"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Friday, October 9, 2009

dari anak ibu buat adam

adam
untuk merasai persis perasaan ibu
pasti takkan ku mampu
kerana dia seorang ibu dan aku belum siapa-siapa

adam
andai kau rasa isteri dan anak adalah amanah buatmu
kau juga harus ingat!
ibu mu juga adalah tanggungjawab selagi hayat mu
lupakah kau amanat junjungan?
"siapakah yang perlu ku taat selepas Allah dan rasul"
baginda menjawab "ibumu"
"selepas itu?"
"ibumu"
"selepas itu?"
"ibumu"
sedang nabi memuliakan ibu
siapakah kau untuk abaikan dia begitu?



adam
tahukah kau ibu mu tetap yang utama
meskipun kau sudah beristeri tiga
ibu mu bukanlah sangkar lebah
habis kau tagih madunya seusia kecilmu
sepah kau buang entah ke mana
ibu mu adalah insan mulia
yang membawamu bersamanya 9 bulan
yang bertarung nyawa melahirkanmu
dia yang mendengar esak tangismu
dialah yang mengajarmu erti hidup
apakah tuba hadiah bermakna?



adam
jangan benarkan kisah al-qamah berulang
sayangilah ibu mu, kasihi lah ibu mu
kerana di situ letaknya syurga mu
bukan di bawah telapak kaki isteri mu!

adam
maafkan terkasar bahasa ku
mungkin aku terlalu emosi
kerana aku juga anak ibu
dan ku tak mahu ibu derita lagi
bukan niatku mengajar yang kau sendiri tahu
cuma fikirku kau mungkin lupa
tentang apa yang sepatutnya kau laku

ikhlas,
anak ibu~


8 comments:

patenjihah said...

daku jua anak ibuuu :'(
ibu permaisuru hatiku

ye, memang byk kes lelaki lebihkan isteri dari ibu sendiri . sigh

lukpi said...

thanx najibah..
kdg2 perlu jgk ade org yg mgingtkn kaum adam..
pringtn yg sgt baik!

wardatul asrar said...

to jihah: yup.. sbb tu cm.. ntah.. risau kot..

to lukpi: welcome. peringatan untuk diri sendiri jgk.. ibu amanah bersama.

Anonymous said...

slm...mothers meant the world to us right...


[7]

wardatul asrar said...

wsalam..

ummi, mak, mama, mummy, ibu, walidah, whatever we call 'em, they are absolutely amazing people. bcoz of 'em we are here (bi iznillah, ofcourse) and with her bless we'll safe in hereafter.

panda putih said...

yup... ibulah segalanya

nedd said...

:-).......likes this very much!

wardatul asrar said...

to kakak dell: ibu.. ibu.. kau lah ratu hatiku~ mesti salu nyanyi ni kn dulu *wink*

to nedd: ;) thanks nedd..