertudung pun belum tentu baik. yang penting, hati mulia.."
Benar kaum, ku. Tudung hanyalah secebis kain yang Islam hadiahkan agar kau terpelihara. Tudung bukan pengukur iman dan taqwa seseorang. Namun, jika benar seseorang itu punya iman, taqwa juga khauf pada Allah, pasti dia bertudung. Bukan dek suruhan dia atau mereka, tapi patuh dengan perintah Pencipta. Muliakah hati yang menentang suruhan Tuhannya? Suci kah hati yang menolak ajaran agamanya? Ayuh muhasabah.. Kadang-kadang kita akan rasa asing dari orang lain kerana tak dapat buat banyak perkara. Tapi ingatlah bahawa sesungguhnya Allah ingin memelihara diri kita dan menjaga kita supaya menjadi wanita yang bermaruah dan mulia.


buatmu mujahidah solehah,
dengan kecantikanmu,
kau lebih molek dari mentari.
dengan akhlak mu,
kau lebih wangi dari kasturi.
dengan rendah hatimu,
kau lebih tinggi dari rembulan.
dengan ketegasanmu,
kau lebih halus dari rintik hujan.
maka, pertahankanlah keindahan ini,
agar kau terus menjadi sayap kiri perjuangan Islam.

wallahualam..

Friday, October 9, 2009

dari anak ibu buat adam

adam
untuk merasai persis perasaan ibu
pasti takkan ku mampu
kerana dia seorang ibu dan aku belum siapa-siapa

adam
andai kau rasa isteri dan anak adalah amanah buatmu
kau juga harus ingat!
ibu mu juga adalah tanggungjawab selagi hayat mu
lupakah kau amanat junjungan?
"siapakah yang perlu ku taat selepas Allah dan rasul"
baginda menjawab "ibumu"
"selepas itu?"
"ibumu"
"selepas itu?"
"ibumu"
sedang nabi memuliakan ibu
siapakah kau untuk abaikan dia begitu?



adam
tahukah kau ibu mu tetap yang utama
meskipun kau sudah beristeri tiga
ibu mu bukanlah sangkar lebah
habis kau tagih madunya seusia kecilmu
sepah kau buang entah ke mana
ibu mu adalah insan mulia
yang membawamu bersamanya 9 bulan
yang bertarung nyawa melahirkanmu
dia yang mendengar esak tangismu
dialah yang mengajarmu erti hidup
apakah tuba hadiah bermakna?



adam
jangan benarkan kisah al-qamah berulang
sayangilah ibu mu, kasihi lah ibu mu
kerana di situ letaknya syurga mu
bukan di bawah telapak kaki isteri mu!

adam
maafkan terkasar bahasa ku
mungkin aku terlalu emosi
kerana aku juga anak ibu
dan ku tak mahu ibu derita lagi
bukan niatku mengajar yang kau sendiri tahu
cuma fikirku kau mungkin lupa
tentang apa yang sepatutnya kau laku

ikhlas,
anak ibu~


Monday, October 5, 2009

overcome the phobia

bismillah..

"kita merancang Dia juga merancang tapi perancangan Dia lah yang terbaik kerana Dialah sebaik-baik perancang"

Rencana cuti sem untuk di habiskan pembacaan buku2 pending dan fokus dengan hal2 lain tidaklah berjalan seumpamanya. Segalanya begitu pantas. Saya masih memikirkan peperiksaan mathematics II yang terpostponed semalam. Special test InsyaAllah akan berlangsung pada 2 november bagi menggantikan peperiksaan yang tak dapat di hadiri pada saat2 akhir. Ya, Dia lah sebaik2 perancang dan pasti terselit jutaan hikmah di sebalik setiap yang berlaku.



Bengkak dan parut suntikan masih jelas kelihatan. Sesekali, saya merasa seghiau *ngeri* dan agak kagum kerana di hadiahkan kekuatan pada waktu itu untuk menghadapinya walaupun saya terpaksa meminta Dr untuk membenarkan ummi berada di sisi sewaktu operasi. "Ya Allah, aku inginkan hikmah sihat itu kembali. Maka, Kau bantulah aku menghadapinya"


kuasa minda

Secara teorinya, saya tahu bahawa suntikan itu tidaklah terlalu menyakitkan. Namun, kuasa minda mampu memberi impak yang jelas berbeza. Kali terakhir saya kena ambil darah adalah sewaktu tingkatan 3. Saya percaya, Dr pun agak terkejut melihatkan abah yang perlu menenangkan saya sebelum di suntik. Experiment untuk menentukan jenis2 darah dalam subjek biology lab II baru2 ni juga memerlukan sample darah setiap pelajar. Sekali lagi, sahabat2 kelihatan pelik melihatkan gelagat saya sehingga memerlukan bantuan lecturer.

peristiwa hitam

Peristiwa 'suntikan berbanjir darah' 14 tahun lepas pasti tak dapat saya lupakan. Patutkah lengan seorang kanak2 di cucuk dan di gerakkan jarumnya ke kiri ke kanan semata2 nak mencari urat? Bila darah tak keluar, ditekannya jarum sehabis dalam sehingga memancut darah ke katil. Saya makin ngeri mengingatkan peristiwa tersebut yang meninggalkan memori hitam antara saya dan jarum. Tak patut saya melabel hospital tersebut tapi masih, saya menolak untuk di rawat di hospital swasta itu melainkan atas sebab yang terlalu mendesak dan tiada lagi hospital yang ingin menerima kehadiran saya.

menguji

Kali ini, saya menguji kuasa minda sekali lagi. Tapi, dengan cara yang berbeza dari yang sebelumnya. Kalau dulu, saya tanamkan implikasi negatif terhadap suntikan, kali ini saya memujuk diri sendiri. Bayangan ngeri peristiwa lalu saya cuba ketepikan sehabis baik. "sakit sikit ja.. sakit tu milik Allah, kalau Allah izin tak sakit, mesti tak sakit.. yakin.. yakin.. "Ternyata, kesannya sangat mengagumkan! saya mengharapkan kesan ini berkekalan.