by: fatimah syarha
Umar tercabar. Dia mendengus. Simcard baru diisi ke dalam handset. Sejurus selepas itu, irama handset berbunyi.
‘’Hello! Fathil…’’ suara lunak seorang gadis menerjah masuk ke gegendang telinga Umar.
‘’Err, hello. Fathil tak der,’’ Umar gugup berhadapan suara itu.
‘’Ah, alasan je tu! Fika tak percaya… Fika nak cakap dengan Fathil, cepatlah…’’ suara itu mendesak.
‘’Betul…dia keluar. Sumpah!’’ Umar meyakinkan.
‘’Dah dekat 1000 kali Fika call, kenapa dia tak angkat?’’
‘’Sebenarnya, Fathil dah pakai nombor baru. Ni dah jadi nombor saya,’’
‘’Fika dah agak…dia memang nak larikan diri dari Fika. Tak tahu apa salah Fika.. semua jantan memang macam tu, suka permainkan perempuan,’’ suara itu bertukar sebak. Tersentuh hati Umar.
‘’Tapi, tak semua….’’ Umar membela kaumnya.
‘’Fika tak pernah jumpa pun….semua lelaki yang Fika kenali tak boleh harap,’’
‘’Err, suatu hari nanti jumpa lah….’’
‘’Huh, entah bila…’’
‘’Berdoalah pada Allah,’’
‘’’Berdoa?’’ gadis itu ketawa terbahak-bahak mendengar saranan Umar.
(Aku buat lawak ke?) bisik Umar, keliru.
‘’Okeylah. Nanti saya duduk kat sejadah dan berdoa 24 jam. Untung-untung, putera kayangan pun rasa nak turun melamar saya. Okey, bye!’’ gadis itu melawak sambil ketawa lagi.
Hati Umar bergetar. Inilah kali pertama dia bercakap dengan perempuan melalui telefon. Itupun secara tidak sengaja. Suasana di Sekolah Taman Islamnya dulu tidak pernah memberi peluang da n ruang untuknya mengenali seorang perempuan dengan lebih dekat. Jauh sekali untuk berhubung begini. Kali pertama dia cuba mendekati perempuan sewaktu awal masuk ke universiti. Itupun tak dilayan. Masakan tidak, perempuan itu ialah Asiah Yusro, perempuan yang terkenal dengan waro’ di sekolahnya dulu.
Suara merdu gadis yang baru dikenali sebagai Fika itu terus terngiang-ngiang di pendengaran.
(Merdu sungguh suaranya., tentu wajahnya pun menawan. Lagipun, Fathil syok kat perempuan-perempuan cantik je. Tapi, kenapa boleh clash pulak?)
(Astargfirullah! Fitnah besar pada hati aku ni….)
Umar menepis bisikan-bisikan liar yang singgah di hatinya. Tiba-tiba irama handsetnya berbunyi lagi.
‘’Hello, Fika ni!’’
Gurlp! Umar menelan liur.
‘’Hello!’’ balas Umar.
‘’Mmm. Fika lupa nak kenalkan diri tadi. Saudara jugak tak kenalkan diri pun,’’ Umar terlopong. Suara merdu itu benar-benar menggetarkan hatinya.
‘’Nama penuh Fika, Nur Syafika bt Amir. Pelajar Kejururawatan. Saudara?’’
‘’Err…Umar Al-Mujahid bin Muhammad Suyuti,’’
‘’Wow, machonya nama. Orangnya pun mesti macho…’’
‘’Ish, tak der lah. Biasa je…’’
‘’Mmm, merendah diri pulak. Awak mesti best. Kalau Fika panggil abang Umar, boleh?’’
‘’Abang?!’’ Gurlp!!!
‘’A’ah….tanda respect Fika, bukanya ada apa-apa. Boleh kan abang Umar?!’’
‘’Err…’’ kelu lidah Umar.
‘’Okeylah bang Umar. Fika chow dulu. Nanti Fika call lagi. Kalau rindu Fika, sms lah…miss you my hero! Ummmwah…’’
Gurlp! Sudah ke berapa kali Umar menelan liur. Fikirannya jauh menerawang. Dia cuba membayangkan wajah Fika. Hatinya dibuai bisikan-bisikan asyik tentang seungkap nama Nur Syafika. Suara halus selunak buluh perindu itu terus bermain-main di ingatan. Umar cuba menepis tapi kali ini dia tak berdaya lagi. Suara itu terlalu merdu dan menggoda. Umar mengukir senyuman sendiri.
No comments:
Post a Comment